بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Sebagai seorang manusia. Kita tidak akan pernah terlepas daripada melakukan maksiat. Tidak kisahlah sama ada kita ini pendakwah atau orang umum, ditarbiyah atau tidak, belajar agama atau tidak. Pasti kita tidak akan lepas daripada maksiat. Kerana apa?
Kerana memang kita diciptakan Allah dalam keadaan yang sebegitu.
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan ( الشَّهَوَاتِ ), berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.”
[QS Ali ‘Imran, 3:14]
Memang. Kalau dalam ayat tu, Allah SWT telah menghias (زُيِّنَ) manusia itu dengan الشَّهَوَاتِ .. Tetapi, apakah itu alasan untuk kita kemudiannya halal bermaksiat kepada Allah?
Tanyakan pada diri? Apakah itu bermakna kita halal bermaksiat kepada Allah?




