بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Friday, 28 October 2011

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

“Salam. Saya rasa saya semakin jauh dengan Allah.”

Rasa? Jauh?

Jangan!!!

Sebenarnya. Perasaan semakin jauh dengan Allah itu adalah satu perasaan yang perlu kita syukuri. Kerana kita masih lagi ada perasaan dengan Allah ‘azza wajalla. Kalau kita dapat lihat dalam realiti dunia sekarang, masyarakat kita ..secara umumnya.. sangat jauh daripada Allah SWT. Mereka jauh dari segi penghambaan diri kepada Allah SWT dan mereka jauh dari segi ketaatan kepada Allah SWT. Lebih malang lagi apabila perasaan semakin jauh dari Allah SWT itu tidak pernah terlahir dalam diri mereka hinggakan mereka merasa tenang dan terus menjauhkan diri mereka dari Allah SWT, dari Al-Quran. Jadilah mereka seperti orang-orang yang pernah menerima kitab sebelum kita, iaitu Yahudi dan Nasrani.

Orang Yahudi dan Nasrani juga pernah menerima kitab. Taurat dan Injil. Tetapi, apabila mereka tidak menitik beratkan lagi nilai-nilai kekhusyukan penghambaan diri pada Allah dan tidak lagi mematuhi apa yang diperintahkan Allah, maka kita dapat lihat bagaimana keadaan mereka sekarang. Nombor satu dalam masalah hubungan sejenis, dadah, bunuh, eksploitasi wanita dan lain-lain. Kemudian, berlalu satu jangka masa yang panjang ..tanpa taubat.. sehingga hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan mereka menjadi orang yang fasik. Mereka yang tahu bahawa satu perbuatan itu perlu ditinggalkan, tapi mereka buat. Mereka yang tahu satu-satu perbuatan itu patut mereka buat, tapi mereka tinggalkan. Lebih malang lagi, keadaan yang sama kita dapat lihat pada jasad umat Islam sekarang. Mengapa? Itu persoalan yang perlu kita fikirkan.

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]

Alhamdulillah, kita merasa akan semakin renggangnya jarak kita dengan Allah. Maka tindakan seterusnya ialah rapatkan kembali.. Bukan hanya duduk menangis. Tidak selesai masalahnya nanti. Bagaimana?

Cuba muhasabah kembali amalan kita. Apa yang telah kita lakukan sehingga boleh terwujudnya jurang antara kita dengan Allah? Jika ianya berkisahkan kemaksiatan, maka buanglah najis itu jauh-jauh. Tinggalkan ia secara terus mahupun bertahap. Namun, pastikan pada akhirnya ..lambat atau cepat.. ia tiada lagi bertumpuk dalam hati dan diri kita. Jika ianya berbau keseronokan meninggalkan ibadah, maka dekatilah semula ibadah-ibadah yang telah kita pinggirkan itu.

Di mana bacaan al-Quran kita? Bagaimana pula bacaan al-Ma'tsurat? Tahajjud dan solat subuh awal waktu kita apa khabar? Atau mungkin masa kita itu terlalu murah untuk kita mengisi dengan membuka laman web yang bukan-bukan, membaca komik, bergaduh, couple dan lain-lain. Periksa kembali semuanya. Pasti ada penyakit yang telah berjangkit yang menyebabkan simpton 'semakin jauh dari Allah' boleh tercetus. 


Makna maksiat

Perlu kita sama-sama faham, bahawa melakukan maksiat tidak hanya bermaksud melakukan dosa sahaja. Itu benar, tetapi ada sisi lain yang kita tertinggal. Sebagai orang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah, mentarbiyah diri sendiri untuk menjadi lebih baik dan mentarbiyah insan-insan sekitar kita, maka meninggalkan satu-satu ibadah sunat ..ibadah wajib itu lebih utama.. sudah boleh dianggap sebagai satu kemaksiatan.

Maka, maksiat-maksiat itulah yang akan meleraikan sulaman-sulaman benang yang akan menyebabkan hati dan diri kita semakin jauh daripada Allah SWT, daripada Al-Quran. Membuatkan kita semakin jauh daripada rahmat serta kasih sayang Allah. Akhirnya, ia akan melenyapkan rasa tenang di hati kita, kerana pemilik kepada ketenangan itu adalah Allah.

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.” 
[QS ar-Ra’d, 13:28] 

"Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Quran yang serupa (ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka ketika mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk. 
[QS Az-Zumar, 39:23]

 +++

“Saya risau andai hati sudah mati untuk menerima cahaya kebenaran.”

Risau? Mati?

Jika hati sudah mati, maka yang berjalan itu adalah bangkai bernyawa yang tiada guna dan menyusahkan orang ramai.

Ini ayat Al-Quran yang menceritakan tentang hati yang mati. Tapi kemudiannya dihidupkan oleh Allah.

"Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan." 
[QS Al-An’am, 6:122]

Apa 'cahaya' yang menghidupkan hati yang mati itu?

"Maka, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya (Al-Quran) yang telah Kami turunkan. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." 
[QS At-Taghaabun, 64:8]

Prevention is better than cure. Maka ubatilah ia sebelum ia benar-benar mati. Kalau dah mati, maka hidupkanlah semula selagi ada ruh. Bagaimana? Hidupkanlah ia dengan ayat-ayat Al-Quran. Baca Al-Quran itu. Hayati Al-Quran itu. Amalkan Al-Quran itu. Dakwahkan Al-Quran itu.

Perlu juga kita faham, bahawa dakwah dan tarbiyah itu merupakan satu ibadah. Wajibnya dakwah dan tarbiyah itu sama wajibnya dengan ibadah solat. Mana mungkin dakwah dan tarbiyah pada diri sendiri menjadi satu perkara yang sunat. Dan mustahil dakwah dan tarbiyah untuk umat di sekeliling kita menjadi satu yang sunat, terutamanya dalam kondisi masyarakat yang semakin membarah sekarang.

Dengan dakwah dan tarbiyah, kita akan sentiasa mencuba untuk menjadi insan yang terbaik di muka bumi dan terbaik di sisi Allah SWT. Kalau kita mahu menjadi anak yang baik, dakwah dan tarbiyah jalannya. Mahu menjadi suami atau isteri yang baik, dakwah dan tarbiyah jalannya. Mahu menjadi ayah atau ibu yang baik, dakwah dan tarbiyah jalannya. Mahu menjadi doktor atau jurutera yang baik, maka dakwah dan tarbiyah merupakan jalannya. Itulah jalan yang terbaik menurut Dr Yusuf Taufik Al-Wa’iy dalam bukunya Dakwah Ke Jalan Allah. Itulah jalan yang terbaik menurut kita semua.

“Macam mana saya nak ingat semua ini agar tidak lupa?”

Di situ pentingnya halaqoh. Dalam kita sibuk berhalaqoh yang kekerapannya seminggu sekalipun, kita kadang-kadang masih tersungkur jatuh ke dalam kemaksiatan, inikan jika kita tidak mempunyainya. Logikkah kita akan jadi lebih baik? Maaf, saya belum pernah jumpa orang yang keluar halaqoh, kemudian menjadi lebih bersemangat dalam dakwah dan jihad baik pada diri sendiri mahupun pada orang lain.

 

Betulkan persepsi anda

Mungkin akan ada yang beranggapan, jika kita mahu memperbaiki diri, maka kita perlu tinggalkan semua perkara dunia yang kita ada. Karier, pelajaran, keluarga dan lain-lain. Tidak. Dan firman Allah dalam surah At-Taubah (9) ayat ke- 24 sendiri jelas mengatakan tidak ada salahnya mencintai 8 perkara dunia itu, tetapi jangan sampai ia melebihi 3 cinta yang paling utama. Kalau terlebih, maka bersedialah. (rujuk: Amru Khalid, Islahul Qulub) 

“Katakanlah: “Jika bapa-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.” 
[QS At-Taubah, 9:24]

Sebaliknya, gunakanlah apa yang kita ada sekarang ini untuk menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Jadikan keluarga kita sebagai sarana untuk kita semakin dekat dengan Allah. Jadikan wang serta harta kita sebagai sarana untuk kita semakin dekat dengan Allah. Jadikan juga karier atau posisi kita sekarang ini sebagai sarana untuk kita semakin dekat dengan Allah. Selagi ianya tidak menyalahi syariat, apa salahnya? Cuma kita kena sentiasa waspada kerana dunia ini sangat licik dan bijak menipu.

“Andai hati tetap mengulangi kesilapan dan tetap teralpa dengan kehidupan ini?”

Tegaslah sikit! Stop beralasan, cuba cari jalan. Jangan manja sangat dengan perasaan itu. Jangan jadi Melayu sangat dalam hal-hal nak berjaya dalan berislam mahupun dunia. Inilah Tragedi Pemikiran Melayu bak kata Profesor Diraja Ungku Aziz.

"Maka sabarlah engkau atas apa yang telah mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum matahari terbit, dan sebelum terbenam; dan bertasbihlah pada waktu tengah malam dan di hujung siang hari, agar engkau merasa tenang." 
[QS Taha, 20:130]

Masihkah dahi kita terlalu tinggi untuk diletakkan di lantai kerana Allah?



"next challenge"
khir al-Imtiaz
1026 pm
28-10-2011
Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

12 comments:

  1. subhanallah. hebat ya akh. ayat ini mantain ori. "Kalau kita mahu menjadi anak yang baik, dakwah dan tarbiyah jalannya. Mahu menjadi suami atau isteri yang baik, dakwah dan tarbiyah jalannya. Mahu menjadi ayah atau ibu yang baik dakwah dan tarbiyah jalannya"

    ReplyDelete
  2. wah...ana baca pun tersentuh...hujah yang menarik dan tak terlalu berat...boleh ana kongsikan dalam ta,lim t : )

    ReplyDelete
  3. Akhi, segala yang baik itu semua dari Allah..
    silakan.. cuba buka kunci hati-hati insan di medan antum banyak-banyak ya.. =)

    ReplyDelete
  4. truskan usaha k :)

    ReplyDelete
  5. subhanallah...usaha lagi dan lagi :)

    ReplyDelete
  6. "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah...?"
    [QS; 41:33]

    ReplyDelete
  7. Akhi Khir, semoga sentiasa berjuang dalam agama Allah.

    Uhibbuka jiddan jiddan. :-)

    ReplyDelete
  8. terima kasih kerana kembali menyedarkan...

    ReplyDelete
  9. subhanallah......

    Tegaslah sikit! Stop beralasan, cuba cari jalan. Jangan manja sangat dengan perasaan itu. Jangan jadi Melayu sangat dalam hal-hal nak berjaya dalan berislam mahupun dunia.

    alahmdulillah

    ReplyDelete
  10. sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++