Andai Yang Akan Mati Itu Aku

Kematian. Satu benda yang kita tidak mampu untuk melihat akan keberadaannya. Tetapi, hampir semua manusia yakin akan kehadirannya. Ada yang takut. Ada yang berani menghadapinya. Bahkan ada yang mengejar akan ia. Apa itu kematian? 

Kematian itu satu pengakhiran. Kematian itu juga satu permulaan. 

Pengakhiran terhadap tempoh masa hidup di dunia. 

Permulaan untuk menempuh alam yang seterusnya. 

Kenapa saya kata, 

“Andai yang akan mati itu aku?”

Sedangkan, memanglah kita semua akan mati. Kita bukannya Allah SWT yang hidup selamanya. 


Kerana, cuba tanyakan dalam diri kita balik.. 

“Bila kali terakhir kita ingat akan kematian yang menanti kita?” 

Jika selalu kita ingat tentang itu. 

Maka tanyakan lagi, 

“Adakah amal-amal yang kita ada sekarang cukup untuk menjadi bekal dalam menempuh alam selepas kematian itu?” 

+++

Terima kasih kepada Allah kerana telah menemukan aku dengan dengan seseorang yang sekarang ini sedang bertarung nyawanya dalam nak menghadapi kematian. Walaupun dia berkata dia akan tetap berusaha untuk mengahadapinya untuk terus hidup. 

Dia membuka mata aku akan erti kematian itu sendiri. Walaupun aku tidak pernah lupa bahwa, Allah-lah tangan disebalik itu semua.

Pada aku, dia sangat beruntung kerana dia sudah tahu bahawa dirinya sekarang ini sangat dekat dengan kematian. Walaupun belum pasti. 

Tapi aku macam mana? 

Aku tak nampak itu semua. Aku cuma yakin bahawa aku akan mati. Tapi, aku kadang-kadang tidak berbuat seperti orang yang meyakini akan adanya kematian. Kerana mungkin aku tak tahu bila aku akan mati. 

Maksiat, dosa, lalai..


“Andai yang akan mati itu aku..” 

Adakah aku sudah bersedia?

“Andai yang akan mati itu aku..” 

Masihkah air mata itu terlalu mahal untuk mengalir? 

“Andai yang akan mati itu aku..” 

Apakah taubat itu hanya sekadar cukup syarat atau ianya disertakan keikhlasan.. 

“Andai yang akan mati itu aku..” 

Bila tarikh yang aku mahukan? 

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim.” 
[QS ‘Ali Imran, 3:102] 


“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.” 
[QS Al-‘Araf, 7:34] 

Bunyinya mungkin macam orang bodoh.

"Apahal lah kau ni ingat tentang mati. Ajal maut kan di tangan tuhan. Jangan fikir benda bukan-bukan."

Tapi tidak mengapa, aku memang suka menjadi orang bodoh pada mata masyarakat. Tetapi, Ibnu Umar RA berkata,

“Suatu hari aku duduk bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki dari kalangan Anshar, kemudian ia mengucapkan salam kepada Nabi SAW dan bertanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang mukmin yang paling utama?’ Rasulullah menjawab, ‘Yang paling baik akhlaqnya’. Kemudian ia bertanya lagi, ‘Siapakah orang mukmin yang paling cerdas?’. Beliau menjawab, ‘Yang paling banyak mengingat mati, kemudian yang paling baik dalam mempersiapkan kematian tersebut, itulah orang yang paling cerdas.’ 
[HR Ibnu Majah, Thabrani, dan Al Haitsamiy. Syaikh Al Albani dalam Shahih Ibnu Majah 2/419 berkata: hadits hasan]

Dan aku tak nak jadi seperti,

“Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang adzab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zalim: “Ya Rabb kami, beri tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul. (Kepada mereka dikatakan): “Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia) bahwa sekali-kali kamu tidak akan binasa?” 
[QS Ibrahim, 14 :44]

 

“(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: “Wahai Rabb-ku kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku berbuat amal soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan." Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja.” 
[QS Al-Mu’minun, 23:99-100]

....

"Andai yang akan mati itu aku?"

Adakah aku masih lagi mampu tertawa dengan kemaksiatan?


"Andai yang akan mati itu aku?"

Adakah aku masih akan berkira-kira dalam nak mendekatkan diri dengan Allah dengan khusyuk?

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]

"mencari hati"
khir al-imtiaz
0218pm
29-06-2011

Comments

  1. post yang menyedarkan diri.. jzkk

    ReplyDelete
  2. bagus... ramai patut survey blog ni

    ReplyDelete
  3. semoga istiqomah dalam berbuat segala yg baik
    dan meninggalkan kemaksiatan itu...

    ReplyDelete
  4. I WANT TO SAY...
    syukran atas peringatan brguna sprti ini

    ReplyDelete
  5. syukran ala hadzihil mau'idzhoh...

    ReplyDelete
  6. Salam....SubhanaALLAH ! post yg membuatkn ana trsentuh hati & dapat menyedarkan ana...Syukran :)

    ReplyDelete
  7. syukran ats peringtn...
    maaf ana rse trdpt kesilpn surah y anta keluarkn/pilh cthnya..



    “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim.”

    [QS ‘Ali Imran,9:768] tpi,3:102

    “Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.”

    [QS al-‘Araf, 3:70]

    “Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang adzab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang dzalim: “Ya Rabb kami, beri tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul.(Kepada mereka dikatakan): “Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia) bahwa sekali-kali kamu tidak akan binasa?”

    [QS Ibrahim, 70:00], tpi [14 :44]

    “(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: “ Wahai Rabb-ku kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku berbuat amal shaleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja.”

    [QS Al Mu’minun, 89:55-766] tpi [23:99-100]

    ReplyDelete
  8. Annur.. saya rasa betul dah.. apa yang salahnya? elok je tu.. cubba kamu check balik..

    ReplyDelete
  9. ow...maf mungkin setting com sye kot gitu....maf skali lgi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?