Friday, 9 September 2011

Teruslah Bersangka Baik Dengan-Nya

Senario minggu peperiksaan di UTP..
"Akh, teruklah.." 
"Apa yang teruk?" 
"Entahlah, ana dah cuba sehabis baik dah. Tapi, mungkin agak terlewat." 
"Hmm.. Nak ana bacakan tazkirah untuk antum tak?" 
"Apa dia?"

Ikhwah itu segera mengambil telefon bimbitnya dan membacakan..

+++
Jangan menangis... Jangan lemah... Jangan takut...
Berikan usaha yang terbaik
“Dan bahawa manusia hanya akan memperoleh apa yang telah diusahakannya” 
[QS an-Najm, 53:39]
Dan bersangka baik terhadap Allah bahawa Dia juga akan memberikan kita yang terbaik...
أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله 
"Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, maka turut akan ditunaikan." 
[HR Ahmad, Ibn Hibban]

"Macam mana?" sambil tersenyum melihat ke arah aku.

Tuesday, 6 September 2011

Cinta Kasih Allah

Hati ibarat raja

Ia memiliki tentera. 

Siapakah tentera hati?

Mereka adalah mata, lisan dan perasaan.

Jadi, jika kita ingin tahu hati kita bagaimana rupanya, maka lihatlah tenteranya.

"Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada segumpal darah yang apabila dia baik maka akan baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka akan buruklah seluruh jasad. Itulah hati.” 
[HR. Bukhari dan Muslim]

Dan Allah SWT mengajarkan juga kepada kita bahawa orang yang buta itu bukannya buta pada mata sebenarnya,

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga (akal) mereka  dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada." 
[QS Al-Hajj, 22:46]

Dan Rasulullah SAW juga mengingatkan kita bahawa,

"Allah tidak memandang pada rupa-rupa dan harta-harta kalian, tetapi Dia memandang pada hati-hati dan amal-amal kalian." 
[HR. Muslim]

Jika objek pandangan manusia adalah pakaian yang kita pakai, kenderaan yang kita guna, warna kaca mata atau style rambut, maka objek pandangan Allah adalah hati dan keadaannya.

Jadi, berhati-hatilah!

Jika objek pandangan manusia adalah sesuatu yang kita sering perhatikan agar ianya selalu dalam keadaan yang terbaik dan terbagus, kenapa kadang-kadang kita terlalu sanggup untuk membiarkan objek yang dilihat oleh Allah itu kekal dalam keadaan yang kotor lagi hina?

Tuesday, 30 August 2011

Selamat Menjaga Ketakwaan

Pantas. Sekejap. Itu sahajalah kata-kata yang mampu saya gambarkan untuk Ramadhan kali ini. 

Adakah saya telah gunakan ia dengan sebaik mungkin? 

Entahlah. Harapnya ya.. 

Takbir raya mula bergema di masjid-masjid dan surau-surau.. 

Alhamdulillah. Seisi alam mula meraikan hari kemenangan dengan mensucikan dan memuji Allah SWT. Indah.

Tetapi, adakah benar kita sudah menang?

Ya. Kita sudah menang. Tetapi, ini baru 1/12 perjalanan.

Masih terlalu awal..

Ada lagi lebih 95% perjalanan yang perlu kita tempuhi untuk membuktikan sama ada Ramadhan yang kita lalui sebentar tadi berjaya atau tidak..

Saturday, 27 August 2011

Ketika Allah Tersenyum Kepada Kita

Merealisasikan Rasa Syukur 

Masa sememangnya ajaib. Apabila ianya lapang, kita kadang merasakan seolah tidak tahu apa yang mahu dilakukan. Kerana ianya terlalu lapang. Tetapi, apabila ianya mulai sempit, dikala itulah kita dapat merasakan bahawa… 

“Argh! Kenapa seminggu ni cuma ada 7 hari sahaja! Tambahlah lagi 5 hari ke jadikan 12 hari seminggu, barulah logik nak settlekan semua ni.” 

Merungutlah macam mana sekalipun. Memang itulah sikap manusia. Menghargai sesuatu apabila sudah kehilangannya. 

Kerana itu Rasulullah SAW berpesan kepada kita, 

"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." 
[HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi] 

Jangan kita sudah kehilangan yang namanya muda, barulah kemudian menangisi pemergiaannya ketika kita sudah tua. Itu ok lagi. Jangan sampai hilang yang namanya hidup, barulah kita mahu belajar erti menghargainya. Bak kata orang dulu-dulu, ketika itu “menangis air mata darah pun dah tak guna”. 

Sempatkah lagi aku mensyukurinya?

Bersyukurkah kita? 

Syukur. Satu kata yang selalu kita dengar orang ucapkan. Selalunya orang mengucapkan ‘syukur” ini ketika dia mendapat sesuatu yang menggembirakan hatinya. Sama ada sekadar latahan atau dzikir, kita pulangkan kepada Allah kerana Allah Maha Mengetahui. 

Tetapi, apa yang cuba saya bahaskan di sini ialah, apa bukti dan apa usaha yang telah kita letakkan sebagai tanda syukur kita kepada Allah SWT? Adakah cukup hanya sekadar di lidah? Sedangkan hati dan perbuatan kita berpaling?

Monday, 22 August 2011

Mencari Cinta di Sepuluh Yang Terakhir

Alhamdulillah..

Suasana beriktikaf di masjid sudah mula terasa. Tersentuh juga apabila melihat si ayah membawa anak-anaknya yang masih kecil tidur bersama-sama di masjid. Subhanallah.. Indahnya..

Masjid mulai terang.

Bacaan ayat-ayat al-Quran terus bergema tiada henti dari lisan mereka yang mencari cinta.

Walaupun yang memeriahkan malam-malam penghujung Ramadhan ini masih lagi terlalu sedikit jika mahu dibandingkan dengan mereka yang memeriahkan pasar raya dan kedai langsir. 

Tapi, insya-Allah. sedikit peringatan untuk semua dan yang paling penting untuk diri ini yang sangat hina di mata Rabb-nya. 

Akankah aku bertemu dengan malam itu. Jika aku menemuinya sekalipun, aku menemuinya untuk apa?


Cukuplah. 

Jika 20 malam yang sudah berlalu itu kita lalui sama sahaja dengan malam-malam yang lain. Dipenuhi dengan kemaksiatan, buang masa. Ada yang mungkin juga penuh dengan Dota dan counter strike, tak kurang juga yang masih lagi seronok berdating iftar sama-sama di dalam bulan yang Allah muliakan ini. Sesuatu yang sepatutnya menjadi satu ibadah, tapi malangnya sedar atau tidak ianya dicemari dengan nilai-nilai hina kemaksiatan.

Thursday, 18 August 2011

Hati Kita Semakin Subur atau Terkubur?

18 Ramadhan 1432H. Sekejap sahaja masa berlalu. Sejauh mana aku dah manfaatkan ia? 

Wah, mungkin tidak sepenuhnya lagi? 

Jadi bila? 

Persoalan yang menarik. Terima kasih. =) 


“Macam mana nak memenuhi keperluan seorang manusia?” 

Keperluan Seorang Manusia 

Perkara pertama yang harus ditinjau kembali ialah definisi keperluan itu sendiri. Adakah keperluan yang dimaksudkan itu berasaskan hawa nafsu, atau berasaskan keimanan terhadap Allah dan hari akhir? 

Kalau kita dapat lihat pada hari ini, secara umumnya masyarakat kita semuanya berlumba-lumba dalam memenuhi keperluan masing-masing. Tapi, macam yang saya cakap tadi, keperluan berasaskan apa? 

Kalau kita dapat lihat berapa ramai manusia yang sanggup tidak tidur siang dan malam hanya kerana mencari duit untuk keluarga. Kereta di hadapan rumah sampai 7 biji. Rumah ada beratus bilik, tapi yang duduk di dalam rumah tu cuma 2 hingga 3 orang sahaja. Inikah keperluan kita?

Wednesday, 10 August 2011

Senyumlah Wahai Da'ie

Gelak. Lawak. Huh. Itu mungkin fenomena biasa apabila ikhwah bertemu ikhwah. Asal berjumpa je, mesti ada gelak. Asal berjumpa je, mesti ketawa. Kalau masa serius, wah mereka memang sangat serius. Tapi, habis sahaja saat serius, terus ketawa, gelak dan macam-macam. Penat gelak je kadang-kadang. 

Itulah ikhwah. Banyak gelak. =) 

Islam mengajarkan hidup yang suci, bersih, jauh dari tingkah laku buruk, jauh pula dari perbuatan yang sia-sia. Maka, sering dipersepsi bahawa menjadi seorang Muslim yang soleh bererti harus menjadi peribadi yang beraut muka dingin, tak nak ketawa, inikan pula mahu bergurau.

Bahkan ada pula yang mengatakan,

"Diamnya adalah berfikir, bicaranya adalah zikir, langkahnya adalah jihad."

Kalau tidak, maka dia bukanlah Muslim yang sejati. Benarkah?

Selepas mendengar ada seorang ikhwah yang berkongsi tentang apa yang dibacanya dalam buku Fikh Hiburan karangan Dr. Yusuf Qardhawi, saya tertarik untuk berkongsi dengan semua tentang satu sirah yang kita mungkin jarang dengar. Tetapi, secara hakikatnya. Kehidupan pada zaman Rasulullah dengan kehidupan kita memang tidak banyak bezanya. 

+++ 

Sejarah yang Sangat Berwarna


Dakwah: Susahkah?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ “Hari Khamis free tak? Malam.”  “ Free . Kenapa?”  “Aku ada buat usrah malam tu, ...