Posts

Showing posts from November, 2012

Hati Itu

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Kita tahu? Bahawa sebenarnya kita tercipta dengan fitrah kebenaran. Ada Nur Illah yang telah Allah titipkan dalam hati kita sehinggakan pada saat kita hendak mengharungi bahtera kehidupan kita, hati kita akan memberikan pesanan-pesanan atau amaran setiap kali kita hendak melakukan apa yang tidak Allah reda. Ya, kerana hati kita itu akan sentiasa mengarahkan kita untuk sentiasa berada tepat di atas jalan-Nya… Semua dosa, semua maksiat, semua perbuatan yang melanggar syariat Allah SWT pasti akan membuat hati kita tidak tenang. Pernahkah kita melihat orang yang hendak menconteng dinding (vandalisme) itu tenang? Pernahkah kita melihat orang yang hendak mencuri itu tenang? Pernahkah kita melihat orang yang tengah berbohong itu tenang? Pernahkah kita melihat orang yang sedang melebarkan sayap pandangannya ke arah yang diharamkan Allah itu tenang? Pernahkah?? Kerana apa mereka tidak tenang? Kerana hati pasti katakan TIDAK pada s