Skip to main content

Kesalahan adalah Risiko Sebuah Pekerjaan

Jalan da'wah memang tidak ditempuh oleh malaikat. Ini jalan para manusia. Lebih dari itu, ini adalah jalan orang-orang yang ingin memperbaiki diri dari kekeliruan. Mereka yang bergabung di jalan ini tidak lain adalah orang-orang yang menyedari betapa banyak kekeliruan mereka dan betapa mereka sendiri juga memerlukan bantuan orang lain untuk memperbaiki diri. Apalagi bila mereka juga secara realiti terus menerus bertungkus lumus menentang arus yang menghentam dan mengarahkan mereka ke arah yang berbeza.


Maka, satu kesilapan apabila ada anggapan bahawa mereka yang telah bergabung dalam da'wah ini adalah orang-orang yang lebih soleh daripada mereka. Salah besar jika ada yang menilai bahawa kelompok penyeru da'wah di jalan ini, tidak boleh melakukan kekeliruan. Sedangkan, kesalahan dan kekeliruan di jalan ini pun jelas terjadi. Dan itulah yang kita akan hadapi sepanjang perjalanan ini.


Pertama, kita pasti akan dapat menemukan kesalahan atau aib saudara kita, jika kita mencari-carinya. Ibarat lalat yang selalu mencari tempat kotor dari tubuh manusia, pasti lalat tersebut mendapatkan tempat kotor dari tubuh manusia, walaupun yang bersangkutan sudah berusaha membersihkan diri.

Kedua, kita perlu faham bahawa kesalahan dan kekurangan yang dilakukan saudara-saudara kita di jalan ini, adalah risiko dari mereka yang terus bergerak dan melakukan kesalahan. Justeru hal ini menunjukkan dinamika mereka yang hidup di alam realiti di mana mereka juga dilingkupi oleh penentangan dengan arus yang batil. Kita juga sepatutnya memandang kesalahan mereka bukan sebagai satu kekurangan, selama mana ianya tidak disertai fanatisme dan terus menerus melakukan kesalahan yang sama setelah berusaha untuk memperbaikinya. 

Kesalahan yang lebih besar terjadi apabila ketika seorang da'ie mundur dari aktiviti da'wah dan berdiam diri dengan alasan memelihara diri agar tidak menyeleweng dari ajaran Allah. Padahal secara hakikatnya, kemunduran dan diamnya itu adalah merupakan suatu kesalahan dan penyelewengan daripada ajaran Allah SWT.


Tentu sahaja, kekeliruan itu tetap kita perlu hadapinya dengan sikap yang benar dan tepat. Maknanya, kekeliruan seorang saudara itu harus diluruskan dengan adab dan cara-cara yang baik. Dengan tujuan baik, metode yang baik, objektif dan kelapangan di antara kita , baik sama ada pada penasihat mahupun yang dinasihati.


"stabilizing"
khir al-imtiaz
1030pm
5 Jun 2011

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

“Salam. Saya rasa saya semakin jauh dengan Allah.” Rasa? Jauh? Jangan!!! Sebenarnya. Perasaan semakin jauh dengan Allah itu adalah satu perasaan yang perlu kita syukuri. Kerana kita masih lagi ada perasaan dengan Allah ‘azza wajalla . Kalau kita dapat lihat dalam realiti dunia sekarang, masyarakat kita ..secara umumnya.. sangat jauh daripada Allah SWT. Mereka jauh dari segi penghambaan diri kepada Allah SWT dan mereka jauh dari segi ketaatan kepada Allah SWT. Lebih malang lagi apabila perasaan semakin jauh dari Allah SWT itu tidak pernah terlahir dalam diri mereka hinggakan mereka merasa tenang dan terus menjauhkan diri mereka dari Allah SWT, dari Al-Quran. Jadilah mereka seperti orang-orang yang pernah menerima kitab sebelum kita, iaitu Yahudi dan Nasrani. Orang Yahudi dan Nasrani juga pernah menerima kitab. Taurat dan Injil. Tetapi, apabila mereka tidak menitik beratkan lagi nilai-nilai kekhusyukan penghambaan diri pada Allah dan tidak lagi mematuhi apa yang di...

Seorang Pemuda..

Seorang pemuda.. Seharusnya ia membina dan membangkitkan semangat daripada setiap permasalahan untuk diselesaikan.. Baik masalah pada akademik, pengetahuan am, penindasan, kezaliman, kehancuran moral dan lainnya.. Hanya orang tua sahaja yang apabila mendengar masalah, "Alah, biasalah tu~ Remaja~", kemudian menyerahkan tanggungjawab atau pekerjaan pada orang lain dan dia berlepas tangan. Tidak! Sebagai pemuda, kita kena berfikir bagaimana mahu menyelesaikan masalah-masalah tu.. Bukan duduk menunggu takdir, menunggu malaikat Jibril datang membawa tentera atau mengharapkan bumi terbalik atau angin taufan menghancurkan, tapi tidak ada satu peluh pun yang terkeluar dek usaha kita.. Hanya budak-budak hingus sahaja yang membiarkan atau melarikan diri daripada masalah. Seorang pemuda. . Kitalah generasi penerus.. Kitalah generasi pengganti.. Jika kita tidak ada rasa untuk berubah, maka kita akan menjadi generasi penerus sistem kehidupan hari ini yang me...

Apabila Kita Mula Jatuh Cinta

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ مَا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِه "Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya" [QS Al-Ahzab, 33:4] Siapa ada pengalaman dalam bercinta dengan manusia, sila angkat tangan! Oh, nampaknya semua tangan hanya terletak di mouse , jadi, insya-Allah yang sedang membaca ini semuanya suci-suci belaka. Maksudnya, tak pernah bercinta. Walaupun bercinta dengan ber couple tu sebenarnya dua perkara yang berbeza, tapi bukan itu yang saya nak bahaskan sekarang ini. "Akh, ana ada minat pada seorang perempuan ni, macam mana akh?" "Ok-lah tu, ana pernah dengar ada orang report roomate dia minat pada lelaki, hah, itu yang jangan!" "So, ana nak buat macam mana?" "Pertama, antum kena tahu bahwa rasa yang antum dapat itu datang dari Allah atau syaitan.."  Dan lain-lain lagi... Saya pun dah tak ingat dah apa saya jawab. Jat...