Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Masih lagi diberikan ruang serta peluang dari Allah untuk kita sama-sama bermuhasabah. Dan kemudiannya meningkatkan kadar iman dan takwa kita kepada Allah. Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberikan peluang dari Allah untuk melihat agama ini dari sudut sebagai seorang yang sedar bahawa dirinya itu adalah hanya sekadar hamba. Kerana apa?
Kerana dalam dunia zaman merdeka atau era globalisasi ini, hamper semua manusia telah didoktrinkan untuk menjadi tuan. Dialah yang berkuasa atas segalanya. Teruatamanya apabila wang dan pengaruh menjadi tulang belakang yang menyokongnya. Hinggakan ada puak yang melampau menmperkenalkan satu teori yang mengatakan setiap dari kita ini adalah tuhan.
You’re God.
Born to be free!
Menyebabkan ramai manusia yang terlena leka dalam dunia yang secara realitinya seperti bangkai anak kambing kurapan, tetapi mereka melihatnya seperti syurga.
Jabir bin Abdullah ra meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW berjalan melewati pasar sementara orang-orang berjalan di kanan kiri beliau. Beliau melewati seekor anak kambing yang telinganya kecil dan sudah menjadi bangkai. Beliau lalu mengangkatnya dan memegang telinganya, seraya bersabda :
“Siapa di antara kalian yang mau membeli ini dengan satu dirham (saja)?”.
Mereka menjawab,
“Kami tidak mahu membelinya dengan apapun. Apa yang kami boleh perbuat dengannya?”
Kemudian beliau SAW bertanya,
“Apakah kamu suka ia menjadi milikmu?”.
Mereka menjawab,
“Demi Allah, seandainya ia hidup ia adalah aib (cacat), ia bertelinga kecil, apalagi setelah ia menjadi bangkai?”.
Maka beliau SAW bersabda,
“Demi Allah, dunia ini lebih hina bagi Allah daripada bangkai ini dalam pandangan kalian.”
[HR Muslim]
+++
Tetapi. Cuba kita lihat kembali ke dalam diri kita dan di sekeliling kita. Adakah kita merasakan dunia ini seperti bangkai anak kambing cacat tadi? Atau kita merasakan ianya seperti puteri salji yang kita perlu berkorban dan bersungguh-sungguh dalam merebutnya?