بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
مَا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِه
"Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya"[QS Al-Ahzab, 33:4]
Siapa ada pengalaman dalam bercinta dengan manusia, sila angkat tangan! Oh, nampaknya semua tangan hanya terletak di mouse, jadi, insya-Allah yang sedang membaca ini semuanya suci-suci belaka. Maksudnya, tak pernah bercinta. Walaupun bercinta dengan bercouple tu sebenarnya dua perkara yang berbeza, tapi bukan itu yang saya nak bahaskan sekarang ini.
"Akh, ana ada minat pada seorang perempuan ni, macam mana akh?""Ok-lah tu, ana pernah dengar ada orang report roomate dia minat pada lelaki, hah, itu yang jangan!"
"So, ana nak buat macam mana?"
"Pertama, antum kena tahu bahwa rasa yang antum dapat itu datang dari Allah atau syaitan.."
Dan lain-lain lagi... Saya pun dah tak ingat dah apa saya jawab.
Jatuh cinta?
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita cenderung untuk melihat pada dia. Walaupun tak dapat nak lihat wajah dia, dapat tengok surat atau bayang-bayang dorm dia pun jadilah.
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita akan sangat peka terhadap orang yang bercerita dengan dia. Pantang terdengar, bukan betul pun kadang-kadang, wajah kita mula memerah. Hati mula berbunga-bunga. Inikan pula kalau ada orang yang bercerita tentang keindahan dan kecantikan dia, wah~ Lagilah kita terasa macam di kayangan. Padahal bukan ada apa-apa pun, baru mula jatuh cinta.
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, setiap kali kita bangun pagi, kita akan tengok ke inbox mesej kita, takut-takut nanti ada mesej yang belum direply. Tiba-tiba ada 14 misscall! Lagilah kita rasa cuak sebab takut nanti dia akan marah dan tak mahu kawan dengan kita lagi.
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita akan sentiasa memastikan penampilan kita adalah yang terbaik. Apa yang dia suka, kita akan pakai.
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, ada yang sanggup habiskan RM10 semalam hanya sekadar mahu mendengar suara dia. Ada yang RM20, ada juga yang RM30 semalam. Hanya untuk mendengar suara. Kalau mahu berjumpa, RM200 seminggu itu bukan masalah.
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita akan sentiasa mengingat pada dia. Nak makan teringat pada dia, nak tidur teringat pada dia, nak buat benda tak senonoh kita teringat pada dia. Pantang ada masa lapang sikit, mesti teringat pada dia.
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, macam-macamlah yang kita sanggup buat demi dia.
Ok, banyak dah, rasanya ada di antara kita yang boleh menyambung puisi (kalau boleh dipanggil puisi lah) di atas.
Cuma, persoalannya, bila kali pertama kita jatuh cinta pada Allah SWT? Soalan kedua, bila kali terakhir kita bercinta dengan Allah SWT? Atau kita ini jenis yang tidak pernah mengenali apa itu cinta?

