بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Thursday, 22 December 2011

Menulislah Dari Hati


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah. Segala kepujian bagi Allah kerana masih lagi membenarkan kita untuk sama-sama berbuat sedikit amal kebaikan walaupun terlalu sering kita melupakan dia dan lebih teruk lagi seringkali kita bermaksiat kepadanya, tetapi tidak sesaat pun Allah melupakan kita dalam terus menebarkan nikmatnya kepada diri kita, terutamanya nikmat iman dan islam; yang semakin luntur disyukuri oleh kebanyakan masyarakat dunia sekarang.

Selawat dan salam dihulurkan kepada Nabi Muhammad SAW, para nabi dan Rasul, para sahabat dan sahabiahnya, ahli keluarga baginda, dan juga untuk mereka yang terus menerus beriltizam, istiqomah dan beristimrar dalam berbuat yang terbaik untuk agama Allah SWT.

Seterusnya, satu peringatan yang jangan hanya sekadar dijadikan omongan kosong dan adat dalam bertazkirah iaitu, IKHLASKAN NIAT kita. Ikhlaskan niat kita dalam menulis. Ikhlaskan niat kita dalam membaca. Ikhlaskan niat kita juga dalam menyampaikan pada orang lain nanti. Kita berbuat bukan kerana mahukan kemuliaan dan keredaan daripada mata manusia, tetapi keredaan dan kemuliaan daripada Allah itu yang paling utama.


Mereka Juga Menulis

Sebenarnya, ramai orang yang menulis. Baik menulis untuk blog, akhbar, surat cinta, buku karangan, dinding sekolah, pintu tandas dan lain-lain.


Cuma, sesuatu yang kita kena perhatikan ialah, ada orang yang menulis dari otak. Kalau kita baca tulisannya, sangat ilmiah! Dikutip dari buku itu, dikutip dari buku ulama ini, habis semua buku dia kutip. Tetapi, dia sendiri belum tentu mengamalkan apa yang dia tulis, kerana dia hanya menulis dari otak. Ada orang yang menulis dari poket. Hanya untuk kepentingan wang. Dia akan sentiasa memastikan tulisannya menjadi yang terbagus kerana apa yang dikejar bukannya perubahan bagi pembaca, tetapi perubahan pada poketnya. Ada juga yang menulis dari hawa nafsu. Ini yang paling bahaya. Menulis kerana kepentingan harta, diri dan sanggup kadang-kadang menulis sesuatu yang menggadaikan nilai-nilai kemuliaan Islam demi kepentingan dan nafsu diri.

Tetapi, apa yang kita mahukan ialah seorang penulis yang menulis dari hati. Kalau kita perhatikan kata-kata Abdul Hamid Al-Bilali dalam bukunya Taujih Ruhiyah, dia mengatakan bahawa,

“Hanya kata-kata yang hidup mampu menghidupkan hati-hati yang mati”

Menurut Ibnul Qayyim Al-Jauziah dalam bukunya Nasihat-nasihat Keimanan, hati adalah bejana untuk lisan. Maknanya, setiap yang keluar dari lisan itu datangnya dari hati. Jika kata-katanya hidup, maka pasti hatinya juga hidup. Kita juga mesti selalu dengar pepatah,

“Hanya yang keluar dari hati yang akan masuk ke hati.”

Poin yang saya cuba untuk sampaikan ialah, sebagai seorang yang mahu mendeklarasikan bahawa dirinya adalah penulis dan pendakwah, maka perkara pertama yang perlu dia perhatikan ialah,

“Kenapa aku menulis?”

Adakah semata-mata untuk mempertontonkan bakat yang ada? Atau mungkin kerana mahu mempamerkan ilmu yang berbuku-buku di dalam kepala semata-mata? Atau mungkin kerana mahu memenuhkan sijil dan poket dengan wang? Atau yang lebih malang lagi kerana mahu memenuhi kepentingan hawa nafsu?

“Habiskan 24 juta untuk beli cincin itu wajar kerana takut membazir..”

Jangan bangga dengan amal

Tujuan utama saya menulis adalah semata-mata untuk memberikan sedikit kontribusi di dalam dakwah itu sendiri. SEDIKIT. Bahkan mungkin lebih rendah tarafnya daripada SEDIKIT. Kerana tiada seorang pun daripada kita akan masuk syurga kerana amal yang kita perbuat.

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata,

“Rasulullah bersabda, ‘Mirip-miripkanlah dan tepatkanlah. Ketahuilah, sesungguhnya tidak ada seorang pun dari kalian yang selamat kerana amalnya.’ Para sahabat bertanya, ‘Juga termasuk anda, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, ‘Juga termasuk aku, kecuali jika Allah melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya.’” 
[HR Muslim, Kitab: Iman 1/65 No. 38]

Tetapi, perlu tak kita beramal? Tentunya perlu. Orang bodoh sahaja yang kata kita tidak perlu beramal. Sudahlah diri itu penuh dengan maksiat, lepas itu penuh dengan dosa, kemudian mengharapkan rahmat Allah turun kepadanya tanpa ada amal? Logikkah?


Mari kita perhatikan beberapa kisah dalam Riyadhus Shalihin karangan Imam Nawawi, Rasulullah yang sudah pasti masuk syurga itu sendiri amalnya bukan main hebat. Menurut hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Abdullah Hudzaifah Ibnul Yaman, dia menceritakan betapa solat malamnya Rasulullah itu sahaja membaca surah Al-Fatihah, kemudian Al-Baqarah kemudian An-Nisa’ kemudian Ali Imran dalam rakaat pertamanya sahaja, lamanya sujud beliau sama hampir sama dengan lamanya berdiri! Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, dan lainnya, Ibnu Mas’ud mengatakan,

“Pada suatu malam saya solat bersama Nabi. Beliau berdiri cukup lama sehingga timbul niat buruk saya. Saya ditanya, ‘Niat buruk apa itu?’ Saya menjawab, ‘Saya ingin duduk lalu meninggalkan beliau.’” 
[Muttafaq alaih]

Tapi, cuba kita lihat, baginda Rasulullah SAW masih lagi mengatakan,

“Juga termasuk aku, kecuali jika Allah melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya.’”

Jadi, jangan pernah kita berbangga dengan amal. Solat malam Rasulullah baca 6 juz satu rakaat. Patutlah bengkak-bengkak kaki Rasulullah SAW. Kita? 6 muka surat dah merasakan macam pegang kunci pintu syurga, tinggal nak bukak dan masuk sahaja. Yang bengkak cuma hati sahaja sebab tak puas hati kena kejut bangun tahajjud.

Akhi wa ukhti, buatlah amal itu untuk membersihkan hati kita, mengurangkan kesan dosa dan khilaf, dan yang paling pasti ialah kita dapat hadirkan keikhlasan dalam kita beramal AGAR kita juga mendapat rahmat daripada Allah. Amin.

“Dan laksanakan solat pada kedua hujung siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapuskan kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat (Allah).” 
[QS Hud, 11:114]



Dakwah itu Perubahan

Sama juga dalam dakwah. Ada orang yang berdakwah dari otak. Kalau kita lihat ke dalam ceramahnya, fuh mantap! Terkedu kita dibuatnya. Bukan saya kata salah jika berdalil dengan hujah yang sangat nyata, boleh sebut kitab apa, apa nama ulama’, siap nombor, muka surat dan perenggan ke berapa boleh disebutnya. Cuma, bagaimana pula dari sudut aplikatif? Cerita tentang bab zuhud, tapi berceramah pakai Alphard kerana supaya nanti Jemaah masjid segan kalau tak bagi duit kurang-kurang RM50 ke atas. Teringat aduan seorang ustaz yang menggunakan kereta buatan Malaysia,

"Ustaz-ustaz ini kadang-kadang beli kereta mahal kerana nanti bila dia berceramah dapat duit banyak. Makin mahal kereta, makin mahal duit yang dia dapat."

Ada orang yang ceramah untuk poket. Itu yang kadang-kadang kita lihat ceramahnya penuh dengan lawak-lawak yang mengarut. Bila nak tempah untuk berceramah, kalau setakat RM500, maka tunggulah 2014 nanti baru dapat dengar dia berceramah. Tapi, kalau ada RM2000, esok pun tidak mengapa.

"Kenapa nak jemput ustaz itu berceramah?" 
"Sebab ceramah dia best, banyak lawak."

Bila kita dengar kadang-kadang pelik. Pelik kerana tujuan berceramah sepatutnya dapat mencetuskan rasa untuk berubah dalam diri pendengar, tapi yang kita dapat lihat cuma gelak tawa memanjang, keluar masjid hilang dah semua. Teringat ada kata seorang ustaz,

“Kalau setakat nak panggil berceramah untuk berlawak, baik panggil raja lawak, lagi best!”

Ada juga yang berceramah kerana hawa nafsu. Ini yang kadang-kadang kita dapat lihat beberapa yang mengklaim diri mereka ulama, tetapi menyokong pemerintahan yang zalim. Apa sahaja yang dibuat mereka adalah betul. Tak kisahlah kerajaankah, pembangkangkah, kalau sesuatu yang benar itu ditegakkan, itu wajar. Tetapi, hakikatnya tidak seperti yang kita harapkan. Kerana apa?

Masing-masing ada jawapan masing-masing berdasarkan kepentingan masing-masing. Kalau kata Ustaz Hasrizal, di laman web beliau,

“Berdakwah bukan untuk memberi TAHU, tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada menghimpun maklumat dan pengetahuan, tetapi membuka jalan kembara insan mengenal TUHAN.” 
[Abu Saif]

Tulislah dari hati

Konklusinya, sampaikanlah sesuatu itu dari hati. Berdakwahlah kepada masyarakat dari hati. Hati yang dimaksudkan di sini pastilah hati yang selalu dimandikan dengan ayat-ayat al-Quran dan hadith nabi, kemudian semuanya itu dizahirkan dengan perbuatan amal soleh yang real. Bukan hati yang kotor dengan lagu-lagu maksiat dan keinginan-keinginan yang membusukkan lagi amal yang akan terzahir. Sebab hati yang kotor dikhuatiri akan mengotorkan hati orang lain pula.

Terakhir, doakan saya istiqomah dan bukan setakat seronok menulis, tetapi juga seronok dalam berbuat di dunia real seperti yang dicontohkan oleh Dr Abdullah Azzam, Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb dan mereka-mereka yang dibunuh kerana mereka bukan setakat menulis, tetapi mereka berbuat apa yang mereka tulis. Penegasan, mereka mati bukan kerana mereka menulis, tetapi mereka mati kerana berbuat apa yang ditulis. Tambahan, mereka juga mampu mencetuskan kemahuan dalam diri masyarakat sampai hari ini dalam berbuat seperti apa yang mereka perbuat. Masya-Allah.

"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu. Jikalau sememangnya saya layak dipenjara, saya reda menerimanya. Tetapi jika saya dipenjara dengan zalim, saya sama sekali tidak akan tunduk memohon belas kasihan daripada orang yang zalim." 
[Sayyid Quthb, Inilah Islam, m/s 10 (Pustaka Salam, 2000)]



Saya menulis hanya untuk kebaikan kepada diri saya sendiri. Adapun yang terasa, terkesan, terkena, itu semua datangnya dari Allah 'azza wajalla. Kerana Allah-lah yang mempunyai hak dalam memasukkan taufik serta hidayahnya ke dalam hati sesiapapun yang Dia kehendaki. Bukan saya...


"bangkit"
khir al-imtiaz
2238 hours
22-12-2011

Thursday, 15 December 2011

Layakkah Aku Dicintai Rasulullah?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dalam sebuah riwayat hadith dikisahkan.

Ketika itu baginda Rasulullah SAW tengah duduk berkumpul bersama sahabat-sahabatnya. Di situ ada saidina Ali, Uthman, Abu Bakar, Umar dan lainnya. Lalu kemudian baginda bertanya, 

"Wahai sahabatku, tahukah kalian siapa hamba Allah yang mulia di sisi Allah?"

Para sahabat terdiam. Lalu ada seorang sahabat berkata, 

"Para malaikat, Rasulullah, merekalah yang mulia." 

Rasulullah menjawab,

"Ya, para malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah dan mereka sentiasa bertasbih dan beribadah kepada Allah, tentulah merekalah mulia tapi bukan itu yang aku maksudkan." 

Lalu para sahabat kembali terdiam, tiba-tiba seorang sahabat kembali berkata,

"Ya Rasulullah, tentu para nabi, merekalah yang mulia itu." 

Nabi Muhammad tersenyum. Baginda berkata, 

"Ya, para nabi itu mulia, mereka adalah utusan Allah di muka bumi, bagaimana mungkin mereka tidak mulia, mereka mulia. Tapi ada lagi yang lain."

Para sahabat terdiam, tertanya siapalah lagi mereka itu. Lalu salah seorang sahabat berkata,

"Apakah kami sahabatmu, ya Rasulullah? Apakah kami yang mulia itu?"

Bayangkan, Baginda memandang wajah mereka semua satu persatu, Baginda tersenyum melihat para sahabat. Baginda berkata,

"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, mana mungkin kalian tidak mulia, Tentulah kalian mulia, tetapi ada yang lain yang mulia." 

Para sahabat terdiam kesemuanya, mereka tidak mampu berkata apa-apa lagi. 

Lalu bayangkan. Tiba-tiba, baginda Nabi Muhammad menundukkan wajahnya. Bayangkan tiba-tiba baginda menangis di hadapan sahabat-sahabat. Para sahabat tertanya,

"Mengapa engkau menangis ya Rasulullah?"

Lalu bayangkan, Rasulullah mengangkat wajahnya, terlihat bagaimana air mata berlinang membasahi pipi dan janggutnya. Lalu baginda berkata, 

"Wahai sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu. Mereka adalah manusia-manusia. Mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti. Mereka begitu mencintai Allah, dan tahukah kalian, mereka tak pernah memandangku. Mereka tidak pernah melihat wajahku. Mereka hidup tidak dekat dengan aku seperti kalian. Tapi mereka begitu rindu kepadaku. Dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya, aku pun rindu kepada kepada mereka, mereka yang mulia itu, merekalah itulah UMATKU."

Bayangkan saat itu Nabi Muhammad menitiskan air matanya, semua sahabat menangis. 


+++


Cuba tanyakan pada diri kita kembali, 

"Siapa yang dirindukan Nabi Muhammad, siapa yang didoakan nabi Muhammad setiap waktu. Demi Allah, cuba tanya pada diri kita masing-masing."

Tanyalah jauh ke dalam lubuk hati kita, ikhwah-ikhwah, 

"Sudahkah aku mencintai Nabi Muhammad?"

Cuba lihat dalam kehidupan kita, siapakah yang menjadi sanjungan kita selama ini? Siapa pula sanjungan rakan-rakan kita yang lainnya, bagaimana pula dengan sanjungan kaum keluarga kita. Adakah kaum keluarga kita sedang lupa terhadap Nabi Muhammad, lalai kepadanya. 

Kita kadang-kadang terlalu mudah untuk berbangga dengan sanjungan seperti para artis, kita juga kadang-kadang selalu berbangga dengan pemain-pemain bola sepak yang kita kagumi. Bila pula kali terakhir kita berbangga dengan Nabi Muhammad SAW?

Sudah berapa lama sebenarnya kita lalai? Sudah berapa lama kita tidak bersungguh-sungguh mendidik atau mentarbiah kawan-kawan kita untuk mencintai baginda Nabi Muhammad. 

Jika kita berani mengaku sebagai umat Nabi Muhammad, sudahkah kita mencintai Nabi Muhammad, sudahkan ada air mata yang berlinang kerana kita rindu Nabi Muhammad? Sudah berapa lama kita lalai? Sudah berapa lama kita leka hidup di dunia? Sudah berapa lama kita melupakan Nabi Muhammad. 

Maka mari pada malam ini kita hadirkan atau hidupkan rasa cinta yang telah lama hilang itu, semoga di Padang Masyar kelak, kita akan berkumpul bersama Baginda SAW.. Amin..

Wednesday, 14 December 2011

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?

Kehidupan adalah sesuatu yang abstrak dari kaca mata seseorang yang tidak tahu apa tujuan hidupnya. Kehidupan pula merupakan sesuatu yang sangat objektif bagi mereka yang tahu apa tujuan hidup mereka. 

Apabila merasakan hidup ini seolah-olah tiada makna, itu beerti dia tidak tahu apa sebenarnya tujuan hidupnya. Seperti kita membaca buku kimia, tetapi tidak tahu apa tujuan kita membacanya. Tiada siapa pula yang menerangkan kepada kita apa tujuan kita membaca. Maka kita akan merasakan benda itu sia-sia dan tiada makna, dan pasti kita akan meninggalkan pekerjaan tersebut kerana perkara itu tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupannya berbanding main games, bercouple atau stay up tengok movie yang for sure dapat memuaskan hawa nafsu dengan alasan release tension kononnya.



Mengapa hidup perlu ada tujuan? 

Segala yang berlaku itu pastilah ada tujuannya, tidak akan saja-saja ada. Sedangkan tahi di tepi jalan pun ada tujuan kenapa ia diciptakan di situ, inikan pula manusia yang semulia-mulia dan sebaik-baik ciptaan.

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ  
"Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam.." 
[QS Al-Isra', 17:70] 


لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." 
[QS At-Tin, 95:4]
Mustahillah bagi sesuatu yang dimuliakan Allah dan dicipta dengan baik dengan Allah, tetapi hidupnya tak ubah seperti sampah yang kita lihat mereka seolah tiada tujuan kenapa ia wujud, tetapi hakikatnya menyusahkan masyarakat sekitar.


Hidup kita tidak sia-sia

Perhatikanlah pesanan Allah kepada mereka yang mengimani dan menjadikan al-Quran sebagai pakaian dalam kehidupannya,

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ  
Apakah kamu mengira bahawasanya Kami menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maha tinggi Allah Raja Yang Maha benar. Tiada sesembahan -yang benar- kecuali Dia, Rabb Yang memiliki Arsy yang mulia.”  
[QS al-Mu’minun, 23:115-116]

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلًا ۚ ذَٰلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ 
"Tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala sesuatu yang ada di antara keduanya ini untuk kesia-siaan. Itu adalah persangkaan orang-orang kafir saja, maka celakalah orang-orang kafir itu kerana mereka akan masuk ke dalam neraka.”  
[QS Shaad, 38:27]

Carilah tujuan atau matlamat dalam hidup kita. Ayuh kita bersama-sama, menyusun kembali matlamat kehidupan kita berpaksikan untuk mencari keredaan Allah.

Apabila kita sudah bermatlamat, maka langkah seterusnya ialah menuju ke sana, perlu kita sama-sama sedar bahawa jalan untuk ke sana tidak mudah seperti yang kita dambakan. Kita perlu persiapkan diri kita dengan keimanan dan keislaman yang sempurna. Di sini terletaknya kepentingan tarbiyah dalam memastikan perkara itu sentiasa berkesinambungan. Tiada jalan lain selain jalan dakwah dan tarbiyah yang dapat menjanjikan kita dan keluarga kita untuk memelihara keimanan dan keislaman itu. 

"Kalau macam itu Ya Allah, kau matikanlah hamba-Mu ini. Aku hidup di dunia hanya untuk menyusahkan orang lain." 

Ingat semula pesan Rasulullah SAW kepada kita,

"Jangan sekali-kali seseorang diantara kamu mengharapkan kematian karena penderitaan yang dialaminya. Jika ia harus berbuat begitu, maka hendaklah ia mengucapkan, 'Ya Allah, hidupkanlah aku jika hidup itu lebih baik bagiku; dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku." 
[HR Bukhari dan Muslim] 
"Dan jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu mengharapkan kematian, karena kalau ia orang baik maka boleh jadi akan menambah kebaikannya; dan jika ia orang yang jelek maka boleh jadi ia akan bertaubat dengan tulus." 
[HR Bukhari] 
"Jangan sekali-kali salah seorang diantara kamu mengharapkan kematian dan jangan pula berdoa memohon kematian sebelum datang waktunya. Sesungguhnya kematian itu apabila datang kepada salah seorang di antara kamu maka putuslah amalnya, dan sesungguhnya tidak bertambah umur orang mukmin itu melainkan hanya menambah kebaikan baginya." 
[HR Muslim] 

+++

"ya ALLAH, aku bagai batu yang berselerak dipijak, tidak memberi apa-apa makna,"

Sekali lagi saya tegaskan, sedangkan tahi di tepi jalan pun ada tujuan kenapa ia diciptakan dan diletakkan di situ,  inikan manusia yang ada akal untuk berfikir mengenai Tuhannya.

"Aku harap benda ni dapat buat kau faham yang aku bukannya selalu gembira"

Nabi Muhammad pun pernah bersedih. Siap ada Tahun Kesedihan lagi. Sedih kerana kematian isterinya,Khadijah, pakciknya Abu Talib, penolakan dakwah di Taif dan lain-lain. Takkanlah kita nak sentiasa happy. Sedangkan kita tahu iman Nabi Muhammad itu sangat tinggi dan dia adalah kekasih Allah. 

Kita?

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ 
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”  
[QS al-‘Ankabut, 29:2-3] 




كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[QS al-Baqarah, 2:216]


"looking"
khir
11.40pm
13-December-2011

Sunday, 11 December 2011

Indahnya Taubat, jika..


Ka'ab bin Malik

Seorang sahabat yang bernama Ka'ab bin Malik RA tertinggal dari perang Tabuk, hingga Nabi Muhammad SAW marah dan memerintahkan kaum muslimin agar memboikotnya selama lima puluh hari. Dan setelah lima puluh hari, Allah mengampuninya. Al-Quran datang dengan taubat Allah padanya. Ka'ab lantas memasuki masjid setelah ia diboikot lima puluh hari.

Lihat apa kata Rasulullah SAW setelah ia (Ka'ab) diboikot lima puluh hari,

"Wahai Ka'ab, bergembiralah menyambut hari yang paling indah setelah ibumu melahirkanmu,.. Allah tellah mengampunimu." 
[HR Bukhari dan Muslim]

Jika anda bertanya kepada seseorang,

"Apa hari yang paling indah bagi kamu?"

Apa yang dia akan katakan? Dia mungkin akan menjawab,

"Hari ketika aku berjaya.. hari ketika aku menikah.. hari itu dan ini."

Sesungguhnya ikhwah sekalian, memang itu semua benar hari yang indah. Tetapi, perlu kita sedar hakikat bahawa hari yang paling indah adalah ketika Allah mengampuni kita... dan ketika kita mengeluarkan maksiat yang memenuhi hati kita dan bertaubat kepada Allah.

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]



Indahnya ampunan

Perhatikanlah hadith ini,

Seorang lelaki datang bertemu dengan Rasulullah SAW seraya berkata,
"Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?"
Rasul menjawab,
"Ya. Akan ditulis"
Ia bertanya lagi,
"Bagaimana jika aku bertaubat?"
Rasul menjawab,
"Akan dihapus."
Ia berkata lagi,
"Bagaimana jika aku mengulangi lagi?"
Rasul menjawab,
"Akan ditulis."
Ia berkata lagi,
"Ya Rasul, bagaimana kalau aku bertaubat?"
Rasul menjawab,
"Akan dihapus."
Lelaki itupun berkata,
"Ya Rasul, sampai bilakah Allah akan menghapus?"
Rasul menjawab,
"Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun."
[HR Thabrani dan al-Hakim]


"terjatuh"
Khir Al-Imtiaz
1737 hours
11 Disember 2011

Tuesday, 6 December 2011

Khusyuk yang Tiada Lagi


Air Mata Mahal

Api maksiat yang masuk ke dalam hati manusia mengubah hati mereka menjadi arang hitam. Api maksiat hanya boleh dipadamkan dengan air mata yang mengalir deras sebab takut kelak dihisab pada Hari kiamat dan perasaan semua perkataan dan perbuatan selalu diawasi Allah SWT. Tentang air mata mahal ini, Al-Hasan Al-Bashri berkata,

"Jika mata seseorang menguncurkan air mata kerana takut Allah, maka Dia mengaharamkan neraka menyentuh tubuhnya. Jika air mata mengalir ke pipinya, maka wajahnya tidak hitam dan hina pada Hari Kiamat. Tidak ada amal perbuatan yang berbobot berat dan diberi pahala, kecuali air mata yang keluar kerana takut Allah. Air mata seperti itu memadamkan panasnya api neraka. Jika ada seseorang pada suatu umat menangis kerana takut Allah, aku berharap umat itu secara keseluruhan dirahmati Allah gara-gara tangis satu orang tersebut." 

[Al-Hasan Al-Bashri, hal. 96]

Api maksiat dan kelalaian telah merasuki hati kita, lalu membuat hati kita tidak mampu khusyuk. Mahukah kita memadamkan api maksiat itu dengan air mata mahal seperti di atas dan kita berbenah diri mulai sekarang juga?
[Abdul Hamid Al-Bilali, Taujih Ruhiyah, m/s 86 (An-Nadwah, 2008)]

kredit untuk Freezer Always

khir al-imtiaz
07.15pm
6-12-2011

Saturday, 3 December 2011

Masa Untuk Berhijrah?

Assalamu'alaikum,

Apabila kita berfikir mengenai Hijrah (penghijrahan Nabi dari Makkah ke Madinah), jarang kita bayangkan kesukaran yang telah dihadapai oleh Nabi yang kita cintai (Salam sejahtera kepadanya) dan para sahabat dalam meninggalkan rumah-rumah mereka, perniagaan mereka, keluarga mereka, dan berhijrah ke bandar baru yang berbeza. Bolehkah kita membayangkan andainya diri kita yang melakukan perkara itu? Meninggalkan semua kemudahan yang kita telah bina sejak beberapa tahun yang lalu di kampung halaman kita dan kemudian memulakan hidup baru di bandar baru dengan tiada apa-apa bekalan sekalipun?

Ia tidak mudah seperti yang disangka. Tetapi kita harus sedar bahawa kadang-kadang penghijrahan itu sangat diperlukan untuk memulakan satu kehidupan baru yang akan mendorong kita untuk menjadi seorang muslim yang produktif, sama seperti ia diperlukan pada masa Nabi (Salam sejahtera kepadanya) dalam usaha untuk menegakkan Islam dengan mencari rumah baru di Madinah dan kesannya ialah Islam dapat merebak dengan lebih bebas di Semenanjung Arab.

Hari ini saya menjemput kita semua untuk membentuk rohani Hijrah, Hijrah demi Allah SWT daripada dosa-dosa kepada perbuatan baik, daripada rakan-rakan yang buruk kepada rakan-rakan baik, daripada kerja yang tidak halal kepada kerja yang halal, daripada hidup untuk dunia kepada hidup untuk akhirat, dan perubahan daripada tidak produktif kepada produktif!

Perlu kita ingat bahawa penghijrahan rohani ini tidak akan dapat dilakukan dengan begitu mudah dan mungkin mencabar pada masa-masa tertentu, tetapi jika dilakukan kerana Allah SWT, insya-Allah ia akan memberi manfaat baik pada akhirnya.

Ayuh. Mulakan langkahmu!



khir al-imtiaz
0049 hours
3 Disember 2011

Tuesday, 22 November 2011

Cinta: Mintalah Pada Pemiliknya





إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَٰنُ وُدًّا
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang.
[QS Maryam, 19:96]


Allah menanamkan rasa cinta kasih ke dalam hati hamba-hamba-Nya yang soleh dan cinta kasih mereka itu pun segera menjalar ke seluruh jiwa. Jika demikian halnya, puji dan sanjungan akan tertuju kepada mereka dan mereka mendapat sambutan di bumi ini. Pemilik cinta adalah Allah dan kunci terbukanya hati berada di tangan-Nya. Jika Dia membuka hati seseorang untuk mencintai orang lain maka hati itu pun akan mencintai. Cinta kepada makhluk yang soleh adalah bukti cinta kepada sang Pencipta. Adanya penerimaan di bumi adalah bukti adanya penerimaan di langit dan manusia adalah saksi Allah di muka bumi. Demikian tersebut dalam hadith shahih. Oleh sebab itu, setiap orang yang mereka cintai, mereka kasihi, dan mereka puji beerti benar-benar orang baik, berbakti, dan lurus. Sebaliknya, siapa saja yang mereka benci dan mereka murkai beerti dia benar-benar jahat dan merugi.

Hati adalah perbendaharaan ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah), lidah makhluk adalah pena al-Haqq (Tuhan Yang Maha Benar), dan kaum mukminin adalah saksi yang jujur bagi orang yang mereka cintai atau mereka benci. Cinta orang yang beriman pada manusia berdasarkan pada beberapa alasan antara lain yakni iman yang tulus kepada Tuhannya, batin yang suci, jiwa yang bersih, dan keikhlasan. Rasa benci kaum mukminin pada manusia pun ada alasannya seperti halnya sifat munafik, jahat, meremehkan aturan-aturan Allah, mengabaikan agama Tuhannya, kezaliman, hati yang busuk, jiwa yang rosak, dan tabiat yang hina.

Orang yang memiliki badan belum tentu menguasai hati. Cemeti, pedang, dan kewibawaan tidak akan mampu mendatangkan cinta dan tidak pula membendung kebencian. Sejatinya bahawa yang mendatangkan cinta atau kebencian hanyalah Allah, Tuhan semesta alam. Cinta manusia tidak boleh dibeli dengan dirham atau dinar dan tidak pula dijajakan di pasar. Cinta itu adalah karunia Allah yang diberikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki. Oleh kerana itu, orang yang mendapat karunia cinta sejati adalah siapa yang benar-benar dicintai oleh sesama, selalu mendapat pujian, disambut jika datang, dilepas jika pergi, dan dia memiliki ruang khusus dalam hati setiap insan. Semua itu adalah perwujudan kasih sayang dan kelembutan dari Tuhan.

Sebuah hadith shahih menyebutkan,

"Sesungguhnya Allah jika mencintai seorang hamba. Ia akan mengatakan kepada Jibril, 'Aku mencintai seseorang, maka cintailah orang itu!' Jibril pun mencintainya. Setelah itu, dia bahkan menyeru penduduk langit, 'Allah telah mencintai seseorang, maka cintailah orang itu!' Penduduk langit pun mencintai orang itu. Kemudian ditempatkanlah rasa cinta pada dirinya dalam hati penghuni bumi. Jika membenci seseorang, Allah juga akan mengatakan kepada Jibril, 'Aku membenci seseorang, maka bencilah orang itu!' Jibril pun membencinya. Dia pun lantas menyeru penduduk langit, 'Allah telah membenci seseorang, maka bencilah orang itu!' Penduduk langit pun membencinya. Setelah itu, baginya diletakkan rasa benci pada dirinya dalam hati manusia di bumi."

Cinta dan benci itu berasal dari Allah. Oleh kerana itu barangsiapa ingin dicintai oleh manusia, terutama orang-orang mukmin, hendaknya dia meminta dari pemiliknya langsung. Caranya dengan taat, tunduk kepada perintah-Nya, meneladani Rasul-Nya, meniti jalan-Nya, beriktikad baik kepada hamba-hamba-Nya, serta memiliki niat yang baik dan nurani yang bersih. Jika semua ini telah terpenuhi, berilah khabar gembira kepadanya bahawa kasih Allah dan cinta kaum mukminin akan segera tiba.
[Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni, Nikmatnya Hidangan Al-Quran, m/s 271-272 (Maghfirah, 2005)]


Pesanan untuk semua. Janganlah kita berubah menjadi lebih baik kerana inginkan cinta seorang wanita solehah. Tetapi, berubahlah kita menjadi lebih baik sehingga dicintai oleh wanita solehah. Kerana, tujuan kita berubah untuk menjadi lebih baik dan terbaik adalah kerana Allah dan rasul-Nya semata-mata. Agar kita dicintai Allah dan rasul-Nya. Amin..


khir al-imtiaz
1000am
22112011

Monday, 21 November 2011

Bagaimana Keadaan Umat Islam Sekarang

Apabila kita sebagai umat Islam tidak lagi mahu mengikut ajaran Islam, tidak lagi mahu taat kepada Allah SWT bahkan sebaliknya kita berbuat maksiat kepada-Nya, tidak mensyukuri nikmat-Nya dan mengingkari kasih sayang-Nya, maka Allah SWT akan menurunkan azabnya melalui musuh-musuh Islam itu sendiri.

Mereka akan memporak-perandakan negara Islam. Memecah belah umatnya dan menghancurkan kewujudan Islam di bumi ini. Masjid-masjidnya dihancurkan dan diratakan dengan tanah, kitab sucinya dipijak-pijak dan anak-anak serta kaum tua dihina.

Mereka itulah para Israel kaum dajjal. Siapakah kaum Israel itu? Mereka adalah kaum zionisme antarabangsa yang tidak lain adalah kaum Yahudi yang berketurunan babi dan kera. Mereka berusaha menghancurkan umat Islam bila pintu-pintu menuju ke sana terbuka lebar.

Ini disebabkan kita tidak memegang teguh kalimat Laa ilaha illaallah ketika berdepan dengan kaum Israel.

Kita memasuki pertempuran dengan kekuatan yang lemah sayap yang patah dan panji-panji yang terbalik, sekali lagi.. ini salah kita.. kerana kita tidak berpegang teguh dengan kalimat La ilaha illaallah. Tetapi sebaliknya kita berpegang pada dasar nasionalisme, patriotism, sekularisme dan lainnya. Maka kita akan kalah sedang mereka akan menang dan mengalahkan kita umat Islam.

Allah SWT telah mengangkat darjat umat-Nya melalui sujud yang dilakukan oleh umat itu. Itulah fitrah semulajadi umat Islam. Allah SWT juga telah menurunkan buku panduan yang agung iaitu Al-Quran sebagai kita yang kekal selamanya.

Dengan demikian bila umat Islam berpegang kepada fitrah dan Al-Quran itu, maka mereka berhak menjadi umat Allah SWT. Oleh itu, kita dilarang sujud kecuali kepada Allah SWT. Maka apabila kita menghadap kepada selai-Nya, kita akan kalah dan sengsara.

Mengapa kaum Israel boleh mengalahkan umat Islam, padahal jumlah mereka sedikit, mereka itu pengecut, sumber alamnya kosong, rakyatnya penakut. Tetapi mengapa mereka tetap dapat mengalahkan ratusan juta bangsa arab? Jawapannya kerana umat Islam tidak berpegang kepada kalimat La ilaha illaallah. Selama- berabad-abad lamanya umat Islam meninggalkan kalimat La ilaha illaallah. Sehingga penyelewengan berlaku di mana-mana.

Allah SWT turunkan kepada mereka kenistaan dan kesengsaraan. Ini semua tidak akan mungkin berakhir kecuali apabila umat Islam itu sendiri kembai kepada agamanya.



Siapakah yang Dapat Mematikan Sinaran Matahari

Segala puji dan syukur kepada Allah SWT. Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengumpulkan hati para manusia, menyatukan tauhid para umat-Nya dan menyinari diri dengan cahaya Islam.

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah SWT dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah utusan-Nya. Baginda diutus sebagai murobbi yang membawa dari kegelapan, membimbing orang yang buta kepada jalan yang benar, dan mendengar orang yang tuli serta memberikan cahaya dari kegelapan selamanya.

Tuesday, 15 November 2011

Mengalirlah, Jangan Membusuk!

"Bi'ah sekeliling saya ni tak macam zaman sahabat. Solatnya, sosialnya. Saya pun kadang-kadang terfikir apa patut saya buat lagi. Langsung tak mahu cara hidup islam ini. Tak nampak keindahan islam. Entahlah, akhi!" 

Kamulah Pencorak Suasana

Di situ perlunya kekuatan. Dakwah ini, akhi. Dia bermula dengan seorang pada awalnya. Sama macam pada awal-awal period dakwah Rasulullah SAW. Tapi pernah tak diri yang memulakan dakwah itu mengeluh dengan keadaan masyarakat pada zaman itu yang mengagungkan serta menjulangkan budaya zina, judi, arak, pukul orang, mencarut, bunuh dan lain-lain? Islam pada masa itu siapa saja yang pandang ia sebagai sesuatu yang indah? Islam adalah agama yang memecah belahkan persaudaraan, Islam adalah agama yang membangkitkan kemarahan orang-orang miskin, golongan hamba dan wanita yang pada masa itu hanya sekadar objek memuaskan nafsu. Islam itu dan ini. Pada awalnya, tidak ada seorang pun yang nampak Islam itu sesuatu yang indah, kecuali sebahagian kecil. Sangat kecil! Akhirnya, sebahagian kecil itulah yang kemudiannya menjadi besar dan membesar hinggakan mereka pernah menguasai dunia. 

Mahu atau tidak mahu, diri kitalah yang harus memulakan ia. Tidak kisahlah sudah ada orang yang memulakannya ke tidak. Itu cerita mereka, sekarang ini, diri kita sendiri bagaimana? Tak mahukah kita menjadi generasi pioneer dalam mencipta generasi rabbani di tempat kita? Generasi yang berusaha keras menghidupkan halaqoh, mewujudkan suasana tarbiyah, menyuruh yang maaruf dan mencegah serta mengubah apa yang mungkar, serta beriman kepada Allah.

Mereka tidak nampak? Maka kitalah orang yang sepatutnya cuba untuk memperlihatkan kepada mereka apa yang sepatutnya lihat. Islam ini pada awalnya dibina dengan sangat cantik dan indah ibarat sebuah mahligai yang agung dan dihiasi dengan sangat rapi dan cantik oleh generasi awal. Mereka yang duduk di dalam mahligai itu tidak terfikir pun mahu keluar dari sana. Kemudian, mereka yang duduk di luar mahligai itu berebut-rebut untuk memasuki ke dalam mahligai Islam pada masa itu.


Hakikatnya. Seiring peredaran zaman yang menghakis prinsip, tiang serta perhiasan mahligai Islam itu tadi, maka mahligai yang indah itu tadi kini terlihat seperti pondok yang usang dan merimaskan. Boleh dikatakan ianya sedang terbakar! Hinggakan, mereka yang berada di luar tidak mahu memasukinya, yang berada di dalamnya juga berlumba-lumba melepaskan diri daripada pondok yang asalnya merupakan mahligai.

Wednesday, 9 November 2011

Spirit Ukhuwah Yang Hilang (Akhir)


Ada beberapa prinsip dasar yang perlu dicermati dan dijadikan rujukan dalam hal menyikapi perbedaan jamaah-jamaah umat Islam agar tidak menimbulkan fanatisme golongan. Namun sebaliknya, justru memunculkan sinergi dan persatuan.

1- Perbedaan manhaj dakwah dari jamaah-jamaah yang ada, sepanjang tidak bersifat prinsip dan masih dalam wilayah ijtihad, merupakan keniscayaan dan tidak mungkin diseragamkan secara paksa. Sebab, setiap jamaah mempunyai titik target yang ingin dicapai sesuai dengan ijtihad yang mereka tentukan. Bila kenyataan ini difahami secara benar, maka tidak aka nada permusuhan antara jamaah. Yang ada hanyalah sikap ta’awun dan saling melengkapi.

2- Allah swt menyuruh kepada seluruh hamba-Nya agar berusaha untuk mencapai kebenaran dan mengakkannya sesuai dengan kemampuannya. Pada kenyataannya, tidak semua orang mempunyai kemampuan yang sama. Ada yang kemampuannya hanya bisa ikut aktif bertabligh, sementara yang lain hanya bisa berdakwah lewat politik, sedang yang lainnya hanya bisa berdakwah lewat kajian-kajian tekait ayat dan hadits. Maka, setiap jamaah boleh bejuang di jamaah mana saja yang memfasilitasi kemampuannya, sepanjang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Jadi, dengan pemahaman ini, kita mengetahui bahwa jamaah yang ada hanyalah sarana, yang dengannya setiap muslim bersinergi untuk menegakkan Islam. Bila ini difahami, maka ia akan selalu bersikap positif terhadap jamaah lain.

3- Karakter teks ayat dan hadits memang mengandung banyak arti (multi-interpretable). Karenanya, setiap jamaah berijtihad untuk memahami bagaimana seharusnya beramal untuk Islam berdasarkan teks-teks yang ada. Dengan demikian, perbedaan jamaah-jamaah umat Islam yang ada di lapangan sebenarnya masih berada dalam ruang lingkup perbedaan ijtihad cara berdakwah saja. Karena itu, tidak ada alasan yang bisa diterima secara syariah, bila hanya karena perbedaan cara berdakwah kemudian saling bermusuhan dan saling menyalahkan.

4- Di antara sebab utama timbulnya perpecahan antara jamaah umat Islam adalah karena ada sebagian jamaah yang membesarkan perbedaan, bukan membesarkan persamaan. Padahal, jika dilihat secara mendalam, titik kesamaannya lebih banyak, terutama dari sisi tujuan masing-masing secara umum. Semuanya sama-sama berjuang untuk menegakkan ajaran Allah secara benar dan mencapai ridha-Nya.

Abul A’la Al-Maududi, pendiri jamaah Islami Pakistan, suatu hari pernah ditanya mengenai jamaah Tabligh. Ia menjawab, “Jamaah tersebut telah berjuang di sisi yang tidak ditempuh oleh jamaah Islami”. Perhatikan, dengan pemahaman seperti ini, pertentangan atau konflik antar jamaah umat Islam akan terhindari.

Spirit Ukhuwah Yang Hilang (4)

Secara kualitas rata-rata aktivis dakwah ini dibina untuk mencapai muwashafat tersebut secara maksimal, sekalipun pada kenyataannya ada sebagian yang tidak bisa memenuhinya. Karenanya, jika anda temui sebagian oknum yang tidak komitmen terhadap prinsip jamaah, itu bukan ajaran jamaahnya yang salah melainkan karena oknumnya. Menurut tokoh-tokoh jamaah ini, “Ya, kita harus maklum bahwa kita jamaah manusia yang imannya turun-naik. Bukan jamaah malaikat yang tidak pernah berbuat salah”.

Tetapi, bagi jamaah ini, ketegasan bertindak dan memberikan hukuman kepada siapa pun yang melanggar syariat tetap dipertahankan. Bagi pelaku pelanggaran ditindak tegas, minimal dikeluarkan dari keanggotaan, jika memang memenuhi syarat untuk itu. Bagi jamaah ini, ketokohan atau peran yang pernah disumbangkan terhadap jamaah tidak penting, yang penting adalah komitmen anggotanya terhadap ajaran Islam. Apa pun jabatannya, kalau ia bertindak korupsi, berbuat maksiat, atau lainnya yang melanggar syariat, jamaah ini tetap tidak mau mengakuinya sebagai anggota.

Keempat macam jamaah di atas yang tidak saya sebutkan namanya –untuk menghindari sikap penghakiman- adalah jamaah yang akhir ini paling banyak mewarnai kehidupan umat Islam. Maka seharusnya, umat Islam menjadi contoh khairu ummah bagi umat-umat yang lain. Umat yang menyebarkan kedamaian, bukan umat yang saling membunuh dan berperang antar mereka. Umat yang bersaudara dan saling menyayangi antara mereka "ruhamau bainahum”, bukan umat yang saling memusuhi dan saling menjatuhkan atas nama golongan. Umat yang saling menolong dalam ketakwaan “wata'awanu alal birri wat taqwa”, bukan umat yang saling menolong dalam pemusuhan, “wala ta’awanu alal itsmi wal udwan”.

Spirit Ukhuwah Yang Hilang (3)


Jamaah yang lain lagi. Lebih bersifat komprehensif. Ia lebih memperhatikan tarbiyah dan pembinaan secara utuh daripada sekedar mengurus tambal sulam atas berbagai persoalan umat yang sedang berlangsung. Manhaj dakwah Rasulullah saw dipelajari secara utuh berdasarkan pendekatan ilmiah yang teliti. Maka, banyak tokoh dari dakwah Rasulullah saw secara mendalam dan intensif, mereka mengetahui benar mana yang tsawabit dan mana yang mutaghayyirat.

Berdasarkan pemahaman yang benar dan syumul terahadap Islam aktivis dakwah ini meletakkan manhaj tarbiyah sebagai pegangan bagi setiap anggotanya. Manhaj inilah yang menurut saya tidak dimiliki oleh jamaah lain, karenanya, para aktifis yang telah terbina berdasarkan manhaj tersebut mengetahui benar apa yang harus mereka kerjakan di lapangan. Mereka selalu sibuk memperjuangkan segala hal yang berkenaan dengan prinsip ilmu pengetahuan agama yang mereka dalami. Ibadah mereka tingkatkan. Bahasa Arab mereka tekankan. Dan di saat yang sama, mereka berjuang habis-habisan menyingkirkan kedzaliman di muka bumi. Mereka paham betul bagaimana musuh-musuh Islam menghancurkan umat Islam. Mereka juga sedang menempuh langkah-langkah konkret dan realistis agar umat Islam menjadi umat yang kuat, berwibawa, dan tidak mudah dipermainkan oleh kekuatan musuh.

Bagi aktivis jamaah ini, memusuhi jamaah lain, bukan ajaran Islam, tidak ada dalam jamaah ini sikap menjelekkan jamaah lain. Bahkan, perjuangan yang selalu mereka kedepankan adalah bagaimana agar semua jamaah umat Islam bersinergi. Salah seorang tokoh mereka mengatakan kalimat yang pantas ditulis dengan tinta emas:

“Lupakan perbedaan non-prinsip dan mari kita bersinergi untuk memperjuangkan yang prinsip”

Bahkan dari pengalamannya yang panjang dan keluasan ilmu para tokohnya, para tokoh jamaah ini banyak yang melahirkan karya-karya besar di bidang fiqih sesuai dengan permasalahan yang berkembang, seperti fiqih, zakat, fiqih dakwah, fiqih awliyah (prioritas), fiqih sirah (sejarah Nabi Muhammad saw), dan lainnya. Kelebihan ini –setahu saya- tidak dimiliki oleh jamaah lain.

Spirit Ukhuwah Yang Hilang (2)


Kembali kepada tuntunan Rasulullah saw secara murni –saya yakin- itu adalah kesepakatan semua jamaah yang ada. Tetapi, keharusan memahami maksud teks-teks ayat dan hadits-hadits berdasarkan ilmu yang luas dan intelektual yang mumpun adalah juga syarat mutlak yang tidak bisa dihindari. Karenanya tidak cukup seseorang hanya berpegang pada satu teks lalu merasa satu level dengan para ulama yang telah menghafal ribuan hadits. Di saat yang sama juga tidak cukup seseorang dengan hanya bermodal teks dan terjemahannya serta dengan kemampuan inteletualitas yang tidak mumpuni (baca: mencapai derajat mujtahid) lalu merasa tidak perlu merujuk pendapat para ulama. Sebab, perlu diketahui bahwa tidak semua ahli hadits menjadi ahli fiqih, dan tidak semua ahli fiqih menjadi ahli hadits. Apalagi kita yang tidak pernah mencapai derajat ahli hadits maupun ahli fiqih.

Semangat yang menggebu-gebu dengan bekal ilmu pas-pasan seringkali membuat anggota jamaah ini mudah menganggap sebuah fenomena yang tidak ada teksnya dari Rasulullah saw sebagai bid’ah. Beberapa buku tentang bid’ah mereka tulis secara gencar. Berdasarkan buku-buku tersebut para aktivisnya sangat bersemangat melakukan serangan terhadap jamaah lain, baik secara individu maupun kolektif.

Saya sering mendengar insiden bahwa mereka tidak mahu mendegarkan khutbah atau pengajian jika orang yang menyampaikannya bukan dari golongan mereka. Alasannya, orang itu termasuk ahlu bid’ah. Padahal Rasulullah saw sangat menghormatri majelis ilmu. Apalagi yang dipelajari dalam majelis itu ajaran Islam, yang sesuai dengan al-Quran dan al-Sunnah. Bukankah sikap yang sungguh menyakitkan hati banyak orang tersebut bertentangan dengan hadits Rasulullah saw? Apalagi benar menurut Islam sikap mengajak kembali ke sunnah dengan cara menetang sunnah?

Spirit Ukhuwah Yang Hilang


Makalah ini adalah terjemahan dari kata pengantar yang ditulis oleh Dr. Amir Faishol Fath untuk buku ad-Dakwah al-Islamiyyah Faridhah Syariyyah Wadharurah Basyariyah karangan Dr. Shadiq Amin. Buku ini juga diterbitkan semula oleh Al-I'tishom pada tahun 2006 berjudul Mencari Format Gerakan Dakwah Ideal. Saya kongsikan makalah ini sebagai salah satu sumbangsih upaya ukhuwah jamaah-jamaah yang sedang berdakwah di bumi Allah Malaysia ini. Ulasannya sangat menarik kerana sang penulis berusaha menggambarkan pada adanya jauh dari ruh fanatisme golongan ketika berbicara mengenai hakikat setiap gerakan dakwah.

Panjang. Ya, kenalah rajin sedikit.

+++

Banyak cerita di tengah pergumulan realitas umat Islam, mengenai berbagai hal yang menggambarkan bahwa umat ini masih sangat sulit untuk bersatu. Seringkali, secara individu mahupun kolektif, ketika seseorang bergabung dengan jamaah tertentu ia bersikap menjelek-jelekkan jamaah yang lain. Padahal secara prinsip perjuangan, semua jamaah yang ada mengaku berdakwah di jalan Allah. Hanya saja masing-masing mempunyai titik tekan tertentu dalam dakwahnya, tergantung dari cara pendekatan yang ditempuhnya.

Ada sebuah jamaah yang lebih mengutamakan pada tabligh, dengan cara jaulah dari masjid ke masjid. Mereka membangun kebiasaan supaya setiap anggotanya benar-benar tidak hanya mencintai masjid melainkan juga menghidupkannya. Banyak masjid yang tadinya mati di sebuah perkampungan yang sangat terpencil, bisa menjadi hidup kembali karena jamaah ini. Para aktivis jamaah ini memang sangat menghindari permbicaraan mengenai politik. Tema utama halaqah mereka berkisar mengenai bagaimana makna la ialah illallah benar-benar terhunjam dalam dada.

Rata-rata mereka dari kalangan orang-orang yang berpengetahuan sederhana, tetapi semangat mereka untuk mengajak orang lain agar mencintai Allah sungguh tak terhingga. Dengan bekal ilmu seadanya mereka memberanikan diri untuk berdiri di depan khalayak –terutama sehabis shalat berjamaah- menyampaikan makna la ialah illallah sebagai fondasi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kalimat pengantar yang seringkali mereka ulang-ulang setiap kali hendak menyampaikan tausiyah adalah: inna najaahana wa falaahana fiddunya wal akhirah biqadri a’malina bi la ilaha illallah (sesungguhnya kesuksesan dan kebahagiaan kita di dunia dan akhirat tergantung pada kesungguhan kita dalam mengamalkan makna la ialah illallah).

Pernyataan ini benar. Sekalipun tampak sederhana, tetapi kandungannya sangat mendasar. Banyak orang Islam yang hanya mengakui makna la ialah illallah, tetapi pada kenyataannya sehari-hari, Allah selalu dinomorduakan. Halal haram yang Allah tentukan tidak dindahkan. Shalat seringkali diakhirkan karena kesibukan dan aktivitas lainnya. Antara perbuatan dosa dan taat berjalan seirama. Antara ikut Allah dan ikut syetan sama-sama dijalani. Kalimat la ialah illallah tentu memang harus selalu diulang-ulang. Hakikat pemahaman yang benar terhadap kalimat tersebut sangat mempengaruhi kesungguhan seseorang dalam menjalankan identitas kehambaannya kepada Allah.

Tuesday, 8 November 2011

Jadilah Manusia Rabbani



كُونُوا رَبَّانِيِّينَ
"Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani"
[QS Ali 'Imran, 3:79]


Pelajarilah ilmu yang bermanfaat, kerjakanlah amal soleh, ajarkanlah hikmah kepada sesama, dan tabahkanlah hati dalam melakukan itu semua! Jika kalian telah melakukannya beerti kalian telah menjadi manusia yang rabbani.

Jadilah pelita dalam kegelapan, penganjur kebaikan, pencegah keburukan, penyebar keutamaan, dan pembuat kebaikan di muka bumi. Jadilah manusia yang dicinta oleh yang ada di langit, maka kalian telah menjadi manusia yang rabbani.

Ajarkan pengetahuan kepada manusia, sampaikan nasihat dengan cara yang baik, ajarkan mereka mencintai Tuhan dan akhirat dan serulah mereka mengesampingkan dunia; jika kalian semua ingin menjadi bijak, alim dan rabbani.

Rendah hatilah pada sesama, sayangilah manusia, cintailah makhluk hidup, tengoklah orang sakit, lepaskan belenggu penderitaan, berilah makan orang yang lapar, bersedekahlah kepada fakir dan miskin, berilah pertolongan pada orang yang kesusahan, dan bantulah orang yang teraniaya. Ini semua adalah perilaku orang yang rabbani.

Alangkah mulia dan terhormatnya kata rabbani! Kata yang besar di hati, besar diucapkan, besar di langit, dan besar di bumi. Akar kata "rabbani" adalah "rabb" ("tuhan"); Tuhan manusia dan Tuhan segala sesuatu. Dengan demikian kata "rabbani" memiliki akar kata kemuliaan dan keagungan. Oleh kerana itu, barang siapa memiliki sifat-sifat rabbani kemudian mendudukkannya sebagaimana mestinya, maka dia telah menjadi rabbani. Gelar ini adalah hal terbesar dalam biodata ulama itu. Dia tidak dikaitkan dengan kampung halaman dan tidak pula kepada kabilah, tetapi langsung dikaitkan kepada Allah, Tuhan (Rabb) semesta alam. Sebuah kehormatan yang besar da sifat yang lebih megah daripada datangnya fajar pagi.

Menurut sebahagian ulama salaf, rabbani itu sendiri adalah orang yang mengharapkan akhirat dan mengesampingkan dunia. Menurut pendapat lain adalah orang yang jika engkau melihatnya, engkau akan teringat kepada Allah dan apabila engkau bergaul dengannya engkau akan mengenal Rasulullah SAW. Pendapat lain mengatakan bahawa barang siapa membuatmu cinta kepada Allah, menyuruhmu bertakwa kepada-Nya, menunjukkan jalan kepadamu, dan mengentaskanmu dari keburukan, dialah manusia yang rabbani.

Manusia rabbani memiliki sifat ikhlas yang tidak dicemari oleh riya, memiliki sifat zuhud yang tidak terkotori oleh keserakahan, memiliki kejujuran yang tidak dicampuri dengan kobohongan, memiliki tekad meneladani Rasul yang tidak tercampur oleh bid'ah, dan menundukkan akal dan hawa nafsu kepada wahyu. Sudah merupakan suatu kewajipan bagi penuntut ilmu dan pengikut Rasulullah SAW untuk berusaha mencapai darjat rabbani dan keimanan dengan seluruh kekuatan yang mereka miliki.

Demi Allah, seseorang akan bangga jika namanya dikaitkan dengan seorang raja di muka bumi. Bahkan di antara mereka sudah merasa bangga jika dikaitkan dengan seorang menteri sahaja atau hanya keturunan penyair atau tentera yang pemberani. Jika demikian, bagaimana keadaan orang yang dikaitkan dengan sang Pemilik kerajaan langit dan bumi, Tuhan semesta alam? Demi Allah, jika telapak kaki ini harus terputus-putus untuk bejalan menghampiri redha-Nya dan pipi harus keriput kerana air mata khusyu' kepada Allah, nescaya itu semua akan terasa ringan.

[Dr. 'Aid bin Abdullah Al-Qarni, Nikmatnya Hidangan Al-Quran, m/s 253-254 (Maghfirah, 2005)]

+++

Itulah sedikit sebanyak mengenai pengertian rabbani. Insya-Allah, kita mohon doa kepada Allah SWT agar kita semua tergolong sebagai generasi rabbani dan juga generasi yang cuba dan melahirkan generasi rabbani yang akan menegakkan semula syiar Islam di seluruh alam. Amin..

Generasi yang bukan hanya seronok belajar kitab sahaja. Tetapi menjadi mereka yang turut menyebarkannya di seluruh alam. Bukan kerana mahukan pulangan dunia, tetapi hanya mengharapkan kesaksian daripada Allah, rasul-Nya serta orang-orang yang beriman.

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِي مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ 

"Tidak mungkin bagi seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu penyembahku, bukan penyembah Allah," tetapi (dia berkata), "Jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya!" 

[QS Ali 'Imran, 3:79]



"jagalah Allah"
khir al-imtiaz
1220pm
8/11/2011

Saturday, 5 November 2011

Demi Cinta Pada Rabb-nya

Mustahil bagi seorang ayah tidak mencintai anaknya. Bahkan berapa ramai menusia pada hari ini yang keluar daripada jalan dakwah kerana masalah anak. Risau akan tidak cukup pakaian dan makanan untuk anaknya. Tetapi, demi cinta pada Rabb-nya, Nabi Ibrahim rela untuk mengorbankan anaknya demi membuktikan rasa cintanya kepada tuhannya. Itulah Nabi Allah Ibrahim..

Mustahil juga seorang lelaki tidak mencintai dirinya sendiri. Bahkan berapa ramai juga manusia yang meninggalkan tanggungjawabnya terhadap agama Allah kerana kepentingan dirinya sendiri. Tetapi, demi cinta pada Rabb-nya, dia malah rela mengorbankan dirinya sendiri demi pembuktian cinta kepada Tuhannya. Itulah Nabi Allah Ismail..

Mustahil juga ibu tidak mencintai anaknya. Bahkan berapa ramai manusia yang sanggup tinggalkan kerja-kerja keislaman kerana perintah keluarga tidak membenarkan. Tetapi, demi cinta pada Rabb-nya, dia bukan sahaja membenarkan anaknya dikorbankan, bahkan dia rela dengan penuh kerelaan.. Itulah isteri Nabi Allah, Hajar.

Jika mereka sudah membuktikan cinta mereka masing-masing pada Allah dengan sesuatu yang sangat mereka cintai dengan pengorbanan. Maka, kita bila lagi? Cubalah kita jangan hanya tahu beraya korban sahaja.

"Maka Kami beri khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat sabar"  

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar". 

"Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya)". 

"Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim", 

"...sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu", sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik".  

"Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata". 

"Dan Kami tebus anak itu dengan dengan seekor sembelihan yang besar". 
[QS As-Saffat, 37:101-107]

+++ 


"Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu. Demikianlah dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik." 
[QS Al-Hajj, 22:37]

Salam Eid al-Adha.. =)


"kesedaran.."
khir al-imtiaz
0752pm
5-Okt-2011

Monday, 31 October 2011

Insya-Allah, Tempatnya di Syurga

TAIPING 10 Oktober 2011 - Perjalanan mencecah dua jam sememangnya meletihkan. Menunggang LC pinjam dari ikhwah lain, semata-mata untuk menghalaqohkan seorang mad’u yang sedang kebingungan. Pulangan dunia? Bukan itu yang aku harapkan ..insya-Allah.. Tetapi, apalah sangat keletihan yang aku rasa ini jika mahu dibandingkan dengan keletihan para sahabat yang berhijrah dari Mekah ke Madinah yang sememangnya jauh, peperangan Dzaturriqo’ yang membuatkan kuku para sahabat tercabut dan macam-macam lagi.


Setibanya di Masjid Daerah Taiping, hujan terus lebat membasahi bumi tanpa memberikan sedikit ruang untuk lantai tanah terbiar kering. Nasib baik aku sampai awal, walaupun di sisi yang lain terpaksa menunggu selama 2 jam lebih kerana miscommunication tentang waktu outing si mad’u. Aku benci menunggu.

Selesai solat, aku menunggu sambil mendengar deruman air hujan yang memang lebat. Baring. Kemudian duduk. Baring lagi. Duduk kembali. Air menitik atas beg aku. Basah. Bumbung masjid daerah pun boleh bocor?

Aku berpindah ke bahagian depan sebelah kiri masjid. Melihat ke arah depan masjid dan mengagumi sebentar keindahan yang terlihat. Sedang aku membaca beberapa helaian Al-Quran, perhatianku dialihkan ke arah seorang lelaki bersongkok hitam menutup dahi, berbaju kemeja putih, dan berseluar hitam. Aku melihat ke arahnya. Dia melihat ke arah aku dan aku terus mengalihkan pandangan. Aku menyambung bacaan Al-Quran yang terhenti tadi sambil ditemani hujan dan petir.

Anak mataku beralih semula ke arah lelaki tadi. Melihatnya sedang duduk dalam posisi di antara dua sujud. Tapi agak berlainan daripada biasa. Dia menghayun tangannya ke depan dan ke belakang beberapa kali, kemudian dia sujud.

Aku bertanya pada hatiku sendiri, ‘Dia solatkah?’

Aku terus memerhatikan dia. Dia bangun dari posisi sujud dan duduk kembali. Menghayunkan tangannya ke depan dan ke belakang sebanyak dua kali dan kembali sujud. Jari kakinya ketika sujud tidak menyentuh lantai. Tambahan,  aku agak pantang kalau melihat orang yang sujud dengan merapatkan sikunya ke lantai kerana perbuatan itu ditegah oleh Rasulullah SAW (rujukan), tapi aku biarkan sahaja dahulu. Setelah dia sujud lebih dari 5 kali ..aku rasa.., dia duduk kembali dan memberi salam sebanyak empat kali ke kanan dan ke kiri.

‘Hmm. Mazhab apa ini ya?’ Itu saja konklusi yang aku mampu keluarkan setakat ini. Hehe.

Friday, 28 October 2011

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

“Salam. Saya rasa saya semakin jauh dengan Allah.”

Rasa? Jauh?

Jangan!!!

Sebenarnya. Perasaan semakin jauh dengan Allah itu adalah satu perasaan yang perlu kita syukuri. Kerana kita masih lagi ada perasaan dengan Allah ‘azza wajalla. Kalau kita dapat lihat dalam realiti dunia sekarang, masyarakat kita ..secara umumnya.. sangat jauh daripada Allah SWT. Mereka jauh dari segi penghambaan diri kepada Allah SWT dan mereka jauh dari segi ketaatan kepada Allah SWT. Lebih malang lagi apabila perasaan semakin jauh dari Allah SWT itu tidak pernah terlahir dalam diri mereka hinggakan mereka merasa tenang dan terus menjauhkan diri mereka dari Allah SWT, dari Al-Quran. Jadilah mereka seperti orang-orang yang pernah menerima kitab sebelum kita, iaitu Yahudi dan Nasrani.

Orang Yahudi dan Nasrani juga pernah menerima kitab. Taurat dan Injil. Tetapi, apabila mereka tidak menitik beratkan lagi nilai-nilai kekhusyukan penghambaan diri pada Allah dan tidak lagi mematuhi apa yang diperintahkan Allah, maka kita dapat lihat bagaimana keadaan mereka sekarang. Nombor satu dalam masalah hubungan sejenis, dadah, bunuh, eksploitasi wanita dan lain-lain. Kemudian, berlalu satu jangka masa yang panjang ..tanpa taubat.. sehingga hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan mereka menjadi orang yang fasik. Mereka yang tahu bahawa satu perbuatan itu perlu ditinggalkan, tapi mereka buat. Mereka yang tahu satu-satu perbuatan itu patut mereka buat, tapi mereka tinggalkan. Lebih malang lagi, keadaan yang sama kita dapat lihat pada jasad umat Islam sekarang. Mengapa? Itu persoalan yang perlu kita fikirkan.

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]

Alhamdulillah, kita merasa akan semakin renggangnya jarak kita dengan Allah. Maka tindakan seterusnya ialah rapatkan kembali.. Bukan hanya duduk menangis. Tidak selesai masalahnya nanti. Bagaimana?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++