Posts

Showing posts from 2012

Hati Itu

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Kita tahu? Bahawa sebenarnya kita tercipta dengan fitrah kebenaran. Ada Nur Illah yang telah Allah titipkan dalam hati kita sehinggakan pada saat kita hendak mengharungi bahtera kehidupan kita, hati kita akan memberikan pesanan-pesanan atau amaran setiap kali kita hendak melakukan apa yang tidak Allah reda. Ya, kerana hati kita itu akan sentiasa mengarahkan kita untuk sentiasa berada tepat di atas jalan-Nya… Semua dosa, semua maksiat, semua perbuatan yang melanggar syariat Allah SWT pasti akan membuat hati kita tidak tenang. Pernahkah kita melihat orang yang hendak menconteng dinding (vandalisme) itu tenang? Pernahkah kita melihat orang yang hendak mencuri itu tenang? Pernahkah kita melihat orang yang tengah berbohong itu tenang? Pernahkah kita melihat orang yang sedang melebarkan sayap pandangannya ke arah yang diharamkan Allah itu tenang? Pernahkah?? Kerana apa mereka tidak tenang? Kerana hati pasti katakan TIDAK pada s

Dakwah: Kenapa Kita Asyik Di Tolak?

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ "Weyh, maaflah, aku ada hal, tak dapat datang usrah kau. Maaf ya.." "Aku letih sangatlah semalam, kalau aku datang pastu tidur nanti tak elok pula.." Sebagai seorang murobbi, naqib atau secara umumnya kita gelar sebagai pendakwah, pasti akan wujud rasa sedih dalam diri kita ketikamana insan-insan yang kita ajak untuk berusrah, berhalaqoh atau secara umumnya kita katakan membuat usaha kebaikan, malahan ditolak, diberikan alasan dan macam-macam lagi yang membawa konklusi akhir iaitu, "Dia tak datang.." Sedih itu wajar. Kerana itu Allah SWT telah awal-awal lagi mengingatkan kepada kita bahawa,  وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ  "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." [QS Ali 'Imran, 3:139]

Takwa: Ketika Bersendirian dan...

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.”   [QS Ali ‘Imran, 3:102] “Bertakwalah kamu kepada Allah di manapun kamu berada, iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan nescaya ia dapat menghapuskannya dan pergaulilah semua manusia dengan budi pekerti yang baik.”   [HR Tirmidzi. Ia berkata, “Hadith hasan dalam kitab lainnya dikatakan, hadith hasan shahih] Bersendirian. Itulah saat yang paling digeruni oleh seorang mukmin. Tetapi, itulah saat yang paling digemari oleh musuh kepada mukmin iaitu iblis dan bala tenteranya yang setia. Kebiasaannya, fenomena seperti ini berlaku ketika mana ikhwah atau akhwat itu pulang ke rumah untuk cuti semester atau kebetulan dia ditempatkan di suatu medan yang jauh. Ikhwah atau akhwat yang pada asalnya sangat bersemangat dan bertenaga dalam mengendalikan tanggungjawab dakwah semasa di kam

Dakwah: Susahkah?

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ “Hari Khamis free tak? Malam.”  “ Free . Kenapa?”  “Aku ada buat usrah malam tu, nak join tak?”  “Usrah? Siapa buat?”  “Akulah.” Tiba-tiba budak itu buat muka suspicious pada saya…  “Kenapa? Ada masalah?”   “Eh, tidaklah. Usrah ni under apa?”   “ Under apa? Erm. Alah, kita-kita saja. Daripada kita pergi main game malam tu, apa kata kita buat usrah, kumpul budak-budak lain sekali. Penting sangatkah “ under ” apa tu?”  Itulah antara perbualan yang aku dapat ketika mencari orang-orang baru untuk sama-sama duduk merasai nikmat tarbiyah. Macam-macam ragam rupanya ada.  “Usrah? Apa tu?”   “Usrah? Macam yang biasa buat kat sekolah itu ya?”   “Usrah? Bukan badan agama yang rasmi kat sini dah buat ke? Kenapa kau nak buat juga?”  Macam-macam persoalan yang memerlukan jawapan yang berbeza-beza untuk setiap target mad’u (orang yang didakwahi). Kerana itu, kita sebagai da’ie kena faham bahawa manusia

Hidupkanlah Dia..

Image
Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau beramai-ramai.. Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau bersendirian.. Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau penuh dengan kelapangan.. Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau penuh dengan kesibukan.. Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau sedang bergembira.. Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau sedang bersedih.. Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau kaya raya.. Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau miskin lagi fakir.. Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau sihat.. Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau sakit.. Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau dijulang.. Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat engkau ditekan... Hidupkanlah suasana dakwah dan tarbiyah di saat semua orang datang kepada engkau.. Hidu

Syukur dan Sabar: Mampukah?

Image
Semua orang mampu bersabar ketika mendapat musibah.  Semua orang juga mampu untuk bersyukur ketika mendapat nikmat.  Tetapi,  Mampukah kita bersyukur ketika mendapat musibah?   Mampukah juga kita bersabar ketika mendapat nikmat? وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ  “Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”  [QS al-Baqarah, 2:155]  الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ  “(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “inna lillahi wa inna ilaihi roji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali).”  [QS al-Baqarah, 2:156]  أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَ

Perkongsian: Serahkan pada Allah

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ  “Akh, hujung minggu ini ana ingat nak buat dauroh di U ana,”  “Hah, baguslah. Apa masalahnya?”  “Tapi, ana takut kalau tak ada orang yang datang. Setakat ini baru ana dan seorang lagi ikhwah saja yang confirm nak datang. Ikhwah lain semua ada urusan dan diorang tak dapat nak datang. Mad’u ana pun tak dapat nak pastikan mereka datang atau tidak. Diorang tu main ikut-ikut kawan.”  “ So? ”  “ So , macam mana ya?” Oh. Musykilah rupanya. Ingat nak berkongsi cerita. =)  Hmm.. Fikir sat.. 

Adilkah Kita?

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ “Allah tidak adil..” Benarkah? Pada saya, sebelum kita berbicara tentang keadilan Allah kepada kita, cuba kita periksa dahulu diri kita. “Sudahkah kita bersikap adil dengan Allah SWT?” Ketika Allah suruh kita solat, maka kita solat. Ketika Allah suruh kita berdakwah, maka kita berdakwah. Ketika Allah suruh kita berjihad, maka kita berjihad. Ketika Allah kata tinggalkan maksiat dan benda lagho , maka kita tinggalkan. Sudah? Jika sudah. Adakah kita rasa apa yang kita buat itu sudah setimpal dengan apa yang Allah telah berikan kepada kita? Jika belum, maka wajarkah kita nak berbicara tentang keadilan Allah kepada kita?  

Reunion di Syurga

Image
"Akhi, ana dah plan dengan kawan-kawan untuk buat reunion ."  " Reunion ? Untuk apa?"  " Reunion itu kami rancang nak buat di syurga."  "Ha? Syurga?" Masya-Allah. Terkejut aku mendengarnya. Ada juga orang yang membuat ketetapan seperti itu dalam kehidupan mereka. "Jadi, sebelum kami buat reunion , kami rancang untuk..." Ok, aku dah tak ingat apa janji setia yang mereka ucapkan. Kerana hati aku duk sibuk berfikir mengenai reunion yang sangat pelik, tapi hakikatnya sangat indah. Teringat pula ada ikhwah yang memberitahu  satu musykilah semasa atas motor menuju ke surau untuk solat maghrib. "Akh, ada yang bertanya, di dalam syurga nanti kita akan bersama dengan siapa? Ikhwah-ikhwahkah, zaujahkah, keluargakah, atau siapa?" Hmm.. Satu sahaja jawapan yang aku teringat dan terfikir, "Dia akan bersama dengan siapa dan apa yang dia cintai.."

“Akh, doakan ana istiqomah.”

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ  “Akh, biar apa pun yang terjadi, ana tetap bersama antum.”   “Ana harap, ana dapat ikut usrah dengan akhi sampai bila-bila.”   “Ana harap akhi akan terus membimbing ana.”   “Akhi, kalau ana keluar dari jalan dakwah, tolong tampar ana sampai ana sedar.”   Itulah antara dialog bagi mereka-mereka yang mula meletakkan cinta mereka pada pengislahan atau pembaikan diri. Mula meletakkan sebahagian atau sepenuhnya daripada tujuan hidup mereka untuk tarbiyah dan dakwah. Tapi, selalu juga kita dengar dialog seperti,  “Akh, ana tidak bersama antum lagi.”  “Akh, ana nak hold dulu halaqoh.”  “Akh, ana rasa ana tak mampu nak jadi seperti antum.” Dan lebih malang dan sedihnya apabila ayat yang kedua ini keluar daripada lidah mereka yang mengucapkan ayat-ayat yang pertama tadi.  Kenapa? Entahlah, macam-macam alasannya.  “Tidak ikhlaslah, tidak layaklah, tidak sucilah, tidak mampulah, tidak kuatlah, tidak minatlah,

Dakwah: Kenapa Kita Buat Semua Ini?

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ  Dakwah. Satu perkataan yang terlalu banyak tafsirannya. Kita menafsirkan ia seperti ini. Mak ayah menafsirkan ia seperti itu. Kawan-kawan pula menafsirkan ia begini. Mad'u-mad'u pula menafsirkan ia begitu. Masyarakat pula melihat ia seperti ini. Ustaz-ustaz pula melihat ia seperti itu. Budak belajar agama pula melihat ia seperti begini. Budak yang tidak belajar agama pula melihat ia seperti begitu. Jadi, kita nak melihat dakwah ini melalui pandangan siapa?! Hmm. Cukuplah kita lihat ia dengan cahaya Al-Quran dan hikmah kenabian Rasulullah SAW. مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِي مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ   "Tidak mungkin bagi seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata kepada

Menata Kesibukan Dalam Hidup

Image
Sibuk. Ramai di antara kita takut untuk menjadi sibuk berbanding untuk lapang. Jika ada dua pilihan antara sibuk dan lapang, tentu pilihan untuk lapang dan hidup santai yang akan kita pilih. Sekalipun kita sedia maklum, masa lapang adalah ujian pada kita yang sering kita lupakan.  "Dua nikmat yang sering dilupakan manusia; sihat dan masa lapang"  [HR Bukhari] Realiti Kehidupan  Kita sering memberi alasan sibuk apabila diajak kepada kebaikan. Tidak cukup masa, banyak assignment, test yang bakal menjelma dan banyak lagi alasan yang sering kita beri. Namun realitinya, berapa ramai di antara kita yang masih lagi mampu untuk melayari laman Facebook dan duduk berjam-jam di hadapan komputer. Lihatlah statistik yang dikeluarkan, seramai 10.2 juta daripada 28.9 juta rakyat Malaysia mempunyai Facebook dan telahpun disibukkan dengan 'kitab' buatan Mark Zuckerberg ini setiap masa.  Dalam pada mereka mengatasnamakan kesibukan, mereka masih boleh mengemas

Apabila Kita Mula Jatuh Cinta

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ مَا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِه "Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya" [QS Al-Ahzab, 33:4] Siapa ada pengalaman dalam bercinta dengan manusia, sila angkat tangan! Oh, nampaknya semua tangan hanya terletak di mouse , jadi, insya-Allah yang sedang membaca ini semuanya suci-suci belaka. Maksudnya, tak pernah bercinta. Walaupun bercinta dengan ber couple tu sebenarnya dua perkara yang berbeza, tapi bukan itu yang saya nak bahaskan sekarang ini. "Akh, ana ada minat pada seorang perempuan ni, macam mana akh?" "Ok-lah tu, ana pernah dengar ada orang report roomate dia minat pada lelaki, hah, itu yang jangan!" "So, ana nak buat macam mana?" "Pertama, antum kena tahu bahwa rasa yang antum dapat itu datang dari Allah atau syaitan.."  Dan lain-lain lagi... Saya pun dah tak ingat dah apa saya jawab. Jat

Ujian Itu

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ  Alhamdulillah. Segala kepujian dan kebaikan kita pulangkan kepada Allah kerana masih lagi memberikan kita ruang dan peluang untuk sama-sama berbuat sedikit amal kebaikan, walaupun dengan amal sekecil membaca. Kerana kalau kita perhatikan dalam surah ke-96, surah Al-Alaq ayat yang pertama, اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ "Bacalah dengan nama Tuhan-mu yang menciptakan."   [QS Al-'Alaq, 96:1] Jadi, insya-Allah jelaslah bahawa apa yang kalian sedang lakukan ini adalah sebahagian daripada amal yang –insya-Allah- akan memberikan impak kepada keimanan kita kerana kita sedang memenuhi salah satu daripada perintah Allah SWT: itulah membaca. Cuma, saya ingatkan kepada diri saya dan antum semua untuk sama-sama kita mengikhlaskan niat kita, agar ianya dilihat dan diterima oleh Allah SWT sebagai suatu amal yang akhirnya akan membawa kita ke syurga Allah SWT, bukan ke neraka. Kerana apa saya berkata dem

"Akh, bagi ana nasihat."

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ "Akh, bagi ana nasihat." Satu mesej simple dari seorang ikhwah yang biasa kita dapat. Membacanya hanya memerlukan waktu dan tenaga yang sangat sedikit. Tetapi, cuba kita lihat pada insan yang mahu membalas mesej tersebut. "Hmm, nak reply apa ya?" Mulalah nanti dia scroll semula himpunan mesej-mesej yang pernah dia bagi pada mad'u atau ikhwah lain sama ada sent item, draft atau inbox- nya. Ada yang mula membuka internet untuk cari kata-kata pujangga yang menarik untuk diberikan pada ikhwah yang meminta nasihat tadi. Mulalah membelek-belek buku halaqoh kut-kut ada ayat best atau buka al-Quran terjemahan nak cari ayat yang sesuai dan mengena. Ada juga yang memikir terlalu panjang hinggakan dia tidak reply mesej ikhwah tadi lalu meninggalkan insan yang memerlukan sesuatu untuk mengisi jiwanya terus berada dalam kekosongan. Sebelum kita membahas dengan lebih jauh, cuba kita tanya dahulu pada diri k

Janganlah Turuti Hawa Nafsu

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ  Sebagai seorang manusia. Kita tidak akan pernah terlepas daripada melakukan maksiat. Tidak kisahlah sama ada kita ini pendakwah atau orang umum, ditarbiyah atau tidak, belajar agama atau tidak. Pasti kita tidak akan lepas daripada maksiat. Kerana apa?  Kerana memang kita diciptakan Allah dalam keadaan yang sebegitu.  زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ   “Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan (   الشَّهَوَاتِ   ), berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.”    [QS Ali ‘Imran, 3:14] 

Ketika..

Image
Gambar daripada  AkuIslam.com إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ   "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (Al-Quran) dan melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi."   [QS Fatir, 35:29] لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۚ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ  "Agar Allah menyempurnakan pahalanya kepada mereka dan menambah karunia-Nya. Sungguh, Allah Maha pengampun, Maha Mensyukuri."  [QS Fatir, 35:30]

Raikanlah Cinta Itu

Image
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ   “Katakanlah: ‘Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.’ Dan, Allah Maha Pengampun, Maha Mengasihani” [QS Ali ‘Imran, 3:31] KUALA NERANG, 28 Januari 2012 - Halaqoh pada hari itu dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah SWT kerana masih lagi memberikan ruang dan peluang bagi peribadi-peribadi yang mahu mengisi jiwa mereka untuk mengislahkan diri mereka dan mengislahkan diri orang lain untuk hadir bersama-sama dalam satu tautan kasih sayang kepada Allah, rasul dan jihad. "Baiklah, hari ini abang nak bincang tentang satu benda jiwang. Apa makna cinta? Abang nak tanya pada seorang-seorang. Yang next itu bolehlah fikir-fikirkan apa jawapannya." Keadaan mula hangat dengan gelak ketawa. Ada yang tersengih sendiri. Ada yang bertasbih "Subhanallah&q

Menangis Kerana Cinta

Image
Kenapa Menangis? Cuba kita perhatikan keadaan masyarakat di sekeliling kita. Kenapa mereka menangis? Ada yang menangis kerana pasukan bola yang dicintai kalah dengan pasukan lain. Ada yang menangis kerana kononnya dikecewakan oleh kekasih yang dicintainya. Ada juga mungkin yang menangis ketika melihat anak-anaknya atau ibu bapanya yang tercinta melakukan perkara-perkara salah dan tak ikut syariat. Ada yang menangis kerana mendapat memberikan sumbangan atau menerima penganugerahan yang sangat dicintai. Jadi, kalau kita perhatikan semula semua contoh kes yang saya sebutkan satu per satu tadi, terlalu banyak sebab kenapa seseorang itu menangis. Cuma, daripada kita sibuk membicarakan tentang masalah orang lain 'kenapa mereka menangis'. Adalah lebih baik jika kita tanyakan pada diri kita sendiri, "Kenapa kita menangis?" Adakah tangisan kita itu merupakan tangisan yang memadamkan api neraka dan akhirnya membawa kita ke syurga, atau sebenarnya tangisan itu i

Mari Mengkhayalkan Syurga!

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ "Akhi, syurga itu wujudkah?" Jalan Menuju Syurga Allah berfirman, "Aku telah mempersiapkan syurga bagi hamba-hamba-Ku yang soleh apa yang mata belum melihat, telinga belum mendengar dan tidak terdetik dalam hati manusia."   [HR Bukhari dan Muslim] Semua orang ingin bahagia. Kalau kita perhatikan, semua yang dilakukan oleh manusia itu bertujuan untuk mencapai kebahagiaan. Tidak ada seorang pun yang melakukan sesuatu perkara kecuali untuk tujuan ini. Kita menganggap, dengan menyenangkan orang lain kita boleh bahagia, kerana kita mengira hal itu akan membahagiakan diri kita. Seseorang mencintai sesuatu pasti ada tujuannya. Tapi, bukan cinta itu sendiri yang menjadi tujuannya, melainkan apa yang dihasilkan oleh cinta, berupa kebahagiaan hati. Begitu juga dengan duit. Kebahagiaan bukan pada duit, tetapi apa yang dihasilkan duit bagi hati, berupa kesenangan dan kebahagiaan yang menjadikan ha

Orang Mukmin Yang Dengki Kepadanya

Image
“Kamal, cuba kau tengok budak tu, cun gila awek dia. Mantap ar. Kau tak rasa cemburukah semua awek kau lari kat dia?” “Tak apa, nanti aku tahu lah apa nak buat kat dia, kalau tak kena bantai sampai tak boleh berjalan, atau aku jumpa saja bomoh mana bagi dia mati terus.”  “Eh, kau biar betul? Kalau kau pukul dia, nanti kau masuk penjara pula. Kalau kau ‘bomoh’ dia, karang tak masuk syurgalah.”  “Ah, yang penting kalau aku tak dapat, biar dua-dua tak dapat.” Pernah dengar tak dialog macam atas tu? Mestilah pernah, terutamanya kaki movie tak senonoh dan kaki buang masa depan TV. Pernah tak kamu dengar dialog macam ini pula, “Salam, adik, jom ke liqo al-Quran.”  “Err. Abang ni Jemaah bukan rasmikah?”  “Kenapa adik tanya macam tu?”  “Tak adalah, tapi ada abang-abang rasmi kata, kalau ada orang datang ketuk bilik lepas itu ajak baca al-Quran, dia suruh cakap sahaja dengan orang tu, ‘Saya dah berkomitmen dengan yang rasmi’ . Nanti saya tidak selamat, lepas itu sib

Jauhilah Kemunafikan

Image
وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ "Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka membuat kamu kagum." [Al-Munafiqun, 63:4] Orang-orang munafik lebih memerhatikan yang lahir daripada yang batin. Tubuh mereka segar, tetapi hati mereka kering. Tampang menggiurkan, tapi batin menyeramkan. Dalam terang mereka nampak terhormat, sedang dalam kelam mereka berubah menjadi kelawar. Mulut manis, jiwa pahit. Yang pertama-tama anda saksikan pada orang seperti ini adalah postur tubuh yang indah, tulang yang kukuh, otot yang kekar, lengan berisi, perut kenyang, gemuk, cakap besar, dan mudah melontarkan pujian. Tetapi, di sebalik semua itu, mereka menyembunyikan mental yang rendah, cita-cita buruk, dan niat jahat. Kanser ganas telah tumbuh subur di setiap sudut hati, kehampaan bersarang di dalam batin. Mulut mereka seperti lombong dusta dan kepalsuan. Sementara hati mereka seperti bangunan runtuh yang dihuni oleh kemunafikan, kekafiran, dan dipenuhi dosa. Per