Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Saturday, 23 April 2011

Puisi: Bercintalah


Cinta

Adakah sekadar kata-kata

Atau mengenai bukti yang nyata

Atau ianya hanya khayalan semata-mata

Kerana cinta dunia

Hilang harganya harta

Seakan terhentinya masa

Jiwa sang raja menjadi hamba

Segala-galanya seakan tiada bermakna

Demi cinta dunia

Kesukaan hati dilupakan

Keburukan menjadi pujaan

Kebencian menjadi dambaan

Kehinaan menjadi sanjungan

Atas cinta dunia

Hanya pada-nya kita berfikir

Janji-janji palsu menjadi zikir

Membuat dia murka tidak terfikir

Membuat dia ketawa acap difikir

Namun

Dalam mencari cinta Allah

Sebanyak mana telah dihabisi harta demi-Nya

Selapang mana masa telah diisi untuk-Nya

Serendah mana sujud kita di hadapan-Nya

Sekerap mana hati kita rindu pada-Nya

Secenderung mana kita terhadap-Nya

Muhasabah cintamu,

Pada Dzat Yang Maha Mencintai

Sentiasa ada di sisimu

Menanti saat kau luah rasa pada-Nya

Sentiasa bersabar dengan karenah dirimu

Dengan terus menebarkan nikmat-Nya

Sentiasa mencemburui dirimu

Saat kau lupakan keberadaan-Nya

Carilah cinta Allah

Kerana itu cinta sejati



khir al-imtiaz‎
Sunday, ‎19 ‎September, ‎2010, ‏‎3:30:39 PM
Sinergi Edisi 3: Ajarkan Aku Cinta

Monday, 11 April 2011

Puisi: Kegelapan Yang Dirasakan Keindahan


Suatu masa dahulu mungkin...

Aku bersama-sama dengan mereka..

Membangkang dan mencemuh..


Apa yang dinamakan sebagai cahaya..

Kerana kegelapan itu dirasakan keindahan..

Sejadah tergantung bagaikan langsir..

Berkibar-kibar ditiup angin hingga berdebu..

Sunday, 3 April 2011

Puisi: Hati Ini Terlalu Hitam

Hati ini terlalu hitam.. 

Dengan dosa-dosa semalam.. 


Hingga tatkala aku bermaksiat.. 

Dzat Tuhan itu seolah tiada.. 


Tapi kerana masih ada cinta dari-Nya.. 

Aku masih lagi diberikan terlalu banyak ruang dan peluang.. 

Untuk memperbaiki diri.. 


Namun sering sekali aku menafikannya.. 

Masih lagi bermalas-malasan.. 


Sedangkan sudah diberi akan cahaya-Nya.. 

Menyambutku dari segenap arah.. 

Thursday, 10 March 2011

Puisi: Cinta Jangan Disebut

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


apabila kita menikmati,

membayangkan, serta merasa,

pasti kita akan memejamkan mata,


kerana sesuatu yang amat hebat itu

tidaklah mudah untuk dilihat

seperti cinta

dan Sang Pencipta Cinta

sebut sahaja cinta

semua hati kan mula berbunga

sebut sahaja cinta

wajah yang muram kan mula tersenyum

sebut sahaja cinta

jiwa yang kosong kan mula bermakna

sebut sahaja cinta

seakan tidak ada rasanya derita

sebut sahaja cinta

mata yang menangis kembali gembira

sebut sahaja cinta

harapan yang mati, kembali bernyawa


itulah kuasa cinta

cukup hanya disebut

tapi kuasanya mampu mengubah dunia

kegelapan menjadi sinar cahaya

itulah kuasa cinta

menjadi penyebab kenapa masih lagi bernyawa setiap insan dunia

termasuk diri ini

amat berkuasanya cinta dunia..

inikan pula cinta Tuhan Yang Maha Pencipta

sungguh

Allah Maha Besar


berilahlah cintamu

pada yang Maha Membalas cinta

ingatilah pesan Tuhanmu..

"ingatilah aku, maka akan aku ingat kpd mu" [QS 2:152]

Allah yang Maha Mencintai...






Khir al-imtiaz
MABIT
Masjid An-Nur UTP
‎01 ‎Disember ‎2010
23:52:30

Saturday, 5 March 2011

Puisi: Getaran Ketenangan


Aku mendengar getaran angin

Menghembus wajah menyapa mesra

Menghela pergi segala resah

Membawa pergi segala masalah


Aku mendengar getaran air

Berkocak tenang seolah tiada

Mungkin sahaja bahaya yang sedang ditimpa

Tetapi masih kelihatan bersahaja


Aku mendengar getaran serangga

Bersahut-sahutan dalam keriangan

Walau mungkin dalam kesejukan

Tapi yang tertampak hanya kegembiraan


Aku mendengar getaran hati

Ternyata tiada tenang dalam keseronokan

Yang ada hanya kebinasaan

Kerana tenangnya orang beriman

Apabila dia kembali kepada Tuhan.


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah". Ketahuilah! Dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.
[QS Ar-Ra'd, 13:28]



KHIR AL-IMTIAZ
MABIT
23 FEBRUARI 2011
1130 MALAM
ATAS JALANAN TEPIAN TASIK V6
UTP
TRONOH

Dakwah: Susahkah?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ “Hari Khamis free tak? Malam.”  “ Free . Kenapa?”  “Aku ada buat usrah malam tu, ...