Dakwah: Kenapa Kita Buat Semua Ini?
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dakwah. Satu perkataan yang terlalu banyak tafsirannya. Kita menafsirkan ia seperti ini. Mak ayah menafsirkan ia seperti itu. Kawan-kawan pula menafsirkan ia begini. Mad'u-mad'u pula menafsirkan ia begitu. Masyarakat pula melihat ia seperti ini. Ustaz-ustaz pula melihat ia seperti itu. Budak belajar agama pula melihat ia seperti begini. Budak yang tidak belajar agama pula melihat ia seperti begitu.
Jadi, kita nak melihat dakwah ini melalui pandangan siapa?!
Hmm. Cukuplah kita lihat ia dengan cahaya Al-Quran dan hikmah kenabian Rasulullah SAW.
مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِي مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ
"Tidak mungkin bagi seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu penyembahku, bukan penyembah Allah," tetapi (dia berkata), "Jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya!"
[QS Ali 'Imran, 3:79]
Kita akan تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ, iaitu terus-menerus mengajarkan kitab dan تَدْرُسُونَ, iaitu terus menerus mempelajarinya. Itulah رَبَّانِيِّينَ, generasi rabbani. Generasi pengabdi-pengabdi Allah. Generasi yang bukan setakat seronok belajar, tetapi dia juga mengajarkan. Bukan setakat itu, tetapi mereka adalah generasi yang sanggup memperjuangkan ia! Di saat ramai orang mula meninggalkan ia. Masih lagi tegar dalam menyembah dan mengajak manusia menyembah Allah, di saat ramai manusia yang mula meninggalkan Allah dan mengajak manusia lainnya meninggalkan Allah dalam kehidupannya.
Generasi-generasi yang sanggup belapar, berhutang, bermalu, demi meneruskan kerja-kerja tarbiyah, di saat orang ramai mula berlapar, berhutang dan bermalu untuk keinginan rendah dunia. Generasi-generasi yang masih lagi menguras tenaga dan fikirannnya untuk memikirkan solusi kepada permasalahan ummat, di saat orang ramai terus-menerus tenaga dan fikirannya untuk masalah diri masing-masing serta kepentingan dunia masing-masing.
Generasi-generasi yang masih tekun dalam menterjemahkan al-Quran itu dalam bentuk amal dan perbuatan, di saat ramai manusia sekarang hanya mengfokuskan penterjemahan al-Quran itu dalam bentuk tulisan dan kata-kata.
Generasi-generasi yang masih lagi sanggup untuk mengeluarkan segala harta dan nyawanya demi menghidupkan dakwah, di saat orang ramai tidak sanggup berbuat seperti mereka, bahkan mereka berbuat kerana mahu menyelamatkan harta dan nyawa mereka. Generasi ini mengorbankan cita-cita dan cinta dunia mereka untuk Allah, Rasul dan jihad, di saat orang ramai mengorbankan Allah, Rasul dan jihad untuk cita-cita dan cinta mereka pada dunia.
Benarlah kata Rabb semesta alam,
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (kepada Allah)”
[QS Al An’am, 6:116]
Dan, kata-kata utusan seluruh alam, dari Sahabat Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda,
بدأ الإسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
“Islam ini pada awalnya dianggap aneh dan akan kembali menjadi aneh sebagaimana awalnya dan beruntunglah orang-orang yang dianggap aneh saat itu.”
[HR. Muslim dalam Shohihnya, Kitab Iman (145), dan Sunan Ibnu Majah bab Al-Fitan (3986), Musna Imam Ahmad bin Hambal (2/389)]
Dalam Musnad Imam Ahmad disebutkan,
قيل: يا رسول الله من الغرباء؟ قال: الذين يصلحون إذا فسد الناس
Seseorang bertanya, “wahai Rasulullah, siapa mereka orang-orang yang aneh (al-Ghuraba’) ?”, Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang tetap berbuat baik ketika manusia telah rusak.”
[HR. Ahmad dalam Musnadnya (4/74)].
Dalam lafadz lain disebutkan,
الذين يصلحون ما أفسد الناس من سنتي
“Orang-orang yang tetap berbuat baik dengan sunnahku (mengamalkan sunnahku) sementara manusia merusaknya (meninggalkan sunnah).”
[HR. Tirmidzi dalam sunannya bab Iman (2630)]
Dalam hadits yang lain disebutkan,
هم أناس صالحون قليل في أناس سوء كثير
“Mereka adalah manusia-manusia sholih yang berjumlah sedikit diantara manusia-manusia jahat/buruk yang berjumlah banyak.”
[HR. Ahmad dalam Musnadnya (2/177)]
Kenapa kita buat semua ini?
Kenapa masih ada generasi yang mahu berbuat seperti ini?
Saya yakin. Pertama, kerana mereka yakin akan pertemuan mereka dengan Rabb mereka. Kerana itu mereka berjuang bermati-matian untuk agama Tuhannya, kerana mereka mahu mempersembahkan sesuatu yang terbaik di hadapan Allah kelak. Sesuatu yang ikhlas hanya kerana Allah. Agar Allah tersenyum kepada mereka.
“Seutama-utama orang yang mati syahid adalah orang-orang yang berperang di barisan yang paling pertama dengan tidak memalingkan wajah mereka sama sekali hingga terbunuh. Mereka itu akan berguling-guling di kamar-kamar utama di syurga. Rabb-mu tersenyum kepada mereka. Jika Rabb-mu tersenyum kepada seorang hamba di suatu tempat, maka tiada hisab (perhitungan) lagi atasnya.”
[HR Ahmad, Abu Ya’la dan Thabrani dari Abu Nu’aim bin Hammad]
Kedua, kerana cinta. Cinta itu buta. Cinta itu perlukan pengorbanan. Orang yang beriman, diri mereka telah buta terhadap ujian, tohmahan, kejian, perlian dan kutukan dari manusia yang bertentangan arah dengannya. Orang yang beriman ialah orang yang sanggup berkorban kerana memperjuangkan agama Allah demi menjamin kehidupan akhiratnya. Mereka bukan orang yang menggadaikan agamanya demi kesenangan hidup di dunia. Mata mereka juga telah buta untuk mengejar kemasyhuran dan kemewahan, walaupun mereka adalah orang-orang yang memegang dunia di dalam tangannya, kerana apa? Kerana dunia itu hanya sekadar di tangan, tetapi bukan di hati mereka kerana hati mereka hanya untuk Allah.
Ketiga, kenapa masih ada lagi generasi yang masih lagi susah-susah ketuk bilik ke biilik mengajak orang ke majlis ilmu, liqo Al-Quran, liqo tadabbur atau tadarus? Susah-susah bina halaqoh tapi kemudiannya hilang, gagal, lari. Tidak cukup dengan itu, dia ditaburkan lagi dengan pasir-pasir fitnah yang kadang-kadang membuatkan dia terduduk menangis kerana masih lagi terus-menerus gagal dalam membina halaqoh. Generasi yang sanggup travelling 10-12 jam pergi balik dalam masa sehari semata-mata untuk menghidupkan dakwah di satu-satu tempat, sedangkan hasilnya belum tentu ada lagi. Tajmik 5 orang, yang lari 15 orang kerana yang 5 tadi menghasut yang lainnya jangan ikut dia. Kenapa?
Kerana mereka yakin akan kata-kata Rasulullah SAW,
"Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagai mana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit. Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
[Riwayat Ahmad]
Mereka faham bahawa mereka mungkin bukanlah orang yang terbaik untuk melahirkan generasi yang akan menjadi tiang-tiang untuk Zaman Kekhalifahan seperti zaman Rasulullah SAW. Tetapi, kesedaran itu bukanlah menjadikan mereka insan yang hanya melihat dan berfikir, tetapi mereka turun berbuat. Walaupun diri mereka masih lagi tidak mendapat tarbiyah yang sempurna, tetapi mereka yakin zaman itu akan hadir. Dan mereka mahu menjadi salah satu daripada penanam-penanam benih kepada generasii yang akan memenangkan Islam pada satu masa nanti, bermula dengan tarbiyah. Mereka mungkin bukan penghuni-penghuni syurga, tetapi mereka akan sentiasa berusaha keras untuk melahirkan generasi-generasi penghuni syurga.
Baru-baru ini, salah seorang yang datang ke ta'lim saya memakai baju bertulis, "Enjin motor ini tidak akan mati selagi aku tidak mati sekali."
Maka, saya mengubah ayat itu menjadi,
"Dakwah ini tidak akan mati, selagi aku tidak mati sekali. Walaupun aku mati, akan aku pastikan dakwah ini terus HIDUP!
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُون نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu. Kamilah pelindung kalian dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan apa yang kamu minta.”
[QS Fushilat, 41:30-31]
Kesimpulan
Jadi, ikhwah dan akhwat yang dicintai kerana Allah sekalian. Sabar.. Dan istqomahlah atas jalan yang asing ini. Teruslah berbuat sehingga Allah memenangkan kita dengan Islam, atau kita mati kerananya!
قيل: يا رسول الله من الغرباء؟ قال: الذين يصلحون إذا فسد الناس
Seseorang bertanya, “wahai Rasulullah, siapa mereka orang-orang yang aneh (al-Ghuraba’) ?”, Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang tetap berbuat baik ketika manusia telah rusak.”
[HR. Ahmad dalam Musnadnya (4/74)].
nice entry akh...syukran...
ReplyDeletesubahanlalh. menarik sangat.
Deletejazakallah atas perkongsian
cinta dakwah itu buta.. benar sekali :)
moga istikamah jua saudara :)
nice post.. and jzkk for keep writing for the ummah. May Allah bless u for what u did. It reminding me on why we have to summon people to the truth path.. subhanallah..
ReplyDeleteMasyallah!!
ReplyDeleteAllahuakbar.semoga terusss
ReplyDelete