Luahan: Nasihat untuk Diri


+++


+++ 

Takkan lari gunung dikejar.. Tapi, kalau tak kejar pun, rasanya gunung tu memang takkan lari pun.. Cuma, sebelum kita sibuk nak kejar gunung tu, baik kita persiapkan diri kita dengan keimanan, ketakwaan dan keikhlasan yang sangat mantap.. Supaya kita dapat tawan gunung yang terbaik.. Dan yang paling penting ialah kita dapat menawan hati Pencipta gunung itu sendiri... 

+++ 

Kemanisan itu hanya dapat dirasakan oleh mereka yang merasakan ianya manis.. Dan pada saya, kemanisan itu juga perlu dirasakan dengan hadirnya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.. Agar kemanisan itu akhirnya membawa ke syurga.. 

+++ 

Apabila kita dah tahu kita melemah.. Maka kita kenalah bangkit semula.. Kekuatan harus dibina! Bukan ditunggu! 

+++ 

Manis itu subjektif,
Letih itu itu subjektif,
Masam itu subjektif,
Antusias itu subjektif,
Dunia itu subjektif,
Akhirat itu subjektif.. 

+++ 

"Akh, kenapa kita beristighfar, tapi, hati kita tetap tak takut pada Allah?"

"Cuba check balik.. Mungkin istighfar antum tu cuma datangnya dari mulut, bukannya dari hati.." 

+++ 



+++

Dari Abu Ya'la Sidad RA, dari Nabi Muhammad SAW, "Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk mati. Orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsu sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai"
[HR Tirmidzi] 

+++ 

Berkurangnya amal kerana dosa.. Berkurangnya iman kerana amal.. Berkurangnya rasa ingin ke syurga kerana kurangnya iman..

Jauhilah dosa, tinggalkanlah dosa, lupakanlah dosa.. 

Tangisi semula iman serta dirimu.. Kerana engkau itu harapan ummah. Jika engkau lemah, bagaimana engkau mahu hasilkan peribadi-peribadi segagah gunung..

Belajarlah untuk mengubah dirimu!!! Dan terus tetaplah mengubah diri ummah!!! 

+++

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[QS al-Baqarah, 2:216] 

+++ 

Cinta perlukan pengorbanan. Satu kalimat yang sering di dengar, dan sudah terlalu banyak figur-figur yang sudah membuktikannya. Kita lihat dalam sejarah, matinya firaun kerana pangkat, matinya Qarun kerana harta, matinya Abu Jahal kerana kesombongan, matinya Romeo kerana seorang wanita. 

Persoalannya, kenapa mereka sanggup mati untuk benda-benda mengarut tu? 

+++

Setiap saat itu adalah pengakhiran kepada saat sebelumnya..

Setiap saat itu adalah permulaan kepada saat seterusnya...

Ambil pengajaran dari saat sebelumnya...

Bersedialah dengan iman dan taqwa utk saat seterusnya...

Life never ending, even when you're die.. So, just make it beautiful with the design from Allah.. [QS al-Baqarah, 2:138]

Because, from him we come from, and to him we will return back.., [QS al-Baqarah, 2:156] 

+++ 

Ketenangan itu abstrak.. Hinggakan kita kadang tersalah pilih.. Kerana ianya terlalu abstrak.. Maafkan aku ya Allah kerana seabstrak manapun ketenangan itu, aku tidak seharusnya mencari ketenangan dari yang lain, selain mengingati-Mu.. 
[QS Ar-Ra'd, 13:28] 

+++


+++


"reengineering iman"
khir al-imtiaz
1614 hours
03-06-2011

Comments

  1. salam bro...pengisian yg sgt baik...teruskan berjihad d jln Allah...May Allah bless u.

    ReplyDelete
  2. kaya sebelum miskin..
    muda sebelum tua...
    sihat sebelum sakit...
    lapang sebelum sempit..
    hidup sebelum mati..

    renung-rennungkanlah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?