Posts

Showing posts from October, 2022

Merisaukan Rezeki Hari Ini

Image
Ada suatu pagi, aku pernah keluar rumah dalam keadaan sugul memikirkan mengenai rezeki. Rasa lemah semacam. Kemudian aku terlihat salah satu kereta tolak yang jual to'miah atau falafel  di tepi jalan di Hayy Asyir, ada tulisan khat yang cantik tertulis. لن يحزن من يعرف من الذي يرزقه Sekali-kali tidak akan pernah bersedih siapa yang tahu siapa yang memberinya rezeki  Aku sangat tersentu! Ya. Maksudnya ialah tidak akan sedih atau takut orang yang kenal siapa sebenarnya yang memberikannya rezeki. Siapa? Dia-lah Allah. Yang Maha Memberi Rezeki. Ar-Razzak. Di sana ada sebuah hadis diriwayatkan Imam Ahmad dalam al-Musnad dan Muslim dalam shahihnya, dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, يَدْخُلُ الْجَنَّةَ أَقْوَامٌ أَفْئِدَتُهُمْ مِثْلُ أَفْئِدَةِ الطَّيْرِ "Akan ada sekelompok orang yang masuk syurga, hati mereka seperti hatinya burung."  (HR. Ahmad 8382 & Muslim 7341). Matahari terbit di Fayed, Ismailiah Apakah maksudn

Kenapa Perlu Ada Ujian dalam Hidup?

Image
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, انظروا إلى من هو أسفل منكم ولا تنظروا إلى من هو فوقكم ، فهو أجدر أن لا تزدروا نعمة الله عليكم “Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.”  (HR. Bukhari dan Muslim) Dunia ini sememangnya indah. Jika tidak sudah pasti tidak ramai manusia yang lalai bersamanya bahkan ada yang sanggup mati kerananya. Cuma kita mungkin perlu sentiasa ingat bahawa dunia ini sifatnya ialah ujian. Ada orang diuji dengan dunia yang lapang dan kaya. Dia mampu mendapatkan apa sahaja yang dia mahukan. Sehingga dia merasakan tidak memerlukan lagi kepada syurga abadi kerana baginya dia sudah memiliki syurga. Hanya perlu memetik jari bahkan terlintas dalam pemikirannya sahaja dia sudah mampu memiliku apa yang dia inginkan. Beribadah dan berbuat sesuatu di jalan Alla

Musim Cuti Bagi Penuntut Ilmu

Image
Hantaran ini hanya sekadar nasihat untuk sahabat-sahabat yang pulang bercuti ke rumah masing-masing atau jika pelajar luar negara yang bercuti pulang ke Malaysia. Dalam kelas matapelajaran Mantiq di Kuliah Dakwah Islamiah pada hari ini bersama Syeikh Dr Mustafa Murad, syeikh mengambil sedikit masa bercerita satu kisah di luar tajuk sebagai iklan antara topik yang dibahaskan. Iaitu, Al-Azhar pada zaman dahulu, pengajian mereka sepanjang tahun, bukan ada fasa satu dan fasa dua seperti sekarang. Mereka akan belajar sepanjang tahun sehingga bulan Syaaban, dan akan bercuti pada bulan Ramadhan sehingga hari kelima belas Syawal. Kenapa? Jawapan yang diberikan oleh pelajar adalah pelbagai.. Jawapan syeikh ialah,  "Supaya penuntut-penuntut di al-Azhar ada masa untuk pulang ke kampung masing-masing dan menyampaikan dakwah dan mengajar masyarakat." Tambahannya lagi.. "Bulan Ramadhan ialah bulan di mana orang ramai-ramai pergi ke masjid-masjid, itu ialah peluang untuk mereka mengaja

Aku Tidak Tahu Nabi Mencintaiku atau Tidak

Image
Aku terbaca hadis dalam Musnad Imam Ahmad no. 17113 semalam mengenai saat-saat kewafatan seorang sahabat Nabi Muhammad ﷺ yang mulia, iaitu Saidina Amru bin Al-Ash -radhiAllahu anhu-. Anaknya Abdullah bin Amru -radhiAllahu anhu- berkata sesuatu ketika melihat keadaan ayahnya; يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ مَا هَذَا الْجَزَعُ وَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُدْنِيكَ وَيَسْتَعْمِلُكَ Wahai Abu Abdullah (iaitu Amru bin Al-Ash), "Keresahan apakah ini? Bukankah Rasulullah ﷺ benar-benar rapat dengan engkau dan baginda juga telah memperkerjakanmu (memanfaatkanmu)?" Aku terasa sebak dan air mata hampir mengalir ketika membaca dia mengatakan;  وَلَكِنِّي أَشْهَدُ عَلَى رَجُلَيْنِ أَنَّهُ قَدْ فَارَقَ الدُّنْيَا وَهُوَ يُحِبُّهُمَا ابْنُ سُمَيَّةَ وَابْنُ أُمِّ عَبْدٍإِنِّي وَاللَّهِ مَا أَدْرِي أَحُبًّا ذَلِكَ كَانَ أَمْ تَأَلُّفًا يَتَأَلَّفُنِي "Sebenarnya aku demi aku tidak tahu (Nabi ﷺ dekat dan memanfaatkankanku) itu dari kecintaan baginda kepadaku