Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Tuesday, 1 November 2022

Jalan Dakwah dan Pengorbanan

[SENGGANG PERTAMA DAN TERAKHIR IALAH PENGORBANAN]


Baru-baru ini, pada 26 September 2022, kita dikejutkan dengan pemergian seorang ulama', bahkan pendakwah yang sangat terkenal dengan produktiviti amal dakwah beliau, iaitu Al-Imam Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi -rahimahuLlah- pada usia beliau 96 tahun. Sebaik sahaja membaca berita tersebut, hal ini sangat mengimbau kembali kenangan saya ketika dapat mendengar khutbah beliau secara langsung di Masjid Al-Azhar pada tahun 2013 yang lalu. Juga saya teringat antara ayat Al-Quran yang beliau sering ulang dalam penulisan beliau, iaitu,


{ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا }

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggudan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya),

[Surah Al-Ahzâb, 33:23]


Iya, pemergian para ikhwan atau da'i-da'i yang ikhlas ini sangat dicemburui, apatah lagi seperti sosok Al-marhum Al-Imam Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi -rahimahuLlah- yang kita sedia maklum betapa banyaknya jasa dan impak daripada setiap helaan beliau bersama dakwah. Daripada khutbah, tulisan, organisasi, harakah dakwah, dan semuanya. 


Begitulah jalan dakwah mengajarkan kita, bahawa senggang 'gap' antara permulaan dan pengakhiran dalam perjalanan dakwah ini cuma satu, iaitu pengorbanan.


Sekitar tahun 2013 yang lalu, kita semua pernah membaca (jika tidak mampu melihat) dan mengkagumi perjuangan, pengorbanan, kesanggupan sebahagian besar rakyat Mesir yang tidur di dalam khemah-khemah segera (instant) dan 'fragile' atas jalan-jalan raya dan bahu-bahu jalan di Medan Rabiatul Adawiyah, Nasr City, Kaherah dan juga di Medan An-Nahdhah, Giza.


Mereka hidup dalam serba serbi kekurangan. Meninggalkan keselesaan katil, kipas, tilam, 'air cond', dan rumah. Meninggalkan kegembiraan Aidil Fitri untuk berjalan-jalan dan berbaju baru. Makanan yang ada cuma roti dan lauk 'simple' dan minum air paip. Juga sangat terdedah dengan penyakit-penyakit yang mudah merebak (jika ada).


Ada yang 24/7 memang 'stay' di sana, tak pulang ke rumah langsung. Ada yang siang bekerja, malam datang semula. Ada yang seminggu sekali pulang ke daerah asal untuk melihat anak isteri.


Mereka dituduh pengganas. Juga diancam bunuh. Malah ada yang sudah pun ditangkap, dipikul sehingga cedera parah, bahkan ada yang kemudiannya dibunuh!


"Sampai bila?"

"Sampai presiden kami dikembalikan.."

 

Pada pagi 14 Ogos 2013, seluruh dunia dikejutkan dengan pembantaian dan pembunuhan yang digerakkan oleh pihak polis dan tentera yang mengorbankan lebih 1000 nyawa dan puluhan ribu tangkapan. Tak terlepas juga yang mendapatkan keselamatan dengan berpindah ke luar negara dan lain-lain.


Adakah semangat mereka pudar? Yakinlah tidak. Adakah harakah Islam di sana lumpuh? Yakinlah tidak. Mereka terus bergerak, dan terus bergerak. Walaupun kesusahan yang mereka terpaksa hadapi ialah terpaksa berpindah rumah berkali-kali, terpaksa menukar pekerjaan, ditinggalkan keluarga, akaun dan pelaburan dibekukan, pasport ditarik, dan lain-lain.


Para 'ultras' atau penyokong kelab bola sepak terkenal di Mesir, Al-Ahli yang sedang bersorak menaikkan semangat dan menceriakan suasana para penghimpun di Medan Nadhah, Giza.


Cuma, pernah tak kita terfikir..


Apakah ASAS atau SEBAB dalam pergerakan mereka sampaikan dakwah mereka masih lagi hidup sampai pada hari ini?


Bermula pada zaman al-Banna pada tahun 1928, dakwah ini dibina daripada kosong, kemudian Imam al-Banna dibunuh. Masuk pada zaman Hasan al-Hudaibi. Masuk pada zaman Sayyid Qutb, dibunuh. Terus meneru.. Sampaikan ada satu zaman, seramai 150,000 ditangkap dan 30,000 mati di dalam  penjara! Cuba bayangkan, berapa ramai pula isteri yang menjadi janda dan anak menjadi yatim pada masa itu?


Tetapi, lebih daripada 80 tahun bergerak dalam keadaan diam dan terang, mereka akhirnya berjaya mendapatkan kedudukan sebagai pemerintah (sebelum dikhianati). Dahulu, penjara menjadi tempat tidur, kemudian duduk di kerusi Presiden. Kemudian, sekarang 'berumah' di atas jalan raya. Kemudian berpindah randah pula dan seterusnya.


Tapi, KENAPA fikrah, bangunan dan amal dakwah mereka masih lagi utuh dan bukannya makin mengecil terus menghilang, bahkan tersebar dan membesar hampir ke seluruh dunia?!


Apa sebenarnya yang istimewa pada harakah mereka TETAPI mungkin masih belum ada pada harakah di Malaysia?


Perjuangan di Malaysia sudah bergerak seawal tahun 1950-an (jika betul).. Tapi, kenapa berbeza prestasi kita dengan mereka?


Apa yang mereka ada, tapi kita tak ada?


Atau..


Apa yang kita ada, tapi mereka tak ada?


Teringat salah satu daripada tulisan Dr Fathi Yakan, "Matlamat pertama dakwah ialah beriman kepada Allah dan yang terakhir ialah penegakkan syariatnya Islam dalam semua aspek kehidupan yang luas.. Maka, senggang antara yang pertama dan yang terakhir itu ialah PENGORBANAN.."


'Aspek kehidupan' itu bukan menyangkut pada pembangunan rohani sahaja ya.. Semua aspek!


Jadi? Apa masalah dakwah kita sebenarnya? Atau kita masih lagi mahu mengaku bahawa kita tiada masalah?


Kalau ada masalah, jadi, dakwah yang bermasalah atau kita yang bermasalah?


Kemudian, kenapa kita bermasalah?


Selepas itu, BAGAIMANA kita nak memperbaiki masalah?


#rabaa #nahdah


Khir

Catatan ini ditulis pada 11 Ogos 2013. Iaitu 3 hari sebelum pembantaian tentera di Medan Rabaah, Kaherah.

Monday, 31 October 2022

Kenapa Perlu Ada Ujian dalam Hidup?

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

انظروا إلى من هو أسفل منكم ولا تنظروا إلى من هو فوقكم ، فهو أجدر أن لا تزدروا نعمة الله عليكم

“Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)

Dunia ini sememangnya indah. Jika tidak sudah pasti tidak ramai manusia yang lalai bersamanya bahkan ada yang sanggup mati kerananya.

Cuma kita mungkin perlu sentiasa ingat bahawa dunia ini sifatnya ialah ujian.

Ada orang diuji dengan dunia yang lapang dan kaya. Dia mampu mendapatkan apa sahaja yang dia mahukan. Sehingga dia merasakan tidak memerlukan lagi kepada syurga abadi kerana baginya dia sudah memiliki syurga. Hanya perlu memetik jari bahkan terlintas dalam pemikirannya sahaja dia sudah mampu memiliku apa yang dia inginkan. Beribadah dan berbuat sesuatu di jalan Allah tidak perlu baginya kerana dia sudahpun memiliki syurga.

Ada pula yang diuji dengan kesempitan dan kepayahan. Dia terpaksa memaksa dirinya bekerja daripada pagi sampai petang bahkan malam. Dengan tujuan mencari duit yang kadang-kadang tak cukup pun untuk makan tetapi habis kepada biaya hidup yang sangat pelbagai dalam dunia hari ini. Dia tidak sempat untuk beribadah dan berbuat sesuatu di jalan Allah kerana dia terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa kerana jika dia tidak bekerja siapa yang akan memberikan dia makan?

Mungkin kita lupa..
Suasana 'kebetulan' lengang di bilik kecemasan salah satu hospital di Universiti Ain Shams, Kaherah.


(وَقَطَّعْنَاهُمْ فِي الْأَرْضِ أُمَمًا ۖ مِنْهُمُ الصَّالِحُونَ وَمِنْهُمْ دُونَ ذَٰلِكَ ۖ وَبَلَوْنَاهُمْ بِالْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ)

Dan Kami pecahkan mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan; di antaranya ada orang-orang yang soleh dan ada yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).
[QS Surah Al-A'raf, 7:168]

Hakikat sebenarnya Allah beritahu kepada kita bahawa semua orang akan diuji. Tidak kisahlah dia beriman atau tidak. Semua akan diuji. Ujian pula bukanlah spesifik perkara buruk, tetapi boleh jadi dalam bentuk yang menyenangkan.

Tidak mustahil ada orang soleh yang diuji lalu dia semakin jauh daripada Allah. Tidak mustahil juga ada orang yang pada asalnya tidak soleh kemudian diuji malah dia semakin dekat pula pada Tuhannya.

Tidak mustahil juga ada orang yang soleh mampu bertahan dengan ujian kesusahan, tetapi tewas dengan ujian kesenangan. Tidak mustahil juga jika ada orang yang tidak soleh yang hidupnya senang tetapi malah berubah menjadi soleh ketika diuji kesusahan.

Kerana itu kita perlu fokus pada tujuan kenapa Allah menguji kita dalam kehidupan ini. Di penghujung ayat suci di atas Allah menjelaskan segala-galanya, iaitu,

لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
"agar mereka kembali (kepada kebenaran)."

Mudah-mudahan nikmat atau musibah itu tidak melarikan fokus kita untuk terus berusaha meningkatkan amal kita, menjaga solat kita, bacaan al-Quran kita, amalan-amalan sunat, dakwah dan tarbiyah serta lain-lain lagi perintah Allah SWT kepada kita.

Tak perlulah kita malu jika kita merasakan seperti cuma pulang kepada Allah ketika kita diuji. Kerana itu memang salah satu tujuan daripada sebab Allah menguji kita. 

Maka, bersyukurlah apabila diuji, kerana seolah-olah Allah 'menyeru' kita.

Musim Cuti Bagi Penuntut Ilmu


Hantaran ini hanya sekadar nasihat untuk sahabat-sahabat yang pulang bercuti ke rumah masing-masing atau jika pelajar luar negara yang bercuti pulang ke Malaysia.

Dalam kelas matapelajaran Mantiq di Kuliah Dakwah Islamiah pada hari ini bersama Syeikh Dr Mustafa Murad, syeikh mengambil sedikit masa bercerita satu kisah di luar tajuk sebagai iklan antara topik yang dibahaskan.

Iaitu, Al-Azhar pada zaman dahulu, pengajian mereka sepanjang tahun, bukan ada fasa satu dan fasa dua seperti sekarang. Mereka akan belajar sepanjang tahun sehingga bulan Syaaban, dan akan bercuti pada bulan Ramadhan sehingga hari kelima belas Syawal. Kenapa?

Jawapan yang diberikan oleh pelajar adalah pelbagai..


Jawapan syeikh ialah, 

"Supaya penuntut-penuntut di al-Azhar ada masa untuk pulang ke kampung masing-masing dan menyampaikan dakwah dan mengajar masyarakat."

Tambahannya lagi..

"Bulan Ramadhan ialah bulan di mana orang ramai-ramai pergi ke masjid-masjid, itu ialah peluang untuk mereka mengajar dan berdakwah kepada manusia.."

Kemudian ada pelajar yang bertanya, kenapa sehingga 15 Syawal? Syeikh menjawab;

"Kerana perjalanan mereka tidak semudah hari ini. Mungkin menggunakan kapal di Sungai Nil, atau kafilah, dan lain-lain."

 

Suasana transit di Doha, Qatar, semasa pernerbangan terakhir dari Kaherah ke Kuala Lumpur kerana sudah graduasi.


CUTI IALAH PELUANG BERDAKWAH

Apa yang kita boleh ambil istifadah (manfaat) daripada kisah yang disampaikan oleh Syeikh Mustafa tersebut? Banyak. Antaranya yang saya fikirkan ialah;

Mereka pulang ke kampung mereka bukan semata-mata untuk khusus beribadah atau bercuti bersama keluarga sahaja. Tetapi mereka pulang untuk mengajar ilmu dan menyampaikan dakwah.

Katakanlah, jika kita pulang raya Aidil Fitri atau cuti musim panas di rumah (khususnya di Malaysia), apakah matlamat kita? Bermatlamatkan dakwah atau bermatlamatkan apa?

Sebaik sahaja bermula cuti semester atau tahunan, apa yang kita rancang? Menziarahi pasaraya (shopping complex)? Duduk diam di rumah tenangkan fikiran? Simpan semua kitab-kitab dan buku-buku di dalam kotak? Atau tidur tidak bangun-bangun sampai buka semester? Marathon drama dan filem? Re-union sekolah?

Ataukah kita terus mulakan perancangan dan tindakan-tindakan untuk mengajarkan ilmu setakat yang sudah dipelajari, menyampaikan dakwah kepada keluarga dan masyarakat serta mengubah dan meningkatkan kefahaman mereka mengenai Islam, atau menyambung kelas pengajian luar universiti, atau melakukan kerja amal dan sukarelawan untuk berkhidmat membantu masyarakat meningkatkan kualiti kehidupan dan pendidikan mereka, juga melaksanakan kerja-kerja ekonomi yang mampu dimanfaatkan untuk ummat?


TIADA MUSIM CUTI DALAM BERAMAL

Cuti yang ada bagi seorang pelajar (khususnya Azhari) yang memahami Islam itu seharusnya berbeza dengan yang lain. Bak kata murobbi saya yang dihormati, al-akh Dr Mohd Hizul, 

"Amal dan ibadah itu tiada cuti,".

Tentu sahaja, tidak salah untuk berehat atau bertemu rakan atau aktiviti-aktiviti keluarga yang lain, tetapi matlamat utama menjadikan Allah dan agama sebagai tujuan utama jangan diketepikan. Jika masa bersama keluarga semasa cuti sudah kita rancang sehabisnya, bagaimana pula perancangan masa untuk dakwah dan tarbiah semasa cuti?


قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah, “Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam,
[Surah Al-An'am, 6 : 162]

Sunday, 30 October 2022

Aku Tidak Tahu Nabi Mencintaiku atau Tidak

Aku terbaca hadis dalam Musnad Imam Ahmad no. 17113 semalam mengenai saat-saat kewafatan seorang sahabat Nabi Muhammad ﷺ yang mulia, iaitu Saidina Amru bin Al-Ash -radhiAllahu anhu-.


Anaknya Abdullah bin Amru -radhiAllahu anhu- berkata sesuatu ketika melihat keadaan ayahnya;


يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ مَا هَذَا الْجَزَعُ وَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُدْنِيكَ وَيَسْتَعْمِلُكَ

Wahai Abu Abdullah (iaitu Amru bin Al-Ash), "Keresahan apakah ini? Bukankah Rasulullah ﷺ benar-benar rapat dengan engkau dan baginda juga telah memperkerjakanmu (memanfaatkanmu)?"

Aku terasa sebak dan air mata hampir mengalir ketika membaca dia mengatakan;


 وَلَكِنِّي أَشْهَدُ عَلَى رَجُلَيْنِ أَنَّهُ قَدْ فَارَقَ الدُّنْيَا وَهُوَ يُحِبُّهُمَا ابْنُ سُمَيَّةَ وَابْنُ أُمِّ عَبْدٍإِنِّي وَاللَّهِ مَا أَدْرِي أَحُبًّا ذَلِكَ كَانَ أَمْ تَأَلُّفًا يَتَأَلَّفُنِي

"Sebenarnya aku demi aku tidak tahu (Nabi ﷺ dekat dan memanfaatkankanku) itu dari kecintaan baginda kepadaku atau hanya sekadar toleransi (atau keharmonian) yang diberikan kepadaku? Tetapi aku bersaksi atas dua orang laki-laki, meskipun mereka telah meninggal namun Baginda ﷺ mencintainya; Ibnu Sumayyah (Ammar bin Yassir) dan Ibnu Ummu 'Abd' (Abdullah Ibnu Mas'ud)."


Istanbul, kota bersemadi jasad sahabat Nabi SAW yang sangat mulia, Abu Ayyub al-Ansari


Ya Allah. Begitulah risaunya seorang sahabat yang padahal sempat hidup bersama Rasulullah ﷺ, mungkin sempat ketawa menangis suka dan duka bersama. Sempat berjihad bersama. Bahkan diarahkan oleh Rasulullah ﷺ dengan beberapa pengarahan secara langsung. Sahabat lain juga menjadi saksi kedekatan mereka berdua.


Selepas kewafatan Baginda Nabi ﷺ, Amru Bin Al-Ash malah masih terus 'berfungsi' dan 'difungsikan' untuk Islam sehingga menjadi antara watak utama pembukaan Islam di Shams (Syria, Lubnan, Palestin, dan Jordan) dan Mesir serta sehingga ke Tripoli (di Libya).


Tetapi dia masih ragu-ragu! Ragu-ragu sama ada adakah cinta Nabi ﷺ bersama dengannya atau tidak! 😭 Hidup sedekat zaman dan tempat tetapi masih lagi tidak tahu Nabi cinta padanya atau tidak.


Kita ni jauh pada zaman dan tempat Nabi ﷺ. Belum lagi jika mahu dibandingkan amal dengan sahabat bernama Amru itu. Adakah cinta Nabi untuk kita?


Kita kadang-kadang buat sesuatu kerana kita rasa Nabi SAW akan suka. Tapi benarkah baginda SAW suka?


Ya Allah. Kami terlalu selesa dengan kehidupan kami sehingga kami lupa adakah Engkau dan Nabi-Mu ﷺ sedang mencintai kami atau tidak.

Tuesday, 31 December 2013

Seorang Pemuda..

Seorang pemuda..

Seharusnya ia membina dan membangkitkan semangat daripada setiap permasalahan untuk diselesaikan..

Baik masalah pada akademik, pengetahuan am, penindasan, kezaliman, kehancuran moral dan lainnya..

Hanya orang tua sahaja yang apabila mendengar masalah, "Alah, biasalah tu~ Remaja~", kemudian menyerahkan tanggungjawab atau pekerjaan pada orang lain dan dia berlepas tangan.

Tidak! Sebagai pemuda, kita kena berfikir bagaimana mahu menyelesaikan masalah-masalah tu..

Bukan duduk menunggu takdir, menunggu malaikat Jibril datang membawa tentera atau mengharapkan bumi terbalik atau angin taufan menghancurkan, tapi tidak ada satu peluh pun yang terkeluar dek usaha kita..

Hanya budak-budak hingus sahaja yang membiarkan atau melarikan diri daripada masalah.



Seorang pemuda..

Kitalah generasi penerus.. Kitalah generasi pengganti..

Jika kita tidak ada rasa untuk berubah, maka kita akan menjadi generasi penerus sistem kehidupan hari ini yang melahirkan manusia yang tidak kenal pencipta, merosakkan diri sendiri, mengajak manusia menjadi jahat, mengenepikan hukum-hukum Allah, dan jauh sekali daripada berusaha menjadi mujahid untuk menjadikan Islam sebagai syiar dan syariat sejagat..

Jika kita mahu berubah, maka kitalah yang akan menggantikan generasi sekarang, untuk kita melahirkan generasi yang kenal Pencipta, sentiasa memperbaiki diri, mengajak orang lain, menegakkan daulah Islam dalam diri mereka dan tertegak daulah Islam atas negara mereka.. Motto kehidupan mereka ialah "Dakwah dan Tarbiyah".. Sampailah, setiap pergerakan masyarakat itu adalah kerana dakwah..



Seorang pemuda..

Kitalah pencorak nilai-nilai ummah..

Jika mata pensel warna sahaja sudah tidak betul, macam mana kita mahu mencorakkan ummah ini sesuai dengan corak binaan generasi al-Quran dan generasi binaan daripada madrasah Nubuwwah?

Kita begitu semangat nak mencorak ummat.. Tapi, atas manhaj apa? Dengan celupan apa? Apakah celupan itu kita ambil daripada mata air yang jernih atau bagaimana?



Seorang pemuda..

Kitalah agen reformasi atau perubahan..

Kita dapat saksikan kejatuhan pemerintah zalim di mana-mana negara seperti Indonesia, Mesir, Syria, Tunisia, dan lain-lain berpunca daripada gerakan mahasiswa atau pemuda..

Mereka tidak tenang dalam ketidak-adilan, mereka resah dalam penindasan dan kezaliman..

Tetapi, runtuhnya sebuah tamadun juga berpunca daripada kejatuhan nilai-nilai akidah, moral, dan macam-macam lagi pada pemuda..

Lemah pemudanya..

Lemahlah masa hadapan negaranya..

Bagaimana Islam mahu dimenangkan oleh pemuda-pemuda lemah?

Kalah dengan godaan wanita jahat, keluarga, harta benda, perniagaan.. Huh.. Kadang-kadang, kalah dengan perasaan atau emosi diri sendiri! Haih..

Maka kitalah! Para pemuda! Harus bangkit dengan 'cahaya' al-Quran, berjalan ditengah-tengah masyarakat! Kita menjadi pencorak mereka, bukan mereka mencorak kita..

Maka, kita tidak boleh bergerak dengan tangan kosong..

Kita perlukan bekal..

Bekalan apa?

Bekalan pertama.. Tarbiyah 'Fitriyyah' atau tarbiyah Islamiyah.. Tarbiyah yang membentuk hati kita untuk menjadi sejahtera.. Sentiasa ikhlas dan tawadhu', jauh daripada dosa dan maksiat.. Hati yang mampu menterjemahkan ilmu dan kefahaman dalam bentuk amal..

Bekalan kedua.. Dengan 'hikmah', ilmu dan kefahaman.. Hikmah agar kita mampu menyedarkan manusia untuk kembali kepada sistem dan aturan Islam sama ada rela atau terpaksa.. Ilmu sebagai bahan bakar, kefahaman sebagai bahan bakar yang telah diproses, untuk dipasarkan dalam bentuk amal..

Bekalan ketiga.. Akhlak atau karisma sebagai seorang 'al-qiyadah' pemimpin dan juga 'jundi' askar.. Kita jadi hamba pada Allah, kuli kepada dakwah.. Kita 'equip' diri kita dengan kekuatan mental dan fizikal, akidah yang sejahtera, ibadah yang shahih dan banyak, akhlak yang mantap, kita luaskan lagi pengetahuan kita, kita mampu berdikari, sentiasa bermujahadah melawan nafsu, sangat menjaga waktu, tersusun urusan-urusan kita, dan kita cuba menjadi manusia yang bermanfaat untuk orang lain..

Kenapa kita perlukan bekal-bekal ini? Apa tujuannya?

Agar kita berjaya menjadi seorang pemuda yang berjiwa dengan jiwa mujahid.. Kita juga menjadi pemuda yang bijaksana dan produktif..

Untuk kita bergerak di tengah-tengah masyarakat.. Kita celup habis mereka semua itu dan diri kita sekali dengan al-Quran dan sunnah Nabi!

Inilah pemuda pemilik dan pemikul Risalah..

Kita?



Malulah kita dengan pemuda dan pemudi Mesir, mereka masih bertungkus lumus mahu mengembalikan hak mereka yang dirampas, bahkan mereka tidak takut kepala mereka ditembusi peluru. Pergerakan dakwah Ikhwan Muslimin diharamkan selama lebih 60 tahun, bergerak dalam kediaman dan kesunyian. Tetapi dakwah di Mesir mampu menghasilkan para pemuda dan pemudi yang bukan setakat mampu berkata-kata, tetapi mereka mampu untuk mati kerana kata-kata.

Peluang dakwah dan tarbiah di Malaysia sangat luas dan selesa, kita tiada tekanan serta ancaman seperti penjara 17 tahun dan ratusan sebatan dan tumbukan percuma. Halangan paling besar cuma masalah 'study' atau restu ibubapa. Tetapi, kenapa kadar kejahiliahan masyarakat kita di Malaysia masih lagi sama bahkan semakin membusuk? Bukan kerana orang jahat semakin ramai, tetapi kerana para pemuda yang mengemban beban dakwah ini mandul!


--
MOHAMAD KHIR BIN JOHARI
Perubatan dan Surgeri, Universiti Ain Shams, Mesir
Alumni Maktab Sultan Abu Bakar (English College) dan SM Sains Muar
Emel: mohamadkhir.johari@gmail.com

Wednesday, 24 April 2013

Takwa: Andai Seorang Kader Dakwah Itu




بسم الله الرحمن الرحيم


إِنَّ الْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون


Kenapa kita perlu takut pada Allah?

Terlalu banyak sebab untuk kenapa kita perlu takut pada Allah. Pertama, kerana kita tidak tahu kita mati dalam keadaan apa. Boleh jadi sekarang kita berislam dengan sangat baik, tetapi bila sampai tarikh kematian kita, malah kita berpaling daripada Allah. Kedua, kerana jumlah amal kita yang terlalu sedikit jika mahu dibandingkan dengan jumlah dosa. Ketiga, kerana jika amal kita terlalu banyak sekalipun, kita mungkin menjadi muflis di akhirat kerana dosa-dosa kita di dunia dengan manusia lain hinggakan amal yang setinggi gunung menjadi tiada nilai kerana diambil oleh orang lain, dan lebih malang lagi dosa-dosa orang lain pula yang ditambahkan kepada kita. Keempat, boleh jadi bukan ketiga-ketiga sebab di atas, tetapi masalahnya pada keikhlasan kita dalam beramal pula.


Maka, ketakwaan itu perlu dibina terutamanya bagi seorang yang berusaha menjadi kader dakwah. Kerana apa?

Friday, 1 February 2013

Bila Iman Terjatuh






“Sebagai da’ie, kita kena pastikan kita tidak bermaksiat! Kikis habis semua karat jahiliah! Jangan bagi ruang walau sedikit pun kepada syaitan untuk memasuki hati kita dan merosakkan segala-galanya! Dakwah ini sesuatu yang mulia dan hanya orang mulia sahaja yang berhak memperjuangkannya!”

~kredit~
Itulah taujihat yang biasa kita dengar dalam halaqoh (lingkaran iman). Sehari dua kita pun bersemangat untuk menjaga iman kita, menjaga tahajjud kita, menjaga mata kita, menjaga tilawah al-Quran kita dan sebagainya. Tiba-tiba, masuk hari yang ketiga, semuanya berputar 180 darjah. Al-Quran entah hilang ke mana, tahajjud tinggal sejarah. Iman? Wara’? Apa benda tu?

Fenomena kejatuhan atau keruntuhan iman dalam diri seorang da’ie atau secara umumnya sebagai seorang Muslim itu sebenarnya adalah sesuatu yang terlalu biasa. Kerana apa biasa? Kerana seorang da’ie atau Muslim itu juga manusia! Ikut serta dalam tarbiyah bukanlah bermakna kita akan berubah menjadi malaikat yang sentiasa taat, sujud, tidak membantah, tidak bernafsu dengan manusia yang berlainan jenis dan sebagainya. Tetapi, tarbiyah ini mengajarkan kepada untuk agar selalu berwaspada terhadap perangkap-perangkap syaitan dan kita menjauhinya sejauh-jauhnya! Kita menjadikan syaitan sebagai musuh, bukan member, penasihat atau pemimpin kita!

Kerana apa? Matlamat syaitan bukanlah mahukan kita syirik atau berbuat dosa pada waktu sekarang, tetapi jauh lebih utama ialah dia mahu kita mati dalam keadaan kita sedang berbuat dosa. Bila kita akan mati? Entahlah, tapi yang penting saat tu makin dekat. Maka, syaitan memulakan usahanya dari sekarang untuk memastikan kita mati dalam keadaan yang hina.

Kita lihat dunia pada hari ini. Berapa ramai orang yang mati kerana masalah couple, masalah keluarga, masalah sumbang mahram, emak mencampak anak jatuh dari apartmen, suami tikam isteri, mati kemalagan kerana arak, mati kerana dadah dan bunuh mak ayah kerana dadah juga, mati kerana bergaduh sesama kumpulan gangster, mati kerana bunuh diri, mati kerana manusia, mati kerana mencari kepuasan, mati kerana bola, mati kerana artis, mati kerana macam-macam benda yang tidak boleh diterima akal waras!

Itulah yang dimahukan oleh iblis, syaitan dan rakan-rakannya. Kita mati bukan dalam keadaan kita sebagai orang yang berserah diri pada kehendak Allah (ISLAM).

Wednesday, 31 October 2012

Dakwah: Kenapa Kita Asyik Di Tolak?




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


"Weyh, maaflah, aku ada hal, tak dapat datang usrah kau. Maaf ya.."

"Aku letih sangatlah semalam, kalau aku datang pastu tidur nanti tak elok pula.."

Sebagai seorang murobbi, naqib atau secara umumnya kita gelar sebagai pendakwah, pasti akan wujud rasa sedih dalam diri kita ketikamana insan-insan yang kita ajak untuk berusrah, berhalaqoh atau secara umumnya kita katakan membuat usaha kebaikan, malahan ditolak, diberikan alasan dan macam-macam lagi yang membawa konklusi akhir iaitu, "Dia tak datang.."

Sedih itu wajar. Kerana itu Allah SWT telah awal-awal lagi mengingatkan kepada kita bahawa, 


وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ 

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

[QS Ali 'Imran, 3:139]


Kalau kita perhatikan lagi di dalam muka surat lain daripada surat cinta Allah kepada hamba yang membacanya,


فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

"Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Qur'an)."

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya."

[QS Al-Kahf, 18:6-7]


Dakwah atau seruan kita ditolak? Itu biasa. Dakwah kita difitnah sesat, tidak ikut syariat, tiada ustaz yang mursyid? Itu biasa. Orang kata kita ini syadid, keras, tidak mengikut waqi'? Itu biasa.

Yang luar biasanya ialah ketikamana kita masih juga dapat bertahan dan terus berusaha mencari benih yang baik untuk ditanam agar tumbuh menjadi pohon yang baik lagi rendang dan manfaatnya. Itu luar biasa! Ketikamana manusia lain berlumba-lumba dan saling tolong menolong untuk menebang dan mambaling batu kepada kita, kita malahan membalas perbuatan makar mereka dengan buah-buahan yang enak dan senyuman yang manis. Itu.. Luar biasa..

Kerana itu memang hakikatnya. Untuk mencari manusia yang akan membantu dan berkorban bersama-sama kita untuk mengajak manusia mengenal islam dan iman, ternyata itu sangatlah amat susah. Tetapi, untuk mencari mereka yang hendak menghalang usaha dakwah, tidak perlu dicari! Mereka akan datang sendiri. Yang lebih menyedihkan lagi apabila yang menghalang, mengfitnah dan memburuk-burukkan kita itu kadang-kadang ada title "ustaz" dan graduate dari Timur Tengah dan sebagainya, dengan alasan yang kadang-kadang tidak boleh diterima akal, "kerana kita bukan daripada jemaah mereka!"

Macam-macam..

Jadi, biasalah itu dakwah ditolak..


“Ditunjukkan padaku berbagai umat. Ada nabi yang hanya bersama seorang pengikut. Ada pula bersama dua orang pengikut. Ada yang bersama sekumpulan (kurang daripada sepuluh orang). Adapula nabi yang tiada seorang pun bersamanya…”. 

[HR Bukhari dan Muslim]


Kalau kita perhatikan kata Rasulullah SAW ini, ada nabi yang tiada pengikut! Takkanlah seorang nabi tidak berdakwah sampai tiada pengikut? Seseorang yang dapat wahyu secara langsung daripada Allah SWT. Tapi, kenapa dia tiada pengikut? Ana yakin bukan kerana dia tidak berusaha, tapi kerana masyarakat yang tidak mahu.

Namun tiada seorang nabi pun yang mengubah prinsipnya kerana inginkan pengikut. Sekalipun terpaksa menghadapi suasana kontang. Lihat saja Nabi Nuh a.s. seperti yang dirakamkan oleh al-Quran dalam surah Nuh.

Tuesday, 16 October 2012

Takwa: Ketika Bersendirian dan...





Bismillahirrahmanirrahim..

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.” 
[QS Ali ‘Imran, 3:102]



“Bertakwalah kamu kepada Allah di manapun kamu berada, iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan nescaya ia dapat menghapuskannya dan pergaulilah semua manusia dengan budi pekerti yang baik.” 
[HR Tirmidzi. Ia berkata, “Hadith hasan dalam kitab lainnya dikatakan, hadith hasan shahih]

Bersendirian. Itulah saat yang paling digeruni oleh seorang mukmin. Tetapi, itulah saat yang paling digemari oleh musuh kepada mukmin iaitu iblis dan bala tenteranya yang setia. Kebiasaannya, fenomena seperti ini berlaku ketika mana ikhwah atau akhwat itu pulang ke rumah untuk cuti semester atau kebetulan dia ditempatkan di suatu medan yang jauh.

Ikhwah atau akhwat yang pada asalnya sangat bersemangat dan bertenaga dalam mengendalikan tanggungjawab dakwah semasa di kampus mula kelihatan semakin ghaib dan ghaib dan ghaib dan terus hilang kadang-kadang. Panggilan telefon tidak berjawab. Mesej tidak berbalas. ‘Chatting’ tidak berespon tetapi statusnya ‘online’. Ikhwah atau akhwat yang pada asalnya sangat antusias dan ghairah dalam melaksanakan dan menggerakkan dakwah ketika saat di bersama-sama dalam keadaan ikhwah dan akhwat yang sangat ramai malahan lesap dan terus lenyap ketika dia mula keseorangan kerana terpaksa pindah ke tempat jauh atau berlaku tragedi.

“Afwan akhi, ana tiada kekuatan..” 

“Asif akhi, ana merasa lemah bila duduk di rumah. Tiada ikhwah yang memantau ana..”


Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku? Pertama, mari kita lihat pada alasan-alasan yang diberikan dahulu.

Thursday, 20 September 2012

Dakwah: Susahkah?




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

“Hari Khamis free tak? Malam.” 
“Free. Kenapa?” 
“Aku ada buat usrah malam tu, nak join tak?” 
“Usrah? Siapa buat?” 
“Akulah.”

Tiba-tiba budak itu buat muka suspicious pada saya… 

“Kenapa? Ada masalah?”  
“Eh, tidaklah. Usrah ni under apa?”  
“Under apa? Erm. Alah, kita-kita saja. Daripada kita pergi main game malam tu, apa kata kita buat usrah, kumpul budak-budak lain sekali. Penting sangatkah “under” apa tu?” 

Itulah antara perbualan yang aku dapat ketika mencari orang-orang baru untuk sama-sama duduk merasai nikmat tarbiyah. Macam-macam ragam rupanya ada. 

“Usrah? Apa tu?”  
“Usrah? Macam yang biasa buat kat sekolah itu ya?”  
“Usrah? Bukan badan agama yang rasmi kat sini dah buat ke? Kenapa kau nak buat juga?” 

Macam-macam persoalan yang memerlukan jawapan yang berbeza-beza untuk setiap target mad’u (orang yang didakwahi). Kerana itu, kita sebagai da’ie kena faham bahawa manusia ini dapat kita bahagikan kepada beberapa kategori atau tingkatan. Mereka sangat dipengaruhi oleh masalah latar belakang pendidikan, keluarga, kawan-kawan, pendedahan atau capaian maklumat, taraf kehidupan, jantina, umur, cara berfikir dan macam-macam lagi yang memerlukan seorang da’ie itu untuk bisa menganalisa mad’u mereka dengan cepat dan tepat agar kita tahu apa pengarahan yang patut kita berikan dan bila waktu yang sesuai untuk kita sampaikan kepada dia, agar niat kita untuk mengenalkan dia dengan tarbiyah dapat direalisasikan. 

Budak tahfiz berbeza caranya dengan budak bukan tahfiz (inikan pula yang buta huruf al-Quran). Budak IQ tinggi berbeza caranya dengan budak IQ rendah. Budak SBP atau MRSM berbeza caranya dengan budak SMKA. Budak SMKA berbeza dengan SMK. SMK berbeza dengan tidak bersekolah. Budak matrikulasi berbeza dengan budak IPTA. IPTA pula berbeza dengan IPTS. Even, IPTA/IPTS pun masih kita boleh perdalami lagi kaedah approach yang sesuai untuk setiap jenis IPTA/IPTS. Budak sosial berbeza caranya dengan yang pendiam. Budak yang bersifat kepimpinan berbeza caranya yang hanya mahu mengikut keadaan. Budak merokok berbeza dengan budak bercouple. Budak pula berbeza dengan bapak kepada budak dan atuk kepada budak. Dan macam-macam lagi! 

Bakti Sosial Ramadhan 1433H, Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan, Sg Siput, Perak

Kerana itu, kalau kita perhatikan antara penekanan utama oleh Syeikh Mustafa Masyhur dalam bukunya Dakwah Fardhiyah juga Dr Syed Muhammad Nuh dalam bukunya Dakwah Fardhiyah (juga) meletakkan proses TAARUF sebagai benda pertama yang perlu kita lakukan dan sifatnya adalah berterusan hinggalah sampai akhir tahapan. Jika saya, saya akan katakan bahawa proses taaruf ini perlu berlangsung sampailah kita mati atau mad’u tu mati. Maknanya, non-stop.

Friday, 22 June 2012

Hidupkanlah Dia..





Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau beramai-ramai..

Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau bersendirian..

Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau penuh dengan kelapangan..

Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau penuh dengan kesibukan..

Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau sedang bergembira..

Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau sedang bersedih..

Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau kaya raya..

Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau miskin lagi fakir..

Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau sihat..

Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau sakit..

Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau dijulang..

Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau ditekan...

Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat semua orang datang kepada engkau..

Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat semua orang lari daripada engkau..

Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau kuat..

Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau lemah..

Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau masih hidup..

Dan..

Pastikanlah bahawa suasana dakwah dan tarbiyah terus HIDUP di saat engkau sudah mati..

هَا أَنْتُمْ هَٰؤُلَاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنْكُمْ مَنْ يَبْخَلُ ۖ وَمَنْ يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَفْسِهِ ۚ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ ۚ وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ 
"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini."
[QS Muhammad, 47:38]

Friday, 6 April 2012

Dakwah: Kenapa Kita Buat Semua Ini?




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 

Dakwah. Satu perkataan yang terlalu banyak tafsirannya. Kita menafsirkan ia seperti ini. Mak ayah menafsirkan ia seperti itu. Kawan-kawan pula menafsirkan ia begini. Mad'u-mad'u pula menafsirkan ia begitu. Masyarakat pula melihat ia seperti ini. Ustaz-ustaz pula melihat ia seperti itu. Budak belajar agama pula melihat ia seperti begini. Budak yang tidak belajar agama pula melihat ia seperti begitu.

Jadi, kita nak melihat dakwah ini melalui pandangan siapa?!

Hmm. Cukuplah kita lihat ia dengan cahaya Al-Quran dan hikmah kenabian Rasulullah SAW.


مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِي مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ  
"Tidak mungkin bagi seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu penyembahku, bukan penyembah Allah," tetapi (dia berkata), "Jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya!"  
[QS Ali 'Imran, 3:79]

Wednesday, 4 January 2012

Orang Mukmin Yang Dengki Kepadanya

“Kamal, cuba kau tengok budak tu, cun gila awek dia. Mantap ar. Kau tak rasa cemburukah semua awek kau lari kat dia?”
“Tak apa, nanti aku tahu lah apa nak buat kat dia, kalau tak kena bantai sampai tak boleh berjalan, atau aku jumpa saja bomoh mana bagi dia mati terus.” 
“Eh, kau biar betul? Kalau kau pukul dia, nanti kau masuk penjara pula. Kalau kau ‘bomoh’ dia, karang tak masuk syurgalah.” 
“Ah, yang penting kalau aku tak dapat, biar dua-dua tak dapat.”

Pernah dengar tak dialog macam atas tu? Mestilah pernah, terutamanya kaki movie tak senonoh dan kaki buang masa depan TV. Pernah tak kamu dengar dialog macam ini pula,

“Salam, adik, jom ke liqo al-Quran.” 
“Err. Abang ni Jemaah bukan rasmikah?” 
“Kenapa adik tanya macam tu?” 
“Tak adalah, tapi ada abang-abang rasmi kata, kalau ada orang datang ketuk bilik lepas itu ajak baca al-Quran, dia suruh cakap sahaja dengan orang tu, ‘Saya dah berkomitmen dengan yang rasmi’. Nanti saya tidak selamat, lepas itu sibuk kalau ikut dengan mereka, so, cakap sahaja, ‘Saya dah berkomitmen dengan yang rasmi’, nanti mereka tidak ganggu saya walaupun saya tak mahu ikut dengan abang-abang rasmi tu..”

+++



Sebagaimana lumrah diketahui hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya. Hasad boleh mengikis Iman seseorang Mukmin jika ia tidak cepat kembali siuman, bertaubat kepada Tuhan dan tidak dilimpahi ‘Inayah dan Rahmat Subhanahu Wata’ala. Tepat seperti yang apa disabdakan oleh Rasulullah SAW:

“Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama." 
[HR Al-Baihaqi]

Rasulullah SAW bersabda lagi:

Thursday, 22 December 2011

Menulislah Dari Hati


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah. Segala kepujian bagi Allah kerana masih lagi membenarkan kita untuk sama-sama berbuat sedikit amal kebaikan walaupun terlalu sering kita melupakan dia dan lebih teruk lagi seringkali kita bermaksiat kepadanya, tetapi tidak sesaat pun Allah melupakan kita dalam terus menebarkan nikmatnya kepada diri kita, terutamanya nikmat iman dan islam; yang semakin luntur disyukuri oleh kebanyakan masyarakat dunia sekarang.

Selawat dan salam dihulurkan kepada Nabi Muhammad SAW, para nabi dan Rasul, para sahabat dan sahabiahnya, ahli keluarga baginda, dan juga untuk mereka yang terus menerus beriltizam, istiqomah dan beristimrar dalam berbuat yang terbaik untuk agama Allah SWT.

Seterusnya, satu peringatan yang jangan hanya sekadar dijadikan omongan kosong dan adat dalam bertazkirah iaitu, IKHLASKAN NIAT kita. Ikhlaskan niat kita dalam menulis. Ikhlaskan niat kita dalam membaca. Ikhlaskan niat kita juga dalam menyampaikan pada orang lain nanti. Kita berbuat bukan kerana mahukan kemuliaan dan keredaan daripada mata manusia, tetapi keredaan dan kemuliaan daripada Allah itu yang paling utama.


Mereka Juga Menulis

Sebenarnya, ramai orang yang menulis. Baik menulis untuk blog, akhbar, surat cinta, buku karangan, dinding sekolah, pintu tandas dan lain-lain.


Cuma, sesuatu yang kita kena perhatikan ialah, ada orang yang menulis dari otak. Kalau kita baca tulisannya, sangat ilmiah! Dikutip dari buku itu, dikutip dari buku ulama ini, habis semua buku dia kutip. Tetapi, dia sendiri belum tentu mengamalkan apa yang dia tulis, kerana dia hanya menulis dari otak. Ada orang yang menulis dari poket. Hanya untuk kepentingan wang. Dia akan sentiasa memastikan tulisannya menjadi yang terbagus kerana apa yang dikejar bukannya perubahan bagi pembaca, tetapi perubahan pada poketnya. Ada juga yang menulis dari hawa nafsu. Ini yang paling bahaya. Menulis kerana kepentingan harta, diri dan sanggup kadang-kadang menulis sesuatu yang menggadaikan nilai-nilai kemuliaan Islam demi kepentingan dan nafsu diri.

Tetapi, apa yang kita mahukan ialah seorang penulis yang menulis dari hati. Kalau kita perhatikan kata-kata Abdul Hamid Al-Bilali dalam bukunya Taujih Ruhiyah, dia mengatakan bahawa,

“Hanya kata-kata yang hidup mampu menghidupkan hati-hati yang mati”

Menurut Ibnul Qayyim Al-Jauziah dalam bukunya Nasihat-nasihat Keimanan, hati adalah bejana untuk lisan. Maknanya, setiap yang keluar dari lisan itu datangnya dari hati. Jika kata-katanya hidup, maka pasti hatinya juga hidup. Kita juga mesti selalu dengar pepatah,

“Hanya yang keluar dari hati yang akan masuk ke hati.”

Poin yang saya cuba untuk sampaikan ialah, sebagai seorang yang mahu mendeklarasikan bahawa dirinya adalah penulis dan pendakwah, maka perkara pertama yang perlu dia perhatikan ialah,

“Kenapa aku menulis?”

Adakah semata-mata untuk mempertontonkan bakat yang ada? Atau mungkin kerana mahu mempamerkan ilmu yang berbuku-buku di dalam kepala semata-mata? Atau mungkin kerana mahu memenuhkan sijil dan poket dengan wang? Atau yang lebih malang lagi kerana mahu memenuhi kepentingan hawa nafsu?

“Habiskan 24 juta untuk beli cincin itu wajar kerana takut membazir..”

Jangan bangga dengan amal

Tujuan utama saya menulis adalah semata-mata untuk memberikan sedikit kontribusi di dalam dakwah itu sendiri. SEDIKIT. Bahkan mungkin lebih rendah tarafnya daripada SEDIKIT. Kerana tiada seorang pun daripada kita akan masuk syurga kerana amal yang kita perbuat.

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata,

“Rasulullah bersabda, ‘Mirip-miripkanlah dan tepatkanlah. Ketahuilah, sesungguhnya tidak ada seorang pun dari kalian yang selamat kerana amalnya.’ Para sahabat bertanya, ‘Juga termasuk anda, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, ‘Juga termasuk aku, kecuali jika Allah melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya.’” 
[HR Muslim, Kitab: Iman 1/65 No. 38]

Tetapi, perlu tak kita beramal? Tentunya perlu. Orang bodoh sahaja yang kata kita tidak perlu beramal. Sudahlah diri itu penuh dengan maksiat, lepas itu penuh dengan dosa, kemudian mengharapkan rahmat Allah turun kepadanya tanpa ada amal? Logikkah?


Mari kita perhatikan beberapa kisah dalam Riyadhus Shalihin karangan Imam Nawawi, Rasulullah yang sudah pasti masuk syurga itu sendiri amalnya bukan main hebat. Menurut hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Abdullah Hudzaifah Ibnul Yaman, dia menceritakan betapa solat malamnya Rasulullah itu sahaja membaca surah Al-Fatihah, kemudian Al-Baqarah kemudian An-Nisa’ kemudian Ali Imran dalam rakaat pertamanya sahaja, lamanya sujud beliau sama hampir sama dengan lamanya berdiri! Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, dan lainnya, Ibnu Mas’ud mengatakan,

“Pada suatu malam saya solat bersama Nabi. Beliau berdiri cukup lama sehingga timbul niat buruk saya. Saya ditanya, ‘Niat buruk apa itu?’ Saya menjawab, ‘Saya ingin duduk lalu meninggalkan beliau.’” 
[Muttafaq alaih]

Tapi, cuba kita lihat, baginda Rasulullah SAW masih lagi mengatakan,

“Juga termasuk aku, kecuali jika Allah melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya.’”

Jadi, jangan pernah kita berbangga dengan amal. Solat malam Rasulullah baca 6 juz satu rakaat. Patutlah bengkak-bengkak kaki Rasulullah SAW. Kita? 6 muka surat dah merasakan macam pegang kunci pintu syurga, tinggal nak bukak dan masuk sahaja. Yang bengkak cuma hati sahaja sebab tak puas hati kena kejut bangun tahajjud.

Akhi wa ukhti, buatlah amal itu untuk membersihkan hati kita, mengurangkan kesan dosa dan khilaf, dan yang paling pasti ialah kita dapat hadirkan keikhlasan dalam kita beramal AGAR kita juga mendapat rahmat daripada Allah. Amin.

“Dan laksanakan solat pada kedua hujung siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapuskan kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat (Allah).” 
[QS Hud, 11:114]



Dakwah itu Perubahan

Sama juga dalam dakwah. Ada orang yang berdakwah dari otak. Kalau kita lihat ke dalam ceramahnya, fuh mantap! Terkedu kita dibuatnya. Bukan saya kata salah jika berdalil dengan hujah yang sangat nyata, boleh sebut kitab apa, apa nama ulama’, siap nombor, muka surat dan perenggan ke berapa boleh disebutnya. Cuma, bagaimana pula dari sudut aplikatif? Cerita tentang bab zuhud, tapi berceramah pakai Alphard kerana supaya nanti Jemaah masjid segan kalau tak bagi duit kurang-kurang RM50 ke atas. Teringat aduan seorang ustaz yang menggunakan kereta buatan Malaysia,

"Ustaz-ustaz ini kadang-kadang beli kereta mahal kerana nanti bila dia berceramah dapat duit banyak. Makin mahal kereta, makin mahal duit yang dia dapat."

Ada orang yang ceramah untuk poket. Itu yang kadang-kadang kita lihat ceramahnya penuh dengan lawak-lawak yang mengarut. Bila nak tempah untuk berceramah, kalau setakat RM500, maka tunggulah 2014 nanti baru dapat dengar dia berceramah. Tapi, kalau ada RM2000, esok pun tidak mengapa.

"Kenapa nak jemput ustaz itu berceramah?" 
"Sebab ceramah dia best, banyak lawak."

Bila kita dengar kadang-kadang pelik. Pelik kerana tujuan berceramah sepatutnya dapat mencetuskan rasa untuk berubah dalam diri pendengar, tapi yang kita dapat lihat cuma gelak tawa memanjang, keluar masjid hilang dah semua. Teringat ada kata seorang ustaz,

“Kalau setakat nak panggil berceramah untuk berlawak, baik panggil raja lawak, lagi best!”

Ada juga yang berceramah kerana hawa nafsu. Ini yang kadang-kadang kita dapat lihat beberapa yang mengklaim diri mereka ulama, tetapi menyokong pemerintahan yang zalim. Apa sahaja yang dibuat mereka adalah betul. Tak kisahlah kerajaankah, pembangkangkah, kalau sesuatu yang benar itu ditegakkan, itu wajar. Tetapi, hakikatnya tidak seperti yang kita harapkan. Kerana apa?

Masing-masing ada jawapan masing-masing berdasarkan kepentingan masing-masing. Kalau kata Ustaz Hasrizal, di laman web beliau,

“Berdakwah bukan untuk memberi TAHU, tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada menghimpun maklumat dan pengetahuan, tetapi membuka jalan kembara insan mengenal TUHAN.” 
[Abu Saif]

Tulislah dari hati

Konklusinya, sampaikanlah sesuatu itu dari hati. Berdakwahlah kepada masyarakat dari hati. Hati yang dimaksudkan di sini pastilah hati yang selalu dimandikan dengan ayat-ayat al-Quran dan hadith nabi, kemudian semuanya itu dizahirkan dengan perbuatan amal soleh yang real. Bukan hati yang kotor dengan lagu-lagu maksiat dan keinginan-keinginan yang membusukkan lagi amal yang akan terzahir. Sebab hati yang kotor dikhuatiri akan mengotorkan hati orang lain pula.

Terakhir, doakan saya istiqomah dan bukan setakat seronok menulis, tetapi juga seronok dalam berbuat di dunia real seperti yang dicontohkan oleh Dr Abdullah Azzam, Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb dan mereka-mereka yang dibunuh kerana mereka bukan setakat menulis, tetapi mereka berbuat apa yang mereka tulis. Penegasan, mereka mati bukan kerana mereka menulis, tetapi mereka mati kerana berbuat apa yang ditulis. Tambahan, mereka juga mampu mencetuskan kemahuan dalam diri masyarakat sampai hari ini dalam berbuat seperti apa yang mereka perbuat. Masya-Allah.

"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu. Jikalau sememangnya saya layak dipenjara, saya reda menerimanya. Tetapi jika saya dipenjara dengan zalim, saya sama sekali tidak akan tunduk memohon belas kasihan daripada orang yang zalim." 
[Sayyid Quthb, Inilah Islam, m/s 10 (Pustaka Salam, 2000)]



Saya menulis hanya untuk kebaikan kepada diri saya sendiri. Adapun yang terasa, terkesan, terkena, itu semua datangnya dari Allah 'azza wajalla. Kerana Allah-lah yang mempunyai hak dalam memasukkan taufik serta hidayahnya ke dalam hati sesiapapun yang Dia kehendaki. Bukan saya...


"bangkit"
khir al-imtiaz
2238 hours
22-12-2011

Monday, 21 November 2011

Bagaimana Keadaan Umat Islam Sekarang

Apabila kita sebagai umat Islam tidak lagi mahu mengikut ajaran Islam, tidak lagi mahu taat kepada Allah SWT bahkan sebaliknya kita berbuat maksiat kepada-Nya, tidak mensyukuri nikmat-Nya dan mengingkari kasih sayang-Nya, maka Allah SWT akan menurunkan azabnya melalui musuh-musuh Islam itu sendiri.

Mereka akan memporak-perandakan negara Islam. Memecah belah umatnya dan menghancurkan kewujudan Islam di bumi ini. Masjid-masjidnya dihancurkan dan diratakan dengan tanah, kitab sucinya dipijak-pijak dan anak-anak serta kaum tua dihina.

Mereka itulah para Israel kaum dajjal. Siapakah kaum Israel itu? Mereka adalah kaum zionisme antarabangsa yang tidak lain adalah kaum Yahudi yang berketurunan babi dan kera. Mereka berusaha menghancurkan umat Islam bila pintu-pintu menuju ke sana terbuka lebar.

Ini disebabkan kita tidak memegang teguh kalimat Laa ilaha illaallah ketika berdepan dengan kaum Israel.

Kita memasuki pertempuran dengan kekuatan yang lemah sayap yang patah dan panji-panji yang terbalik, sekali lagi.. ini salah kita.. kerana kita tidak berpegang teguh dengan kalimat La ilaha illaallah. Tetapi sebaliknya kita berpegang pada dasar nasionalisme, patriotism, sekularisme dan lainnya. Maka kita akan kalah sedang mereka akan menang dan mengalahkan kita umat Islam.

Allah SWT telah mengangkat darjat umat-Nya melalui sujud yang dilakukan oleh umat itu. Itulah fitrah semulajadi umat Islam. Allah SWT juga telah menurunkan buku panduan yang agung iaitu Al-Quran sebagai kita yang kekal selamanya.

Dengan demikian bila umat Islam berpegang kepada fitrah dan Al-Quran itu, maka mereka berhak menjadi umat Allah SWT. Oleh itu, kita dilarang sujud kecuali kepada Allah SWT. Maka apabila kita menghadap kepada selai-Nya, kita akan kalah dan sengsara.

Mengapa kaum Israel boleh mengalahkan umat Islam, padahal jumlah mereka sedikit, mereka itu pengecut, sumber alamnya kosong, rakyatnya penakut. Tetapi mengapa mereka tetap dapat mengalahkan ratusan juta bangsa arab? Jawapannya kerana umat Islam tidak berpegang kepada kalimat La ilaha illaallah. Selama- berabad-abad lamanya umat Islam meninggalkan kalimat La ilaha illaallah. Sehingga penyelewengan berlaku di mana-mana.

Allah SWT turunkan kepada mereka kenistaan dan kesengsaraan. Ini semua tidak akan mungkin berakhir kecuali apabila umat Islam itu sendiri kembai kepada agamanya.



Siapakah yang Dapat Mematikan Sinaran Matahari

Segala puji dan syukur kepada Allah SWT. Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengumpulkan hati para manusia, menyatukan tauhid para umat-Nya dan menyinari diri dengan cahaya Islam.

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah SWT dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah utusan-Nya. Baginda diutus sebagai murobbi yang membawa dari kegelapan, membimbing orang yang buta kepada jalan yang benar, dan mendengar orang yang tuli serta memberikan cahaya dari kegelapan selamanya.

Tuesday, 15 November 2011

Mengalirlah, Jangan Membusuk!

"Bi'ah sekeliling saya ni tak macam zaman sahabat. Solatnya, sosialnya. Saya pun kadang-kadang terfikir apa patut saya buat lagi. Langsung tak mahu cara hidup islam ini. Tak nampak keindahan islam. Entahlah, akhi!" 

Kamulah Pencorak Suasana

Di situ perlunya kekuatan. Dakwah ini, akhi. Dia bermula dengan seorang pada awalnya. Sama macam pada awal-awal period dakwah Rasulullah SAW. Tapi pernah tak diri yang memulakan dakwah itu mengeluh dengan keadaan masyarakat pada zaman itu yang mengagungkan serta menjulangkan budaya zina, judi, arak, pukul orang, mencarut, bunuh dan lain-lain? Islam pada masa itu siapa saja yang pandang ia sebagai sesuatu yang indah? Islam adalah agama yang memecah belahkan persaudaraan, Islam adalah agama yang membangkitkan kemarahan orang-orang miskin, golongan hamba dan wanita yang pada masa itu hanya sekadar objek memuaskan nafsu. Islam itu dan ini. Pada awalnya, tidak ada seorang pun yang nampak Islam itu sesuatu yang indah, kecuali sebahagian kecil. Sangat kecil! Akhirnya, sebahagian kecil itulah yang kemudiannya menjadi besar dan membesar hinggakan mereka pernah menguasai dunia. 

Mahu atau tidak mahu, diri kitalah yang harus memulakan ia. Tidak kisahlah sudah ada orang yang memulakannya ke tidak. Itu cerita mereka, sekarang ini, diri kita sendiri bagaimana? Tak mahukah kita menjadi generasi pioneer dalam mencipta generasi rabbani di tempat kita? Generasi yang berusaha keras menghidupkan halaqoh, mewujudkan suasana tarbiyah, menyuruh yang maaruf dan mencegah serta mengubah apa yang mungkar, serta beriman kepada Allah.

Mereka tidak nampak? Maka kitalah orang yang sepatutnya cuba untuk memperlihatkan kepada mereka apa yang sepatutnya lihat. Islam ini pada awalnya dibina dengan sangat cantik dan indah ibarat sebuah mahligai yang agung dan dihiasi dengan sangat rapi dan cantik oleh generasi awal. Mereka yang duduk di dalam mahligai itu tidak terfikir pun mahu keluar dari sana. Kemudian, mereka yang duduk di luar mahligai itu berebut-rebut untuk memasuki ke dalam mahligai Islam pada masa itu.


Hakikatnya. Seiring peredaran zaman yang menghakis prinsip, tiang serta perhiasan mahligai Islam itu tadi, maka mahligai yang indah itu tadi kini terlihat seperti pondok yang usang dan merimaskan. Boleh dikatakan ianya sedang terbakar! Hinggakan, mereka yang berada di luar tidak mahu memasukinya, yang berada di dalamnya juga berlumba-lumba melepaskan diri daripada pondok yang asalnya merupakan mahligai.

Dakwah: Susahkah?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ “Hari Khamis free tak? Malam.”  “ Free . Kenapa?”  “Aku ada buat usrah malam tu, ...