بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Monday, 31 October 2011

Insya-Allah, Tempatnya di Syurga

TAIPING 10 Oktober 2011 - Perjalanan mencecah dua jam sememangnya meletihkan. Menunggang LC pinjam dari ikhwah lain, semata-mata untuk menghalaqohkan seorang mad’u yang sedang kebingungan. Pulangan dunia? Bukan itu yang aku harapkan ..insya-Allah.. Tetapi, apalah sangat keletihan yang aku rasa ini jika mahu dibandingkan dengan keletihan para sahabat yang berhijrah dari Mekah ke Madinah yang sememangnya jauh, peperangan Dzaturriqo’ yang membuatkan kuku para sahabat tercabut dan macam-macam lagi.


Setibanya di Masjid Daerah Taiping, hujan terus lebat membasahi bumi tanpa memberikan sedikit ruang untuk lantai tanah terbiar kering. Nasib baik aku sampai awal, walaupun di sisi yang lain terpaksa menunggu selama 2 jam lebih kerana miscommunication tentang waktu outing si mad’u. Aku benci menunggu.

Selesai solat, aku menunggu sambil mendengar deruman air hujan yang memang lebat. Baring. Kemudian duduk. Baring lagi. Duduk kembali. Air menitik atas beg aku. Basah. Bumbung masjid daerah pun boleh bocor?

Aku berpindah ke bahagian depan sebelah kiri masjid. Melihat ke arah depan masjid dan mengagumi sebentar keindahan yang terlihat. Sedang aku membaca beberapa helaian Al-Quran, perhatianku dialihkan ke arah seorang lelaki bersongkok hitam menutup dahi, berbaju kemeja putih, dan berseluar hitam. Aku melihat ke arahnya. Dia melihat ke arah aku dan aku terus mengalihkan pandangan. Aku menyambung bacaan Al-Quran yang terhenti tadi sambil ditemani hujan dan petir.

Anak mataku beralih semula ke arah lelaki tadi. Melihatnya sedang duduk dalam posisi di antara dua sujud. Tapi agak berlainan daripada biasa. Dia menghayun tangannya ke depan dan ke belakang beberapa kali, kemudian dia sujud.

Aku bertanya pada hatiku sendiri, ‘Dia solatkah?’

Aku terus memerhatikan dia. Dia bangun dari posisi sujud dan duduk kembali. Menghayunkan tangannya ke depan dan ke belakang sebanyak dua kali dan kembali sujud. Jari kakinya ketika sujud tidak menyentuh lantai. Tambahan,  aku agak pantang kalau melihat orang yang sujud dengan merapatkan sikunya ke lantai kerana perbuatan itu ditegah oleh Rasulullah SAW (rujukan), tapi aku biarkan sahaja dahulu. Setelah dia sujud lebih dari 5 kali ..aku rasa.., dia duduk kembali dan memberi salam sebanyak empat kali ke kanan dan ke kiri.

‘Hmm. Mazhab apa ini ya?’ Itu saja konklusi yang aku mampu keluarkan setakat ini. Hehe.

Dia bangun. Berdiri tegak. Kemudian terus meletakkan tangannya di perutnya. Aku beranggapan dia mungkin tidak angkat tangan ke telinganya, tiada masalah pun benda ini. Tiba-tiba selepas beberapa minit, dia mengangkat tangannya dalam posisi takbiratul ihram iaitu mengangkat tangannya ke telinga ..aku bertambah pelik.. dan dia meletakkan kembali tangannya di perut tanpa turun ruku'?

‘Hmm. Tidak mengapa, terus bersangka baik.’ Kemudian, tanpa ruku’, dia terus duduk dan menghayunkan tangannya ke depan dan ke belakang, dan terus tunduk bersujud. Dia mengulang benda yang sama lebih daripada 5 kali.

Aku bertanya dalam hati, ‘Dia tak reti solatkah?". Kebetulan beberapa hari sebelum aku ke sini, aku ada lihat satu video menunjukkan situasi yang lebih kurang sama. Cuma, itu di video, kali ni agak reallah. Depan mata.

Aku bangun dan terus menghampiri lelaki tadi. Dia sedang duduk dan terus bersujud berulang kali. Aku pergi dekat dengan dia dan duduk bertentangan dengan dia di sebelah kirinya, dan aku bersandar ke dinding di belakang aku. Kemudian dia memberikan salam ke sebelah kanan, kemudian ke sebelah kiri, kemudian ke sebelah kanan semula.

‘Ok, sekarang bagi salam sebelah kiri pula ya, dik.’ Hatiku berbisik.

Seperti yang dijangkakan, dia pun memberi salam ke sebelah kiri lalu aku memberikan kepadanya senyuman, mengangkat tanganku sambil membuat isyarat ”mari ke sini”. Dia melihat ke arah aku. 

Seram? Rilekslah, dia manusia.

Dia menghampiriku, cara jalannya agak pelik. Aku meminta dia duduk di sebelah aku. Dia menuruti.

“Assalamualaikum,” sapa ku sambil tersenyum.

Sambil tersenyum juga, tetapi salam yang dijawab itu tidak jelas kedengaran. ‘Hmm.. Ada masalah mental agaknya.’ Desis di dalam hati.

Aku bertanya lagi, “Siapa nama kamu?”

Dia menjawab. Tapi aku tidak dapat menangkap apa yang disebutnya.

“Dari mana?”

Kali ini aku dapat meneka,

"Dari kenduri kahwin.” Hehe.. 
“Ayah mana?” 
“Sembahyang.” 
“Ibu?” 
“Ibu tak ada.” 

Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Aku terus melihat ke arahnya. Hatiku menangis.

Dari perwatakannya, mungkin dia menghidapi syndrome down. Agaknyalah. Sebab aku bukan arif dalam bab-bab penyakit ni. Bila aku bertanya satu soalan yang sama kerana mahukan jawapan yang jelas, wajah dia berubah macam takut dan dia tidak menjawab. Tapi, bila tanya soalan lain, dia menjawabnya dengan elok pula.

“Kamu tak sekolah?”
“Cuti.”

Haha. Betul juga, hari ini hari ahad. Adeh. Soalan apa ni?

Orang ramai yang terperangkap dalam masjid sebab hujan itu semua melihat ke arah aku. Pelik agaknya. Aku pun bangkit dan meninggalkan dia di sana selepas sudah tidak ada idea nak cakap apa lagi..

“Abang pergi dulu ya..”

Dia hanya mengangguk.

Aku duduk di tempat asalku tadi, dan memerhatikan dia yang kembali berdiri mengahadap kiblat dan terus duduk dan bersujud berkali-kali. Awalnya aku ingat kalau dia tak reti solat, bolehlah aku ajar. Tapi nampak gayanya, lupakan sahajalah.

Selepas beberapa ketika, dia masih lagi dengan gelagatnya itu. Hatiku sebak melihatnya. Kemudian dia pergi kepada seorang lelaki tua di saf hadapan yang baru selesai solat, kemudian dia membaca doa sekali dengan orang tua tersebut. Ketika orang tua itu mengambil Al-Quran untuk di baca, dia duduk dengan tekun di hadapan orang tersebut. Hatiku terus sebak. ‘Dia bukan faham pun apa yang dia buat..’

Kemudian dia bangkit dan terus bersujud. Dan bersujud. Akhir sekali, dia dipimpin keluar oleh orang tua itu.


+++

Hatiku terus bermain satu persoalan. Yang aku harap kita semua dapat memikirkannya bersama-sama..

“Mungkin, dia tidak mampu untuk berfikir waras. Tetapi dia masih tetap mahu solat. Masih mahu bersujud. Kepada siapa dia bersujud? Kita tidak tahu. Sujudnya bukan sekali, tetapi berkali-kali hinggalah dia dibawa keluar oleh ayahnya. Jika benar dia tidak mampu untuk berfikir waras, maka tempatnya di syurga ..insya-Allah.. tidak kisahlah dia solat atau tidak!”


“Kita bagaimana? Insan yang mampu berfikir waras, mampu membaca, mampu berfikir, dan mendengar dengan sempurna. Tapi masih lagi bermalas-malasan dalam hal solat. Belum cerita mengenai dakwah, tarbiyah, tahajjud dan lain-lain. Kita penghuni syurgakah?”

Sayang, satu soalan yang aku tidak terfikir untuk tanya pada dia..

“Kenapa kamu solat?”

Kalau aku ada jawapannya, mesti lebih menarik.

+++

Rasulullah SAW berjalan melalui sekelompok sahabat yang sedang berkumpul. Baginda bertanya,

"Mengapa kamu berkumpul di sini?" 

Sahabat menjawab,

 "Ya Rasulullah di sini ada orang gila yang sedang mengamuk, sebab itu kami berkumpul di sini". 

Kemudian baginda bersabda, 

"Orang ini bukan gila, ia sedang mendapat musibah. Tahukah kamu, siapakah orang gila yang sebenar?"

Para sahabat menjawab, 

"Tidak ya Rasulullah". 

Baginda menjelaskan,

"Orang gila ialah orang yang berjalan dengan takbur atau sombong, yang memandang orang lain dengan pandangan yang merendahkan, yang membusungkan dada, berharap syurga Tuhan sambil berbuat maksiat, kejahatannya membuat orang terganggu. Adapun orang ini dia hanya sedang mendapat musibah".

Begitu hina orang yang sombong tapi bodoh di sisi Rasulullah SAW sehingga baginda menganggapnya sebagai orang gila. Rasulullah SAW bersabda: 

"Tidak akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi dari takbur (sombong). Dan tidak akan masuk neraka orang yang ada dalam hatinya seberat biji sawi dari iman".  
[HR Muslim]
Semoga Allah memberkatimu.. 

8 comments:

  1. means orang tu memang syndrome down lah kan?kalau syndrome down nhe x sempurna akal kan.so x wajib segala ibadah untuk dia?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Terima kasih kerana menulis artikel ini...menelusuri jauh dlm hati dan pemikiran.

    Kita penghuni syurgakah?

    ReplyDelete
  3. sedih melihat keadaan dia.dan benar-benar menyedarkan saya.jazakallah adik!

    ReplyDelete
  4. moga adik tersebut di rahmati

    nice story :)

    ReplyDelete
  5. jazakallah ya akhi..sedih..sebak..menginsafkan dan menyentuh jiwa yg sombong ini:(...

    ReplyDelete
  6. hmm..pengalaman y menarik..
    kalo syndrome down kita leh nampak dari bentuk muka dia yang lebih kurang spesen semuanya.

    ReplyDelete
  7. assalamu'alaikum...subhanallah...entri yang menarik untuk sama2 mengambil iktibar...walaupun keadaan adik tu macam tu, tapi masih ada kesedaran menunaikan hak sebagai seorang muslim...ana pernah terlibat dengan program bersama kanak-kanak istimewa macam adik tu...subhanallah...sebak terasa...melihat mereka...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++