Posts

Showing posts from August, 2013

Syawal: Sebuah Harapan Kembali Kepada Fitrah

Image
SYAWAL DATANG LAGI Alhamdulillah.. Ramai orang bergembira menyambut kedatangan Syawal sambil (kononnya) menangisi pemergian Ramadhan.. Kita imbau sebuah firman yang akan menjadi legasi bagi sebahagian daripada kita, يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.." [QS al-Baqarah, 2:183] Semua daripada kita sudah sangat maklum bahawa hasil yang DIHARAPKAN daripada tarbiah Ramadhan ialah TAKWA.. Maka, seperti semua sudah maklum juga iaitu kejayaan sesebuah program itu bukanlah dilihat cuma semasa program itu berlangsung, tetapi kita akan lihat setelah program itu selesai. Kemudian, setelah sebulan kita mengharungi kepayahan demi kepayahan, kesukaran demi kesukaran, maka kemudiannya datanglah satu hari yang boleh diumpamakan seperti saa