Skip to main content

Antara Akhirat atau Dunia?


“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu akan negeri akhirat, dan jaganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti mana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.”
[QS al-Qasas, 28:77]


+++
“Kau tahu tak yang kau tu masih muda, buat apa nak busy-busy dengan kerja bukan-bukan ni? Nanti dah pencen, buat lah. Sekarang ni tanggungjawab kau study je, cari kerja bagus, kereta besar, rumah besar. Nanti dah kaya, Kan senang kalau kau nak buat kerja-kerja dakwah ni.” 
“Kau tahu tak, kau study penat-penat ni pun, bukan leh jamin kau masuk syurga pun. Baik kau tinggalkan semuanya ni, ikut aku pi berdakwah. Lagi bagus. Kang nanti tangguh-tangguh, pastu mati. Dah, tak sempat wat apa-apa. Masuk neraka. Jom, ikut aku.”
+++

HAKIKAT DUNIA


Dunia merupakan alam yang pasti akan dilalui oleh setiap manusia yang telah diberikan peluang oleh Allah untuk merasainya. Dunia merupakan pentas kehidupan, dan watak utamanya adalah diri kita sendiri. Hendaklah kita sama-sama faham bahawa, dunia ini bukanlah tempat persinggahan seperti yang selalu kita dengar dari mulut kebanyakan manusia. Dunia bukan seperti R&R. Di mana, kalau kita semua tahu, di R&R lah tempatnya kita berehat, tidur, makan dan minum, relax dan sebagainya. Tidak! Dunia bukan R&R! Dunia bukan tempat persinggahan! Habis tu apa?


Dunia ini adalah tempat untuk kita bekerja. Secara analoginya, mari kita ibaratkan dunia ini seperti suatu ladang, dan tanamannya adalah amal. Manakala akhirat itu pula adalah tempat untuk kita mempersembahkan hasil tanaman kita. Mana mungkin, apabila kita kata dunia itu ibaratkan ladang, tapi kemudiannya kita hanya sekadar duduk diam, bersenang lenang, terbuai lena dengan nikmat harta dan kuasa, games, movies, perempuan, dan sebagainya.


Daripada Ibnu Umar r.a beliau berkata : 

“Rasulullah s.a.w memegang dua bahuku sambil bersabda :”Jadilah kamu didunia ini seolah-olah kamu adalah orang asing atau sebagai orang yang melalui jalan. Apabila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu menunggu diwaktu pagi. Dan jika kamu berada diwaktu pagi, janganlah kamu menunggu diwaktu petang. Manfaatkanlah kesihatanmu sebelum sakitmu dan hidupmu sebelum datangnya kematianmu.” 
[HR Bukhari]

Hadis yang mulia ini adalah hadis yang bernilai tinggi, banyak faedahnya, mengumpul banyak kebaikan dan memberikan berbagai pengajaran. Ia merupakan hadis yang dijadikan dalil supaya memendekkan cita-cita di dunia yang fana ini. Bagi seorang mukmin, dia tidak sepatutnya menjadikan dunia ini sebagai watan dan tempat tinggalnya yang tetap serta merasa tenang terhadapnya. Bahkan dia hendaklah merasakan bahawa dirinya tidak lebih daripada seorang pengembara yang perlu bekerja apabila sampai di suatu tempat untuk mengambil bekalan dan menyiapkan kenderaan untuk meneruskan perjalanan demi menghadapi hari yang dijanjikan; dihari yang tidak memberi guna harta dan anak pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah s.w.t dengan hati yang sejahtera.


BERIMAN PADA AKHIRAT?

Ramai di antara kita sebenarnya yang sedang terlena di dalam cahaya, maka sedarlah, bukalah mata anda, agar kita dapat sama-sama memerhatikan semula apa itu dunia. Jangan kita merasa selesa dengan kehidupan sekarang, kerana apa? Kerana mari kita lihat peribadi-peribadi orang yang confirm masuk syurga. Para Rasul serta para sahabat. Adakah mereka bersenang-lenang macam kita sekarang? Peribadi yang kononnya merasakan tak perlu dah jadi islam yang sempurna, cukup hanya solat, tapi bercouple. Cukup hanya pakai tudung menutupi kepala, tetapi habis bahagian auratnya yang lain ditayangkan kepada umum. Kemudian merasakan seakan-akan syurga itu sudah berada di hadapan mata.

Saya yakin, semua insan yang menggelarkan diri mereka itu muslim, pasti mengatakan bahawa mereka percaya akan kewujudan hari akhirat. Hari di mana tidak ada lagi jual beli. Hari di mana setiap peribadi manusia akan dipersembahkan amal-amal mereka ketika di dunia. Tetapi, cuba kita lihat ke dalam sanubari kita sendiri, kita percaya akan akhirat, tetapi tatkala kita mengejar nikmat duniawi, seakan-akan itulah tujuan akhir hidup kita.

Berapa ramai muslim yang sanggup korbankan dakwah, hanya kerana alasan study, kerja, keluarga dan hawa nafsu dunia?

Berapa ramai muslim yang sanggup mengenepikan kewajiban mereka terhadap Allah, seperti solat, puasa, dakwah, tarbiyah dan lain-lain hanya kerana alasan study, kerja, keluarga dan hawa nafsu dunia?

Adakah kita sebahagian daripada mereka? Maka muhasabahlah iman mu.






SURAT UNTUKMU?


Mari kita renung sejenak firman-firman Tuhan yang diungkapkan kepada orang yang membaca al-Quran.


“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh, kampong akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” 
[QS al-An’am, 6:32]

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnay akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” 
[QS al-Ankabut, 29:64] 

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dann jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kebaikan kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." 
[QS Muhammad, 47:36]

Dan yang terakhir di saya kongsikan di sini ialah,

“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesengangan yang menipu.” 
[QS al-Hadid, 50:20]
Dunia ini ibarat permainan sahaja wahai teman-temanku. Permainan! Ibaratkan game, apa yang game tu mampu beri pada kita? Melainkan hanya buang masa. Bahkan, Allah menegaskan bahawa dunia ini hanya kesenangan yang menipu.


Dunia ini memang amat mengagumkan, tetapi ianya akan layu seakan layunya daun, dan akhirnya ia akan hancur.


LUPAKAN DUNIA?

Tidak! Dunia bukanlah untuk dilupakan. Tetapi, seperti yang saya bahaskan tadi, dunia ini perlu kita manfaatkan. Manfaatkan untuk hari akhirat nanti. Kerana apa?

Mari kita lihat firman Allah, 

“Dan carilah pada apa yang telah dianuegerahkan Allah kepadamu akan negeri akhirat, dan jaganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti mana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.” 
[QS al-Qasas, 28:77] 

Jelas, Allah mengatakan pada kita, “cari akhirat, tapi jangan lupa dunia”. Kerana apa? Kerana dunia itu jambatan ke akhirat. Dunia itu ladang ke akhirat. Bagaimana kita mahu sampai ke satu destinasi yang berjambatankan sesuatu, tetapi kita tidak mahu melalui jambatan itu? Dan dunia bukan hanya sekadar jambatan untuk kita menikmati pemandangannya, tetapi dikelilingi oleh ladang. Tempat untuk kita bekerja. Menanam amal yang akan berbicara untuk kita di akhirat kelak.

Di mana tempat rehat kita? Di bawah pohonan rendang pokok-pokok di syurga di samping sungai yang mengalir di dalamnya. Itulah tempat rehat kita.

Kita solat, kita berdakwah, kita bertahajjud dan sebagainya, tetapi kita tidak pernah ketepikan akademik kita. kerana akademik juga merupakan salah satu dari sumber kekuatan umat islam yang harus dibina semula pada zaman ini. 

Pesan Muhammad SAW, 


"Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beramallah untuk kepentinganmu di akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari." 
[HR Al-Asyakin]

Cuba kita bayangkan kalau kita hendak hidup selamanya. Pasti kita akan berusaha keras dalam mengumpul harta kekayaan, dan lain-lain keperluan dunia, untuk memastikan keberlangsungan kita hidup di dunia ini. Bahkan, bukan hanya untuk diri kita sahaja, ianya untuk keluarga dan keturunan kita juga. Tetapi, ibadahnya peribadi ini sangat menakjubkan. Kerana dia seolah-olah akan mati pada esok hari. Bacaan qurannya, tahajjudnya, istighfar, dan lain-lain. 

Cuba kita bayangkan, apa yang kita akan lakukan jika kita tahu kita akan mati dalam tempoh 24 jam dari sekarang. Apa kita akan buat?

Belajarlah kita seolah-olah kita hidup selama-lamanya. Pergi ke peringkat yang tertinggi. Jadi pakar dalam bidang masing-masing. Namun ketika beribadah, kita masih mampu mencurahkan air mata kita kerana takutkan Allah. 

Bekerjalah kita seolah-olah kita kita hidup selama-lamanya. Tetapi masih ada sahaja ruang untuk kita membaca al-Quran, melapangkan diri untuk majlis ilmu dan lain-lain.


Islam itu sempurna 

Muslim yang mengatakan mereka hanya mahu mencari dunia sahaja, kemudiannya mengetepikan akhirat. Dia bukanlah muslim yang sebenarnya. 

Muslim yang hanya mencari akhirat sahaja, tetapi mengetepikan dunia. Itu juga bukanlah muslim yang sebenarnya.

Kerana muslim yang sebenar ialah,

Dia mencari akhirat, tetapi tidak pernah lupakan dunia.

Dia berdakwah, solat, puasa. Tetapi sangat mantap dalam akademiknya, kerjanya, keluarganya dan lain-lain.

Dia mencari dunia, seolah-olah dia hidup selamanya. Usahanya sangat luar biasa.

Tetapi, ketika tiba saat menghambakan diri kepada Allah, kekhusyukan dia seolah-olah dia akan mati pada esok hari.


SEIMBANGKAN DUNIA DAN AKHIRAT?

Maaf saya katakan, dunia dan akhirat tidak akan pernah seimbang. Kerana apabila kita cuba seimbangkan antara keduanya, maka dunia akan sentiasa menang.

Antara konsert dengan majlis ilmu, mana akan menang? 

Antara pertandingan bola sepak dengan solat berjemaah, mana akan menang?

Antara majalah hiburan dengan majalah islamik, mana akan menang?

Dunia akan sentiasa menang. 

Imam Hasan al-Bashri juga pernah berkata,

“Dunia dan akhirat ini ibaratkan dua ufuk yang berbeza. Apabila kita cenderung ke arah salah satu daripadanya, maka yang lain akan menjauhinya”

Maka, tepuk dada, tanyalah iman. Yang mana kita mahukan sebenarnya?

Jangan tanya selera kerana selera kita kita pasti akan memenangkan dunia. Confirm!

Jadi bagaimana? SET OUR PRIORITY. Rujuk semula surah ke-28 ayat ke-77 tad

Cari akhirat, tapi jangan lupa dunia.

Ayuh, kita reset kembali tujuan kita berada di dunia ini. Kita muslim, hidup kita bukan hanya di dunia, tetapi juga berkisarkan tentang akhirat. Akhirat itulah yang lebih bermakna. 

Ikhlaskan atau murnikan niat kita hidup di dunia ini hanya kerana untuk mendekatkan diri kepada Allah agar mendapat naungan redha-Nya di akhirat kelak. Jadilah kita insan yang terbaik di muka bumi ini, dan insan yang berbahagia di akhirat kelak.


Letakkan dunia di dalam tangan kita, tetapi hati hanya untuk Allah!



"refleksi diri"
khir al-imtiaz
0723am
14-03-2011

Comments

  1. assalamualaikum..
    perkongsian yg menyentuh jiwa..
    nak share ckit..
    "Sungguh sgt menghairankan bg org yg percaya kpd tmpt yg kekal abadi, kemudian ia masih sibuk dgn dunia ini sbgai tmpt tipuan & sementara."
    ( Hukamak )

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

“Salam. Saya rasa saya semakin jauh dengan Allah.” Rasa? Jauh? Jangan!!! Sebenarnya. Perasaan semakin jauh dengan Allah itu adalah satu perasaan yang perlu kita syukuri. Kerana kita masih lagi ada perasaan dengan Allah ‘azza wajalla . Kalau kita dapat lihat dalam realiti dunia sekarang, masyarakat kita ..secara umumnya.. sangat jauh daripada Allah SWT. Mereka jauh dari segi penghambaan diri kepada Allah SWT dan mereka jauh dari segi ketaatan kepada Allah SWT. Lebih malang lagi apabila perasaan semakin jauh dari Allah SWT itu tidak pernah terlahir dalam diri mereka hinggakan mereka merasa tenang dan terus menjauhkan diri mereka dari Allah SWT, dari Al-Quran. Jadilah mereka seperti orang-orang yang pernah menerima kitab sebelum kita, iaitu Yahudi dan Nasrani. Orang Yahudi dan Nasrani juga pernah menerima kitab. Taurat dan Injil. Tetapi, apabila mereka tidak menitik beratkan lagi nilai-nilai kekhusyukan penghambaan diri pada Allah dan tidak lagi mematuhi apa yang di...

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Umar RA berkata, “Aku mendengar Nabi Kalian besabda,  “Sesungguhnya Allah mengangkat dan menurunkan suatu kaum dengan Kitab ini.”  [HR Muslim] ayat-ayat cinta yang agung Kita telah mendapat bukti sejarah bahawa selama kita berpegang teguh kepada Al-Quran, selama itu pula kita akan meraih kemenangan; sebaliknya, selama kita meninggalkan Al-Quran, kita akan terhina.  Pada abad ke-8 H, pengamalan Al-Quran pernah diabaikan. Maka datanglah kelompok ar-Rafidhah membonceng kekuatan Tartar dari Mongol dipimpin Genghis Khan. Dalam tempoh lapan hari, lapan ratus ribu orang tewas terbunuh, masjid-masjid luluh lantah, mushaf-mushaf Al-Quran dibakar, dan tentera Tartar membasmi anak-anak dan wanita kita!  Kembalilah wahai generasi muda dan tetua umat kepada Al-Quran, kembalilah kaum lelaki dan wanita umat ini kepada Al-Quran! Hidupkan rumah kalian dengan Al-Quran, bangkitkan kalbu kalian dengan Al-Quran, dan ramaikanlah hati kita dengan Kitab Allah! Semoga ...

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?

Kehidupan adalah sesuatu yang abstrak dari kaca mata seseorang yang tidak tahu apa tujuan hidupnya. Kehidupan pula merupakan sesuatu yang sangat objektif bagi mereka yang tahu apa tujuan hidup mereka.  Apabila merasakan hidup ini seolah-olah tiada makna, itu beerti dia tidak tahu apa sebenarnya tujuan hidupnya. Seperti kita membaca buku kimia, tetapi tidak tahu apa tujuan kita membacanya. Tiada siapa pula yang menerangkan kepada kita apa tujuan kita membaca. Maka kita akan merasakan benda itu sia-sia dan tiada makna, dan pasti kita akan meninggalkan pekerjaan tersebut kerana perkara itu tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupannya berbanding main games, ber couple atau  stay up tengok movie yang for sure dapat memuaskan hawa nafsu dengan alasan release tension kononnya. Mengapa hidup perlu ada tujuan?  Segala yang berlaku itu pastilah ada tujuannya, tidak akan saja-saja ada. Sedangkan tahi di tepi jalan pun ada tujuan kenapa ia diciptakan di situ, ...