Showing posts with label sirah. Show all posts
Showing posts with label sirah. Show all posts

Sunday, 30 October 2022

Aku Tidak Tahu Nabi Mencintaiku atau Tidak

Aku terbaca hadis dalam Musnad Imam Ahmad no. 17113 semalam mengenai saat-saat kewafatan seorang sahabat Nabi Muhammad ﷺ yang mulia, iaitu Saidina Amru bin Al-Ash -radhiAllahu anhu-.


Anaknya Abdullah bin Amru -radhiAllahu anhu- berkata sesuatu ketika melihat keadaan ayahnya;


يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ مَا هَذَا الْجَزَعُ وَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُدْنِيكَ وَيَسْتَعْمِلُكَ

Wahai Abu Abdullah (iaitu Amru bin Al-Ash), "Keresahan apakah ini? Bukankah Rasulullah ﷺ benar-benar rapat dengan engkau dan baginda juga telah memperkerjakanmu (memanfaatkanmu)?"

Aku terasa sebak dan air mata hampir mengalir ketika membaca dia mengatakan;


 وَلَكِنِّي أَشْهَدُ عَلَى رَجُلَيْنِ أَنَّهُ قَدْ فَارَقَ الدُّنْيَا وَهُوَ يُحِبُّهُمَا ابْنُ سُمَيَّةَ وَابْنُ أُمِّ عَبْدٍإِنِّي وَاللَّهِ مَا أَدْرِي أَحُبًّا ذَلِكَ كَانَ أَمْ تَأَلُّفًا يَتَأَلَّفُنِي

"Sebenarnya aku demi aku tidak tahu (Nabi ﷺ dekat dan memanfaatkankanku) itu dari kecintaan baginda kepadaku atau hanya sekadar toleransi (atau keharmonian) yang diberikan kepadaku? Tetapi aku bersaksi atas dua orang laki-laki, meskipun mereka telah meninggal namun Baginda ﷺ mencintainya; Ibnu Sumayyah (Ammar bin Yassir) dan Ibnu Ummu 'Abd' (Abdullah Ibnu Mas'ud)."


Istanbul, kota bersemadi jasad sahabat Nabi SAW yang sangat mulia, Abu Ayyub al-Ansari


Ya Allah. Begitulah risaunya seorang sahabat yang padahal sempat hidup bersama Rasulullah ﷺ, mungkin sempat ketawa menangis suka dan duka bersama. Sempat berjihad bersama. Bahkan diarahkan oleh Rasulullah ﷺ dengan beberapa pengarahan secara langsung. Sahabat lain juga menjadi saksi kedekatan mereka berdua.


Selepas kewafatan Baginda Nabi ﷺ, Amru Bin Al-Ash malah masih terus 'berfungsi' dan 'difungsikan' untuk Islam sehingga menjadi antara watak utama pembukaan Islam di Shams (Syria, Lubnan, Palestin, dan Jordan) dan Mesir serta sehingga ke Tripoli (di Libya).


Tetapi dia masih ragu-ragu! Ragu-ragu sama ada adakah cinta Nabi ﷺ bersama dengannya atau tidak! 😭 Hidup sedekat zaman dan tempat tetapi masih lagi tidak tahu Nabi cinta padanya atau tidak.


Kita ni jauh pada zaman dan tempat Nabi ﷺ. Belum lagi jika mahu dibandingkan amal dengan sahabat bernama Amru itu. Adakah cinta Nabi untuk kita?


Kita kadang-kadang buat sesuatu kerana kita rasa Nabi SAW akan suka. Tapi benarkah baginda SAW suka?


Ya Allah. Kami terlalu selesa dengan kehidupan kami sehingga kami lupa adakah Engkau dan Nabi-Mu ﷺ sedang mencintai kami atau tidak.

Wednesday, 10 August 2011

Senyumlah Wahai Da'ie

Gelak. Lawak. Huh. Itu mungkin fenomena biasa apabila ikhwah bertemu ikhwah. Asal berjumpa je, mesti ada gelak. Asal berjumpa je, mesti ketawa. Kalau masa serius, wah mereka memang sangat serius. Tapi, habis sahaja saat serius, terus ketawa, gelak dan macam-macam. Penat gelak je kadang-kadang. 

Itulah ikhwah. Banyak gelak. =) 

Islam mengajarkan hidup yang suci, bersih, jauh dari tingkah laku buruk, jauh pula dari perbuatan yang sia-sia. Maka, sering dipersepsi bahawa menjadi seorang Muslim yang soleh bererti harus menjadi peribadi yang beraut muka dingin, tak nak ketawa, inikan pula mahu bergurau.

Bahkan ada pula yang mengatakan,

"Diamnya adalah berfikir, bicaranya adalah zikir, langkahnya adalah jihad."

Kalau tidak, maka dia bukanlah Muslim yang sejati. Benarkah?

Selepas mendengar ada seorang ikhwah yang berkongsi tentang apa yang dibacanya dalam buku Fikh Hiburan karangan Dr. Yusuf Qardhawi, saya tertarik untuk berkongsi dengan semua tentang satu sirah yang kita mungkin jarang dengar. Tetapi, secara hakikatnya. Kehidupan pada zaman Rasulullah dengan kehidupan kita memang tidak banyak bezanya. 

+++ 

Sejarah yang Sangat Berwarna


Saturday, 25 June 2011

Sirah: Saat Akhir Hayat Rasulullah SAW


“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia mati atau terbunuh kalian akan berbalik ke belakang? Dan barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” 
[QS Ali ‘Imran, 3:144]

cerita yang sama ditulis dalam Cinta Penawar Luka ...


"lama ku nanti titisan ini"
khir al-imtiaz
1212hours
25-06-2011

Monday, 2 May 2011

Sirah: Abu Dzar Al-Ghifari

Assalamualaikum.

Peribadi hebat. Yang sepatutnya kita menjadikan dia sebagai contoh untuk menjalani kehidupan selepas Rasulullah dan rasul-rasul dan para nabi yang lain. Adalah para sahabat Rasulullah SAW. Bukannya para menteri, raja-raja, artis-artis yang mengarut je kerja dia dan lain-lain. Kerana Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang sesudahnya, dan orang-orang sesudahnya lagi. Lalu akan datang orang-orang yang kesaksiannya mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului kesaksiannya.” 
[HR Al-Bukhari]  
Dan, tidak pernah pula kita terlupakan firman Allah dalam surah al-Qalam, ayat ke-4

وَإنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ

"Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung. "
[Surah Al-Qalam, 68: 4]

Jika seorang budak kecil yang tidak tahu apa-apa, menyatakan tentang kehebatan sesuatu perkara, mungkin sahaja kehebatan dari matanya itu bukanlah satu kehebatan pada kita. tetapi, Namun, jika Allah yang Maha Agung telah menyatakan tentang kehebatan sesuatu perkara, tentunya perkara itu memang sangat-sangat hebat.


+++

Lembah Waddan yang menghubungkan kota Makkah dengan dunia luar dihuni oleh kabilah Ghifar. Kehidupan kabilah ini bergantung pada semacam pungutan (memeras ugut) yang dikenakan terhadap kafilah-kafilah dagang Quraisy yang berulang alik dari dan ke arah Shams. Kadangkala, bila kafilah dagang yang lalu itu tak mahu memberi, kabilah Ghifar merompak mereka.

Tersebutlah Jundub bin Jundah yang lebih terkenal dengan sebutan Abu Dzar. Dia adalah seorang putra Ghifar yang terkemuka karena keberanian, kecerdasan, dan wawasan berfikirnya yang luas.

Friday, 29 April 2011

Sirah: Sa’id bin Amir al-Jumahi

Assalamualaikum..

Saya berminat untuk berkongsi dengan semua umat yang mengakui keesaan Allah dan kerasulan Muhammad SAW dan para rasul sebelumnya. Satu kisah yang sepatutnya kita menjadikan ianya cermin kepada kita. 


+++
Sa’id bin Amir adalah orang yang membeli akhirat dengan dunia, dan ia lebih mementingkan Allah dan Rasul-Nya atas selain-Nya. 
[Ahli sejarah]

Adalah seorang anak muda Sa’id bin Amir Al-Jumahi salah satu dari beribu-ribu orang yang tertarik untuk pergi menuju daerah Tan’im di luar kota Makkah, dalam rangka menghadiri panggilan pembesar-pembesar Quraisy, untuk menyaksikan hukuman mati yang akan ditimpakan kepada Khubaib bin ‘Adiy, salah seorang sahabat Muhammad yang diculik oleh mereka.

Kepiawaian dan postur tubuhnya yang gagah, ia mendapatkan kedudukan yang lebih dari pada orang-orang, sehingga ia dapat duduk berdampingan dengan pembesar-pembesar Quraisy, seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah, dan orang-orang yang mempunyai wibawa lainnya.

Dengan demikian ia dapat melihat dengan jelas tawanan Quraisy yang terikat dengan tali, suara gemuruh perempuan, anak-anak dan remaja senantiasa mendorong tawanan itu menuju arena kematian, karena kaum Quraisy ingin membalas Muhammad atas kematian orang-orangnya ketika perang Badar dengan cara membunuhnya.

Ketika rombongan yang garang ini dengan tawanannya, sampai di tempat yang telah disediakan, anak muda Sa’id bin Amir Al-Jumahi berdiri tegak memandangi Khubaib yang sedang diarak menuju kayu penyaliban, dan ia mendengar suaranya yang teguh dan tenang di antara teriakan wanita-wanita dan anak-anak, Khubaib berkata, 
“Izinkan saya untuk solat dua raka’at sebelum pembunuhanku ini jika kalian berkenan.”
Kemudian ia memandanginya, sedangkan Khubaib menghadap kiblat dan shalat dua raka’at, alangkah bagusnya dan indahnya shalatnya itu.

Kemudian ia melihat, Khubaib seandainya menghadap pembesar-pembesar kaum dan berkata, 
“Demi Allah! Jika kalian tidak menyangka bahwa saya memperpanjang shalat karena takut mati, tentu saya telah memperbanyak solat.”
Kemudian ia melihat kaumnya dengan mata kepalanya, mereka memotong-motong Khubaib dalam keadaan hidup, mereka memotongnya sepotong demi sepotong, sambil berkata, 
“Apakah kamu ingin kalau Muhammad menjadi penggantimu dan kamu selamat?”
Maka ia menjawab - sementara darah mengucur dari badannya, 

Dakwah: Susahkah?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ “Hari Khamis free tak? Malam.”  “ Free . Kenapa?”  “Aku ada buat usrah malam tu, ...