Posts

Showing posts from April, 2011

Cerpen: Antara Dua Impian

Image
"Macam mana pengisian ana tadi? ok ke tak?"  "Ok."  "Ok je?"  "Habis tu, antum nak ana cakap apa? Antum tanya 'Ok' atau 'tak' je kan?  "Bagilah komen yang membina siket. Baru ana dapat detect . Mana kelemahan ana."  "Ha. Baru jelas. Hmm, pada ana tak de masalah. Setiap orang ada cara dia yang tersendiri, dan antum ada cara antum sendiri."  "Maksud antum?" "Dari segi kawalan suara, dalil, dan sebagainya iulah. Semua tiada masalah. Cuma kalau ana, ana akan sampaikan dalam bentuk yang lain. Ikut skill masing-masing. Dakwah is about the art of... ?"  "Err.."  " Convincing people. Itu je. Macam mana kita nak convince kan seseorang itu bahawa Islam dan dakwah itu jalan hidup dia. Itulah yang kita kena fikir sekarang ni. Macam mana orang MLM mampu convince orang mereka untuk hidup demi duit, macam itulah, bahkan lebih hebat dari itu kita kena convince orang untuk hid

Sirah: Sa’id bin Amir al-Jumahi

Image
Assalamualaikum.. Saya berminat untuk berkongsi dengan semua umat yang mengakui keesaan Allah dan kerasulan Muhammad SAW dan para rasul sebelumnya. Satu kisah yang sepatutnya kita menjadikan ianya cermin kepada kita.  +++ Sa’id bin Amir adalah orang yang membeli akhirat dengan dunia, dan ia lebih mementingkan Allah dan Rasul-Nya atas selain-Nya.   [Ahli sejarah] Adalah seorang anak muda Sa’id bin Amir Al-Jumahi salah satu dari beribu-ribu orang yang tertarik untuk pergi menuju daerah Tan’im di luar kota Makkah, dalam rangka menghadiri panggilan pembesar-pembesar Quraisy, untuk menyaksikan hukuman mati yang akan ditimpakan kepada Khubaib bin ‘Adiy, salah seorang sahabat Muhammad yang diculik oleh mereka. Kepiawaian dan postur tubuhnya yang gagah, ia mendapatkan kedudukan yang lebih dari pada orang-orang, sehingga ia dapat duduk berdampingan dengan pembesar-pembesar Quraisy, seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah, dan orang-orang yang mempunyai wibawa la

Khalifah Ganti Superman

Image
Organisasi bisnes perlu ketepi superhero Barat dan amal kepimpinan berpasukan untuk kecemerlangan. Paling penting: Jangan biarkan berakarnya sikap menurut membuta tuli dan ’taat sia-sia’ yang boleh merosakkan kepentingan jangka panjang organisasi. Andai ditanya kepada anak kecil, nak jadi kuat macam siapa, pasti ramai yang menjawab, ”Superman!”. Anak-anak pasti mengenali Superman sebagai superhero perkasa yang memiliki kuasa hebat dan luar biasa. Terbang melayang di udara, mengangkat kereta, gagah dan kebal, menangkis peluru dan membengkokkan besi, membasmi jenayah dan menyelesaikan segala masalah. Semuanya mudah bagi Superman. Ajaib bukan? Watak hebat ciptaan Barat begitu menguasai minda anak Melayu sehingga mereka lupa watak superhero bangsa mereka misalnya sama ada mitos seperti Badang dan Hang Tuah berlima saudara, mahu pun Raja Haji, Panglima Salleh dan lain-lain yang terbukti kegagahan mereka dalam sejarah perjuangan Melayu.  Namun, Barat berjaya menci

Khutbah Jumaat Masjid An-Nur, UTP

Image
My dear brothers in Islam, The tarbiyah of arRasul saw on the sahabah, tarbiyatul rasul, produce personalities this world has never seen and will never get to see again. These personalities were towering personalities – without whose tears, sweat and blood, we would never be Muslims today. They sacrificed their all, in upholding the deen of Allah swt. It was through this tarbiyah, from madrasatul rasul that produced the best amongst the creations of Allah swt. in the form of the sahabah radiallahu anhum ajmain . When the Muslims captured Egypt and Amru ibn As ra was made the Governor, in his early years, he faced acute security problems along the borders of Egypt. He wrote to Amirul Mukminin Umar ibn Khattab ra asking Omar to send 8000 men from Madinah to help him handle the security problems along the borders of the newly captured territory. Omar ra sent him 4000 men. Amrul ibn As ra wrote back to Umar ra and said, “You promised me 8000 men, but you only sent me 4000

Puisi: Bercintalah

Image
Cinta Adakah sekadar kata-kata Atau mengenai bukti yang nyata Atau ianya hanya khayalan semata-mata Kerana cinta dunia Hilang harganya harta Seakan terhentinya masa Jiwa sang raja menjadi hamba Segala-galanya seakan tiada bermakna Demi cinta dunia Kesukaan hati dilupakan Keburukan menjadi pujaan Kebencian menjadi dambaan Kehinaan menjadi sanjungan Atas cinta dunia Hanya pada-nya kita berfikir Janji-janji palsu menjadi zikir Membuat dia murka tidak terfikir Membuat dia ketawa acap difikir Namun Dalam mencari cinta Allah Sebanyak mana telah dihabisi harta demi-Nya Selapang mana masa telah diisi untuk-Nya Serendah mana sujud kita di hadapan-Nya Sekerap mana hati kita rindu pada-Nya Secenderung mana kita terhadap-Nya Muhasabah cintamu, Pada Dzat Yang Maha Mencintai Sentiasa ada di sisimu Menanti saat kau luah rasa pada-Nya Sentiasa bersabar dengan karenah dirimu

Khilaf Itu Biasa

Image
Alhamdulillah. Dalam kehitaman suasana dan keadaan negara kita yang dikuasai oleh sekularisme melampau, menipu rakyat dan macam-macam, wujudnya cahaya pengharapan dari segenap pelusuk alam yang mana -Insya-Allah- akan menyalakan semula obor keislaman di semesta alam. Banyak, sangat banyak insan-insan yang ingin berbuat untuk agama Allah, walaupun jumlah mereka masih terlalu sedikit jika mahu dibandingkankan dengan jumlah total susu yang rosak. Tapi, Alhamdulillah, masih ada yang cuba mensucikannya semula seperti acuan Rasulullah SAW.  Tetapi, permasalahannya kadang-kadang wujud apabila,  “Abang, saya support apa yang abang buat ni. Tapi, saya pelik, kenapa semua orang yang bawa islam ni tak duduk sekali. Atau nama lainnya, bersatu?” Satu soalan yang memang sangat biasa ditanyakan oleh peribadi-peribadi yang sudah memulai langkah untuk berjinak-jinak di atas jalan dakwah. Even, saya sendiri pernah bertanyakan hal yang sama dengan rakan sehalaqoh, bahk

Cerpen: Aku Ingin Bersama-Mu

Image
“Syah, kau nak ke mana?”  “Aku nak keluar kejap.”  “Aik, baru masuk dah nak keluar. Minum dulu... Haha.. Awek pun ramai kat sini, tengok.”  “Kau ajak lah orang lain. Aku tunggu kat luar.”  “...”  +++  “Awak sihat hari ni?” “Hmm. Complicated.” “Kenapa?” “Tak tahu.” “Nak saya datang jumpa awak tak?” “Tak perlu rasanya. Saya nak berseorangan.” “...” +++  “Hei, kenapa sedih semacam ni?”   “Ha? Mana ada. Biasa je.”    “Tak payah lah kau nak tipu aku. Aku dah cukup masak dah dengan perangai kawan aku ni.”  “Betul. Tak ada apa-apa.”  “Dia kalau kata ‘tak ada apa-apa’ ni, mesti ada apa-apa.”  +++  Diam. Berfikir. Itu sahaja yang aku mampu buat sejak beberapa hari yang lepas. Aku tidak tahu mengapa, tetapi itulah yang aku lakukan. Dibesarkan dalam satu keluarga yang berada, ayahku pemilik syarikat yang sangat terkenal bukan setakat dalam negara, bahkan di luar negara. Ibuku juga sepertinya, cuma syarikat ib

Cerpen: Cinta Yang Seterusnya

Image
“Assalamualaikum, apa khabar iman pada hari ini?”  “Alhamdulillah. Baik-baik saja. Awak?”  “Hmm. Ok lah. Tidak ada masalah. Awak tahajjud tidak pagi tadi?”  “Hehe.. Tahajjud tu tidak lah, terkejut adalah. Bangun-bangun sahaja dah azan.”  “Awak jangan ulang lagi ya kesilapan tu. Untuk seorang yang bergelar dai’e, tahajjud itu boleh dikategorikan sebagai amalan yang wajib tahu? Sepertimana Rasulullah SAW dulu.”  “Terima kasih, awak.”  +++  Perkenalan aku dengan dia bermula selepas aku tamat Peperiksaan SPM 6 bulan yang lalu. Semasa di sekolah dahulu, aku merupakan seorang ahli BADAR di sekolah aku, dan dia merupakan seorang naqibah yang sangat berpengaruh di sekolah aku. Bukan setakat berpengaruh, dia juga mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan bijak. Membuatkan hati setiap kumbang yang mempunyai naluri remaja ingin menjadikan dia sebagai bunga yang menjadi tempat untuk mereka bermadu kasih. Dengan wajah dan bentuk fizikal aku yang mungkin boleh dikatakan sebagai k

Semangat Yang Memudar

Image
Semakin Malap Api yang dahulunya pernah menyala. Memberi kehidupan di saat kegelapan. Menerangi jiwa-jiwa yang kelam menjadi ceria. Mengubah kesuraman menjadi kegembiraan. Mengubah dinginnya persengketaan menjadi persaudaraan yang hangat. Tetapi sekarang, ianya seolah-olah menjadi semakin malap, semakin malap, dan semakin malap. Cuba ditiupi semula dengan angin pembaharuan agar ianya kembali menyinar, tetapi  sayangnya ianya hanya bertahan untuk seketika dua, tetapi akhirnya kembali semakin malap, semakin malap, dan semakin malap. Sedang hati ini mengisi rutin mingguannya untuk mendengar pengisian. Berharap agar sesuatu yang baru akan muncul. Agar keimanan dan semangatnya kembali bercambah. Seperti suatu masa dahulu. Ternyata, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik, dan diingini hmban-Nya. Digerakkan hati seseorang yang tidak dikenalinya, untuk menelefon si pengisi dan menanyakan satu hal. Hal yang sememangnya menjadi persoalan utama bagi diri yang sedang menulis ini sejak

Malu Mengejar Cahaya

Image
"Akh, ana malulah nak jadi budak baik."   "Malu?! Kenapa?"   "Takut nanti mereka cakap macam-macam lak tentang ana nanti. Dah lah dulu ana jahat."   "Akh, antum nak malu dengan mereka atau dengan Allah?" *** Malu. Merupakan satu perasaan yang normal. Wujud dalam setiap diri manusia secara fitrah. Malu melakukan sesuatu yang mengaibkan. Dan tidak malu dalam melakukan suatu yang namanya kebaikan. Itulah fitrah semula jadi manusia yang sepatutnya ada dalam diri setiap manusia zaman sekarang ini. Terutamanya mereka yang bergelar Muslim. Kerana apa? Kerana nabi mereka telah berpesan. "Sesungguhnya sebagian yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: "Apabila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu."" [HR Bukhari] Cuma kenapa kebanyakan Muslim hari ini tidak menunjukkan sikap seperti fitrah yang saya sebutkan tadi? Kerana cara hidup mereka dan corak pemikiran mereka telah berjaya

Puisi: Kegelapan Yang Dirasakan Keindahan

Image
Suatu masa dahulu mungkin... Aku bersama-sama dengan mereka.. Membangkang dan mencemuh.. Apa yang dinamakan sebagai cahaya.. Kerana kegelapan itu dirasakan keindahan.. Sejadah tergantung bagaikan langsir.. Berkibar-kibar ditiup angin hingga berdebu..

Hilangnya Keghairahan Memburu Syurga?

Image
"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang palin tinggi, jika kamu orang-orang yang beriman" [QS Ali 'Imran, 3:139] *** "Akh, lately ni ana terasa lemah lah.." "Samalah. Ana pun terasa lemah." *** "Salam, antum sihat?" "Alhamdulillah. antum bagaimana?" "Secara fiziknya sihatlah. Tapi, secara imaniyah. semakin lemah.." "Ana pun sama." *** Assalamu'alaikum. Kitaran kehidupan semakin laju. Masa yang dikurnikan semakin singkat. Tanggungjawab yang dibebani semakin berat. Ditambah masalah dalam masyarakat yang semakin membarah. Tapi, Terdapat satu permata berharga yang semakin pudar di dalam diri ini. Disamping ditemani dengan kegembiraan, keseronokan mahupun ketenangan yang menambah perisa keindahan dalam menyelesaikan semua perkara. Namun, dengan kehilangan permata ini, semua yang menemani itu seolah tiada ha

Cinta Penawar Luka

Image
Assalamualaikum untuk semua. Mungkin kali ini saya berkongsi dengan anda semua akan satu kisah yang sangat indah. Kisah di mana rasa cinta, mampu mengubat luka dunia. Kisah yang pernah dipentaskan dalam sejarah pada lebih kurang 1400 tahun lalu. Namun kesan dari cerita itu terus-menerus mencorakkan kehidupan insane-insan yang memahami akan makna cinta yang sebenar. Cinta yang tidak ada ragu lagi kepadanya. Iaitu cinta Allah, Rasul dan jihad. Terimalah.. *** Abu Bakar merupakan seorang yang mempunyai nurani begitu jernih, begitu suci. Dia yang paling berduka, menangis dan histeris ketika Muhammad SAW memberi isyarat tentang dekatnya saat berpisah. Ketika para sahabat bergembira mendengar sabda-sabda nabi SAW ketika Fathul Mekah, Abu Bakar menangkap Surah An-Nashr dan segala yang beliau katakan sebagai satu isyarat pasti. Ajal Muhammad SAW telah sangat dekat! Maka dia menangis hingga membuatkan sahabat yang lainnya pelik. Namun, di

Puisi: Hati Ini Terlalu Hitam

Image
Hati ini terlalu hitam..  Dengan dosa-dosa semalam..  Hingga tatkala aku bermaksiat..  Dzat Tuhan itu seolah tiada..  Tapi kerana masih ada cinta dari-Nya..  Aku masih lagi diberikan terlalu banyak ruang dan peluang..  Untuk memperbaiki diri..  Namun sering sekali aku menafikannya..  Masih lagi bermalas-malasan..  Sedangkan sudah diberi akan cahaya-Nya..  Menyambutku dari segenap arah..