بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Tuesday, 15 November 2011

Mengalirlah, Jangan Membusuk!

"Bi'ah sekeliling saya ni tak macam zaman sahabat. Solatnya, sosialnya. Saya pun kadang-kadang terfikir apa patut saya buat lagi. Langsung tak mahu cara hidup islam ini. Tak nampak keindahan islam. Entahlah, akhi!" 

Kamulah Pencorak Suasana

Di situ perlunya kekuatan. Dakwah ini, akhi. Dia bermula dengan seorang pada awalnya. Sama macam pada awal-awal period dakwah Rasulullah SAW. Tapi pernah tak diri yang memulakan dakwah itu mengeluh dengan keadaan masyarakat pada zaman itu yang mengagungkan serta menjulangkan budaya zina, judi, arak, pukul orang, mencarut, bunuh dan lain-lain? Islam pada masa itu siapa saja yang pandang ia sebagai sesuatu yang indah? Islam adalah agama yang memecah belahkan persaudaraan, Islam adalah agama yang membangkitkan kemarahan orang-orang miskin, golongan hamba dan wanita yang pada masa itu hanya sekadar objek memuaskan nafsu. Islam itu dan ini. Pada awalnya, tidak ada seorang pun yang nampak Islam itu sesuatu yang indah, kecuali sebahagian kecil. Sangat kecil! Akhirnya, sebahagian kecil itulah yang kemudiannya menjadi besar dan membesar hinggakan mereka pernah menguasai dunia. 

Mahu atau tidak mahu, diri kitalah yang harus memulakan ia. Tidak kisahlah sudah ada orang yang memulakannya ke tidak. Itu cerita mereka, sekarang ini, diri kita sendiri bagaimana? Tak mahukah kita menjadi generasi pioneer dalam mencipta generasi rabbani di tempat kita? Generasi yang berusaha keras menghidupkan halaqoh, mewujudkan suasana tarbiyah, menyuruh yang maaruf dan mencegah serta mengubah apa yang mungkar, serta beriman kepada Allah.

Mereka tidak nampak? Maka kitalah orang yang sepatutnya cuba untuk memperlihatkan kepada mereka apa yang sepatutnya lihat. Islam ini pada awalnya dibina dengan sangat cantik dan indah ibarat sebuah mahligai yang agung dan dihiasi dengan sangat rapi dan cantik oleh generasi awal. Mereka yang duduk di dalam mahligai itu tidak terfikir pun mahu keluar dari sana. Kemudian, mereka yang duduk di luar mahligai itu berebut-rebut untuk memasuki ke dalam mahligai Islam pada masa itu.


Hakikatnya. Seiring peredaran zaman yang menghakis prinsip, tiang serta perhiasan mahligai Islam itu tadi, maka mahligai yang indah itu tadi kini terlihat seperti pondok yang usang dan merimaskan. Boleh dikatakan ianya sedang terbakar! Hinggakan, mereka yang berada di luar tidak mahu memasukinya, yang berada di dalamnya juga berlumba-lumba melepaskan diri daripada pondok yang asalnya merupakan mahligai.

Mereka tidak nampak keindahan Islam itu mungkin sahaja kerana mereka tidak tahu bahawa mereka harus membuka mata, atau mungkin mereka tahu tetapi mereka merasa lebih selesa untuk menutupinya. Terlalu banyak kemungkinan yang ada. Tapi, sebagai seorang dai'e, menjadi tanggungjawab kita untuk mencari kunci kepada hati-hati yang terkunci itu tadi agar ianya bisa dibuka kembali. Adapun mereka berkeras mahu tetap terkunci, itu urusan mereka. Adapun mereka sudah membukanya, kemudian menutupinya kembali, itu urusan mereka. Urusan kita adalah cuba dan berusaha serta mujahadah untuk membukanya dari sisi yang paling boleh diterima hati-hati mereka. Tugas kita jugalah untuk berusaha sedaya upaya untuk memadam segala jenis api fitnah yang membakar pondok itu tadi dan memperbaikinya dari segala sisi agar ianya kembali indah. Ajaklah ramai lagi manusia untuk menolong, kalau tidak kita akan mati keletihan kerana terlalu banyak aspek yang perlu dibaiki.

فَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ
"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." 
[QS Al-Hajj, 22:46]


Susah Bukan Bermakna Mustahil

Susah? Memang, akhi. Sebab memegang Islam itu ibarat memegang bara api. Panas! Sangat panas! Daripada Anas RA berkata: 

Rasulullah SAW bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api" 
[HR. Tirmidzi]

Tapi, apakah itu akan menjadi alasan untuk kita melepaskannya? Tentunya tidak! Kita akan tetap bertahan untuk memegangnya, bahkan menggenggam! Cuma, saran saya, janganlah genggam seorang diri, ajak lagi ramai-ramai manusia untuk menggenggamnya bersama kita. Biarkan kepanasan itu tertanggung bersama. Kurang sikit bebannya, insya-Allah. Walaupun ia masih tetap akan panas, tetapi sambil ditemani susana saling berprasangka baik, tolong-menolong, itsar dan lain-lainnya, sambil gelak-gelak sikit, hilanglah sedikit rasa panas itu nanti. 


"Nak cari ramai nak pegang itupun berat, akhi."

Wah. Itu sudah pasti! Sebab itu kata Imam Hasan al-Banna, 

“Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.” 
 [Hasan al-Banna]

Susah bermakna kita kena berusaha lebih! Bukan tak payah buat. Contoh, susah nak tahajjud bukan  bermakna tak payah buat tahajjud. Tetapi, kita kena berusaha lebih untuk melaksanakannya. Sama juga dengan benda-benda lain. Sebab itu perlunya halaqoh yang konsisten dan muntijah. Wujudkanlah ia di mana sahaja kita berada. Di situ akan menjadi nadi kepada perbincangan. Perbincangan kepada iman, dakwah dan lain-lain dalam usaha mahu menguasi dunia dan yang paling penting adalah akhirat. Perbincangan dalam mengindahkan semula pondok usang itu tadi kembali mejadi mahligai, membuka mata-mata duniawi agar terlihat semula cahaya keindahan Islam dan kembali kepadanya dan sedarkan kembali jiwa-jiwa yang ada akan kedatangan hari pembalasan dan bersedia untuk itu selain bersiap untuk kehidupan sekarang.

Mulakan sikit demi sikit, akhi. Bermula dengan diri kita. Doakan saya juga mampu untuk merealisasikan apa yang saya tulis kat sini. Amin.. 

Dalam riwayat al-Imam Ahmad, Nabi s.a.w bersabda:

“Beruntunglah golongan ghuraba` (yang asing atau pelik)”. Ditanya baginda: “Siapakah mereka yang ghuraba itu wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Golongan yang soleh dalam kalangan ramai yang jahat, yang menentang mereka lebih ramai daripada yang mentaati mereka”. 
[dinilai sahih oleh Ahmad Shakir].

Sama-sama kita menjadi seperti air yang bergerak. Pada awalnnya mungkin air itu busuk dengan kotoran dan dosa. Tetapi akhirnya ia menjadi bersih kerana ia bergerak (tidak hanya duduk diam dan membiakkan penyakit), kemudian, ia dapat memberikan manfaat untuk semuanya!


khir al-imtiaz
11.15am
15/11/2011

3 comments:

  1. keimanan akan lebih teruji jika berada dalam lingkungan kejahiliyahan..

    di situ hati yang sensitif memainkan peranan menguasai suasana agar membina keimanan..

    dan bukanlah orang yang hebat jika hanya mampu memelihara iman dalam lingkungan para solehin~

    ReplyDelete
  2. antum benar.. berusaha untuk menjadi hebat!

    ReplyDelete
  3. Salam alaik, sangat bermanfaat akh.

    semoga terus menggenggam bara, menjadi golongan assabiqun awwalun, insyaAllah dijanjikan tempat di sana.

    semoga.
    may Allah bless.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++