Skip to main content

Khilaf Itu Biasa



Alhamdulillah. Dalam kehitaman suasana dan keadaan negara kita yang dikuasai oleh sekularisme melampau, menipu rakyat dan macam-macam, wujudnya cahaya pengharapan dari segenap pelusuk alam yang mana -Insya-Allah- akan menyalakan semula obor keislaman di semesta alam. Banyak, sangat banyak insan-insan yang ingin berbuat untuk agama Allah, walaupun jumlah mereka masih terlalu sedikit jika mahu dibandingkankan dengan jumlah total susu yang rosak. Tapi, Alhamdulillah, masih ada yang cuba mensucikannya semula seperti acuan Rasulullah SAW. 

Tetapi, permasalahannya kadang-kadang wujud apabila, 

“Abang, saya support apa yang abang buat ni. Tapi, saya pelik, kenapa semua orang yang bawa islam ni tak duduk sekali. Atau nama lainnya, bersatu?”

Satu soalan yang memang sangat biasa ditanyakan oleh peribadi-peribadi yang sudah memulai langkah untuk berjinak-jinak di atas jalan dakwah. Even, saya sendiri pernah bertanyakan hal yang sama dengan rakan sehalaqoh, bahkan kepada murobbi dan naqib saya ketika awal-awal dahulu. Inilah salah satu soalan yang sangat bagus, kerana dalam keinginan untuk berdakwah, kita kena jernihkan dahulu fikrah kita, seperti tajuk artikel yang ditulis oleh ustaz Saifulislam, Jernihkan Fikrah Sebelum Berdakwah.

Tapi sayangnya, ramai yang sangkut pada persoalan ini. Ramai yang terkeliru, dan kemudian mengambil keputusan berhenti kerana mengambil persepsi umat Islam sendiri berpecah belah. Ada yang lari, kerana yang satu ini memburuk-burukkan yang lainnya. Ada juga yang berfikir,

“Baik aku buat jemaah sendiri. Yang tidak ada sangkut paut dengan mereka yang bergaduh-gaduh ni.”

Di mana masalahnya? Mungkin masalahnya pada yang memberi, atau mungkin juga pada yang menerima. Tetapi ingatlah bahawa, segala permasalahan itu datangnya dari Allah, diberikan kepada kita agar kita mencari solusinya berpaksikan Dia juga. Buka hawa nafsu, atau logika akal yang kononnya hebat. 

“Kenapa jemaah islam pada hari ini tidak bersatu sahaja, kata nak bawa Islam?”

Persoalan yang pertama saya mahu tanyakan semula ialah, bersatu dari segi apa? 

Jika yang dimaksudkan bersatu dari segi matlamat. Ya. Itu memang sangat perlu. Matlamat kita ialah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah dan meraih keredhaan Allah. 

Jika yang dimaksudkan bersatu itu ialah sama dari segi pegangan. Ya. Sangat perlu. Pegangan kita ialah al-Qur’an dan as-sunnah. 

Tetapi, jika bersatu yang dimaksudkan itu dari segi pemikiran dan idea. Itu mungkin susah sedikit. Kerana apa? Kerana ini adalah mustahil. 

Mari kita lihat ke dalam pentas sejarah. 

+++ 


Ibnu Katsir menceritakan di dalam Al-Bidayah wan Nihayah

Satu hari, Abu Bakar berjalan mendatangi majlis Rasulullah SAW. Dia kelihatan menjinjing kainnya, dan tubuhnya bergeletar. Rasulullah SAW berkata, 

“Sahabat kalian ini sedang kesal hati. Maka berilah salam padanya dan hiburkanlah hatinya.”

Abu Bakar bersimpuh lalu mengenggam tangan Rasulullah SAW. Ditatapnya mata suci itu dalam-dalam. Abu Bakar berkata, 

“Aku dan Umar ibn al-Khattab ada kesalahfahaman. Lalu dia marah dan menutup pintu rumah. Aku rasa menyesal. Maka aku ketuk pintunya, aku ucapkan salam berulangkali untuk memohon maaf daripadanya. Tapi dia tidak membukanya, tidak menjawab salamku, dan juga tidak memaafkanku.”

Tepat ketika Abu Bakar selesai bercerita, ‘Umar ibn al-Khattab datang dengan resah. Lalu Rasulullah SAW berkata lantang kepada semua, 

“Sungguh aku diutuskan pada kalian, lalu kalian berkata: ‘Engkau dusta!’”

Wajah baginda tampak memerah, capuran antara marah dan rasa malunya yang lebih dalam dibanding gadis dalam pingitan. 

“Hanya Abu Bakar seorang yang langsung mengiyakan, ‘Engkau benar!’. Lalu dia membelaku dengan seluruh jiwa dan hartanya. Masihkah kalian tidak takut pada Allah untuk menyakiti sahabatku?”

‘Umar berlinangan air mata, beristighfar dan berjalan simpuh mendekat. Tetapi tangis Abu Bakar lebih keras, deras air matanya bagai kaca jendela lepas. Abu Bakar berkata, 

“Tidak, ya Rasulullah ini bukan salahnya. Demi Allah akulah memang yang keterlaluan.”

Lalu dia pun memeluk ‘Umar, menenangkan bahu yang terguncang. 

+++ 

Itulah kisah dua sahabat yang paling hampir dengan Rasulullah SAW, dan mereka dijamin syurga oleh Allah. Tapi, berselisih tak mereka? Masya-Allah, berselisihnya mereka sampai bergaduh, tutup pintu, tak maafkan dan lain-lain. Tetapi, ke mana mereka memulangkan semula masalah mereka? Kepada Allah dan Rasul-Nya. Itulah sepatutnya sikap yang kita perlu tanamkan dalam nak menjadi seorang promoter kepada Islam agar Islam yang indah ini, tidak dilihat sebagai kehitaman. 

Mereka berpecah tak? Tidak. Kerana di setiap di antara mereka faham, ukhuwwah mereka diikat atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah itu adalah benda yang telah disepakati untuk dipelihara. jika mahu dibandingkan dengan hal khilaf yang mereka perselisihkan tadi. 

Jika bersatu itu maksudnya cara pemikiran dan gerak kerja, itu mustahil seperti kata Dr. Yusuf al-Qardawi dalam bukunya Fiqh al-Ikhtilaf. Tetapi apa yang tidak mustahil? 

Jalinan ukhuwwah keislaman di antara mereka-mereka yang mahu berbuat di atas jalan Allah, tetapi berbeza fikrah dan gerak kerja. 

Ada yang sibuk dengan aktiviti berdebat dan mengislamkan orang-orang bukan Islam, ada yang sibuk dengan strategi-strategi nak menguasai politik negara, ada yang sibuk dengan aktiviti antarabangsa untuk menubuhkan sistem khilafah, ada yang sibuk dengan tarbiyah khusus, ada yang sibuk dengan program-program umum dan demonstrasi, ada juga yang sibuk dengan buat kerja amal dan ziarah. 

Cuba lihat dan hayati semula usaha-usaha mereka. Baguslah tu. Masing-masing bekerja untuk Islam. Bawa manfaat untuk Islam. Cuma cara yang berbeza. 


Yang patut kita risaukan ialah mereka-mereka yang mengikuti jemaah diskotik, zina, games, couple, arak, dadah, buang bayi dan lain-lain tu. 

Terkesan juga dengan kata-kata seorang junior pada saya. 

“Mereka ni sibuk dengan masalah orang yang dah ada jemaah, tapi tak masuk jemaah mereka. Sedangkan masalah yang patut mereka sibukkan sekarang ini ialah macam mana nak memasukkan orang-orang yang tidak ada jemaah ini ke dalam jemaah.”

+++  




“Akh, cuba antum lihat artis-artis yang ada sekarang ni. Apa matlamat mereka?”

“Erm. Menjadikan manusia bertambah bengong, dengan cara hidup mereka yang bodoh?”

“Ya betul! Rernah tak kita lihat, syarikat Universal, memaki hamun dalam iklannya akan syarikat Sony Music Entertainment? Atau mungkin, Disney memburukkan Nickelodeon?”

“Tidak.”

“Untuk mereka yang menegakkan kebatilan, tidak pernah memburukkan satu sama lain, tetapi kenapa kita yang kononnya nk menegakkan kebenaran ini, sibuk nak bergaduh?”

“...”

“Matlamat mereka sama, iaitu merosakkan umat manusia untuk kepentingan mereka. Tetapi, cara mereka berbeza. Tapi mereka bergaduh tak?”

“Tidak.”

“Dan tidak kisah sama ada seseorang itu nak ikut Disney atau Nickelodeon, yang penting apa?”

“...”

“Yang penting, dia buat kerja. Kalau tidak, nanti kena pecat.”

+++


Muhasabah balik, kita berdakwah ini bukan hanya sekadar untuk mengumpulkan ahli jemaah. Tetapi, 

“Katakanlah (Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.” 
[QS Yusuf, 12:108]

Mengajak kepada Allah. Bukan mengajak kepada jemaah. Mudah. 

“Tidak mungkin untuk seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, hikmah serta kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, “Jadilah kamu penyembah-penyembahku, bukan penyembah Allah,” tetapi dia berkata, “Jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajar kitab, dan kerana kam mempelajarinya.” 
[QS Ali ‘Imran, 3:79]

Kita buka mentarbiyah orang untuk ikut dengan kita, ataupun jadi baik kerana kita. Kerana tugas kita mentarbiyah orang itu adalah kerana kita mahukan keredhaan Allah SWT. Adapun mereka ikut atau tidak, itu hal kedua. 

Kerana kata-kata Syeikh Fathi Yakan dalam bukunya, Ihdzaru Al-Aids Al-Harakiy
“Antara sebab robohnya dakwah di tangan da’ie adalah apabila da’ie itu terlalu sibuk memberikan mad’unya kerja-kerja atau tanggungjawab, tanpa pernah memberikan kefahaman kepada mad’unya dan menjadikan mad’unya Islam yang sempurna dahulu.”
Dan yang terakhir, 

"Dan Kami telah menurunkan Kitab al-Qur'an kepadamu dengan membawa kebenaran, untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan menjaganya. Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah, dan janganlah engkau mengikut keinginan mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk setiap umat di antara kamu, kami berikan aturan dan jalan yang terang. Kalau Allah menghendaki nescaya kamudijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap karunia yang telah diberikan kepadamu, maka berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan. Hanya kepada Allah kamu semua kembali, lalu diberitahukan-Nya kepadau terhadap apa yang dahulu kamu perselisihkan."

[QS al-Ma'idah, 5:48]


Sama-sama kita tadabburi firman Tuhan ini, dan sama-sama kita dapat ikhlaskan niat kita dalam berbuat untuk agama Allah, dalam mendekatkan diri kepada Allah, dalam mencari cinta dan redha daripada Allah. 


Perbahasan mengenai benda-benda khilaf ini, tidak akan bawa ke mana, melainkan perpecahan yang mungkin akan menjadi destinasi seterusnya. 

Ayuh, sama-sama kita sepakati, "bersatu dalam hal yang dipersetujui, dan berlapang dada dalam hal-hal yang khilaf". 

Mungkin sekadar saranan kepada semua yang sememangnya sedang bersemangat membara dalam mencari kemuliaan dunia dan akhirat ini, boleh menelaah buku-buku seperti Fiqh Ikhtilaf (Dr. Yusuf Qaradhawi), Robohnya Dakwah di Tangan Dai'e (Fathi Yakan), Tiada Alasan Tinggalkan Dakwah (Abd Aziz al-Aidan), Fiqh Dakwah (Jum'ah Amin), Manhaj Haraki (Munir Muhammad al-Ghadban), Fiqh Jihad (Dr. Yusuf Qaradhawi) dan lain-lan. Agar kita semua lebih yakin, dengan apa yang kita masing-masing berpegang. Tapi, jangan sampai lupa baca buku akademik lah. =) 

Ikhlaskan niat kita sama-sama, dan tanyakan balik kepada mata, hati, dan jiwa kita,

'Apa tujuan aku berintima' atas jalan Allah ini?' 

Agar apa yang kita buat ini, tidak menjadi aktiviti masa lapang dan akhirnya menjadi puing-puing yang berterbangan di akhirat kelak. 

"Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya."  
[QS an-Nisa', 4:125]

Khilaf itu biasa. 




“akan semakin sibuk” 
Khir al-imtiaz 
1322 hours 

23-04-2011 

Di rumahku, JB

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

“Salam. Saya rasa saya semakin jauh dengan Allah.” Rasa? Jauh? Jangan!!! Sebenarnya. Perasaan semakin jauh dengan Allah itu adalah satu perasaan yang perlu kita syukuri. Kerana kita masih lagi ada perasaan dengan Allah ‘azza wajalla . Kalau kita dapat lihat dalam realiti dunia sekarang, masyarakat kita ..secara umumnya.. sangat jauh daripada Allah SWT. Mereka jauh dari segi penghambaan diri kepada Allah SWT dan mereka jauh dari segi ketaatan kepada Allah SWT. Lebih malang lagi apabila perasaan semakin jauh dari Allah SWT itu tidak pernah terlahir dalam diri mereka hinggakan mereka merasa tenang dan terus menjauhkan diri mereka dari Allah SWT, dari Al-Quran. Jadilah mereka seperti orang-orang yang pernah menerima kitab sebelum kita, iaitu Yahudi dan Nasrani. Orang Yahudi dan Nasrani juga pernah menerima kitab. Taurat dan Injil. Tetapi, apabila mereka tidak menitik beratkan lagi nilai-nilai kekhusyukan penghambaan diri pada Allah dan tidak lagi mematuhi apa yang di...

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Umar RA berkata, “Aku mendengar Nabi Kalian besabda,  “Sesungguhnya Allah mengangkat dan menurunkan suatu kaum dengan Kitab ini.”  [HR Muslim] ayat-ayat cinta yang agung Kita telah mendapat bukti sejarah bahawa selama kita berpegang teguh kepada Al-Quran, selama itu pula kita akan meraih kemenangan; sebaliknya, selama kita meninggalkan Al-Quran, kita akan terhina.  Pada abad ke-8 H, pengamalan Al-Quran pernah diabaikan. Maka datanglah kelompok ar-Rafidhah membonceng kekuatan Tartar dari Mongol dipimpin Genghis Khan. Dalam tempoh lapan hari, lapan ratus ribu orang tewas terbunuh, masjid-masjid luluh lantah, mushaf-mushaf Al-Quran dibakar, dan tentera Tartar membasmi anak-anak dan wanita kita!  Kembalilah wahai generasi muda dan tetua umat kepada Al-Quran, kembalilah kaum lelaki dan wanita umat ini kepada Al-Quran! Hidupkan rumah kalian dengan Al-Quran, bangkitkan kalbu kalian dengan Al-Quran, dan ramaikanlah hati kita dengan Kitab Allah! Semoga ...

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?

Kehidupan adalah sesuatu yang abstrak dari kaca mata seseorang yang tidak tahu apa tujuan hidupnya. Kehidupan pula merupakan sesuatu yang sangat objektif bagi mereka yang tahu apa tujuan hidup mereka.  Apabila merasakan hidup ini seolah-olah tiada makna, itu beerti dia tidak tahu apa sebenarnya tujuan hidupnya. Seperti kita membaca buku kimia, tetapi tidak tahu apa tujuan kita membacanya. Tiada siapa pula yang menerangkan kepada kita apa tujuan kita membaca. Maka kita akan merasakan benda itu sia-sia dan tiada makna, dan pasti kita akan meninggalkan pekerjaan tersebut kerana perkara itu tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupannya berbanding main games, ber couple atau  stay up tengok movie yang for sure dapat memuaskan hawa nafsu dengan alasan release tension kononnya. Mengapa hidup perlu ada tujuan?  Segala yang berlaku itu pastilah ada tujuannya, tidak akan saja-saja ada. Sedangkan tahi di tepi jalan pun ada tujuan kenapa ia diciptakan di situ, ...