Skip to main content

Ikhlas: Bukan Hanya di Bibir




بسم الله الرحمن الرحيم


إِنَّ الْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمِ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

وشر الأمور محدثاتها وكلّ محدثة بدعة , وكلّ بدعة ضلالة , وكلّ ضلالة في النار


Sikap bentuk seseorang itu akan dibentuk oleh keyakinannya. Apa yang dia yakini, itulah yang akan membentuk peribadi dan mewarnai kehidupan dia. Tentu sahaja, bagi seorang muslim, keyakinan kita akan berpaksikan dua kalimah yang tidak asing lagi, iaitu kalimah,


أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أللهُ وأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله


Ketika kita menyatakan saksi, ikrar dan janji bahawa لاَ إِلَهَ إِلاَّ أللهُ, maka jika kita takut, kita hanya akan takut pada Allah. Kita hanya akan menggantungkan hidup kita hanya pada Allah. Kita akan memulangkan segala permasalahan kita hanya pada Allah, kita hanya akan memohon rezeki pada Allah dan segala-galanya kita akan pulangkan atau paksikan hanya pada Allah.

Inilah yang akan membentuk peribadi seorang Muslim dan mewarnai kehidupannya. Dalam dunia yang serba sulit dan pelik ini, ramai antara kita yang solatnya menghadap Allah, tetapi apabila mahu laris niaga malah menghadap dukun.

Perlu kita sedari bahawa hanya Allah-lah tempat tujuan kita beribadah. Solat kita kerana Allah, zakat kita kerana Allah, puasa kita kerana Allah, bahkan seluruh kehidupan kita semuanya kerana Allah.

Kerana kadang-kadang ada di antara kita yang beribadah kerana mahu dilihat. Dia solat agar orang-orang di sekeliling memujinya. Dia berdakwah agar orang kenal dia sebagai seorang yang hebat berceramah. Ketika dia bersedekah, dia berharap agar ada awek-awek yang melihat dan memuji sedekahnya.

Kalau kata Almarhum KH Ustaz Zainuddin MZ,


"Tika sudah kita menggantungkan sesuatu itu bukan pada Allah, maka siaplah untuk kecewa."


Kerana jika kita perhatikan firman Allah di dalam surah Al-Bayyinah, Kita dituntut oleh Allah azza wa jalla untuk menjadi hamba-Nya yang ikhlas (مُخْلِصِينَ).


وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta'atan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus."
[QS Al-Bayyinah, 98:5]


Meminjam kata-kata Imam Al-Ghazali,


Semua manusia itu mati, kecuali yang berilmu,

Semua yang berilmu itu tidur, kecuali yang beramal,

Semua yang beramal itu tertipu, kecuali yang ikhlas.


Imam al-Ghazali memberikan sebuah gambaran bahawa pada hakikatnya, semua manusia itu mati kecuali yang berilmu. Hanya dengan ilmulah seorang manusia itu mampu untuk hidup. Seperti kata-kata pujangga,


Dengan ilmu, hidup menjadi mudah

Dengan seni hidup menjadi indah

Dengan agama hidup menjadi terarah


Kalau kita lihat dalam dunia hari ini, betapa hebatnya pengaruh ilmu hinggakan sebesar-besar persoalan yang rumit sekalipun boleh menjadi simple dan dapat diselesaikan. Jika pada zaman dahulu, untuk menunaikan ibadah haji sahaja memerlukan masa selama 6 bulan kerana pengangkutan yang ada cuma kapal laut. 6 bulan! Agak-agak kita pun lupa sudah jika ada jiran kita yang pergi haji. Tetapi, apabila hadirnya teknologi yang mencipta kapal terbang, waktu 6 bulan itu menjadi singkat kepada 1 bulan sahaja pada zaman sekarang! Bagaimana teknologi mampu memotong masa sebanyak 5 bulan, dan macam-macam lagi jasa teknologi dalam memberikan kemudahan dalam hidup manusia seperti internet, wi-fi, dan sebagainya.

Cuma, mungkin masalah sikap atau mindset, kemudahan yang semakin banyak ini bukanlah menjadikan manusia semakin proaktif dan produktif, sebaliknya semakin pemalas. Ini antara benda yang kita sebagai Muslim kena ubah.

Orang yang berilmu pula ramai yang tidur kecuali yang beramal. Pernah lihat orang tidur?


~kredit~

Apa manfaat yang kita boleh dapat daripada orang yang tidur? Tiada! Bawa mudharat kepada kita itu ada sebab kita pun nak join tidur sekali. Tidak kisahlah setinggi mana sekalipun ilmu yang seseorang itu ada, tapi jika kerjanya hanya tidur. Jangan cakap masyarakat, diri dia sendiri pun belum tentu mendapat manfaat daripada ilmunya. Semakin lama dia tidur bukanlah menjadikan dia semakin bertenaga sebenarnya, tetapi sebaliknya menjadikan dia semakin lesu, letih dan tidak mampu berfikir waras. Kecuali, mereka yang beramal.

Tetapi, orang yang beramal pula ramai yang tertipu, kecuali mereka yang mukhlis. Bagi mereka yang tidak ikhlas, mereka akan mudah merasa cukup dengan amal mereka, apabila ada orang puji amalnya, maka dia semangat, bila tiada yang puji, dia tinggalkan amalnya itu. Kadang-kadang merasa hebat dengan amalnya, merasa sudah besar dan tidak boleh ditegur lagi. Lebih malang apabila dia mulai sombong dengan amal-amalnya. Wah. Amal tanpa ikhlas ibarat jasad tanpa ruh. MATI nilai amal bila tiada ikhlas.


Bila tiada ikhlas

Abu Hurairah meriwayatkan, ia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, 


"Manusia pertama yang diadili pada hari Kiamat nanti adalah orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid didatangkan di hadapan Allah. Kemudian ditunjukkan segala kenikmatan yang telah diberikan kepadanya, dan ia mengakuinya.

Allah bertanya, “Apa yang telah kamu lakukan di dunia?” Dia menjawab, “Aku berperang demi membela agamamu.” Allah berkata, “Kamu bohong. Kamu berperang supaya orang-orang menyebutmu Sang Pemberani.” 

Kemudian Allah memerintahkan agar amalnya dihitung di hadapan pengadilan-Nya. Akhirnya ia dilempar ke neraka.

Seorang penuntut ilmu yang mengamalkan ilmunya dan rajin membaca al-Qur’an didatangkan dihadapan Allah. Lalu ditunjukkan segala kenikmatan yang telah diberikan kepadanya, dan ia mengakuinya. 

Allah bertanya, “Apa yang telah kamu lakukan di dunia?” Dia menjawab, “Aku menuntut ilmu, mengamalkannnya, dan aku membaca al-Qur’an demi mencari ridhamu.”

Allah berkata, “Kamu bohong. Kamu mencari ilmu supaya orang lain menyebutmu orang alim, dan kamu membaca al-Qur’an supaya orang lain menyebutmu orang yang rajin membaca al-Qur’an.” 

Kemudian Allah memerintahkan agar amalnya dihitung di hadapan pengadilan-Nya. Akhirnya ia dilempar ke neraka.

Selanjutnya, seorang yang memiliki kekayaan berlimpah dan terkenal karena kedermawanannya, didatang dihadapan Allah. Kemudian ditunjukkan segala kenikmatan yang telah diberikan kepadanya, dan ia mengakuinya.

Allah bertanya, “Apa yang telah kamu lakukan di dunia?” Dia menjawab, “Semua harta kekayaan yang aku punya tidak aku sukai, kecuali aku sedekah karena-Mu.” Allah berkata, “Kamu bohong. Kamu melakukan itu semua agar orang-orang menyebutmu orang dermawan dan murah hati.” 

Kemudian Allah memerintahkan agar amalnya dihitung di hadapan pengadilan-Nya. Akhirnya ia dilempar ke neraka.

Abu Hurairah berkata, “Kemudian Rasulullah menepuk pahaku seraya berkata, “Wahai Abu Hurairah, mereka adalah manusia pertama yang merasakan panasnya api neraka Jahanam di Hari Kiamat nanti.” 

[HR Muslim]


Na'uzubillah..

Dari hadits riwayat Muslim di atas, maka keikhlasan dalam beramal menjadi hal yang sangat penting. Betapa pun seorang hamba mati di medan jihad, berilmu dan membaca al-Qur’an, bahkan dikenal karena kedermawanannya, tapi jika tidak disertai dengan keikhlasan, maka menjadi sia-sialah amalnya.

Ternyata kata ikhlas, bukan karena bibir ini berucap ikhlas. Atau bahkan tidak berucapkan ikhlas. Boleh jadi, tanpa kita sadari, keikhlasan kita bercampur dengan riya’ dan ingin menunjukkan bahwa kita adalah seorang yang pemberani, yang berilmu, dan dermawan.

Orang bijak berkata, 


“Orang yang ikhlas adalah orang yang menyembunyikan kebaikannya, seperti dia menyembunyikan kejelekannya. Keikhlasan niat dalam amalmu lebih bermakna daripada amal itu sendiri.”


Iblis dan rakan-rakannya seperti syaitan dan rakan-rakannya pasti akan datang untuk merosakkan diri kita. Dia akan datang kepada kita sesuai dengan titik lemah kita masing-masing. Orang kaya, dia akan datang dengan bendera bakhil. Orang berilmu dia akan datang dengan bendera sombong. Orang yang kelemahannya wanita, maka syaitan akan datang dengan bendera itu. Bendera games, bendera movie, bendera shopping dan macam-macam lagi sesuai dengan titik lemah kita masing-masing.

Jika iblis dan syaitan tidak mampu untuk menjatuhkan kita dengan melakukan maksiat, maka mereka akan berusaha untuk melarikan keikhlasan kita dalam beramal.

Apabila kita sudah tidak ikhlas, apabila kita sudah tidak meletakkan sesuatu itu tujuannya kerana Allah. Maka bersiaplah untuk kecewa.


Masjid Nur, Abbasiah, Kaherah, Mesir


Apalah yang diharapkan sangat daripada pandangan manusia? Bukannya memberikan kita apa-apa pun melainkan mendekatkan kita kepada bahaya riya' dan takabbur yang akan menghanguskan nilai amal kita. Biarlah kita tidak dikenal oleh manusia di bumi, yang penting nama kita masyhur di langit!

Inilah masanya. Ikhlaskan semuanya.. Study kita.. Dakwah kita..

Wa Allahu 'alam..


 [doakan saya sentiasa ikhlas]
محمد خير بن جوهري
جامعة عين شمس
القاهرة، مصر


Comments

  1. "apabila kita sudah tidak meletakkan sesuatu itu tujuannya kerana Allah. Maka bersiaplah untuk kecewa."

    subhanaallah. jzkk
    sesuai utk ikhwah akhwat y tengah bercuti skang ni.

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang menarikk.. teruskan menulis.. ramai ikhwah menantikan penamu sbg langkah untuk beramal..

    ReplyDelete
  3. Ikhlas itu umpama surah ikhlas yg tiada kalimah ikhlas di dalamnya.

    ReplyDelete
  4. harapan utk diri beramal dgn keiklasan....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

“Salam. Saya rasa saya semakin jauh dengan Allah.” Rasa? Jauh? Jangan!!! Sebenarnya. Perasaan semakin jauh dengan Allah itu adalah satu perasaan yang perlu kita syukuri. Kerana kita masih lagi ada perasaan dengan Allah ‘azza wajalla . Kalau kita dapat lihat dalam realiti dunia sekarang, masyarakat kita ..secara umumnya.. sangat jauh daripada Allah SWT. Mereka jauh dari segi penghambaan diri kepada Allah SWT dan mereka jauh dari segi ketaatan kepada Allah SWT. Lebih malang lagi apabila perasaan semakin jauh dari Allah SWT itu tidak pernah terlahir dalam diri mereka hinggakan mereka merasa tenang dan terus menjauhkan diri mereka dari Allah SWT, dari Al-Quran. Jadilah mereka seperti orang-orang yang pernah menerima kitab sebelum kita, iaitu Yahudi dan Nasrani. Orang Yahudi dan Nasrani juga pernah menerima kitab. Taurat dan Injil. Tetapi, apabila mereka tidak menitik beratkan lagi nilai-nilai kekhusyukan penghambaan diri pada Allah dan tidak lagi mematuhi apa yang di...

Seorang Pemuda..

Seorang pemuda.. Seharusnya ia membina dan membangkitkan semangat daripada setiap permasalahan untuk diselesaikan.. Baik masalah pada akademik, pengetahuan am, penindasan, kezaliman, kehancuran moral dan lainnya.. Hanya orang tua sahaja yang apabila mendengar masalah, "Alah, biasalah tu~ Remaja~", kemudian menyerahkan tanggungjawab atau pekerjaan pada orang lain dan dia berlepas tangan. Tidak! Sebagai pemuda, kita kena berfikir bagaimana mahu menyelesaikan masalah-masalah tu.. Bukan duduk menunggu takdir, menunggu malaikat Jibril datang membawa tentera atau mengharapkan bumi terbalik atau angin taufan menghancurkan, tapi tidak ada satu peluh pun yang terkeluar dek usaha kita.. Hanya budak-budak hingus sahaja yang membiarkan atau melarikan diri daripada masalah. Seorang pemuda. . Kitalah generasi penerus.. Kitalah generasi pengganti.. Jika kita tidak ada rasa untuk berubah, maka kita akan menjadi generasi penerus sistem kehidupan hari ini yang me...

Apabila Kita Mula Jatuh Cinta

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ مَا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِه "Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya" [QS Al-Ahzab, 33:4] Siapa ada pengalaman dalam bercinta dengan manusia, sila angkat tangan! Oh, nampaknya semua tangan hanya terletak di mouse , jadi, insya-Allah yang sedang membaca ini semuanya suci-suci belaka. Maksudnya, tak pernah bercinta. Walaupun bercinta dengan ber couple tu sebenarnya dua perkara yang berbeza, tapi bukan itu yang saya nak bahaskan sekarang ini. "Akh, ana ada minat pada seorang perempuan ni, macam mana akh?" "Ok-lah tu, ana pernah dengar ada orang report roomate dia minat pada lelaki, hah, itu yang jangan!" "So, ana nak buat macam mana?" "Pertama, antum kena tahu bahwa rasa yang antum dapat itu datang dari Allah atau syaitan.."  Dan lain-lain lagi... Saya pun dah tak ingat dah apa saya jawab. Jat...