Thursday, 30 June 2011

Ukhuwwah Berpaksikan Iman

Sebuah cerita tentang ukhuwah


+++

Suatu hari, ketika Badar mulai sunyi daripada huru hara peperangan yang akhirnya mengoyak kejahatan dan memenangkan kebenaran, ‘Abdurrahman ibn ‘Auf mengiring lelaki tampan dan ranggi yang terbelenggu itu. Dia membawa lelaki itu dengan berhati-hati dan lembut tanpa melepaskan genggaman pada ikatannya. Mereka menuju ke arah lelaki yang berwajah mirip dengan si tawanan. Sangat mirip. 

‘Abdurrahman ibn ‘Auf mengangguk ta’zhim pada lelaki itu, 

“Assalamual’aika Ya Mush’ab yang baik. Inilah saudaramu, Abu ‘Aziz!"

Mush’ab ibn ‘Umair menjawab salam dan membalas aggukan dalam-dalam. 

Si tawanan, Abu ‘Aziz ibn ‘Umair disergap lega. Syukurlah, dia akan diserahkan pada abang yang disayanginya. Betapa setelah melalui satu mimpi buruk hari ini; mengikuti perang Badar, menyaksikan darah bersimbah ruah, tumbangnya kejayaan Quraisy di tangan orang-orang Bani Najjar, dan kini tertawan; sungguh menyakitkan. Kini dia berada di hadapan abang yang telah bertahun-tahun tak dijumpainya. Dia rindu. 

Tetapi, Mush’ab tidak memandang ke arahnya, tidak segera memeluk menyambutnya, dan seakan tidak hendak menanggalkan belenggu pengikatnya. Mush’ab terus menundukkan kepalanya dan berkata kepada ‘Abdurrahman, 

Wednesday, 29 June 2011

Andai Yang Akan Mati Itu Aku

Kematian. Satu benda yang kita tidak mampu untuk melihat akan keberadaannya. Tetapi, hampir semua manusia yakin akan kehadirannya. Ada yang takut. Ada yang berani menghadapinya. Bahkan ada yang mengejar akan ia. Apa itu kematian? 

Kematian itu satu pengakhiran. Kematian itu juga satu permulaan. 

Pengakhiran terhadap tempoh masa hidup di dunia. 

Permulaan untuk menempuh alam yang seterusnya. 

Kenapa saya kata, 

“Andai yang akan mati itu aku?”

Sedangkan, memanglah kita semua akan mati. Kita bukannya Allah SWT yang hidup selamanya. 

Saturday, 25 June 2011

Sirah: Saat Akhir Hayat Rasulullah SAW


“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia mati atau terbunuh kalian akan berbalik ke belakang? Dan barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” 
[QS Ali ‘Imran, 3:144]

cerita yang sama ditulis dalam Cinta Penawar Luka ...


"lama ku nanti titisan ini"
khir al-imtiaz
1212hours
25-06-2011

Thursday, 23 June 2011

Cerpen: Hatiku Tidak Terjaga

“Akh, ana rasa ana ada masalah hatilah. Nak buat macam mana?”

“Tukarlah hati baru.”

“Hati baru? Antum ni berlawak ke?”

“Ei. Betul lah. Cuba tengok muka ana, serius tak?” sambil mengerut dahi dan menahan gelak.

+++ 


“Akh, antum mesti pernah dengar kata-kata Imam al-Ghazali apa dia kan?” 

"Yang mana?” 

“Ha nampak! Banyak sangat hafal sampai tanya yang mana satu.. Haha.” 

“Heh, terajang karang.” 

“Hehe.. ok ok. Macam ni. Kenapa ana kata antum kena cari hati baru, sebab hati lama antum tu antum sendiri mengaku ada problem. Benda-benda yang bermasalah ni janganlah disimpan lama-lama akh, jadi barah karang payah pula. Buang je jauh-jauh. Pastu, minta hati yang baru dengan Allah. Kata Imam al-Ghazali, 

Sunday, 19 June 2011

Cerpen: Hidayah Itu Bukan Milik Kamu

“Amru, macam mana nak cegah kemungkaran dalam keluarga kita sendiri?”  
“Kemungkaran? Ekstrimnya istilah yang kau guna. Hehe.” 
“Habis tu nak guna apa?” 
“Ok ok, tenang. Aku bergurau je. Hmm.. Kemungkaran macam mana tu, Hasan?” 
+++ 

Ukhuwwah. Amru dan Hasan merupakan dua orang ikhwah yang selalu bersama sejak di bangku sekolah lagi. Mereka menerima tarbiyah di sana sejak Tingkatan 4. Mereka berdua telah merancang sejak dari awal lagi untuk menyambung pelajaran di satu IPT yang sama, agar mereka bersama-sama dapat meneruskan usaha mentarbiyah diri dan mentarbiyah orang lain di IPT. 


Walaupun mereka sedar bahawa cabaran dakwah di IPT pastinya berbeza dengan cabaran dakwah di sekolah lama mereka. Namun dengan berbekalkan semangat dan kefahaman yang sangat kukuh. Mereka berdua terus tsabat atas jalan tarbiyah dan dakwah hingga kini. 


+++ 

Amru bertanya kepada Hasan. 

“Hasan, cuba kau bagi case study siket. Mudah kita nak detect apa problem yang sebenarnya. Daripada kita terawang-awangan macam ni. Masalah tak selesai nanti.”
“Hmm.. Macam ni lah, aku rasa kau pun tahu kan, keluarga aku tak solat.” Hasan membuka kisah.

Friday, 17 June 2011

Hubungkan Kembali Keterikatan Kita dengan Allah

Stress. Itulah suasana yang mungkin sedang menyelubungi kebanyakan ikhwah pada saat ini. Di saat tanggungjawab dakwah semakin besar dan berat. Ujian menimpa dari segi penurunan prestasi akademik, maka satu proses reformasi harus dilakukan segera. Pastinya memerlukan usaha dan masa yang bukan sedikit. Ditambah lagi dengan fitnah itu dan ini menghentam dari kanan dan kiri. Ada ikhwah mahupun akhwat yang dihimpit dengan masalah kewangan, ada yang baru mengalami kemalangan, dan macam-macam lagi ujian yang diberikan kepada kita. 

Secara langsung atau tidak langsung, mungkin ada di antara kita yang sudah mulai merasakan hambarnya nikmat tarbiyah. Tawarnya nikmat ukhuwwah. 

Bangkit wahai ikhwahku! 

Itu semua bayangan dari syaitan yang sememangnya sentiasa mencari ruang dan peluang untuk merosakkan, menjatuhkan serta menjerumuskan kita ke dalam jurang kebinasaan. 

Ikhlaskan kembali niat antum. Tanyakan kembali kepada diri antum. Kenapa antum berdakwah? Kenapa antum masih berada di dalam tarbiyah? Kenapa antum berukhuwah? Kenapa antum belajar? 

Tidak kisahlah apa jawapannya wahai ikhwah ku, tapi pastikanlah ianya menemui satu titik yang menjadi paksi segala kebahagiaan dan ketenangan. Iaitu semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. 


Paksikan segala rasa cinta kita atas keimanan. Paksikan segala rasa rindu kita atas keimanan. Paksikan pengharapan kita atas keimanan. Dan paksikanlah segala rasa takut dan sedih kita atas keimanan. Insya-Allah, kita akan merasai nikmat yang sangat besar kelak. 

Saya kongsikan satu cerita yang saya kutip dari buku, Dalam Dekapan Ukhuwwah karangan Salim A. Fillah. Satu kisah yang mana, insya-Allah, ada manfaat untuk diri kita masing-masing. 

+++ 

Seharusnya dia boleh berehat di malam hari. Kerana siang demi siang hari terasa baginya sangat panjang, melelahkan, dan menyesakkan dada. Dia berulang alik dari satu penjuru ke satu penjuru di kota Mekah. Semata-mata untuk berbisik dan menyeru. Seorang demi seorang, kabilah demi kabilah, demi mengajak mereka mengimani risalah yang telah diamanahkan kepadanya. 

Thursday, 9 June 2011

Kita Hina Kerana Jauh Dari Islam

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. Masih lagi diberikan ruang serta peluang dari Allah untuk kita sama-sama bermuhasabah. Dan kemudiannya meningkatkan kadar iman dan takwa kita kepada Allah. Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberikan peluang dari Allah untuk melihat agama ini dari sudut sebagai seorang yang sedar bahawa dirinya itu adalah hanya sekadar hamba. Kerana apa? 

Kerana dalam dunia zaman merdeka atau era globalisasi ini, hamper semua manusia telah didoktrinkan untuk menjadi tuan. Dialah yang berkuasa atas segalanya. Teruatamanya apabila wang dan pengaruh menjadi tulang belakang yang menyokongnya. Hinggakan ada puak yang melampau menmperkenalkan satu teori yang mengatakan setiap dari kita ini adalah tuhan. 

You’re God. 
atau 

Born to be free! 

Menyebabkan ramai manusia yang terlena leka dalam dunia yang secara realitinya seperti bangkai anak kambing kurapan, tetapi mereka melihatnya seperti syurga. 


Jabir bin Abdullah ra meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW berjalan melewati pasar sementara orang-orang berjalan di kanan kiri beliau. Beliau melewati seekor anak kambing yang telinganya kecil dan sudah menjadi bangkai. Beliau lalu mengangkatnya dan memegang telinganya, seraya bersabda : 

“Siapa di antara kalian yang mau membeli ini dengan satu dirham (saja)?”. 

Mereka menjawab, 

“Kami tidak mahu membelinya dengan apapun. Apa yang kami boleh perbuat dengannya?” 

Kemudian beliau SAW bertanya, 

“Apakah kamu suka ia menjadi milikmu?”. 

Mereka menjawab, 

“Demi Allah, seandainya ia hidup ia adalah aib (cacat), ia bertelinga kecil, apalagi setelah ia menjadi bangkai?”. 

Maka beliau SAW bersabda, 

“Demi Allah, dunia ini lebih hina bagi Allah daripada bangkai ini dalam pandangan kalian.”  
[HR Muslim] 
+++

Tetapi. Cuba kita lihat kembali ke dalam diri kita dan di sekeliling kita. Adakah kita merasakan dunia ini seperti bangkai anak kambing cacat tadi? Atau kita merasakan ianya seperti puteri salji yang kita perlu berkorban dan bersungguh-sungguh dalam merebutnya? 

Dakwah: Susahkah?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ “Hari Khamis free tak? Malam.”  “ Free . Kenapa?”  “Aku ada buat usrah malam tu, ...