Saturday, 16 April 2011

Cerpen: Cinta Yang Seterusnya

“Assalamualaikum, apa khabar iman pada hari ini?” 
“Alhamdulillah. Baik-baik saja. Awak?” 
“Hmm. Ok lah. Tidak ada masalah. Awak tahajjud tidak pagi tadi?” 
“Hehe.. Tahajjud tu tidak lah, terkejut adalah. Bangun-bangun sahaja dah azan.” 
“Awak jangan ulang lagi ya kesilapan tu. Untuk seorang yang bergelar dai’e, tahajjud itu boleh dikategorikan sebagai amalan yang wajib tahu? Sepertimana Rasulullah SAW dulu.” 
“Terima kasih, awak.” 
+++ 


Perkenalan aku dengan dia bermula selepas aku tamat Peperiksaan SPM 6 bulan yang lalu. Semasa di sekolah dahulu, aku merupakan seorang ahli BADAR di sekolah aku, dan dia merupakan seorang naqibah yang sangat berpengaruh di sekolah aku. Bukan setakat berpengaruh, dia juga mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan bijak. Membuatkan hati setiap kumbang yang mempunyai naluri remaja ingin menjadikan dia sebagai bunga yang menjadi tempat untuk mereka bermadu kasih. Dengan wajah dan bentuk fizikal aku yang mungkin boleh dikatakan sebagai kurang menarik ini, adalah amat mustahil bagiku untuk memperolah si bunga yang indah itu. Kerana masih terlalu ramai lagi kumbang yang lebih menarik berbanding diriku yang layak mendapatkan dia. 

Namun, mungkin ini satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Pencipta Cinta itu sendiri. Tiba-tiba.. 

“Assalamu’alaikum. Ni, Rizal ke?” 
“Waalaikumussalam.. Ya. Kenapa? Siapa ni?” 
“Ni saya, Nisa.” 
“Oh, Nisa. Ada apa?” 
“Saya ada satu soalan mahu ditanyakan.” 
“Silakan.” 

Kelu. Terpaku. Kaku. 

Gadis yang selama ini hanya dapat aku memandangi dia dari jauh, kemudiannya memulakan mesej dengan aku. Wah! Gembira tidak terkira.

Friday, 15 April 2011

Semangat Yang Memudar

Semakin Malap


Api yang dahulunya pernah menyala. Memberi kehidupan di saat kegelapan. Menerangi jiwa-jiwa yang kelam menjadi ceria. Mengubah kesuraman menjadi kegembiraan. Mengubah dinginnya persengketaan menjadi persaudaraan yang hangat. Tetapi sekarang, ianya seolah-olah menjadi semakin malap, semakin malap, dan semakin malap. Cuba ditiupi semula dengan angin pembaharuan agar ianya kembali menyinar, tetapi  sayangnya ianya hanya bertahan untuk seketika dua, tetapi akhirnya kembali semakin malap, semakin malap, dan semakin malap.

Sedang hati ini mengisi rutin mingguannya untuk mendengar pengisian. Berharap agar sesuatu yang baru akan muncul. Agar keimanan dan semangatnya kembali bercambah. Seperti suatu masa dahulu. Ternyata, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik, dan diingini hmban-Nya. Digerakkan hati seseorang yang tidak dikenalinya, untuk menelefon si pengisi dan menanyakan satu hal. Hal yang sememangnya menjadi persoalan utama bagi diri yang sedang menulis ini sejak seminggu lalu. Hal yang dirisaukan akan menyebabkan dia mengulang kesilapannya yang dahulu.

***

"Akh, macam mana nak naikkan semangat untuk belajar?"
"Semangat untuk belajar?"
"Ya."

Wednesday, 13 April 2011

Malu Mengejar Cahaya

"Akh, ana malulah nak jadi budak baik." 
"Malu?! Kenapa?" 
"Takut nanti mereka cakap macam-macam lak tentang ana nanti. Dah lah dulu ana jahat." 
"Akh, antum nak malu dengan mereka atau dengan Allah?"

***

Malu. Merupakan satu perasaan yang normal. Wujud dalam setiap diri manusia secara fitrah. Malu melakukan sesuatu yang mengaibkan. Dan tidak malu dalam melakukan suatu yang namanya kebaikan. Itulah fitrah semula jadi manusia yang sepatutnya ada dalam diri setiap manusia zaman sekarang ini. Terutamanya mereka yang bergelar Muslim. Kerana apa? Kerana nabi mereka telah berpesan.

"Sesungguhnya sebagian yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: "Apabila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.""
[HR Bukhari]
Cuma kenapa kebanyakan Muslim hari ini tidak menunjukkan sikap seperti fitrah yang saya sebutkan tadi? Kerana cara hidup mereka dan corak pemikiran mereka telah berjaya diatur atau direka mengikut kehendak "mereka-mereka" yang mahukan kehancuran Islam.

Monday, 11 April 2011

Puisi: Kegelapan Yang Dirasakan Keindahan


Suatu masa dahulu mungkin...

Aku bersama-sama dengan mereka..

Membangkang dan mencemuh..


Apa yang dinamakan sebagai cahaya..

Kerana kegelapan itu dirasakan keindahan..

Sejadah tergantung bagaikan langsir..

Berkibar-kibar ditiup angin hingga berdebu..

Friday, 8 April 2011

Hilangnya Keghairahan Memburu Syurga?

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang palin tinggi, jika kamu orang-orang yang beriman"
[QS Ali 'Imran, 3:139]

***
"Akh, lately ni ana terasa lemah lah.."
"Samalah. Ana pun terasa lemah."

***

"Salam, antum sihat?"
"Alhamdulillah. antum bagaimana?"
"Secara fiziknya sihatlah. Tapi, secara imaniyah. semakin lemah.."
"Ana pun sama."

***

Assalamu'alaikum.

Kitaran kehidupan semakin laju. Masa yang dikurnikan semakin singkat. Tanggungjawab yang dibebani semakin berat. Ditambah masalah dalam masyarakat yang semakin membarah.

Tapi,

Terdapat satu permata berharga yang semakin pudar di dalam diri ini. Disamping ditemani dengan kegembiraan, keseronokan mahupun ketenangan yang menambah perisa keindahan dalam menyelesaikan semua perkara. Namun, dengan kehilangan permata ini, semua yang menemani itu seolah tiada harga. Itulah permata iman.

"Akh, ketika dalam halaqoh macam ni, kita semua ana yakin merasakan terlalu cinta akan Allah, manisnya  iman dan ukhuwwah, indahnya dakwah. Tapi, kadang-kadang rasa itu hilang sebaik sahaja halaqoh ni habis. atau bila kita dah berpeleseran di muka bumi,  iman kita pun mulai menurun dan melemah."

"Soalan yang antum tanya ana ni sama dengan apa yang Hanzhalah dan Abu Bakar pernah tanya pada Rasulullah SAW. Dalam Kitab Shahih Muslim disebutkan dia berkata:

Thursday, 7 April 2011

Cinta Penawar Luka


Assalamualaikum untuk semua.

Mungkin kali ini saya berkongsi dengan anda semua akan satu kisah yang sangat indah. Kisah di mana rasa cinta, mampu mengubat luka dunia. Kisah yang pernah dipentaskan dalam sejarah pada lebih kurang 1400 tahun lalu. Namun kesan dari cerita itu terus-menerus mencorakkan kehidupan insane-insan yang memahami akan makna cinta yang sebenar. Cinta yang tidak ada ragu lagi kepadanya. Iaitu cinta Allah, Rasul dan jihad. Terimalah..

***

Abu Bakar merupakan seorang yang mempunyai nurani begitu jernih, begitu suci. Dia yang paling berduka, menangis dan histeris ketika Muhammad SAW memberi isyarat tentang dekatnya saat berpisah. Ketika para sahabat bergembira mendengar sabda-sabda nabi SAW ketika Fathul Mekah, Abu Bakar menangkap Surah An-Nashr dan segala yang beliau katakan sebagai satu isyarat pasti. Ajal Muhammad SAW telah sangat dekat! Maka dia menangis hingga membuatkan sahabat yang lainnya pelik.

Namun, di saat kekasih yang dicintainya itu benar-benar pergi, Abu Bakar menjadi seorang yang paling waras, paling tenang, dan paling mententeramkan. Dalam dakapan ukhuwwah, cintanya kepada Muhammad SAW menjadi penawar luka.

Kata Anas ibn Malik,

“Tiada hari yang paling bercahaya di Madinah daripada hari ketika Rasulullah SAW datang kepada kami. Dan tidak ada hari yang lebih gelap dan muram daripada saat beliau wafat”

Sunday, 3 April 2011

Puisi: Hati Ini Terlalu Hitam

Hati ini terlalu hitam.. 

Dengan dosa-dosa semalam.. 


Hingga tatkala aku bermaksiat.. 

Dzat Tuhan itu seolah tiada.. 


Tapi kerana masih ada cinta dari-Nya.. 

Aku masih lagi diberikan terlalu banyak ruang dan peluang.. 

Untuk memperbaiki diri.. 


Namun sering sekali aku menafikannya.. 

Masih lagi bermalas-malasan.. 


Sedangkan sudah diberi akan cahaya-Nya.. 

Menyambutku dari segenap arah.. 

Dakwah: Susahkah?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ “Hari Khamis free tak? Malam.”  “ Free . Kenapa?”  “Aku ada buat usrah malam tu, ...