Bagaimana Keadaan Umat Islam Sekarang

Apabila kita sebagai umat Islam tidak lagi mahu mengikut ajaran Islam, tidak lagi mahu taat kepada Allah SWT bahkan sebaliknya kita berbuat maksiat kepada-Nya, tidak mensyukuri nikmat-Nya dan mengingkari kasih sayang-Nya, maka Allah SWT akan menurunkan azabnya melalui musuh-musuh Islam itu sendiri.

Mereka akan memporak-perandakan negara Islam. Memecah belah umatnya dan menghancurkan kewujudan Islam di bumi ini. Masjid-masjidnya dihancurkan dan diratakan dengan tanah, kitab sucinya dipijak-pijak dan anak-anak serta kaum tua dihina.

Mereka itulah para Israel kaum dajjal. Siapakah kaum Israel itu? Mereka adalah kaum zionisme antarabangsa yang tidak lain adalah kaum Yahudi yang berketurunan babi dan kera. Mereka berusaha menghancurkan umat Islam bila pintu-pintu menuju ke sana terbuka lebar.

Ini disebabkan kita tidak memegang teguh kalimat Laa ilaha illaallah ketika berdepan dengan kaum Israel.

Kita memasuki pertempuran dengan kekuatan yang lemah sayap yang patah dan panji-panji yang terbalik, sekali lagi.. ini salah kita.. kerana kita tidak berpegang teguh dengan kalimat La ilaha illaallah. Tetapi sebaliknya kita berpegang pada dasar nasionalisme, patriotism, sekularisme dan lainnya. Maka kita akan kalah sedang mereka akan menang dan mengalahkan kita umat Islam.

Allah SWT telah mengangkat darjat umat-Nya melalui sujud yang dilakukan oleh umat itu. Itulah fitrah semulajadi umat Islam. Allah SWT juga telah menurunkan buku panduan yang agung iaitu Al-Quran sebagai kita yang kekal selamanya.

Dengan demikian bila umat Islam berpegang kepada fitrah dan Al-Quran itu, maka mereka berhak menjadi umat Allah SWT. Oleh itu, kita dilarang sujud kecuali kepada Allah SWT. Maka apabila kita menghadap kepada selai-Nya, kita akan kalah dan sengsara.

Mengapa kaum Israel boleh mengalahkan umat Islam, padahal jumlah mereka sedikit, mereka itu pengecut, sumber alamnya kosong, rakyatnya penakut. Tetapi mengapa mereka tetap dapat mengalahkan ratusan juta bangsa arab? Jawapannya kerana umat Islam tidak berpegang kepada kalimat La ilaha illaallah. Selama- berabad-abad lamanya umat Islam meninggalkan kalimat La ilaha illaallah. Sehingga penyelewengan berlaku di mana-mana.

Allah SWT turunkan kepada mereka kenistaan dan kesengsaraan. Ini semua tidak akan mungkin berakhir kecuali apabila umat Islam itu sendiri kembai kepada agamanya.



Siapakah yang Dapat Mematikan Sinaran Matahari

Segala puji dan syukur kepada Allah SWT. Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengumpulkan hati para manusia, menyatukan tauhid para umat-Nya dan menyinari diri dengan cahaya Islam.

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah SWT dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah utusan-Nya. Baginda diutus sebagai murobbi yang membawa dari kegelapan, membimbing orang yang buta kepada jalan yang benar, dan mendengar orang yang tuli serta memberikan cahaya dari kegelapan selamanya.

Cabaran dan tentangan umat Islam pada saat ini ada sepuluh jenis:

1- Kaum Atheis (kaum yang tidak mempercayakan adanya Tuhan). Mereka melontarkan ideologi yang rosak dan dusta. 
2- Meragui akan risalah yang kekal, kebenaran kenabian dan kebenaran Muhammad SAW.

3- Aggapan bahawa kajian tentang syariat Islam telah berakhir kerana syariat Islam tidak lagi sesuai dengan zaman dan tidak dapat menjawab apa-apa yang diperlukan oleh umat.

4- Mereka mengatakan bahawa Isam telah mengekang hak-hak wanita, mengekang kebebasan mereka dan tidak memberikan emansipasi wanita.

5- Para pemuda tergelincir ke lembah kenistaan dan amalan syahwat. Mereka terjebak dengan minum minuman keras dan kebebasan pergaulan dengan wanita.

6- Merosakkan akidah melalui misi budaya.

7- Menghilangkan keaslian ajaran Islam dengan mencampurkan hiburan-hiburan merosak akidah dan rendahan sehingga tidak dapat lagi menegakkan kebenaran risalah Islam.

8- Terlalu membangga-banggakan produk orang kafir dan peradaban material dan menjadikannya ikutan bagi mereka.

9- Beranggapan bahawa sikap iltizam (konsisten) dalam agama merupakan penyebab sikap ekstrim, pengganas, kaku, ketinggalan dan sebagainya. Propaganda ini semua adalah dari kaum Israel dan kuncu-kuncunya seperti BBC Inggeris dan lain-lain.

10- Para orang kafir dan golongan sekular membuat tindakan sesuka hati mereka terhadap para pendakwah dengan tuduhan keji dan menyakitkan.

Sesungguhnya ke sepuluh cabaran ini adalah merupakan sunnatullah, kerana sememangnya Dia-lah yang menciptakan rasa dingin dan panas, manis dan masin, siang dan malam, baik dan buruk, sesat dan benar.

Allah SWT berfirman, 

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ
إِلَّا مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ وَلِذَٰلِكَ خَلَقَهُمْ
“Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentu Dia jadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih (pendapat), kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Tuhanmu menciptakan mereka.” 
[QS Hud, 11:118-119]

Sunnatullah di dunia ini menunjukkan bahawa semua cabaran itu merupakan realiti yang harus berlaku. Maka itu Allah SWT berfirman,

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” 
[QS al-‘Ankabut, 29:2-3] 

Ketahuilah bahawa semua tentangan yang menghalang Islam pada hari ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi hal itu telah ada semenjak masa Rasulullah SAW lagi dan para khalifahnya.

Nabi sendiri, pada masa menjalankan dakwahnya, nyawa baginda sebagai ancamannya. Baginda selalu disebut-sebut pendusta, dan membawa misi propaganda. Ini disebarkan kepada kaumnya masa itu.

Kisah tentang ini semua cukup banyak seperti, usaha kaum Quraisy untuk memalingkan at-Thufail bin Amru ad-Dausi dari hidayah Islam. Namun Allah berkehendakkan yang mana beliau dapat tertarik dengan Islam. Maka dia terus mendengar Al-Quran dari Rasulullah SAW sehingga dia masuk Islam.

Juga usaha mereka memurtadkan seorang penyair terkenal masa itu, Al-A’sya. Ia pun kembali murtad dan mati dalam keadaan kafir. Inilah contoh-contoh usaha kaum kafir dan masih banyak lagi contoh lain.

Kemudian tentangan mereka berkembang dan mengalami pembaharuan, antaranya pada masa Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Mereka selalu berusaha menakut-nakutkan umat Islam.

Namun walaupun demikian Islam tetap wujud dan berjalan pada jalurnya dengan satu tekad yang bulat yang tidak akan mengenal kata putus asa atau patah semangat. Sehingga Allah SAW menjadikan agama ini sebagai pemimpin dunia.

Suatu hari berlaku dialog antara seorang ulama Islam dan seorang Ateis berbangsa Rusia.

Orang Ateis itu berkata, “Aku ingin mematikan agama Islam.”

Ulama itu berkata, “Demi Allah kamu itu terhadap Islam seperti lalat yang jatuh menimpa pokok kurma. Lalu lalat itu berkata kepada pokok kurma, ‘Peganglah aku, aku ingin terbang.’”

Lalu pokok kurma itu menjawab, “Demi Allah, ketika kamu jatuh aku sama sekali tidak merasakan apa-apa sedikitpun, bagaimana aku dapat merasakan kamu dapat terbang ketika kamu terbang..”

Allah SWT berfiman,

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya.” 
[QS As-Saff, 61:8]

Antara cabaran umat Islam pada masa dulu adalah kaum khawarij yang menjadikan zahir Al-Quran sebagai panduan, membatalkan sunnah dan menghalalkan darah yang diharamkan, juga ghulat dan kaum rafidah.

Marilah kita memohon kepada Allah SWT semoga kita diselamatkan dari cabaran-cabaran umat Islam baik yang telah lalu, sekarang dan akan datang,.

[Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni, Jauhilah Para Musuhmu, m/s 234-239 (Jasmin, 2006)]


khir al-imtiaz
1742 hours
21/11/2011

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?