Posts

Showing posts from September, 2011

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Image
Umar RA berkata, “Aku mendengar Nabi Kalian besabda,  “Sesungguhnya Allah mengangkat dan menurunkan suatu kaum dengan Kitab ini.”  [HR Muslim] ayat-ayat cinta yang agung Kita telah mendapat bukti sejarah bahawa selama kita berpegang teguh kepada Al-Quran, selama itu pula kita akan meraih kemenangan; sebaliknya, selama kita meninggalkan Al-Quran, kita akan terhina.  Pada abad ke-8 H, pengamalan Al-Quran pernah diabaikan. Maka datanglah kelompok ar-Rafidhah membonceng kekuatan Tartar dari Mongol dipimpin Genghis Khan. Dalam tempoh lapan hari, lapan ratus ribu orang tewas terbunuh, masjid-masjid luluh lantah, mushaf-mushaf Al-Quran dibakar, dan tentera Tartar membasmi anak-anak dan wanita kita!  Kembalilah wahai generasi muda dan tetua umat kepada Al-Quran, kembalilah kaum lelaki dan wanita umat ini kepada Al-Quran! Hidupkan rumah kalian dengan Al-Quran, bangkitkan kalbu kalian dengan Al-Quran, dan ramaikanlah hati kita dengan Kitab Allah! Semoga Allah SWT jiwa kita

Dimensi Dunia

Image
Alhamdulillah. Selawat dan salam untuk Muhammad SAW serta para Rasul dan nabi sebelumnya, dan juga kepada sesiapa sahaja yang senantiasa bertungkus lumus menguras idea dan tenaga demi menegakkan kalimah “ لا إله إلا الله”  Baik dalam diri sendiri mahupun dalam diri orang lain.  Melihat Dunia Cuba kita renungkan sejenak beberapa perkara yang biasa kita hadapi dalam hari-hari kehidupan kita, namun seringkali kita seolah-olah terlepas pandang mengenainya. Atau mungkin kita perasan mengenainya, tetapi kerana keegoan yang bertumpuk dalam diri, maka kita mengabaikannya demi kepentingan diri atau apa sahaja.  Cuba kita lihat disekeliling kita, saya yakin hampir semua rumah mempunyai televisyen di dalamnya. Boleh dikatakan mustahil jika satu rumah yang berpenghuni itu tiada televisyen. Tidak kisahlah besar atau kecil, berwarna atau tidak. Sama ada di bandar atau kampong, bawah tanah atau atas pokok. Mesti ada televisyen. Setuju?  Dan cuba kita lihat disekeliling kita ju

Mencari Kunci Hati

Image
Berbicara masalah hati. Maka terlalu banyak ruang perbahasan yang kita boleh telusuri.  الْقَلْب  ( Al-Qalb ). Tepatnya jika ditukarkan dalam bahasa Inggeris bermaksud, heart . Jika ditukarkan ke bahasa Melayu bermaksud jantung. Cuma, kebiasaan bagi masyarakat kita mereka mengumpamakan Al-Qalb itu sebagai hati. Hmm. Ada masalahkah?  Tiada masalah pun sebenarnya.  Kalau kita lihat ke dalam hadith Rasulullah SAW.  أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ   [رواه البخاري ومسلم]   "Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati“.   [HR Bukhari dan Muslim] Jika Al-Qalb itu jantung. Maka kita semua tahu bahawa jika baik jantung itu, maka eloklah badan seseorang itu. Jika jantungnya bermasalah, maka tubuh seseora

Tafsir: Surah Al-‘Asr

Oleh:  Zikro bin Othman, Lc.  Merupakan lulusan Al-Azhar dalam degree (Hons) Usuluddin. Master (Pengkhususan Tafsir) di Universiti Ilmu Al-Quran, Jakarta.  Kini, merupakan seorang pensyarah di UniKL cawangan Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (MIMET), Perak. Kolumnis Majalah Sinergi. +++ Insya-Allah, saya ingin berkongsi satu ilmu yang saya terima dari satu pengajian yang saya hadiri. Mantap dari segi pengisiannya, dan lagi mantap kalau kita sama-sama dapat mengamalkannya, serta lagi mantap dan hebat jika kita dapat menngajak orang lain turut mengamalkannya. Tafsir kepada surah yang -insya-Allah- kita semua hafal dengan sangat baik. Tapi terkadang, tidak diamalkan dengan sangat baik. Inikan pula berbicara mengenai mendakwahkannya, lagi jauh rasanya. Insya-Allah. Terimalah... +++ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا. مَنْ يَهْدِه

Jagalah Hubungan Dengan Kekasih Kita

Image
Hubungan. Dalam bahasa Inggeris, relationship .  Bila kita berbicara tentang masalah hubungan, kebanyakan daripada kita akan mula mengaitkan benda ini dengan hubungan sesama keluarga, kawan-kawan, kalau yang masih tak sedar-sedar lagi bahawa couple tu haram, maka dia akan akan kaitkan relationship itu dengan awek atau teman lelaki dia.  Cuma, mungkin relationship yang saya cuba cerita sekarang ini tidak merujuk kepada mereka semua, kerana saya yakin, dah banyak dah buku atau pakar-pakar motivasi dari seluruh dunia bercerita mengenainya. Baik yang Islam atau tidak. Ramailah yang penting. Tetapi, saya nak ajak kita sama-sama memikirkan satu benda. Pernah tak kita terfikir tentang relationship kita dengan Allah.  Selama 15 atau 50 tahun kita hidup, berapa banyak masa yang kita peruntukkan dalam usaha untuk menjaga hubungan kita dengan manusia? Baik dengan keluarga kita, adik beradik, sanak saudara, teman sekerja atau sekuliah dan kekasih halal, ataupun kekasih ‘haram

Wanita: Perhiasan Yang Terindah

Image
Soalan yang sebenarnya sudah terlalu ramai orang yang membahas mengenainya.  “Abang, apa itu wanita solehah?”   “Hmm. Susah nak jawab ni. Kenapa?”   “Saje nak tahu. Apa yang dimaksudkan dengan wanita solehah dan lelaki yang soleh. Saya keliru lah.”  Keliru? Hmm.. Pelik. Tapi, tidak mengapalah.  Generally , wanita solehah ni bukanlah sejenis pokok ataupun sejenis galian. Tetapi, mereka sama je macam wanita-wanita yang lain. Ada mata, telinga, perasaan dan lain-lain. Cuma mungkin perbezaan yang dapat kita lihat itu tiada pada zahirnya, tetapi terletak pada sudut yang kita tak mampu untuk melihatnya, kecuali Allah. Itulah hati.  Wanita yang solehah adalah mereka yang tidak melihat.  Wanita yang solehah juga adalah mereka yang tidak dilihat.  “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menut

One-to-one Dengan Hati Kita

Image
Jika kita sedang berdiri sembahyang hari-hari melakukan yang terbaik untuk 'merasa' lebih dekat kepada Allah SWT, tetapi masih sahaja merasa jauh. Jika kita tertanya-tanya mengapa orang-orang di sekeliling kita semua menangis seperti bayi manakala kita benar-benar kurang emosi. Jika kita boleh melihat orang-orang dengan hati yang lembut dan mata menangis pada solat mereka, tetapi ia seolah-olah tidak berlaku dan kita gagal untuk mencapai tahap itu dalam ibadah rohani kita. Maka tiba masanya untuk perbualan yang serius satu-sama-satu dengan hati kita. Tanya Hati Kita Mengapa begitu sejuk? Mengapa perkataan-perkataan Sang Pencipta tidak mempunyai kesan atau impak ke atas kita sama sekali? Adakah ia terlalu sombong takbur, bahawa ia tidak memerlukan Tuhan itu?! Tanya ia mengapa begitu sukar? Mengapa tidak ada emosi yang dinyatakan sama ada ketakutan atau kegembiraan dengan Pencipta? Tanya ia mengapa munafik? Ia akan menangis menonton file

Teruslah Bersangka Baik Dengan-Nya

Image
Senario minggu peperiksaan di UTP.. "Akh, teruklah.."  "Apa yang teruk?"  "Entahlah, ana dah cuba sehabis baik dah. Tapi, mungkin agak terlewat."  "Hmm.. Nak ana bacakan tazkirah untuk antum tak?"  "Apa dia?" Ikhwah itu segera mengambil telefon bimbitnya dan membacakan.. +++ Jangan menangis... Jangan lemah... Jangan takut... Berikan usaha yang terbaik “Dan bahawa manusia hanya akan memperoleh apa yang telah diusahakannya”  [QS an-Najm, 53:39] Dan bersangka baik terhadap Allah bahawa Dia juga akan memberikan kita yang terbaik... أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله  "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, maka turut akan ditunaikan."   [HR Ahmad, Ibn Hibban] "Macam mana?" sambil tersenyum melihat ke arah aku.

Cinta Kasih Allah

Image
Hati ibarat raja Ia memiliki tentera.  Siapakah tentera hati? Mereka adalah mata, lisan dan perasaan. Jadi, jika kita ingin tahu hati kita bagaimana rupanya, maka lihatlah tenteranya. "Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada segumpal darah yang apabila dia baik maka akan baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka akan buruklah seluruh jasad. Itulah hati.”   [HR. Bukhari dan Muslim] Dan Allah SWT mengajarkan juga kepada kita bahawa orang yang buta itu bukannya buta pada mata sebenarnya, "Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga (akal) mereka  dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada."   [QS Al-Hajj, 22:46] Dan Rasulullah SAW juga mengingatkan kita bahawa, "Allah tidak memandang pada rupa-rupa dan harta-harta kalian, tetapi Dia memandang pada hati-hati dan amal-amal kalian."   [HR. Muslim] J