Posts

Showing posts from March, 2012

Apabila Kita Mula Jatuh Cinta

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ مَا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِه "Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya" [QS Al-Ahzab, 33:4] Siapa ada pengalaman dalam bercinta dengan manusia, sila angkat tangan! Oh, nampaknya semua tangan hanya terletak di mouse , jadi, insya-Allah yang sedang membaca ini semuanya suci-suci belaka. Maksudnya, tak pernah bercinta. Walaupun bercinta dengan ber couple tu sebenarnya dua perkara yang berbeza, tapi bukan itu yang saya nak bahaskan sekarang ini. "Akh, ana ada minat pada seorang perempuan ni, macam mana akh?" "Ok-lah tu, ana pernah dengar ada orang report roomate dia minat pada lelaki, hah, itu yang jangan!" "So, ana nak buat macam mana?" "Pertama, antum kena tahu bahwa rasa yang antum dapat itu datang dari Allah atau syaitan.."  Dan lain-lain lagi... Saya pun dah tak ingat dah apa saya jawab. Jat

Ujian Itu

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ  Alhamdulillah. Segala kepujian dan kebaikan kita pulangkan kepada Allah kerana masih lagi memberikan kita ruang dan peluang untuk sama-sama berbuat sedikit amal kebaikan, walaupun dengan amal sekecil membaca. Kerana kalau kita perhatikan dalam surah ke-96, surah Al-Alaq ayat yang pertama, اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ "Bacalah dengan nama Tuhan-mu yang menciptakan."   [QS Al-'Alaq, 96:1] Jadi, insya-Allah jelaslah bahawa apa yang kalian sedang lakukan ini adalah sebahagian daripada amal yang –insya-Allah- akan memberikan impak kepada keimanan kita kerana kita sedang memenuhi salah satu daripada perintah Allah SWT: itulah membaca. Cuma, saya ingatkan kepada diri saya dan antum semua untuk sama-sama kita mengikhlaskan niat kita, agar ianya dilihat dan diterima oleh Allah SWT sebagai suatu amal yang akhirnya akan membawa kita ke syurga Allah SWT, bukan ke neraka. Kerana apa saya berkata dem