Posts

Showing posts from 2013

Seorang Pemuda..

Image
Seorang pemuda.. Seharusnya ia membina dan membangkitkan semangat daripada setiap permasalahan untuk diselesaikan.. Baik masalah pada akademik, pengetahuan am, penindasan, kezaliman, kehancuran moral dan lainnya.. Hanya orang tua sahaja yang apabila mendengar masalah, "Alah, biasalah tu~ Remaja~", kemudian menyerahkan tanggungjawab atau pekerjaan pada orang lain dan dia berlepas tangan. Tidak! Sebagai pemuda, kita kena berfikir bagaimana mahu menyelesaikan masalah-masalah tu.. Bukan duduk menunggu takdir, menunggu malaikat Jibril datang membawa tentera atau mengharapkan bumi terbalik atau angin taufan menghancurkan, tapi tidak ada satu peluh pun yang terkeluar dek usaha kita.. Hanya budak-budak hingus sahaja yang membiarkan atau melarikan diri daripada masalah. Seorang pemuda. . Kitalah generasi penerus.. Kitalah generasi pengganti.. Jika kita tidak ada rasa untuk berubah, maka kita akan menjadi generasi penerus sistem kehidupan hari ini yang me

Syawal: Sebuah Harapan Kembali Kepada Fitrah

Image
SYAWAL DATANG LAGI Alhamdulillah.. Ramai orang bergembira menyambut kedatangan Syawal sambil (kononnya) menangisi pemergian Ramadhan.. Kita imbau sebuah firman yang akan menjadi legasi bagi sebahagian daripada kita, يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.." [QS al-Baqarah, 2:183] Semua daripada kita sudah sangat maklum bahawa hasil yang DIHARAPKAN daripada tarbiah Ramadhan ialah TAKWA.. Maka, seperti semua sudah maklum juga iaitu kejayaan sesebuah program itu bukanlah dilihat cuma semasa program itu berlangsung, tetapi kita akan lihat setelah program itu selesai. Kemudian, setelah sebulan kita mengharungi kepayahan demi kepayahan, kesukaran demi kesukaran, maka kemudiannya datanglah satu hari yang boleh diumpamakan seperti saa

Takwa: Andai Seorang Kader Dakwah Itu

Image
بسم الله الرحمن الرحيم إِنَّ الْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون Kenapa kita perlu takut pada Allah? Terlalu banyak sebab untuk kenapa kita perlu takut pada Allah. Pertama, kerana kita tidak tahu kita mati dalam keadaan apa. Boleh jadi sekarang kita berislam dengan sangat baik, tetapi bila sampai tarikh kematian kita, malah kita berpaling daripada Allah. Kedua, kerana jumlah amal kita yang terlalu sedikit jika mahu dibandingkan dengan jumlah dosa. Ketiga, kerana jika amal kita terlalu banyak sekalipun, kita mungkin menjadi muflis di akhirat kerana dosa-dosa kita di dunia

Ikhlas: Bukan Hanya di Bibir

Image
بسم الله الرحمن الرحيم إِنَّ الْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ  وَرَسُولُهُ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمِ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا وشر الأمور محدثاتها وكلّ محدثة بدعة , وكلّ بدعة ضلالة ,

Bila Iman Terjatuh

Image
“Sebagai da’ie, kita kena pastikan kita tidak bermaksiat! Kikis habis semua karat jahiliah! Jangan bagi ruang walau sedikit pun kepada syaitan untuk memasuki hati kita dan merosakkan segala-galanya! Dakwah ini sesuatu yang mulia dan hanya orang mulia sahaja yang berhak memperjuangkannya!” ~kredit~ Itulah taujihat yang biasa kita dengar dalam halaqoh (lingkaran iman). Sehari dua kita pun bersemangat untuk menjaga iman kita, menjaga tahajjud kita, menjaga mata kita, menjaga tilawah al-Quran kita dan sebagainya. Tiba-tiba, masuk hari yang ketiga, semuanya berputar 180 darjah. Al-Quran entah hilang ke mana, tahajjud tinggal sejarah. Iman? Wara’ ? Apa benda tu? Fenomena kejatuhan atau keruntuhan iman dalam diri seorang da’ie atau secara umumnya sebagai seorang Muslim itu sebenarnya adalah sesuatu yang terlalu biasa. Kerana apa biasa? Kerana seorang da’ie atau Muslim itu juga manusia! Ikut serta dalam tarbiyah bukanlah bermakna kita akan berubah menjadi malaikat ya

Luahan: Untuk Hati Yang Keras

Image
Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang kesunyian sahaja, maka yang paling sunyi itu adalah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat dia.. Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang kurang kasih sayang sahaja, maka yang paling kurang kasih sayang itu adalah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat dia.. Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang gagal dalam hidup atau kecewa sahaja, maka yang paling gagal dalam hidup dan paling kecewa ialah Rasulullah SAW dan para sahabat dia.. Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang tiada tujuan hidup sahaja, maka yang paling tiada tujuan hidup ialah Rasulullah SAW dan para sahabat dia.. Tetapi, betulkah Rasulullah SAW dan para sahabat dia adalah orang-orang yang kesunyian, kurang kasih sayang, gagal dalam hidup, kecewa, dan tiada tujuan hidup? Atau sebenarnya , merekalah orang yang paling bahagia, hidup penuh dengan cinta, menguasai dunia dan akhirat serta paling berjaya baik di dunia mahupun di akhirat?

Dakwah: Kejamnya Cinta

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Alhamdulillah. Segala yang terpuji hanya untuk Allah. Segala selawat kita berikan kepada pesuruh Allah SAW. Sama-sama kita tajdid niat di hati kita untuk menuntut ilmu, membaca bahkan bekerja kerana Allah semata-mata. 4 bulan yang lalu.  27 September 2012, Kuala Lumpur International Airport. Petanda bahawa sesuatu yang besar bakal menanti. Bukan kapal terbang atau jet pejuang, tetapi tanggungjawab yang tersedia menanti. Murobbi aku berpesan berkali-kali untuk mengikhlaskan niat, kemudian sempat bergurau dan berketawa bersama-sama ikhwah-ikhwah yang datang dari Perak. Ada yang escape kelas dan macam-macamlah mereka. Biasalah, ikhwah~. Call dan mesej daripada mereka yang tidak dapat hadir juga ada. Merekalah yang mengajarkan aku erti kehidupan. Mengertikan kehidupan aku dengan tarbiyah dan dakwah. Saat yang aku paling tidak mampu untuk lupakan ialah lambaian selamat tinggal daripada keluarga yang menjadi asbab kepada hid

Oh Tenang~

Image
Assalamualaikum WBT.. Pertama sekali, bersyukur kepada Allah SWT kerana masih memberikan saya peluang untuk menulis. Ops, silap, bukan peluang kerana peluang itu sentiasa ada, cuma kekuatan untuk menulis itu yang mungkin kurang. Apa masalahnya? Kalau nak diciptakan alasan, macam-macam kita boleh berikan, jadi biarlah rahsia~ -,- Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan sahabiahnya, ahli keluarga baginda, serta semua umat islam yang bertungkus lumus menegakkan kalimah syahadatain di dalam hati-hati masyarakat dunia pada hari ini yang kebanyakannya masih terkeliru denga hakikat berhala di dalam hati mereka masing-masing. Kita doa sama-sama pada Allah agar kita dan mereka diberikan rezeki untuk melihat suatu kebenaran itu sebagai kebenaran dan diberikan rezeki untuk mengikutinya. Sama-sama juga kita berusaha untuk sentiasa mengikhlaskan diri kita masing-masing dalam menuntut ilmu dan beramal kerana mencari redha Allah dan mengharapkan syafaat daripada Ra