بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Friday, 3 June 2011

Layan Syaitan itu seperti Musuh!!!

Perang!!! 

Itu sahajalah kata yang mungkin paling layak dilaungkan apabila kita berhadapan dengan satu musuh. 

Musuh yang mana sememangnya kita telah tahu bahawa dia sudah berikrar akan memerangi kita. Tidak ada lagi pendamaian dan tolak ansur. Musuh yang sangat licik, hebat dan bersungguh-sungguh dalam memerangi kita, sehinggalah kita menyertai barisan mereka. 

Barisan apa? 

Barisan yang menuju ke neraka! 


Itulah syaitan. 

Tapi, siapa syaitan itu? 


Siapa Itu Syaitan 

Kalau kita dapat lihat dari segi makna syaitan itu sendiri? 

Syaitan menurut bahasa Arab ialah ruhun syarirun yang bermaksud roh jahat atau buruk, al-hayatul khabitsah atau kehidupan yang buruk dan mutamarridun madsadun atau penderhaka yang merosak. Syaitan secara istilah adalah sifat jahat yang tersembunyi dalam diri jin dan manusia yang menimbulkan kerosakan dan kehancuran. Jadi, syaitan boleh juga dikatakan sebagai profesion atau gelaran bagi jin dan manusia jahat. 

Iblis dalam bahasa Arab berasa daripada perkataan ablasa-yublisu-ilbisan yang bererti putus asa, kecewa atau duka cita. Iblis menurut Al-Quran adalah salah satu golongan jin yang ingkar pada perintah Allah supaya sujud kepada Nabi Adam. 

Maknanya, syaitan ini bukanlah hanya seperti yang kita bayangkan sebelum ini. Satu entiti yang tidak mampu kita lihat, dan sibuk membisikkan kita untuk melakukan maksiat atau penentangan terhadap Allah dan berbuat dosa. 

Contoh, Allah kata kita kena jaga pandangan. Tapi kita tetap tidak menjaga pandangan. Maka itu adalah maksiat dan dosa. Siapa yang initiate benda ini? Mestilah syaitan. Siapa lagi. 

“Dan demikian Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia).Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dengan apa yang mereka ada-adakan.”  
[QS Al-An’am, 6:112] 

Jelas! Syaitan itu bukan hanya jenis jin sahaja yang kita sibuk duk maki selama ini. Tetapi juga terdapat dalam jenis manusia. Siapa dia? 

Perhatikan hujung ayat di atas.. 

“…sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia)…” 

+++

“Jom main Counter Strike atau Dota, kasi realese tension. Sambil-sambil itu kita berjihad! Fikir strategi baru macam mana nak kalahkan Israel!” 

+++

Nampak indah bukan? Islamik lagi tuh.

Tapi, sedar atau tidak. Inilah salah satu daripada pelbagai bentuk penghinaan terhadap Islam itu sendiri. Berbuat maksiat, bernadakan Islam, bertopengkan Islam! Tak malu ke? 

Salah siapa? 

Salah syaitan dalam bentuk jin dan manusia. Siapa mereka? Mereka yang.. 

…sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia)…” 
Lain,
“Dan (Iblis) berkata, “Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.”  
[QS al-Hijr, 15:39-40] 

Itulah ikrar yang telah dilafazkan oleh iblis ketika mana dia enggan mematuhi perintah allah. Dan, 

“Demi Allah, sungguh Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelum engkau (Muhammad), tetapi syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan mereka (yang buruk), sehingga dia (syaitan) menjadi pemimpin mereka pada hari ini dan mereka akan mendapat azab yang sangat pedih.”  

[QS an-Nahl, 16:63]

Itulah syaitan. Menampilkan perkara yang kelam itu menjadi sangat indah. Hingga manusia merasakan pelik jika meninggalkannya. Dan dalam masa yang sama mereka Berjaya membuat satu keindahan seperti Islam itu sendiri menjadi sesuatu yang menyeramkan dan sangat gelita hingga manusia takut untuk menghampirinya, bahkan melarikan diri daripadanya. 

Dan syaitan ini ada teman karib atau best friend dia juga. Iaitu, 

“Dan sesiapa yang berpaling dari pengajaran Allah Yang maha Pengasih (Al-Qur’an), Kami biarkan Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), dan menjadi temannya karibnya.” 
[QS Az-Zukhruf, 43:36] 

Mereka yang kita dah bagi pengetahuan tentang Islam, tapi masih lagi mahu memejamkan mata, tidur dalam kegelapan di bawah cahaya. Merasakan selesa dengan hidup tanpa tarbiyah dan dakwah, merasakan selesa dengan berbual dengan kaum yang berlainan jantina, inikan pula couple dan zina. 

Mungkinlah, sebab itu kenapa saya nampak beberapa teman yang dahulunya berkomitmen dengan kerja-kerja Islam, naqib lah, naqibahlah, tanzim suraulah. Tapi bila masuk IPT, pergi ke oversea, atau lain-lain lah. Watak atau peribadi mula berubah, sehinggakan saya yang teruk ni terasa macam lebih baik dari mereka. Sedangkan mereka dulu itulah yang menjadi ikon di kampus atau sekolah dulu sebagai figure yang membawa agama. 


Bukan mahu meninggikan atau merendahkan sesiapa. Tapi cuma sekadar statement untuk kita semua melihat dan berfikir ke dalam diri kita. Adakah kita termasuk dalam golongan yang ditipu dengan keindahan dosa itu sendiri? 


Perangkap Syaitan 

Angan-angan kosong.. Tipuan.. 

“Dan pasti akan ku sesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga binatang ternak, lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka mengubah ciptaan Allah. Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata. Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.” 
[QS an-Nisa', 4:119-120] 

Itu sahaja yang ditawarkan oleh syaitan kepada kita. 

“Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah.” 
[QS an-Nahl, 16: 99-100] 

Sama seperti kita memberi harapan kepada seseorang, tapi kita tidak pernah cuba untuk merealisasikannya. Maka yang terseksa kemudian nanti adalah diri yang diberikan harapan kosong itu. Dalam konteks sekarang ini, kita. 

Angan-angan kosong macam dalam cerita dongeng. Sedangkan kita berada di atas dunia realiti. 


Aku Akan Memerangimu!



“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, Kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah.” 
[QS an-Nisa', 4:76]

Jika kita tidak memerangi mereka baik dengan perasaan, harta, masa, jiwa dan dengan apa segalanya yang kita ada. Maka merekalah yang akan menang ke atas kita. Dan jangan pernah salahkan mereka, kerana silap diri kita sendiri yang membenarkan mereka merosakkan kita. 

Sebab itu akhi, kita kena masuk ke dalam Islam secara keseluruhan. Ibadah bukan hanya tersangkut pada solat dan puasa. Tetapi setiap saat kita adalah ibadah. Tarbiyah itu ibadah. Dakwah itu ibadah. Dan jika kita berpolitik sekalipun, berpolitiknya kita itu ibadah. Maka apabila semuanya adalah ibadah, maka tidak ada yang namanya berebut jawatan, rasuah, tipu dan lai-lain. Jika dakwah itu kita anggap sebagai ibadah, maka kita tidak akan berani untuk lalai serta memandang enteng ke atasnya. 

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” 
[QS al-Baqarah, 2:208] 

Musuh yang nyata!!!

Tapi, cuba kita lihat semula. Macam mana layanan kita pada mereka. Apabila diajak ke majlis ilmu atau halaqoh kita mula beralasan. Sibuk dengan study. Apabila kita diajak untuk tarbiyah diri dan tarbiyah orang lain. Kita beralasan, sibuk. Kita beralasan, tidak ikhlas, kita beralasan, nak lepak-lepak dahulu. Tapi, bila ditanya kamu ni Islam ke tidak? 

“Kami Islam, dan bangga menjadi Islam!” 

Tapi, bila diajak berkomitmen dengan Islam. ALASAN mulalah menjadi pilihan utama untuk melarikan diri dari semua tu. 

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah itu agar kamu beruntung. Dengan minuman keras dan judi itu, syaitan hanyalah bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu, dan menghalang-halangi dari mengingat Allah dan melaksanakan solat maka tidakkah kamu mahu berhenti?”  
[QS al-Ma’idah, 5:90-91] 

Perasan atau tidak. Arak, judi, berhala itu semua hanya tipuan sahaja. 


Matlamat sebenar syaitan itu adalah: 

1- Menimbulkan permusuhan dan kebencian,
2- Menghalang-halangi dari mengingat Allah,
3- Menghalang-halangi dari solat,

Dalam zaman sekarang mungkin bukan arak atau judi. Tapi, games, futsal atau tengok bola sampai tak solat subuh, couple macam budak-budak kecil yang tak boleh berfikir matang, layan movie sampai delay solat, inikan pula nak bercerita tentang tarbiyah dan dakwah? Huh! Jauh! 

“Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebagian orang-orang yang beriman. Dan tidak ada kekuasaan iblis atas mereka, melainkan hanyalah agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa yang ragu-ragu tentang itu. Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu.” 
[QS Saba', 34:20-21] 


Salahkan Dirimu Sendiri 

Kenapa kena salahkan diri kita sendiri? Bukan salahkan syaitan-syaitan itu? 

Hayati ayat seterus ini dalam-dalam… 

“Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab telah diselesaikan), “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku tidak menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekuukan aku (denagn Allah) sejak dahulu.” Sungguh orang-orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih.” 
[QS Ibrahim, 14:22] 

Mereka (syaitan jin dan syaitan manusia) ini hanya menghasut sahaja. Memaksa, psycho, dan macam-macam lah. Tapi, yang buat itu adalah kita. Dan orang-orang yang zalim itu adalah mereka yang terpedaya, dan mereka itu tidak akan terlepas dari azab. 

Kerana apa? 

Kerana sekali lagi, syaitan hanya memaksa, membisikkan, mengajak dan meng’psycho’. Tapi yang berbuat itu adalah diri kita sendiri. 

"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya" 
[QS an-Najm, 53:39] 


Bina Pertahanan Dari Dalam ke Luar


Bina bangunan iman dengan komitmen dengan tarbiyah kita agar kita tidak mudah lemah! 

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang palin tinggi, jika kamu orang-orang yang beriman" 
[QS Ali 'Imran, 3:139] 

Dekatkan diri dengan al-Qur’an. Cari masa untuk berkhalwat bersama Allah. Agar syaitan tidak lagi menjadi BFF kita. 

“Dan sesiapa yang berpaling dari pengajaran Allah Yang maha Pengasih (Al-Qur’an), Kami biarkan Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), dan menjadi temannya karibnya.” 
[QS Az-Zukhruf, 43:36] 

Sentiasa memohon perlindungan dari Yang Maha Melindungi.. 

“Dan jika syaitan menganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah pertolongan kepada Allah. Sungguh Dialah yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” 
[QS Fussilat, 41:36] 

Dan motivasikanlah diri kita dengan ayat-ayat dari Allah.. 

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. “ 
[QS al-Baqarah, 2:216] 

Dan, 

“Katakanlah (Muhammad); “Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu, maka bertakwalah kamu kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal sihat, agar kamu beruntung.” 
[QS al-Ma’idah, 5:100] 

Serta pastikan, kita anggap dan layan syaitan itu seperti musuh!!! Tutup segala ruang kelemahan kita terhadap musuh kita.

“Sungguh syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongan-golongannya agar menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.”  
[QS Fatir, 35:6]


"stabilizing iman and dunya"
khir al-imtiaz
1224am
03-06-2011 

1 comment:

  1. Tarbiyyah sampai mati5 January 2013 at 23:41

    Zaman sekolahku, mungkin aku bukan budak badar makanya aku di sapa dakwah dan tarbiyyyah saat di university. Tapi, saat di university bila aku mencari semula sahabatku yg dulu badar untuk berkongsi perubahanku yg semakin positif, sangat terkejutlah bila kawan yg dulu badar dah tak kekal seperti dulu.

    dan buat aku terfikir, takut2 juga, di zaman kerja nanti kalau aku yg budak usrah dah tak kekal usrohnya, sahbat yg di zaman uni gila2 pula yg berhijrah ke arah positif.

    Hidup ini macam roda. Berdoalah semoga istoqamah,istiqamah dan thabat.

    Tarbiyya Sampai Mati.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++