Posts

Showing posts from November, 2022

Pengajian Agama atau Sains dan Teknologi?

Image
Dunia kita hari ini ada dilema. Sekiranya cemerlang akademik, kita akan pergi ke bidang-bidang sains atau teknologi. Jika kita tercicir atau tiada rezeki untuk dapat keputusan cemerlang, bidang yang kita boleh ceburi terhad kepada bidang-bidang sastera. Salah satu daripada bidang tersebut ialah bidang pengajian Islam. Seberapa kerap kita jumpa pelajar cemerlang aliran sains 12 A1 kemudian mengambil bidang Usuluddin ataupun Syariah Islamiah? Ya ada, 0.001% mungkin? Banyak faktor yang mungkin menyumbang kepada keadaan tersebut, antara yang saya boleh senaraikan ialah tiada keterhadan peluang tajaan, ketidakjelasan jaminan pekerjaan atau karier, atau semudah alasan tidak minat. Lambakan maahad-maahad atau sekolah-sekolah agama yang menggabungkan antara sains dan agama bahkan tahfiz juga nampaknya belum sangat mampu menghasilkan mereka yang sangat cemerlang dalam ilmu sains dan agama, kemudiannya mereka memilih untuk memasuki ke bidang agama. Kebanyakan mereka akan jadi doktor, jurutera, a

Jalan Dakwah dan Pengorbanan

Image
[SENGGANG PERTAMA DAN TERAKHIR IALAH PENGORBANAN] Baru-baru ini, pada 26 September 2022, kita dikejutkan dengan pemergian seorang ulama', bahkan pendakwah yang sangat terkenal dengan produktiviti amal dakwah beliau, iaitu Al-Imam Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi -rahimahuLlah- pada usia beliau 96 tahun. Sebaik sahaja membaca berita tersebut, hal ini sangat mengimbau kembali kenangan saya ketika dapat mendengar khutbah beliau secara langsung di Masjid Al-Azhar pada tahun 2013 yang lalu. Juga saya teringat antara ayat Al-Quran yang beliau sering ulang dalam penulisan beliau, iaitu, { مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا } Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggudan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya), [Sur