Bismillahirrahmanirrahim..
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.”
[QS Ali ‘Imran, 3:102]
“Bertakwalah kamu kepada Allah di manapun kamu berada, iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan nescaya ia dapat menghapuskannya dan pergaulilah semua manusia dengan budi pekerti yang baik.”
[HR Tirmidzi. Ia berkata, “Hadith hasan dalam kitab lainnya dikatakan, hadith hasan shahih]
Bersendirian.
Itulah saat yang paling digeruni oleh seorang mukmin. Tetapi, itulah saat yang
paling digemari oleh musuh kepada mukmin iaitu iblis dan bala tenteranya yang
setia. Kebiasaannya, fenomena seperti ini berlaku ketika mana ikhwah atau
akhwat itu pulang ke rumah untuk cuti semester atau kebetulan dia ditempatkan
di suatu medan yang jauh.
Ikhwah atau
akhwat yang pada asalnya sangat bersemangat dan bertenaga dalam mengendalikan
tanggungjawab dakwah semasa di kampus mula kelihatan semakin ghaib dan ghaib dan
ghaib dan terus hilang kadang-kadang. Panggilan telefon tidak berjawab. Mesej
tidak berbalas. ‘Chatting’ tidak
berespon tetapi statusnya ‘online’. Ikhwah
atau akhwat yang pada asalnya sangat antusias dan ghairah dalam melaksanakan
dan menggerakkan dakwah ketika saat di bersama-sama dalam keadaan ikhwah dan
akhwat yang sangat ramai malahan lesap dan terus lenyap ketika dia mula
keseorangan kerana terpaksa pindah ke tempat jauh atau berlaku tragedi.
“Afwan akhi, ana tiada kekuatan..”
“Asif akhi, ana merasa lemah bila duduk di rumah. Tiada ikhwah yang memantau ana..”
Kenapa perkara
seperti ini boleh berlaku? Pertama, mari kita lihat pada alasan-alasan yang
diberikan dahulu.










