Skip to main content

Terlalu Manis Untuk Dilupakan


“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajran bagi orang-orang yang mempunyai akal.”
[QS Yusuf, 12:111]

***
"Mustahil dunia menghindari bencana di masa depan tanpa belajar peristiwa masa lalu" 
[Fatih Kocaman, Pakar Sosiologi]

Cermin Sejarah

Kita perlu sentiasa melihat ke dalam cermin. Dan cermin itu ialah masa lalu. Kadang-kadang, kita memang perlu menoleh ke belakang, kerana di sana ada banyak peristiwa yang telah berlaku.

Menoleh ke belakang bukanlah semata-mata untuk membanggakan sesuatu seandainya ia baik, ataupun menghinakan sesuatu kerana ia buruk. Menoleh ke belakang juga bukanlah untuk kita menyesali tidak berkesudahan akan perkara-perkara dosa yang lalu, mahupun mengulang-ulang cerita kegemilangan sejarah kita dahulu tanpa pernah mengambil pengajaran dan berbuat sesuatu untuk menjadi sepertinya, atau bahkan lebih baik.


Melihatnya kita ke dalam cermin itu adalah untuk mengambil hikmah dan pelajaran. Bercermin daripada mereka yang pernah bertingkah dalam kancah panggung sejarah, untuk pembaikan kehidupan kita di masa sekarang dan masa hadapan.

Kita bukan sahaja perlu belajar dari mereka yang alim, tetapi juga mereka yang zalim. Belajar sejarah mereka, agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Belajar bagaimana mereka mengisi hidup. Belajar soal cinta dan bagaimana mereka merangkainya.

Kerana cinta! Ada yang bersandar kepada Allah dan ada juga yang dilenakan oleh syaitan. Kerana cinta! Ada yang senantiasa menjaga kesucian diri dan ada juga yang menghalalkan segala cara. Kerana cinta! Ada yang jernih sesuai tuntutan syariat dan ada jua yang keruh oleh nafsu, syahwat dan syubhat. Jadi, mari kita belajar, dari mereka para pencari cinta.


Bau Harum al-Miski

Khalid al-Miski atau Khalid si kasturi. Kenapa di sebut si kasturi (misk)? Kerana tubuhnya menebarkan aroma harum minyak kasturi. Khas dan wangi sekali aromanya. Tanya seseorang kepada Khalid al-Miski.

“Kalau boleh diberitahu, apa yang membuatkan anda selalu memakai minyak misk setiap saat?”

Jawab Khalid al-Miski,

“Demi Allah, sungguh saya tidak pernah memakai minyak misk sejak bertahun-tahun lalu.”

Ingin tahu kenapa tubuh Khalid semerbak wangi kasturi? Begini ceritanya:

Khalid al-Miski merupakan seorang pemuda yang tampan, soleh, jujur dan amanah. Ketampanan Khalid menyita pandangan dan membuat juling mata para gadis. Dia adalah seorang pedagang keliling yang membawa dagangannya.

Suatu hari, seorang gadis cantik tertarik olehnya, lalu dengan tipu daya dan siasatnya, gadis itu memanggil dan menyuruh Khalid ke rumahnya. Setelah Khalid masuk ke dalam rumah gadis itu, maka gadis itupun mengunci semua pintu. Lalu gadis itu merayu dan mengajak Khalid berbuat perkara lucah sambil mengancam,


“Kamu akan celaka jika tidak mahu melayani aku! Sebab aku akan mempermalukan kamu di hadapan umum sehingga mereka mudah menuduh kamu ingi memperkosa aku.”

Di saat demikian, Khalid berusaha mengingatkan dengan kata-kata dan ancaman Allah, tetapi syaitan telah merasuk ke dalam jiwa sang gadis sehingga hatinya menjadi buta. Di dalam kebingungannya itu, akhirnya Khalid menyetujuinya. Riang dan gembira sekali si gadis atas kesediaan Khalid untuk melayani nafsunya. Tetapi, sebelumnya Khalid meminta untuk ke tandas terlebih dahulu. Dengan bahagia gadis itu pun mempersilakan.

Melihat rancangannya menjadi, Khalid melumuri tubuhnya dengan tahi. Bertompoklah badan pemuda tampan ini dengan kotoran dan bau busuk. Rupanya menjadi jelek tak keruan kerana kotoran di seluruh badannya.

Khalid keluar dari tandas. Dan ketika gadis itu melihatnya, dia merasa jijik dan kesal, lalu dihalaulah pemuda itu, Khalid keluar dengan rasa bersyukur kepada Allah atas selamatnya dirinya serta agamanya.

Dan setelah peristiwa itu, Allah memberikan sesuatu yang luar biasa, tubuhnya menjadi wangi. Dia dijuluki Khalid al-Miski, Khalid si kasturi. Inilah buah berkah-dari Allah- terhadap pengorbanannya. Wangi. Subhanallah.


Ya Allah, Kurniakanlah Hikmah Yusuf kepada Kami

Setelah dibeli oleh Qifthir Aziz seorang pejabat Mesir yang terpandang, tinggallah Yusuf di rumahnya. Yusuf adalah anak lelaki yang baik, jujur, dan cerdas, berperangai sopan dan berparas tampan. Dia sangat disayangi oleh majikannya, hinggakan dia pun dijadikan sebagai anak angkat.

“Dan orang Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya, “Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita atau kita pungut dia sebagai anak.”” 
[QS Yusuf, 12:21]

Anak yang dibeli ketika umur 12 tahun itu, kini semakin dewasa. Dengan kepiawaian dan kecerdasannya ia tampil sebagai lelaki yang berwibawa, jujur, santun dan rupawan. Muda remaja, anggun dan tampan, sempurna sifat dan bentuk tubuh lelaki muda yang perkasa, itulah yang setiap hari dilihat isteri Raja Muda Qifthir Aziz. Maka bertambah hari bertambah tertariklah isteri Raja Muda Qifthir Aziz kepadanya. Ada getaran lembut dalam hati, ada asa yang membongkah dan ada harapan semai untuk memiliki Yusuf lebih dari sekadar anak angkat.



Anak muda yang dilihat dan hidup di rumahnya itu semakin tampan menawan, kian hari kian menarik, makin lama makin mempersona. Setiap hari, setiap waktu. Maka semakin tergila-gilalah isteri Raja Muda Qifthir Aziz kepadanya. Benarlah pepatah,
“Tumbuhnya cinta dikeranakan seringnya bertemu dan berinteraksi”. 
Setelah pintu dikunci, dirayulah Yusuf.

“Dan wanita yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya)..” 
[QS Yusuf, 12:23]

Isteri Raja Muda Qifthir Aziz merayu, tidak dapat dibayangkan bagaimana rayuan seorang wanita sementara tidak ada orang lain yang melihat. Dan bagaimana gejolak jiwa lelaki yang dirayu dalam suasana sepi tiada yang mengawasi.

Maka berkatalah isteri Raja Muda Qifthir Aziz,

Haita laka. Kemarilah engkau!”
Jawab Yusuf,

“Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik,” 

Bukan Yusuf tidak mempunyai nafsu, tetapi dia adalah seorang nabi yang dijaga oleh Allah dari kesalahan. Meskipun demikian, dia termasuk orang hebat yang mampu mengendalikan dirinya, sehingga dipuji oleh Allah,

“Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih (ikhlas)” 
[QS Yusuf, 12:24]
***


Inilah dua kisah mengenai dua orang pemuda yang kacak. Jadi, bagaimana dengan mereka yang tidak sekacak mereka?

Perlu kita sedar bahawa syaitan merupakan tukang rias yang paling cerdik, boleh menjadikan si buruk menjadi cantik dan si jelek menjadi menawan. Inikan pula yang memang sudah cantik dan menawan, berdua-duaan dengan yang berlainan jenis, walaupaun tidak semenawan atau secantik mana, juga boleh jadi berbahaya.



Apabila syaitan sudah menghinggap dan memasang lensa ajaib di mata kita, maka si dia akan kelihatan lebih cling. Yang hodoh kelihatan menawan, yang buruk kelihatan tampan. Dosa besar pun boleh terjadi, kerana apabila satu kehinaan telah dipandang sebagai kemuliaan.

“Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.” 
[QS Yusuf, 12:53]

Muhammad SAW bersabda,
“(Salah satu di antara tujuh golongan orang yang diberi naungan Allah pada hari kiamat di mama tiada naungan kecuali naungan-Nya adalah) seorang pemuda yang digoda untuk berzina dengan seorang wanita yang berpangkat lagi jelita namun dia menolaknya dan berkata, “Aku takut kepada Allah.” 
[HR Bukhari dan Muslim] 
Dengan kerendahan hati, mari kita memohon ampunan kepada Allah atas segala dosa, dan berlindung dari kelemahan diri, memohon agar menuntun hidup kita dengan cahaya-Nya, dan membimbing kita dengan cinta-Nya. Cinta yang suci, cinta teragung, cinta abadi, dan cinta hakiki di dunia dan di akhirat. Allahumma Amin.




"fokus terhadap perubahan"
khir al-imtiaz
2204 hours
30-3-2011

Comments

  1. Yang lepas jangan sekali dilupa.
    Terima kasih atas perkongsian ini. Mohon izin untuk ambil poin-poin berguna. :)

    ReplyDelete
  2. menjadi baik itu tidak susah tetapi yang sukar adalah untuk maintain menjadi baik.bagus kata2 ini , izin ana untuk gunakan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

“Salam. Saya rasa saya semakin jauh dengan Allah.” Rasa? Jauh? Jangan!!! Sebenarnya. Perasaan semakin jauh dengan Allah itu adalah satu perasaan yang perlu kita syukuri. Kerana kita masih lagi ada perasaan dengan Allah ‘azza wajalla . Kalau kita dapat lihat dalam realiti dunia sekarang, masyarakat kita ..secara umumnya.. sangat jauh daripada Allah SWT. Mereka jauh dari segi penghambaan diri kepada Allah SWT dan mereka jauh dari segi ketaatan kepada Allah SWT. Lebih malang lagi apabila perasaan semakin jauh dari Allah SWT itu tidak pernah terlahir dalam diri mereka hinggakan mereka merasa tenang dan terus menjauhkan diri mereka dari Allah SWT, dari Al-Quran. Jadilah mereka seperti orang-orang yang pernah menerima kitab sebelum kita, iaitu Yahudi dan Nasrani. Orang Yahudi dan Nasrani juga pernah menerima kitab. Taurat dan Injil. Tetapi, apabila mereka tidak menitik beratkan lagi nilai-nilai kekhusyukan penghambaan diri pada Allah dan tidak lagi mematuhi apa yang di...

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Umar RA berkata, “Aku mendengar Nabi Kalian besabda,  “Sesungguhnya Allah mengangkat dan menurunkan suatu kaum dengan Kitab ini.”  [HR Muslim] ayat-ayat cinta yang agung Kita telah mendapat bukti sejarah bahawa selama kita berpegang teguh kepada Al-Quran, selama itu pula kita akan meraih kemenangan; sebaliknya, selama kita meninggalkan Al-Quran, kita akan terhina.  Pada abad ke-8 H, pengamalan Al-Quran pernah diabaikan. Maka datanglah kelompok ar-Rafidhah membonceng kekuatan Tartar dari Mongol dipimpin Genghis Khan. Dalam tempoh lapan hari, lapan ratus ribu orang tewas terbunuh, masjid-masjid luluh lantah, mushaf-mushaf Al-Quran dibakar, dan tentera Tartar membasmi anak-anak dan wanita kita!  Kembalilah wahai generasi muda dan tetua umat kepada Al-Quran, kembalilah kaum lelaki dan wanita umat ini kepada Al-Quran! Hidupkan rumah kalian dengan Al-Quran, bangkitkan kalbu kalian dengan Al-Quran, dan ramaikanlah hati kita dengan Kitab Allah! Semoga ...

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?

Kehidupan adalah sesuatu yang abstrak dari kaca mata seseorang yang tidak tahu apa tujuan hidupnya. Kehidupan pula merupakan sesuatu yang sangat objektif bagi mereka yang tahu apa tujuan hidup mereka.  Apabila merasakan hidup ini seolah-olah tiada makna, itu beerti dia tidak tahu apa sebenarnya tujuan hidupnya. Seperti kita membaca buku kimia, tetapi tidak tahu apa tujuan kita membacanya. Tiada siapa pula yang menerangkan kepada kita apa tujuan kita membaca. Maka kita akan merasakan benda itu sia-sia dan tiada makna, dan pasti kita akan meninggalkan pekerjaan tersebut kerana perkara itu tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupannya berbanding main games, ber couple atau  stay up tengok movie yang for sure dapat memuaskan hawa nafsu dengan alasan release tension kononnya. Mengapa hidup perlu ada tujuan?  Segala yang berlaku itu pastilah ada tujuannya, tidak akan saja-saja ada. Sedangkan tahi di tepi jalan pun ada tujuan kenapa ia diciptakan di situ, ...