بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillah. Segala yang terpuji hanya untuk Allah. Segala selawat kita berikan kepada pesuruh Allah SAW. Sama-sama kita tajdid niat di hati kita untuk menuntut ilmu, membaca bahkan bekerja kerana Allah semata-mata.
4 bulan yang lalu.
27 September 2012, Kuala Lumpur International Airport. Petanda bahawa sesuatu yang besar bakal menanti. Bukan kapal terbang atau jet pejuang, tetapi tanggungjawab yang tersedia menanti. Murobbi aku berpesan berkali-kali untuk mengikhlaskan niat, kemudian sempat bergurau dan berketawa bersama-sama ikhwah-ikhwah yang datang dari Perak. Ada yang escape kelas dan macam-macamlah mereka. Biasalah, ikhwah~. Call dan mesej daripada mereka yang tidak dapat hadir juga ada.
Merekalah yang mengajarkan aku erti kehidupan. Mengertikan kehidupan aku dengan tarbiyah dan dakwah.
Saat yang aku paling tidak mampu untuk lupakan ialah lambaian selamat tinggal daripada keluarga yang menjadi asbab kepada hidupnya aku di dunia ini. Ayah. Ibu. Angah. Acik. Akim. Melihat air mata mereka. Aku cuma mampu membalas dengan senyuman, tetapi sebenarnya hatiku juga deras. Entah bilalah agaknya aku dapat berjumpa dengan mereka. Teringat kata-kata ayah,
“Kalau ayah hidup lama lagi, kita jumpa lagi ya, nak..”
Ok.. Airmata pun dah mengalir. Cukuplah dengan intro yang menyedihkan. Supaya aku sentiasa ada di batas realiti.
![]() |
| ~kredit~ |
ini cerita sekarang..
Keperluan sebuah kehidupan
Kalau hidup untuk keperluan dunia sahaja kita tidak mampu untuk bina dalam keadaan bersendirian. Inikan pula hidup untuk keperluan tarbiyah dan dakwah disamping membina dunia dalam keadaan bersendirian, tentu sahaja kita akan mudah merasa lemah, letih dan jemu.
Impaknya sahaja mungkin tidak sebesar mana. Mungkin, itulah yang saya sedang hadapi sekarang. Ada ikhwah, tetapi mereka jauh di Malaysia, tidak dapat membantu banyak melainkan motivasi dan masukan serta idea.
Namun, saya bersyukur kepada Allah, dicelah-celah keseorangan itulah saya belajar untuk membina diri. Tarbiyah dzatiyah perlu diperkemaskan lagi. Pergantungan kepada Allah perlu diperkuat. Penghayatan terhadap sirah perlu diperdalam. Skill dalam dakwah, pengisian dan pembinaan perlu dinilai dari masa ke semasa.
“Akhi, ana cemburu tengok antum..”
“Allah.. Akhi, antum jangan cakap macam tu..”
“Kenapa antum tak pernah putus asa?”
"Putus asa? Hmm. Kalau ana mahu berputus asa, tentu sahaja masa di UTP dahulu ana dah berputus asa. Tetapi, kalau ana berputus asa, apa lagi yang ana mampu untuk lakukan? Tarbiyahlah yang menghidupkan ana..”





