Posts

Showing posts from March, 2011

Terlalu Manis Untuk Dilupakan

Image
“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajran bagi orang-orang yang mempunyai akal.” [QS Yusuf, 12:111] *** "Mustahil dunia menghindari bencana di masa depan tanpa belajar peristiwa masa lalu"   [Fatih Kocaman, Pakar Sosiologi] Cermin Sejarah Kita perlu sentiasa melihat ke dalam cermin. Dan cermin itu ialah masa lalu. Kadang-kadang, kita memang perlu menoleh ke belakang, kerana di sana ada banyak peristiwa yang telah berlaku. Menoleh ke belakang bukanlah semata-mata untuk membanggakan sesuatu seandainya ia baik, ataupun menghinakan sesuatu kerana ia buruk. Menoleh ke belakang juga bukanlah untuk kita menyesali tidak berkesudahan akan perkara-perkara dosa yang lalu, mahupun mengulang-ulang cerita kegemilangan sejarah kita dahulu tanpa pernah mengambil pengajaran dan berbuat sesuatu untuk menjadi sepertinya, atau bahkan lebih baik. Melihatnya kita ke dalam cermin itu adalah untuk mengambil hikmah dan pelajaran. Bercermin daripada

Teguhlah Dalam Keimanan

Image
“Maka istiqomah (tetaplah) engkau (Muhammad)(di jalan yang benar), sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” [QS Hud, 11:112] +++ “Khir, macam mana nak istiqomah?” “Hmm.. Berat ni nak jawab. Cuba bagi case study sikit. Baru mudah nak settle. ” “Contohnya bila kita rasa insaf. Kita rasa nak sangat buat baik. Tapi, bila lama-lama, perasaan tu hilang. Macam mana ek?” “Tak payah lama-lama. Kejap je dah hilang kadang-kadang. Betul tak?” “Hehe..” +++ Istiqomah     Istiqomah atau pun komitmen semangnya sangat mudah dilafazkan. Tetapi sangatlah amat berat untuk kita mengaplikasikannya. Bayangkan, dikatakan bahawa Rasulullah SAW beruban, ketika turunnya ayat yang memerintahkan agar dia untuk istiqomah. “Maka istiqomah (tetaplah) engkau (Muhammad)(di jalan yang benar), sebagaimana tela

Kewajipan dan Masa

Image
“Demi masa. Sesungguhnya insan itu berada di dalam kerugiaan. Melainkan mereka yang beriman, beramal soleh, saling berwasiat dengan kebenaran, dan saling berwasiat dengan kesabaran.”   [QS al-‘Asr, 103:1-3] *** Mari kita sama-sama senaraikan, apa yang kita mahu lakukan di dunia ini sementara ianya belum tamat. Terlalu banyak. Hinggakan jika diberikan kertas untuk menyenaraikan semuanya, nescaya sehelai kertas itu tidak akan muat.  Tetapi, sebelum kita sebut tentang apa yang kita mahu lakukan, elok kita cerita dulu tentang apa yang kita perlu buat. Itu sahaja pun belum tentu dapat diselesaikan semuanya. Sebab tu lah bila Mujaddid Umat ini (Hasan Al Banna) mengeluarkan pernyataan, “Kewajipan yang ada lebih banyak daripada waktu yang diberikan.” Ia adalah tepat dan sangat berhikmah.  Sebelum melangkah melihat ke dalam hidup orang lain, lihat dahulu hidup kita dan diri kita. Apakah yang telah kita lakukan selama kita hi

Nilai Sebuah Keikhlasan

Image
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Alllah, Rabb semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku..” [QS Al-An’am, 6:162-163] *** Ikhlas. Sebuah perkataan yang sangat mudah diungkapkan dengan lidah. Namun terkadang terasa amat berat untuk mengimplementasikannya. Sebuah kata yang sangat ringkas. Tetapi mempunyai maksud yang sangat mendasar hingga kita jarang dapat mendalaminya.   Saya yakin, ramai sahaja di antara kita yang masih keliru, bahkan tercari-cari akan makna keikhlasan yang sebenar. Keikhlasan yang dikatakan akan mendatangkan kebahagiaan. Manakala, ketiadaan keikhlasan dikatakan mampu menyebabkan segala amal kita tidak ada maknanya. Maka, kita dapat lihat betapa ramai manusia yang keluar dari jalan tarbiyah hanya kerana mengatakan di mereka tidak ikhlas dalam berbuat. Apa sebenarnya hakikat keikhlasan yang perlu kita tahu? Definisi ikhlas Ikhlas didefinisikan sebagai mu

Jagalah Lisanmu

Image
“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya” [QS al-Isra’, 17:36] *** Perkataan seseorang tidak akan berguna jika ia mengucapkan perkataan yang sia-sia. Sebaliknya, ia hanya akan berguna dan terjaga apabila hanya mengharapkan keuntungan dan peningkatan dalam agamanya. Jika seseorang itu ingin mengatakan sesuatu, maka dia akan melihat, apakah dalam perkataannya itu mengandungi kebaikan dan faedah atau tidak. Jika dalam perkataannya tidak mengandung manfaat, maka ia akan menahan ucapannya itu. Jika kita ingin mengutarakan apa yang ada di dalam hati kita, maka ungkapkanlah dengan lisan. Kerana, lisan akan mengungkapkan segala apa yang ada di dalam hati, baik ia menginginkan sesuatu atau atau ia menolak sesuatu. Yahya bin Mu’adz berkata, “Hati bagaikan periuk yang mendidih kerana apa yang ada di dalamnya dan lisan adalah gayungnya. Lihatlah seseorang ke

Agar Kedua Tangan Tetap Mengadah ke Langit

Image
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ “Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan otrang yang mendoa apabila dia berdoa kepada ku” [QS al-Baqarah, 2:186] Ibadah Yang Terindah Ibnul Qayyim mengatakan, “Sesungguhnya di dalam hati terdapat satu sobekan yang tidak boleh dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah. Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tidak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah ‘Azza Wajalla. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah ‘Azza Wajalla dan ketulusan berinteraksi berinteraksi dengan-Nya. Pun di dalam hati terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegellisahan itu menuju A

Bukalah Matamu Menuju Perubahan

Image
"Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik." [QS Ali Imran, 3:110] *** Sejarah Islam merupakan satu agama yang hebat. Kehadiran islam yang disambung perjuangannya oleh Muhammad SAW dan para pengikutnya telah berjaya merubah satu tamadun yang merupakan antara terteruk di dunia, hinggakan kuasa-kuasa besar yang sangat berpengaruh ketika itu, Romawi dan Parsi, tidak pernah menyangkakan bahawa akan wujudnya kebangkitan dari padang pasir yang terkenal dengan penipuan, penzinaan, berperang sesama sendiri itu, akhirnya bukan sekadar bangkit, bahkan menawan mereka. Bukan sekadar itu, tamadun yang dibina berasaskan ketauhidan tuhan Yang Satu ini telah berjaya menguasai hampir 2/3 dunia. B