بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Thursday, 23 June 2011

Cerpen: Hatiku Tidak Terjaga

“Akh, ana rasa ana ada masalah hatilah. Nak buat macam mana?”

“Tukarlah hati baru.”

“Hati baru? Antum ni berlawak ke?”

“Ei. Betul lah. Cuba tengok muka ana, serius tak?” sambil mengerut dahi dan menahan gelak.

+++ 


“Akh, antum mesti pernah dengar kata-kata Imam al-Ghazali apa dia kan?” 

"Yang mana?” 

“Ha nampak! Banyak sangat hafal sampai tanya yang mana satu.. Haha.” 

“Heh, terajang karang.” 

“Hehe.. ok ok. Macam ni. Kenapa ana kata antum kena cari hati baru, sebab hati lama antum tu antum sendiri mengaku ada problem. Benda-benda yang bermasalah ni janganlah disimpan lama-lama akh, jadi barah karang payah pula. Buang je jauh-jauh. Pastu, minta hati yang baru dengan Allah. Kata Imam al-Ghazali, 

“Carilah hatimu di tiga tempat: 
1) ketika membaca al-Qur'an 
2) ketika solat 
3) ketika mengingat kematian.  
Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!” 
[Imam al-Ghazali] 

“Itu ana dah try dah.” 

So? Masih tak ada hati lagi?” 

“Entah lah.” 

“Ok akhi, baik antum cerita sikit, apa masalah yang sebenarnya ni? Antum nak nikah ke?” 

“Hehe. Lebih kurang lah.” 

“Ha?! Betulkah?” 

“Tidak lah. Tapi, lebih kuranglah.” 

“Err.. Ana tak faham.” 

+++ 


“Ana sebenarnya ada kenal dengan seorang budak perempuan ni. Kami..” 

“Hah!! Couple?!” 

“Eh. Rileks dulu. Tak habis cerita lagi..” 

“Oh.. Ok ok. Teruskan bercerita.’ 


“Kami kenal tahun lepas. Masa pertandingan debat dekat sekola dia. Tapi, kenal-kenal gitu je lah. Tak ada apa-apa pun. Cuma sejak kebelakangan ni kami selalu berhubung. Itu yang ana risau ni.” 

“Risau part yang mana? Debat?” 

“Heh. Bukan debatlah! Ana risau sebab kami dah semakin kerap berhubung.” 

“Akh, kalau antum berhubung itu atas sebab alasan yang syar’ie, tak ada masalah. Yang jadi masalah itu apabila antum dengan dia berhubung, mesej-mesej benda yang tidak penting. Sebab benda ni mungkin kecil akh, tapi ianya tetap akan membuka ruang dan peluang untuk antum berzina dengan dia. Hoho. Ekstrim gila analogi.” 

“Hmm.. kami tak couple pun. Mesej pun macam mesej dengan member je. Gelak-gelak. Buat lawak. Tak ada pun mesej yang jiwang-jiwang.” 

“Hmm.. Ok, tak kisahlah apa yang antum buat dengan dia. Ana nak tanya satu benda. Apa manfaatnya antum buat benda ni?” 

“…” 

“Adakah antum menjadi lebih beriman? Ana rasa tidak., sebab antum sendiri dah mengaku antum ada masalah hati.” 

“Tapi, kami selalulah juga tukar-tukar mesej bagi tazkirah. Kejutkan subuh. Solat.” 

“Hah. Lagi berat ni..” 

“Kenapa?” 

“Antum suka kat dia?” 

“Kena jawab kah soalan ni?” 

“Heh. Sukalah tu. Akhi, ana harap antum dapat istighfar cepat-cepat. Mohon ampun pada Allah.” 

“Ana tak faham..” 

“Mohon ampun pada Allah sebab dalam hati antum sekarang ni telah wujudnya cinta yang lain selain Allah. Itu sangat bahaya, akhi..” 

+++ 


“Akh, salahkah sukakan seorang perempuan.” 

“Ana quote kata-kata Ustaz Emran je lah mudah..” 

"Cinta itu tidak berdosa tetapi manusia yang bercinta itulah yang membuat dosa jadi bezakanlah antara cinta dan perbuatan manusia ketika bercinta. Oleh itu nasihat saya buat mereka yang jatuh cinta atau sedang mencintai seseorang maka jadikanlah cinta anda itu sebagai cinta yang membuahkan pahala. Orang yang beriman apabila mencintai seseorang maka orang yang dicintai itu akan mendapat kebaikan daripada keimanannya!" 
[Emran bin Ahmad] 

“Maknanya?” 

“Cinta itu fitrah, akhi. Dan Islam itu bukanlah agama yang mengharamkan fitrah. Gila apa nak haramkan fitrah manusia.” 

"Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” 
[QS Ali ‘Imran, 3:14] 


“Tapi, Islam itu turun semata-mata untuk menyempurnakan akhlak, menetapkan sesuatu peraturan agar sesuatu yang bernilai dan sangat berharga itu tidaklah dicemari dengan kekhilafan serta kebodohan manusia macam kita ni.” 

“…” 

“Nak menyukai seorang wanita itu tidak ada masalah. Tapi, antum kena ingat. Hidup kita ini ibadah. Cinta itu juga ibadah. Maka ibadah kehidupan ini akan menjadi lebih indah jika dihiaskan dengan ibadah cinta yang benar. Jadi akhi, janganlah kita campuri ibadah yang sangat indah itu tadi dengan nilai-nilai kemaksiatan.” 

“Tapi, kami tak couple..” 

“Antum selalu messaging dia kan?” 

“Ya.” 

Call?” 

“Kadang-kadang..” 

“Antum ada perasaan kat dia?” 

“Sikit.” 

“Sikit?? Ok, tak pe, dan dia juga seolah-oleh melakukan hal yang sama pada antum. Betul kan?” 

“Err..” 

“Betulkan?” 

“Ya lah kot.” 

“Itu couplelah namanya.” 


“Kenapa pula?” 

“Dari sudut pandang ana, couple ini apabila seorang lelaki dan seorang itu berhubungan untuk hal-hal yang tidak penting atau tidak perlu. Mereka mungkin chatting, messaging macam kawan biasa, tetapi lambat laun yakinlah bahawa mereka itu nanti akan terjerumus dalam perangkap yang mungkin mereka sendiri tidak merasakan itu sebagai perangakap. Sebab perbuatan dosa dan maksiat itu sangat indah. Terutamanya apabila syaitan sudah menjadi tangan yang mengatur, bukan lagi iman yang menjadi percaturan.” 

“Dan demikian Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dengan apa yang mereka ada-adakan.” 
[QS Al-An’am, 6:112] 

“Syaitan dalam bentuk jin mahupun kawan-kawan kita ni akan sentiasa berusaha membisikkan perkataan yang indah sebagai tipuan, akhi. Dan antum tanyakan dalam diri antum sendiri. Adakah antum termasuk dalam golongan-golongan mereka yang tertipu sekarang ni.” 

“…” 

“Aku bukan couple, tak declare pun. Aku tak jumpa dia pun, setakat suka-suka je mesej-mesej gitu. Macam-macam lagilah alasan yang akan diilhamkan syaitan kepada kita nanti demi untuk membenarkan perbuatan yang salah itu.” 

“Tapi, kami tak ada apa-apa pun.” 

“Kalau benar tak ada apa-apa, maka antum kena pastikan antum benar-benar tak ada apa-apa dengan dia lagi lah lepas ni. Tak ada mesej-mesej. Tanya khabar masih boleh, tapi setakat itu sahaja. Tambahan, dia duduk kat Perlis, antum Perak. Huh, tak ada keperluan yang mendesak pun ana rasa yang boleh dibincangkan bersama. Dua-dua masih sekolah lagi tu. Nak SPM lak tu. Adeh.” 

“Hmm..” 

+++ 


“Akh, tanyakan semula pada diri antum. Siapa sebenarnya cinta dalam diri antum? Kalau benar Allah. Cuba tanyakan lagi, adakah antum dah cukup berbuat demi membuktikan cinta antum pada Dia. Kalau sudah. Tanyakan lagi, kenapa antum perlu mencintai Dia?” 

“….” 

“Selesaikan dahulu urusan cinta antum dengan Allah. Insya-Allah, Allah akan selesaikan urusan cinta kita di dunia ni.” 

“Tapi, nanti dia kecil hati pula. Kata ana sombonglah, kolot. Atau dia nak pi bunuh diri ke nanti. Macam mana?” 

“Antum nak biar dia kecil hati dengan antum, atau antum nak biar Allah yang kecil hati dengan antum? Lagi satu, akhi. Kalau benar sekalipun Islam ini agama yang kolot dan ketinggalan zaman, maka ana bangga menjadi orang yang kolot dan ketinggalan zaman. Kerana ianya agama dari Allah. Dia nak bunuh diri? Biar jelah, itu masalah dia. Jangan dia bunuh antum sudah. Hehe.” 

“…” 

“Hehe. Rileks.. Hisab balik diri antum. Antum kat mana sebenarnya ni? Bersihkan balik diri antum. Dekatkan semula diri antum dengan Allah.” 


+++


“Ok lah akh, Islam agama yang mudah. Jadi, kalau antum benar-benar nak bercouple juga. Cuba tengok surah yang ke-24, ayat ke-32.” 

“Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu, dan orang-orang yang layak (bernikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.” 
[QS an-Nuur, 24:32] 

“Alah, nikah ke?” 

“Kalau tak nak nikah, antum kena tengok pula kepada surah ke-24 juga, ayat ke-30.” 

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman. Agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” 
[QS an-Nuur, 24:30] 

“Heh. Sama je..” 

“Maka antum kena jaga pandangan antum. Baik pandangan lahir melalui mata. Mahupun pandangan secara halus melalui hati antum. Kalau tak nak juga, berbalik kepada step pertama tadi. Surah ke-24, ayat ke-32.”

"Beratlah, akh."

"Alah. Macam budak-budak kecil. Mujahadah lah sikit!"

"Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan ALLAH swt akan memberi pada rasa lezat beribadah di hatinya." 
[HR Ahmad dan Al-Tabrani]



"iman hambar kerana maksiat"
khir al-imtiaz
0444pm
23-06-2011

34 comments:

  1. cinta itu fitrah. ♥
    jangan keruhkan kejernihan fitrah cinta dengan fitnah.
    cinta fitrah itu..
    membawa dirimu dan dirinya makin tunduk kepada Allah.

    cinta fitnah itu..
    tidak lain hanyalah khayalan nafsu yang membinasakan..

    ReplyDelete
  2. fitnah ke fitrah ni?? aedh~~ penin2.. =)

    ReplyDelete
  3. haha boleh tahan lawak. dan bermakna.

    hati memang bahaya, walau tidak isytihar suka sama suka.kadang terlihat status, ternampak on9 dsb buat hati melonjak gembira - bukan aku -

    entri ini sempoi dan bagus.

    ReplyDelete
  4. Plap3...(bunyi tepuk tangan)
    teruskan!

    ReplyDelete
  5. sesungguhnya perasaan cinta itu fitrah bagi setiap manusia, juga perasaan itu ada pada ikhwah dan akhwat kita.

    menghalang perasaan itu adalah suatu yang mustahil, maka, dakwah dan tarbiyah mengawalnya daripada menjadi suatu yang berdosa@couple.

    jadi akhi, perasaan itu akan terus wujud selagi dia bergelar manusia, makanya, kaedah pengawalan yang terbaik adalah melalui jalan pernikahan, buat yang tidak mampu, Nabi SAW menyarakan agar berpuasa. itu kaedah yang terbaik sepanjang pengalaman ana sendiri.

    setelah bernikah, perasaan itu reda, dan tak semestinya berhenti, cuma ia dikawal oleh fitrah seorang suami dan bapa. makanya, meningkatkan amalan dan ibadah adalah satu cara yang terbaik bagi mengekang amalan2 yang tak siaht seperti memandang ke satu yang tidak benar dan lainnya.

    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  6. mcm cite umair je sikit2..pepun,best2..

    ReplyDelete
  7. syukran jazakallahu khairan akh Abu Faruq Al-Iskandari... =)

    ReplyDelete
  8. salam...akhi ana mohon share cerpen ni ya?ada yg mahu ana sampaikn pada sahabat2 ana tentang isu ini....mohon ya akhi

    ReplyDelete
  9. ambil aja Akh kerengga yg baik..

    sertakan sekali link blog ana di sana..

    ReplyDelete
  10. huhu.... iman hambar kerana maksiat?
    ni dialog antum ngan mutarobbi ye? hebat....
    bgus, truskn usha akh...

    ReplyDelete
  11. Akh Megat, sekadar cerpen menjawab musykilah je.. =)

    ReplyDelete
  12. Jaga hubungan kita dengan Allah dan cinta KepadaNya, Allah akan mudah jalan untuk bertemu dengan insan yang mencintaiNya juga......
    semoga allah redha dengan kita

    ReplyDelete
  13. kerdilnya diriku...maafkan aku Ya Allah

    ReplyDelete
  14. best.....sungguh bmkna.....
    byknye ak dah bt slap....ya ALLAH ampunkn aku....

    ReplyDelete
  15. aihh suke sungguh.....artikel2 blog nie..masih tak mampu mnaip sebegitu......

    ReplyDelete
  16. best.. rase nak copy paste je, bole ke? cuma penggunaan antum kena tukar dgn anta sbb antum tu utk kamu (utk bilangan yg ramai) anta pulak utk kamu (hanya utk seorg). so ni perbualan antara dua org rakan kan. ape pun sebuah artikel yg menarik! teruskan..

    ReplyDelete
  17. Terima kasih anon.. tapi, saya tetap akan guna kata ganti nama diri "antum" untuk awak atau kamu.. kerana apa?

    baca ni:
    http://umairzulkefli.blogspot.com/2009/10/royal-plural-suatu-kaedah-bahasa-arab.html

    anyway, ini pegangan saya.. dan saya hormati pendapat kamu...

    anyway, kalau nak copy, silakan aja.. sertakan link sekali..

    ReplyDelete
  18. trima ksih akh.. trasa dhati ney.. huhu

    ReplyDelete
  19. tazkirah mestilah kena berperisa.. baru memberi kesan.. =)

    macam manapun, keterasaan itu semua dari Allah..

    saya hanya menulis...

    ReplyDelete
  20. Syukran di atas perkongsian ilmu..

    ReplyDelete
  21. trima kasih....sgt bermakna...asrar

    ReplyDelete
  22. best cerpen ni..keep on writting..=)

    ReplyDelete
  23. silakan.. sertakan link asal blog ini sekali bagi tujuan dakwah, insya-Allah..

    ReplyDelete
  24. like..jaga hati mmg sukar n its complicated

    ReplyDelete
  25. its really enlightening? haha. some kind of that.
    but tq so much!

    ReplyDelete
  26. waah. wat novel laa. mesti best. nangis2 i baca nanti. insaf...
    :)

    ReplyDelete
  27. kena dengan situasi aku sekarang ni, . . . . memang segala-Nya dah dirancangkan, kan ?

    . . . . Ajaib, . . . kena pada kisah aku tepat pada masa ini, . . .

    Allah sebaik-baik perancang.

    (^_^)

    ReplyDelete
  28. terima kasih atas entry ini. tersedar dari lamunan. bercinta itu fitrah tapi perlulah dizahirkan dgn cara yang betul.
    begitu halus rancangan syaitan. walaupun tak declare couple tapi apabila slaing berhubung antara satu sma lain itu pun dah dianggap perbuaan mendekati zina.. harap ada lagi cerpen sebegini yang mampu bukakan mata manusia zaman sekarang dlm erti cinta yg sebenar. Assalamualaikum.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++