Rasa Semakin Jauh dari Allah?
“Salam. Saya rasa saya semakin jauh dengan Allah.”
Rasa? Jauh?
Jangan!!! |
Sebenarnya. Perasaan semakin jauh
dengan Allah itu adalah satu perasaan yang perlu kita syukuri. Kerana kita
masih lagi ada perasaan dengan Allah ‘azza wajalla. Kalau kita dapat lihat
dalam realiti dunia sekarang, masyarakat kita ..secara umumnya.. sangat jauh
daripada Allah SWT. Mereka jauh dari segi penghambaan diri kepada Allah SWT dan
mereka jauh dari segi ketaatan kepada Allah SWT. Lebih malang lagi apabila
perasaan semakin jauh dari Allah SWT itu tidak pernah terlahir dalam diri
mereka hinggakan mereka merasa tenang dan terus menjauhkan diri mereka dari
Allah SWT, dari Al-Quran. Jadilah mereka seperti orang-orang yang pernah
menerima kitab sebelum kita, iaitu Yahudi dan Nasrani.
Orang Yahudi dan Nasrani juga
pernah menerima kitab. Taurat dan Injil. Tetapi, apabila mereka tidak menitik
beratkan lagi nilai-nilai kekhusyukan penghambaan diri pada Allah dan tidak
lagi mematuhi apa yang diperintahkan Allah, maka kita dapat lihat bagaimana keadaan
mereka sekarang. Nombor satu dalam masalah hubungan sejenis, dadah, bunuh,
eksploitasi wanita dan lain-lain. Kemudian, berlalu satu jangka masa yang
panjang ..tanpa taubat.. sehingga hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan mereka menjadi orang
yang fasik. Mereka yang tahu bahawa satu perbuatan itu perlu ditinggalkan, tapi
mereka buat. Mereka yang tahu satu-satu perbuatan itu patut mereka buat, tapi
mereka tinggalkan. Lebih malang lagi, keadaan yang sama kita dapat lihat pada
jasad umat Islam sekarang. Mengapa? Itu persoalan yang perlu kita fikirkan.
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."
[QS Al-Hadid, 57:16]
Alhamdulillah, kita merasa akan semakin renggangnya jarak kita dengan Allah. Maka tindakan seterusnya ialah rapatkan kembali.. Bukan hanya duduk menangis. Tidak selesai masalahnya nanti. Bagaimana?
Cuba muhasabah kembali amalan
kita. Apa yang telah kita lakukan sehingga boleh terwujudnya jurang antara kita
dengan Allah? Jika ianya berkisahkan kemaksiatan, maka buanglah najis itu
jauh-jauh. Tinggalkan ia secara terus mahupun bertahap. Namun, pastikan pada
akhirnya ..lambat atau cepat.. ia tiada lagi bertumpuk dalam hati dan diri
kita. Jika ianya berbau keseronokan meninggalkan ibadah, maka dekatilah semula
ibadah-ibadah yang telah kita pinggirkan itu.
Di mana bacaan al-Quran kita?
Bagaimana pula bacaan al-Ma'tsurat? Tahajjud dan solat subuh awal waktu kita apa
khabar? Atau mungkin masa kita itu terlalu murah untuk kita mengisi dengan membuka laman web yang bukan-bukan, membaca komik, bergaduh, couple dan lain-lain. Periksa kembali semuanya. Pasti ada penyakit yang telah berjangkit yang
menyebabkan simpton 'semakin jauh dari Allah' boleh tercetus.
Perlu kita sama-sama faham,
bahawa melakukan maksiat tidak hanya bermaksud melakukan dosa sahaja. Itu
benar, tetapi ada sisi lain yang kita tertinggal. Sebagai orang yang ingin
mendekatkan diri kepada Allah, mentarbiyah diri sendiri untuk menjadi lebih
baik dan mentarbiyah insan-insan sekitar kita, maka meninggalkan satu-satu
ibadah sunat ..ibadah wajib itu lebih utama.. sudah boleh dianggap sebagai satu
kemaksiatan.
Maka, maksiat-maksiat itulah yang
akan meleraikan sulaman-sulaman benang yang akan menyebabkan hati dan diri kita
semakin jauh daripada Allah SWT, daripada Al-Quran. Membuatkan kita semakin
jauh daripada rahmat serta kasih sayang Allah. Akhirnya, ia akan melenyapkan
rasa tenang di hati kita, kerana pemilik kepada ketenangan itu adalah Allah.
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”
[QS ar-Ra’d, 13:28]
"Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Quran yang serupa (ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka ketika mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk.
[QS Az-Zumar, 39:23]
“Saya risau andai hati sudah mati untuk menerima cahaya kebenaran.”
Risau? Mati?
Jika hati sudah mati, maka yang berjalan itu adalah bangkai bernyawa yang tiada guna dan menyusahkan orang ramai.
Ini ayat Al-Quran yang menceritakan tentang hati yang mati. Tapi kemudiannya dihidupkan oleh Allah.
"Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan."
[QS Al-An’am, 6:122]
Apa 'cahaya' yang menghidupkan hati yang mati itu?
"Maka, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya (Al-Quran) yang telah Kami turunkan. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
[QS At-Taghaabun, 64:8]
Prevention is better than cure. Maka ubatilah ia sebelum ia benar-benar mati. Kalau dah mati, maka hidupkanlah semula selagi ada ruh. Bagaimana? Hidupkanlah ia dengan ayat-ayat Al-Quran. Baca Al-Quran itu. Hayati Al-Quran itu. Amalkan Al-Quran itu. Dakwahkan Al-Quran itu.
Perlu juga kita faham, bahawa
dakwah dan tarbiyah itu merupakan satu ibadah. Wajibnya dakwah dan tarbiyah itu
sama wajibnya dengan ibadah solat. Mana mungkin dakwah dan tarbiyah pada diri
sendiri menjadi satu perkara yang sunat. Dan mustahil dakwah dan tarbiyah untuk
umat di sekeliling kita menjadi satu yang sunat, terutamanya dalam kondisi
masyarakat yang semakin membarah sekarang.
Dengan dakwah dan tarbiyah, kita
akan sentiasa mencuba untuk menjadi insan yang terbaik di muka bumi dan terbaik di sisi Allah SWT. Kalau kita mahu menjadi anak
yang baik, dakwah dan tarbiyah jalannya. Mahu menjadi suami atau isteri yang
baik, dakwah dan tarbiyah jalannya. Mahu menjadi ayah atau ibu yang baik, dakwah
dan tarbiyah jalannya. Mahu menjadi doktor atau jurutera yang baik, maka dakwah
dan tarbiyah merupakan jalannya. Itulah jalan yang terbaik menurut Dr Yusuf
Taufik Al-Wa’iy dalam bukunya Dakwah Ke Jalan Allah. Itulah jalan yang terbaik
menurut kita semua.
“Macam mana saya nak ingat semua ini agar tidak lupa?”
Di situ pentingnya halaqoh. Dalam
kita sibuk berhalaqoh yang kekerapannya seminggu sekalipun, kita kadang-kadang
masih tersungkur jatuh ke dalam kemaksiatan, inikan jika kita tidak
mempunyainya. Logikkah kita akan jadi lebih baik? Maaf, saya belum pernah jumpa
orang yang keluar halaqoh, kemudian menjadi lebih bersemangat dalam dakwah dan
jihad baik pada diri sendiri mahupun pada orang lain.
Betulkan persepsi anda
Mungkin akan ada yang
beranggapan, jika kita mahu memperbaiki diri, maka kita perlu tinggalkan semua
perkara dunia yang kita ada. Karier, pelajaran, keluarga dan lain-lain. Tidak. Dan
firman Allah dalam surah At-Taubah (9) ayat ke- 24 sendiri jelas mengatakan
tidak ada salahnya mencintai 8 perkara dunia itu, tetapi jangan sampai ia
melebihi 3 cinta yang paling utama. Kalau terlebih, maka bersedialah. (rujuk:
Amru Khalid, Islahul Qulub)
“Katakanlah: “Jika bapa-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”
[QS At-Taubah, 9:24]
Sebaliknya, gunakanlah apa yang kita ada sekarang ini untuk menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Jadikan keluarga kita sebagai sarana untuk kita semakin dekat dengan Allah. Jadikan wang serta harta kita sebagai sarana untuk kita semakin dekat dengan Allah. Jadikan juga karier atau posisi kita sekarang ini sebagai sarana untuk kita semakin dekat dengan Allah. Selagi ianya tidak menyalahi syariat, apa salahnya? Cuma kita kena sentiasa waspada kerana dunia ini sangat licik dan bijak menipu.
“Andai hati tetap mengulangi kesilapan dan tetap teralpa dengan kehidupan ini?”
Tegaslah sikit! Stop beralasan, cuba cari jalan. Jangan manja
sangat dengan perasaan itu. Jangan jadi Melayu sangat dalam hal-hal nak berjaya dalan berislam mahupun dunia. Inilah Tragedi Pemikiran Melayu bak kata Profesor Diraja Ungku Aziz.
"Maka sabarlah engkau atas apa yang telah mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum matahari terbit, dan sebelum terbenam; dan bertasbihlah pada waktu tengah malam dan di hujung siang hari, agar engkau merasa tenang."
[QS Taha, 20:130]
Masihkah dahi kita terlalu tinggi untuk diletakkan di lantai kerana Allah? |
"next challenge"
khir al-Imtiaz
1026 pm
28-10-2011
Bandar Seri Alam, Masai, Johor.
terimakasih ~
ReplyDeletenice sharing :)
subhanallah. hebat ya akh. ayat ini mantain ori. "Kalau kita mahu menjadi anak yang baik, dakwah dan tarbiyah jalannya. Mahu menjadi suami atau isteri yang baik, dakwah dan tarbiyah jalannya. Mahu menjadi ayah atau ibu yang baik dakwah dan tarbiyah jalannya"
ReplyDeletewah...ana baca pun tersentuh...hujah yang menarik dan tak terlalu berat...boleh ana kongsikan dalam ta,lim t : )
ReplyDeleteAkhi, segala yang baik itu semua dari Allah..
ReplyDeletesilakan.. cuba buka kunci hati-hati insan di medan antum banyak-banyak ya.. =)
truskan usaha k :)
ReplyDeletesubhanallah...usaha lagi dan lagi :)
ReplyDelete"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah...?"
ReplyDelete[QS; 41:33]
tersentuh baca entry ni :)
ReplyDeleteAkhi Khir, semoga sentiasa berjuang dalam agama Allah.
ReplyDeleteUhibbuka jiddan jiddan. :-)
terima kasih kerana kembali menyedarkan...
ReplyDeletesubhanallah......
ReplyDeleteTegaslah sikit! Stop beralasan, cuba cari jalan. Jangan manja sangat dengan perasaan itu. Jangan jadi Melayu sangat dalam hal-hal nak berjaya dalan berislam mahupun dunia.
alahmdulillah
sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah
ReplyDeleteterima kasih.. rasa makin usaha dekat dgn Allah, makin jauh dariNya �� terima kasih atas perkongsian ini
ReplyDeletejazakallah
ReplyDeleteTerimakasih atas artikelnya, perasaan jauh dari Allah ini sedang saya rasakan,beribadah tetap jalan tapi terasa hambar.
ReplyDeleteteruskan perjuangan. cuma syaitan yang mahu kita berhenti!
Deleteinsaf..remind me of myself..i need to do
ReplyDeletebetter than before..istiqamah...at the same time..remind me of a friend whom i left her in the middle of wanting to teach her to become a better muslim...i keep on praying everyday that one day she will become a good muslim with a islamic living way of life..aminn.. -fnadz-
Syukran
ReplyDeleteJazakallah akh, prkongsian sgt mntp, moga allah mpkuatkn akh n trus mnjd tntera allah dlm jihadkn agama islam
ReplyDeleteآمين
Delete