Posts

Showing posts from June, 2011

Ukhuwwah Berpaksikan Iman

Image
Sebuah cerita tentang ukhuwah +++ Suatu hari, ketika Badar mulai sunyi daripada huru hara peperangan yang akhirnya mengoyak kejahatan dan memenangkan kebenaran, ‘Abdurrahman ibn ‘Auf mengiring lelaki tampan dan ranggi yang terbelenggu itu. Dia membawa lelaki itu dengan berhati-hati dan lembut tanpa melepaskan genggaman pada ikatannya. Mereka menuju ke arah lelaki yang berwajah mirip dengan si tawanan. Sangat mirip.  ‘Abdurrahman ibn ‘Auf mengangguk ta’zhim pada lelaki itu,  “Assalamual’aika Ya Mush’ab yang baik. Inilah saudaramu, Abu ‘Aziz!" Mush’ab ibn ‘Umair menjawab salam dan membalas aggukan dalam-dalam.  Si tawanan, Abu ‘Aziz ibn ‘Umair disergap lega. Syukurlah, dia akan diserahkan pada abang yang disayanginya. Betapa setelah melalui satu mimpi buruk hari ini; mengikuti perang Badar, menyaksikan darah bersimbah ruah, tumbangnya kejayaan Quraisy di tangan orang-orang Bani Najjar, dan kini tertawan; sungguh menyakitkan. Kini

Andai Yang Akan Mati Itu Aku

Image
Kematian . Satu benda yang kita tidak mampu untuk melihat akan keberadaannya. Tetapi, hampir semua manusia yakin akan kehadirannya. Ada yang takut. Ada yang berani menghadapinya. Bahkan ada yang mengejar akan ia. Apa itu kematian?  Kematian itu satu pengakhiran. Kematian itu juga satu permulaan.  Pengakhiran terhadap tempoh masa hidup di dunia.  Permulaan untuk menempuh alam yang seterusnya.  Kenapa saya kata,  “Andai yang akan mati itu aku?” Sedangkan, memanglah kita semua akan mati. Kita bukannya Allah SWT yang hidup selamanya. 

Sirah: Saat Akhir Hayat Rasulullah SAW

Image
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia mati atau terbunuh kalian akan berbalik ke belakang? Dan barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”   [QS Ali ‘Imran, 3:144] cerita yang sama ditulis dalam Cinta Penawar Luka  ... "lama ku nanti titisan ini" khir al-imtiaz 1212hours 25-06-2011

Cerpen: Hatiku Tidak Terjaga

Image
“Akh, ana rasa ana ada masalah hatilah. Nak buat macam mana?” “Tukarlah hati baru.” “Hati baru? Antum ni berlawak ke?” “Ei. Betul lah. Cuba tengok muka ana, serius tak?” sambil mengerut dahi dan menahan gelak. +++  “Akh, antum mesti pernah dengar kata-kata Imam al-Ghazali apa dia kan?”  "Yang mana?”  “Ha nampak! Banyak sangat hafal sampai tanya yang mana satu.. Haha.”  “Heh, terajang karang.”  “Hehe.. ok ok. Macam ni. Kenapa ana kata antum kena cari hati baru, sebab hati lama antum tu antum sendiri mengaku ada problem . Benda-benda yang bermasalah ni janganlah disimpan lama-lama akh, jadi barah karang payah pula. Buang je jauh-jauh. Pastu, minta hati yang baru dengan Allah. Kata Imam al-Ghazali, 

Cerpen: Hidayah Itu Bukan Milik Kamu

Image
“Amru, macam mana nak cegah kemungkaran dalam keluarga kita sendiri?”   “Kemungkaran? Ekstrimnya istilah yang kau guna. Hehe.”  “Habis tu nak guna apa?”  “Ok ok, tenang. Aku bergurau je. Hmm.. Kemungkaran macam mana tu, Hasan?”  +++  Ukhuwwah. Amru dan Hasan merupakan dua orang ikhwah yang selalu bersama sejak di bangku sekolah lagi. Mereka menerima tarbiyah di sana sejak Tingkatan 4. Mereka berdua telah merancang sejak dari awal lagi untuk menyambung pelajaran di satu IPT yang sama, agar mereka bersama-sama dapat meneruskan usaha mentarbiyah diri dan mentarbiyah orang lain di IPT.  Walaupun mereka sedar bahawa cabaran dakwah di IPT pastinya berbeza dengan cabaran dakwah di sekolah lama mereka. Namun dengan berbekalkan semangat dan kefahaman yang sangat kukuh. Mereka berdua terus tsabat atas jalan tarbiyah dan dakwah hingga kini.  +++  Amru bertanya kepada Hasan.  “Hasan, cuba kau bagi case study siket. Mudah kita nak detect apa problem yang sebenar

Hubungkan Kembali Keterikatan Kita dengan Allah

Image
Stress. Itulah suasana yang mungkin sedang menyelubungi kebanyakan ikhwah pada saat ini. Di saat tanggungjawab dakwah semakin besar dan berat. Ujian menimpa dari segi penurunan prestasi akademik, maka satu proses reformasi harus dilakukan segera. Pastinya memerlukan usaha dan masa yang bukan sedikit. Ditambah lagi dengan fitnah itu dan ini menghentam dari kanan dan kiri. Ada ikhwah mahupun akhwat yang dihimpit dengan masalah kewangan, ada yang baru mengalami kemalangan, dan macam-macam lagi ujian yang diberikan kepada kita.  Secara langsung atau tidak langsung, mungkin ada di antara kita yang sudah mulai merasakan hambarnya nikmat tarbiyah. Tawarnya nikmat ukhuwwah.  Bangkit wahai ikhwahku!  Itu semua bayangan dari syaitan yang sememangnya sentiasa mencari ruang dan peluang untuk merosakkan, menjatuhkan serta menjerumuskan kita ke dalam jurang kebinasaan.  Ikhlaskan kembali niat antum. Tanyakan kembali kepada diri antum. Kenapa antum berdakwah? Kenapa antum masi

Kita Hina Kerana Jauh Dari Islam

Image
Assalamualaikum.  Alhamdulillah. Masih lagi diberikan ruang serta peluang dari Allah untuk kita sama-sama bermuhasabah. Dan kemudiannya meningkatkan kadar iman dan takwa kita kepada Allah. Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberikan peluang dari Allah untuk melihat agama ini dari sudut sebagai seorang yang sedar bahawa dirinya itu adalah hanya sekadar hamba. Kerana apa?  Kerana dalam dunia zaman merdeka atau era globalisasi ini, hamper semua manusia telah didoktrinkan untuk menjadi tuan. Dialah yang berkuasa atas segalanya. Teruatamanya apabila wang dan pengaruh menjadi tulang belakang yang menyokongnya. Hinggakan ada puak yang melampau menmperkenalkan satu teori yang mengatakan setiap dari kita ini adalah tuhan.  You’re God.  atau  Born to be free!  Menyebabkan ramai manusia yang terlena leka dalam dunia yang secara realitinya seperti bangkai anak kambing kurapan, tetapi mereka melihatnya seperti syurga.  Jabir bin Abdullah ra meriwayatkan bahwa Rasulu

Kita Terhina Kerana Kebetulan?

Image
Alhamdulillah. Dengan segala rahmat dan kurnia dari Allah SWT, kita semua masih lagi terus menerus diberikan nikmat dari-Nya. Baik nikmat dari segi system pernafasan kita yang akhirnya membenarkan kita untuk terus bernafas sampai saat ini. Nikmat mata yang membenarkan kita sama-sama membaca dan kemudiannnya nikmat akal yang membenarkan kita untuk mengintepretasi maklumat yang cuba disampaikan, nikmat untuk memiliki segala jenis tekonologi yang akhirnya membenarkan kita untuk mencari dan menilai maklumat dalam dunia serba penipuan ini, dalam mencari kebenaran hakiki.  Inilah antara nikmat yang mungkin kita jarang syukuri, tapi Allah tetap memberikan kita semua itu. Bahkan lebih lagi daripada itu. Nikmat iman dan islam. Nikmat tarbiyah. Dan nikmat untuk dapat melihat serta membezakan antara kegelapan dan kebenaran.  "Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan ruh (ciptaan)-Nya ke dalam tubuhnya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu, (tetapi) sed

Kesalahan adalah Risiko Sebuah Pekerjaan

Image
Jalan da'wah memang tidak ditempuh oleh malaikat. Ini jalan para manusia. Lebih dari itu, ini adalah jalan orang-orang yang ingin memperbaiki diri dari kekeliruan. Mereka yang bergabung di jalan ini tidak lain adalah orang-orang yang menyedari betapa banyak kekeliruan mereka dan betapa mereka sendiri juga memerlukan bantuan orang lain untuk memperbaiki diri. Apalagi bila mereka juga secara realiti terus menerus bertungkus lumus menentang arus yang menghentam dan mengarahkan mereka ke arah yang berbeza. Maka, satu kesilapan apabila ada anggapan bahawa mereka yang telah bergabung dalam da'wah ini adalah orang-orang yang lebih soleh daripada mereka. Salah besar jika ada yang menilai bahawa kelompok penyeru da'wah di jalan ini, tidak boleh melakukan kekeliruan. Sedangkan, kesalahan dan kekeliruan di jalan ini pun jelas terjadi. Dan itulah yang kita akan hadapi sepanjang perjalanan ini.

Luahan: Nasihat untuk Diri

Image
+++ +++  Takkan lari gunung dikejar.. Tapi, kalau tak kejar pun, rasanya gunung tu memang takkan lari pun.. Cuma, sebelum kita sibuk nak kejar gunung tu, baik kita persiapkan diri kita dengan keimanan, ketakwaan dan keikhlasan yang sangat mantap.. Supaya kita dapat tawan gunung yang terbaik.. Dan yang paling penting ialah kita dapat menawan hati Pencipta gunung itu sendiri...  +++  Kemanisan itu hanya dapat dirasakan oleh mereka yang merasakan ianya manis.. Dan pada saya, kemanisan itu juga perlu dirasakan dengan hadirnya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.. Agar kemanisan itu akhirnya membawa ke syurga..  +++  Apabila kita dah tahu kita melemah.. Maka kita kenalah bangkit semula.. Kekuatan harus dibina! Bukan ditunggu!  +++  Manis itu subjektif, Letih itu itu subjektif, Masam itu subjektif, Antusias itu subjektif, Dunia itu subjektif, Akhirat itu subjektif..  +++  "Akh, kenapa kita beristighfar, tapi, hati kita tetap t

Layan Syaitan itu seperti Musuh!!!

Image
Perang!!!  Itu sahajalah kata yang mungkin paling layak dilaungkan apabila kita berhadapan dengan satu musuh.  Musuh yang mana sememangnya kita telah tahu bahawa dia sudah berikrar akan memerangi kita. Tidak ada lagi pendamaian dan tolak ansur. Musuh yang sangat licik, hebat dan bersungguh-sungguh dalam memerangi kita, sehinggalah kita menyertai barisan mereka.  Barisan apa?  Barisan yang menuju ke neraka!  Itulah syaitan.  Tapi, siapa syaitan itu?