Posts

Showing posts from October, 2011

Insya-Allah, Tempatnya di Syurga

Image
TAIPING 10 Oktober 2011 - Perjalanan mencecah dua jam sememangnya meletihkan. Menunggang LC pinjam dari ikhwah lain, semata-mata untuk menghalaqohkan seorang mad’u yang sedang kebingungan. Pulangan dunia? Bukan itu yang aku harapkan ..insya-Allah.. Tetapi, apalah sangat keletihan yang aku rasa ini jika mahu dibandingkan dengan keletihan para sahabat yang berhijrah dari Mekah ke Madinah yang sememangnya jauh, peperangan Dzaturriqo’ yang membuatkan kuku para sahabat tercabut dan macam-macam lagi. Setibanya di Masjid Daerah Taiping, hujan terus lebat membasahi bumi tanpa memberikan sedikit ruang untuk lantai tanah terbiar kering. Nasib baik aku sampai awal, walaupun di sisi yang lain terpaksa menunggu selama 2 jam lebih kerana miscommunication tentang waktu outing si mad’u. Aku benci menunggu. Selesai solat, aku menunggu sambil mendengar deruman air hujan yang memang lebat. Baring. Kemudian duduk. Baring lagi. Duduk kembali. Air menitik atas beg aku. Basah. Bumbung masjid

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Image
“Salam. Saya rasa saya semakin jauh dengan Allah.” Rasa? Jauh? Jangan!!! Sebenarnya. Perasaan semakin jauh dengan Allah itu adalah satu perasaan yang perlu kita syukuri. Kerana kita masih lagi ada perasaan dengan Allah ‘azza wajalla . Kalau kita dapat lihat dalam realiti dunia sekarang, masyarakat kita ..secara umumnya.. sangat jauh daripada Allah SWT. Mereka jauh dari segi penghambaan diri kepada Allah SWT dan mereka jauh dari segi ketaatan kepada Allah SWT. Lebih malang lagi apabila perasaan semakin jauh dari Allah SWT itu tidak pernah terlahir dalam diri mereka hinggakan mereka merasa tenang dan terus menjauhkan diri mereka dari Allah SWT, dari Al-Quran. Jadilah mereka seperti orang-orang yang pernah menerima kitab sebelum kita, iaitu Yahudi dan Nasrani. Orang Yahudi dan Nasrani juga pernah menerima kitab. Taurat dan Injil. Tetapi, apabila mereka tidak menitik beratkan lagi nilai-nilai kekhusyukan penghambaan diri pada Allah dan tidak lagi mematuhi apa yang di

Iman Perlukan Latihan

Image
Apa khabar iman? Alhamdulillah. Segala puji kepujian dan kebaikan kita pulangkan kepada Allah SWT, Rabb atau Penjaga sekalian alam. Selawat dan salam untuk semua rasul dan para nabi yang pernah diutus Allah SWT demi kebaikan umat manusia. Tak lupa juga pada Nabi Muhammad SAW yang menjadi qudwah dan uswah kita dalam menjalani kehidupan yang bersifat ujian ini. Juga selawat dan salam untuk mereka yang telah pergi, yang telah mengorbankan hidup mereka demi Islam, hinggalah kita pada hari mampu untuk mengecapi dua nikmat yang terbesar tetapi sering terlupakan, itulah nikmat islam dan iman. Bila kita berbicara tetang masalah hati, maka ..insya-Allah.. ramai yang akan terkesan. Ramai yang akan mula terdetik untuk melakukan perubahan. Ramai yang mungkin sahaja tersedar daripada lamunan kelekaan duniawi yang menipu, dan mahu kembali kepada kebenaran. Alhamdulillah. “Ya, aku tahu aku sudah tersilap dan aku mahu berubah. Apa yang harus aku buat sekarang?” Ya, itulah perso

Apakah Cinta Ini Akan Mati?

Image
Manusia tidak akan mampu menjalani kehidupannya tanpa cinta. Tanpa cinta, kehidupan akan gersang, hati menjadi keras, tubuh menjadi kurus kering laksana mayat. Memang seharusnya manusia itu hidup dengan perasaan cinta kasih. Manusia yang kehilangan perasaan cinta, biasanya tubuhnya laksana mayat, atau menderita depresi dan gangguan kejiwaan atau kesedihan. Kerana dia telah kehilangan sesuatu yang sepatutnya menjadi pemacu utama dalam satu nilai kehidupan. Semakin besar rasa cinta, semakin kencang denyut nadi kehidupan seseorang. Maknanya, setiap kali cinta seseorang bertambah hebat, cinta itu akan menambah denyut kehidupan manusia, kehidupannya menjadi lebih baik dan semakin dipenuhi dengan kasih sayang. Lantas, apa yang kita cintai? Ramai manusia yang mencintai harta. Tetapi sedar atau tidak, harta tersebut akan hancur binasa. Di saat ketika menemui ajal, kita akan meninggalkan harta-harta kita, dan ianya akan dibahagi-bahagikan setelah kita mati. Bahkan lebih mal

Jauhilah Maksiat Saat Sendirian

Image
“Aku benar-benar akan mengetahui sejumlah kaum dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan seberat Gunung Tihamah yang putih, tetapi Allah menjadikannya debu yang dihamburkan.”   Tsauban berkata,  “Wahai Rasulullah, gambarkanlah karakter mereka kepada kami, jelaskanlah keadaan mereka kepada kami, agar kami tidak termasuk dari kalangan mereka, sedangkan kami tidak mengetahuinya.”  Rasulullah SAW bersabda,  “ Ketahuilah, mereka itu adalah saudara kalian, berasal dari darah daging kalian, bahkan mengerjakan ibadah waktu malam sebagaimana yang kalian kerjakan, tetapi mereka adalah kaum yang apabila bersendiri, mereka melanggar larangan Allah.”  [HR Ibnu Majah] +++ Kemaksiatan, atau lebih difahami jika kita gunakan istilah 'penentangan'. Penentangan hanya boleh dikatakan berlaku setelah sampainya pengetahuan sesuatu perkara kepada seseorang. Kemudian, dia melakukan sesuatu perkara selain apa yang telah diberitakan. Maka itu adalah pe

Sesuatu yang Kita Terlepas Pandang dalam Berukhuwah

Image
Keajaiban Baik Sangka Orang kita suka kalau tajuk tentang ajaib-ajaib ni. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab mereka rasa Islam ini agama  magic sebab pengaruh fairy tale yang selalu didendangkan masa kecil dulu? Entah. Abaikan persoalan di atas. =) Satu lagi kisah yang saya rasa perlu untuk seorang ikhwah itu tahu. Sebuah perasaan yang sangat indah yang akan mencorakkan dunia yang zalim ini menjadi syurga! +++ Dalam dekapan ukhuwah, kita mengembangkan pelbagai sudut pandang untuk selalu bersangka baik pada sesama ikhwah atau manusia. Seperti contoh yang ditunjukkan oleh seorang 'alim bernama Thalhah bin 'Abdillah bin 'Auf. Tercatat di dalam kitab Raudhatul 'Uqala karya Imam Abu Hatim. Suatu hari, si isteri, 'Aisyah binti Abdillah bin Muthi' Al-Aswad mengajaknya bicara, "Demi Allah, wahai suamiku. Aku tidak pernah menemukan orang yang lebih buruk sifatnya daripada sahabat-sahabatmu." Thalhah agak terkejut dengan kata-ka

Mereka yang Berani Berprasangka Baik

Image
Assalamualaikum.. Kehidupan kita semua terlalu abstrak jika mahu dirungkaikan apa sebenarnya yang tersembunyi dalam setiap saat hembusan nafas kita. Masih jauh, tetapi tidak lama Musibah.. Nikmat.. Dua perkara yang sentiasa menjadi tema dalam kehidupan kita sehinggalah kematian datang menjemput. Saya tidak mahu membahaskan mengenai kenapa seseorang itu ditimpa musibah (azab atau ujian). Kenapa pula orang itu mendapat nikmat, bukan aku? Kenapa itu? Kenapa ini? Dan lain-lain. Insya-Allah, saya lebih tertarik untuk membahaskan mengenai apa sikap yang paling tepat apabila kita menghadapi semua perkara tadi. Baik ianya merupakan nikmat, mahupun musibah. Contoh, apabila seseorang itu ditimpa musibah, seperti keputusan gagal atau tidak mencapai sasaran. Maka kita akan dapat lihat berbondong-bondong manusia yang pada asalnya dekat dengan masjid, selalu baca Al-Quran, aktif berusrah atau halaqoh, giat dalam melakukan kerja-kerja amal islami mula mencair dan menjauhkan

Palestine: We Will Not Go Down!!!

Image
Kisah Palestin.. Di saat remaja kita leka dengan keseronokan syurga dunia.. Mereka merosakkan diri dengan membunuh diri, dadah dan zina.. Mereka mengorbankan diri mereka untuk kesenangan yang menipu.. Menghabiskan sisa-sisa hidup mereka untuk membinasakan diri sendiri.. Tetapi, Di sudut dunia yang lain.. Ada remaja yang juga terleka dan terluka.. Terleka dalam mengejar kebahagiaan syurga akhirat.. Harga yang dibayar bukan semata-mata harta.. Bahkan jiwa menjadi pertaruhan.. Kita di mana? "WE WILL NOT GO DOWN" - Lyrics: A blinding flash of white light Lit up the sky over Gaza tonight People running for cover Not knowing whether they're dead or alive They came with their tanks and their planes With ravaging fiery flames And nothing remains Just a voice rising up in the smoky haze We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools