Showing posts with label tenang. Show all posts
Showing posts with label tenang. Show all posts

Friday, 4 January 2013

Oh Tenang~


Assalamualaikum WBT..

Pertama sekali, bersyukur kepada Allah SWT kerana masih memberikan saya peluang untuk menulis. Ops, silap, bukan peluang kerana peluang itu sentiasa ada, cuma kekuatan untuk menulis itu yang mungkin kurang. Apa masalahnya? Kalau nak diciptakan alasan, macam-macam kita boleh berikan, jadi biarlah rahsia~ -,-

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan sahabiahnya, ahli keluarga baginda, serta semua umat islam yang bertungkus lumus menegakkan kalimah syahadatain di dalam hati-hati masyarakat dunia pada hari ini yang kebanyakannya masih terkeliru denga hakikat berhala di dalam hati mereka masing-masing. Kita doa sama-sama pada Allah agar kita dan mereka diberikan rezeki untuk melihat suatu kebenaran itu sebagai kebenaran dan diberikan rezeki untuk mengikutinya.

Sama-sama juga kita berusaha untuk sentiasa mengikhlaskan diri kita masing-masing dalam menuntut ilmu dan beramal kerana mencari redha Allah dan mengharapkan syafaat daripada Rasulullah SAW.

Ketenangan Adalah Kurnia



Ketenangan. Sesuatu yang menjadi idaman semua yang bernama manusia. Baik dia adalah seorang raja mahupun hamba, hartawan atau miskinan, tua ataupun masih kanak-kanak, semua mengimpikan sesuatu yang kita panggil, ketenangan.

Apa itu ketenangan? Kalau kita lihat dari sudut medis, ketenangan itu ialah ketikamana seluruh fungsi, organ dan proses yang berlaku di dalam badan kita berjalan dengan normal secara fisiologi. Jantung kita akan berdegup lebih kurang 60-70 saat setiap minit, pada setiap saat itu juga setiap sel darah merah yang jumlahnya sebanyak 5 juta/mm3 akan mengalir di dalam salur-salur darah untuk menghantar oksigen dan nutrient yang mencukupi ke seluruh ceruk sudut di dalam badan dan di dalam masa yang sama mereka mengambil bahan buangan yang merbahaya seperti toksik dan karbon dioksida untuk disingkirkan melalui hati dan paru-paru dan lain-lain. Kemudian hati pula akan memainkan fungsinya dengan normal dan begitulah seterusnya.

Betapa hebatnya rekaan Allah SWT, ketika kita duduk diam tanpa masalah seperti sekarang, kita tidak merasai pun degupan jantung kita yang sentiasa berdegup deras setiap saat untuk memenuhi keperluan badan. Juga tidak merasa pergerakan darah yang berada di dalam salur-salur darah kita sekarang, sedangkan mereka terus mengalir dan mengalir. Kita juga tidak merasa pergerakan makanan yang kita makan yang sedang dihadam di dalam perut kita sekarang. Ini semua kerana semuanya berfungsi secara normal, dan itulah ketenangan.

Ketika kita tidak tenang seperti ketika kita sedang cemas, degupan jantung kita mulai melaju dan kita dapat merasainya dengan jelas, pernafasan kita mulai deras, aliran darah mulai terasa, beberapa fungsi seperti penghadaman dan penyingkiran akan terhenti, dan macam-macam lagi. Sama juga ketika mungkin tiba-tiba kiraan darah merah dalam badan kita mula mengurang, maka jantung terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk memenuhi keperluan oksigen yang mencukupi untuk setiap sel yang ada di dalam badan kita. Badan kita mula berfungsi di luar kenormalan dan kita mungkin terpaksa mengambil ubat-ubat tertentu untuk menenangkan segala-galanya kembali untuk sementara waktu.

Tetapi, bukan ketenangan itu yang saya mahu ceritakan di sini kerana ketenangan fizikal seperti yang saya nyatakan di atas dapat dirasai oleh semua manusia yang normal baik namanya Barrack Obama, Shimon Peres, Queen Elizabeth II dan lain-lain. Saya di sini mahu berceloteh tentang sebuah ketenangan yang membawa kita ke syurga. Ketenangan yang dimiliki oleh Rasulullah SAW, para sahabatnya dan orang-orang beriman.

Friday, 29 July 2011

Kemanisan Itu Pasti Akan Ada!

1 new message.. 

“Tolong sedekahkan al-fatihah dekat arwah ibu ana, semoga arwah dicucuri rahmat. Al-fatihah.” 

Hatiku lantas teringat firman Tuhan di dalam surat cinta-Nya kepada alam. 


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ 
“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”  
[QS al-Baqarah, 2:155] 

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 
“(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “inna lillahi wa inna ilaihi roji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali).” 
[QS al-Baqarah, 2:156] 

Aku tidak berada di tempatnya. Aku tidak mampu merasakan apa yang sedang menghimpitnya. 

Sebagai ikhwah, aku harus membalas.. 

“Harta yang terbaik yang seorang ibu tinggalkan adalah anak yang soleh, dan selalu mendoakan kesejahteraan dia di alam sana. Maka, tabah dan kuatkan hati antum untuk menjadi harta yang terbaik itu.” 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang salih" 

[HR Muslim] 

“Bila ana boleh temui kebahagiaan, akhi? Bila diuji berulang kali, kadang-kadang rasa tak mampu.”

Friday, 17 June 2011

Hubungkan Kembali Keterikatan Kita dengan Allah

Stress. Itulah suasana yang mungkin sedang menyelubungi kebanyakan ikhwah pada saat ini. Di saat tanggungjawab dakwah semakin besar dan berat. Ujian menimpa dari segi penurunan prestasi akademik, maka satu proses reformasi harus dilakukan segera. Pastinya memerlukan usaha dan masa yang bukan sedikit. Ditambah lagi dengan fitnah itu dan ini menghentam dari kanan dan kiri. Ada ikhwah mahupun akhwat yang dihimpit dengan masalah kewangan, ada yang baru mengalami kemalangan, dan macam-macam lagi ujian yang diberikan kepada kita. 

Secara langsung atau tidak langsung, mungkin ada di antara kita yang sudah mulai merasakan hambarnya nikmat tarbiyah. Tawarnya nikmat ukhuwwah. 

Bangkit wahai ikhwahku! 

Itu semua bayangan dari syaitan yang sememangnya sentiasa mencari ruang dan peluang untuk merosakkan, menjatuhkan serta menjerumuskan kita ke dalam jurang kebinasaan. 

Ikhlaskan kembali niat antum. Tanyakan kembali kepada diri antum. Kenapa antum berdakwah? Kenapa antum masih berada di dalam tarbiyah? Kenapa antum berukhuwah? Kenapa antum belajar? 

Tidak kisahlah apa jawapannya wahai ikhwah ku, tapi pastikanlah ianya menemui satu titik yang menjadi paksi segala kebahagiaan dan ketenangan. Iaitu semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. 


Paksikan segala rasa cinta kita atas keimanan. Paksikan segala rasa rindu kita atas keimanan. Paksikan pengharapan kita atas keimanan. Dan paksikanlah segala rasa takut dan sedih kita atas keimanan. Insya-Allah, kita akan merasai nikmat yang sangat besar kelak. 

Saya kongsikan satu cerita yang saya kutip dari buku, Dalam Dekapan Ukhuwwah karangan Salim A. Fillah. Satu kisah yang mana, insya-Allah, ada manfaat untuk diri kita masing-masing. 

+++ 

Seharusnya dia boleh berehat di malam hari. Kerana siang demi siang hari terasa baginya sangat panjang, melelahkan, dan menyesakkan dada. Dia berulang alik dari satu penjuru ke satu penjuru di kota Mekah. Semata-mata untuk berbisik dan menyeru. Seorang demi seorang, kabilah demi kabilah, demi mengajak mereka mengimani risalah yang telah diamanahkan kepadanya. 

Thursday, 24 March 2011

Nilai Sebuah Keikhlasan

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Alllah, Rabb semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku..”
[QS Al-An’am, 6:162-163]

***

Ikhlas. Sebuah perkataan yang sangat mudah diungkapkan dengan lidah. Namun terkadang terasa amat berat untuk mengimplementasikannya. Sebuah kata yang sangat ringkas. Tetapi mempunyai maksud yang sangat mendasar hingga kita jarang dapat mendalaminya.

 Saya yakin, ramai sahaja di antara kita yang masih keliru, bahkan tercari-cari akan makna keikhlasan yang sebenar. Keikhlasan yang dikatakan akan mendatangkan kebahagiaan. Manakala, ketiadaan keikhlasan dikatakan mampu menyebabkan segala amal kita tidak ada maknanya. Maka, kita dapat lihat betapa ramai manusia yang keluar dari jalan tarbiyah hanya kerana mengatakan di mereka tidak ikhlas dalam berbuat. Apa sebenarnya hakikat keikhlasan yang perlu kita tahu?


Definisi ikhlas


Ikhlas didefinisikan sebagai murni, bersih, suci atau kosong.

Ikhlas dapat dimaksudkan dengan menghalakan segala ucapan, perbuatan, diam, bergerak, yang dirahsiakan, yang ditampakkan, hidup atau mati, berorientasikan hanya untuk redha Allah semata-mata.

Ikhlas ialah mengkhususkan tujuan semua perbuatan hanya untuk Allah semata-mata.

Ikhlas adalah melupakan pandangan manusia, sehinggakan kita hanya melihat Sang Pencipta sahaja.

Ikhlas ialah tidak memaksudkan perbuatan agar disaksikan orang, namun berharapa agar mendapat saksi dari Allah semata-mata.

Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hamba-Nya. Ia tidak diketahui oleh malaikat, sehingga dia tidak mempunyai kuasa untuk menuliskannya. Tidak pula diketahui oleh syaitan, sehingga dia tidak mampu merosakkannya.

Itulah ikhlas. Kunci kepada amalan hati. Semua amal soleh tidak akan sempurna tanpa dilandasi keikhlasan.

Friday, 11 March 2011

Mengenal ALLAH Melalui Asma Ul Husna

 



وَلِلّهِ الأَسْمَاء الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُواْ الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي
أَسْمَآئِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

“Hanya milik Allah nama-nama (asmaul husna), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama (asmaul husna) itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.”
[QS. Al A’raf 7:80]


قُلِ ادْعُواْ اللّهَ أَوِ ادْعُواْ الرَّحْمَنَ أَيًّا مَّا تَدْعُواْ فَلَهُ الأَسْمَاء
سَبِيلاً الْحُسْنَى وَلاَ تَجْهَرْ بِصَلاَتِكَ وَلاَ تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ

Katakanlah: Serulah nama Allah atau Ar-Rahman, yang mana sahaja kamu serukan; kerana bagi-Nyalah nama-nama yang baik Dan janganlah kamu menyaringkan bacaan solatmu, dan janganlah kamu perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu”. 
[QS. Al Isra’ 17:110]

هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ
مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dialah Allah yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
[QS. Al Hashr 59:24]

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى

“Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagi-Nyalah segala nama yang baik.” 
[QS. Taha 20:8]

[Rujukan: http://www.ashtech.com.my/DIL/start/artikel/Mengenal_ALLAH_Melalui_Asma_Ul_Husna.htm]


khir al-imtiaz
1203pm
11-03-2011
V2A 105, UTP

Saturday, 5 March 2011

Puisi: Getaran Ketenangan


Aku mendengar getaran angin

Menghembus wajah menyapa mesra

Menghela pergi segala resah

Membawa pergi segala masalah


Aku mendengar getaran air

Berkocak tenang seolah tiada

Mungkin sahaja bahaya yang sedang ditimpa

Tetapi masih kelihatan bersahaja


Aku mendengar getaran serangga

Bersahut-sahutan dalam keriangan

Walau mungkin dalam kesejukan

Tapi yang tertampak hanya kegembiraan


Aku mendengar getaran hati

Ternyata tiada tenang dalam keseronokan

Yang ada hanya kebinasaan

Kerana tenangnya orang beriman

Apabila dia kembali kepada Tuhan.


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah". Ketahuilah! Dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.
[QS Ar-Ra'd, 13:28]



KHIR AL-IMTIAZ
MABIT
23 FEBRUARI 2011
1130 MALAM
ATAS JALANAN TEPIAN TASIK V6
UTP
TRONOH

Dakwah: Susahkah?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ “Hari Khamis free tak? Malam.”  “ Free . Kenapa?”  “Aku ada buat usrah malam tu, ...