Kita Terhina Kerana Kebetulan?

Alhamdulillah. Dengan segala rahmat dan kurnia dari Allah SWT, kita semua masih lagi terus menerus diberikan nikmat dari-Nya. Baik nikmat dari segi system pernafasan kita yang akhirnya membenarkan kita untuk terus bernafas sampai saat ini. Nikmat mata yang membenarkan kita sama-sama membaca dan kemudiannnya nikmat akal yang membenarkan kita untuk mengintepretasi maklumat yang cuba disampaikan, nikmat untuk memiliki segala jenis tekonologi yang akhirnya membenarkan kita untuk mencari dan menilai maklumat dalam dunia serba penipuan ini, dalam mencari kebenaran hakiki. 


Inilah antara nikmat yang mungkin kita jarang syukuri, tapi Allah tetap memberikan kita semua itu. Bahkan lebih lagi daripada itu. Nikmat iman dan islam. Nikmat tarbiyah. Dan nikmat untuk dapat melihat serta membezakan antara kegelapan dan kebenaran. 

"Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan ruh (ciptaan)-Nya ke dalam tubuhnya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur." 
[QS as-Sajadah, 32:9] 

+++

Dalam dunia yang serba moden dan canggih ini, kita dapat lihat manusia sekarang semakin maju. Yang kaya menjadi semakinn kaya dan yang miskin juga terus menerus menjadi kaya. Kaya itu tidak ada masalahnya. Tetapi apa yang dilarang oleh Islam adalah bermewah-mewahan. 

Masalahnya berlaku apabila yang kaya itu tidak pernah merasakan perlunya dia untuk membantu yang miskin itu menjadi kaya dan minima merasai bersama nikmat yang telah diberikan Allah kepadanya. Rumah sebesar istana, tapi yang mendiaminya hanya labah-labah dan anai-anai. Kereta sepanjang lori, tapi yang menaikinya hanya sekadar pemandu dan seorang penumpang. Lebih malang lagi dijadikan tempat simpan pelacur atau wanita untuk bersuka ria.

Dan masalahnya juga berlaku apabila yang miskin itu sanggup membuat apa sahaja demi mencapai tujuan menjadi kaya. Namun kekayaan yang dikejar itu bukanlah semata-mata untuk kemaslahatan Islam. 

“Nanti bila dah kaya, mudah nak buat kerja da’wah di tempat jauh-jauh.” 

Tidak! Tetapi tujuan untuk menjadi kaya itu adalah semata-mata untuk mengejar kemewahan. Dan lebih malang lagi, mereka itu sudah lah miskin, tapi perhiasan pada pakaian, rumah dan kereta melebihi apa yang sepatutnya. Beli motor dengan harga mungkin RM5000, tapi aksesori dan lain-lainnya itu mencecah RM10000. Rumah setinggan, tapi dalam macam banglo. Cuba kita fikir kembali, apa kemaslahatan terhadap Islam yang mereka semua ini sudah sumbangkan dengan benda-benda tu? 

Beralih pula kepada masalah sosial. Seorang kaunselor yang saya kenali dia dengan sangat rapat menceritakan tentang masalah kerjanya di sebuah sekolah harian di Hulu Langat. Di mana kes nombor satu di sekolahnya itu merupakan ponteng. Dan kes kedua yang terletak di dalam carta paling popular itu adalah sumbang mahram! Ketiga baru masuknya zina dan seterusnya. Rokok itu hal biasa, asalkan jangan merokok depan cikgu sudah. Kedatangan ada, tapi jasad tidak ada. Bila dicari, rupanya si perempuan itu sedang membuka baju di dalam tandas bersama seorang lelaki di dalam satu tandas yang sama. Datuk rogol cucu. Saudara rogol saudara. Abangnya hanya membiarkan, bahkan siap boleh buat bisnes lagi. Innalillahi wa inna ilaihi roji’un. 

Adakah ini hanya beraku di Hulu Langat? Tidak. Apabila saya tanyakan pada kaunselor itu, “Adakah masalah ini berlaku juga ditempat lain?” 

Kaunselor itu menjawab “ya”. Kalau berjumpa semua kauselor itu didalam satu persidangan. Memang inilah masalah yang berlaku di kebanyakan sekolah. Tidak kira negeri. Dan yang menakjubkan itu adalah, majoriti yang terjebak adalah masyarkat melayu Islam. 

Belum lagi kita cerita tentang budak bersekolah asrama penuh berzina. Budak sekolah agama berzina di dalam surau. Ustaz mencabul anak murid yang belajar ngaji. Guru pukul budak sampai mati. 

Perasan atau pun tidak, inilah masalah yang berlaku dalam negara kita sekarang. Bangsa kita sekarang. Dan agama kita. Sang kerajaan mencanangkan idea untuk membanteras gejala sosial, tapi dalam masa yang sama di negara itu sendiri adanya kilang-kilang arak, bahkan mempunyai kilang arak yang terbesar di Asia! Itu yang paling best tu. Di sebuah pusat peranginan di negara itu sendiri adanya kasino, bahkan ada sahaja golongan atasan yang dikatakan pembela agama Islam di negeri itu sendiri yang ditangkap di kasino tersebut! Wujudnya kelab-kelab malam macam cendawan selepas hujan. Disediakan peruntukan dalam budget kewangan negara untuk menubuhkan hub hiburan. Tapi, bila ditanya kembali, 

“Kamu kata nak kurangkan masalah sossial?”  
“Ya kami sedang dalam usaha mengurangkannya.” 

Ya! Mengurangkan dengan menambahkan lagi ruang dan peluang untuk berbuat dosa. Bagus sangat lah tu. Tambahan, negara itu melabel negara mereka adalah negara Islam! Tapi tak ubah macam negara kafir. 

Seorang teman menceritakan, mak dia sebagai kaunselor menceritakan bahawa kebanyakan remaja di Terengganu sangat hebat dalam PMR, tapi apabila masuk SPM. Semua hancur. Kenapa? Kerana bermula dari umur 16 tahun, mereka mula disibukkan dengan gejala rempit, dadah dan lain-lain. Dan ini memang diakui oleh teman-teman dari Terengganu sendiri. Hinggakan mereka yang melayu islam ini hancur. Hancur di atas negara sendiri. Yang golongan tuanya sibuk menjual tanah kepada bangsa asing, lalai dengan aktiviti pelacuran, perjudian dan lain-lain. 

Apakah ini semua berlaku secara kebetulan? 

Adakah semua ini kerana kebetulan? 

"Dan sungguh akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. mereka memiliki hati, tapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. mereka itulah orang -orang yang lengah." 
[QS al-A'raf, 7:179]

Secara kebetulan sahaja orang melayu Islam yang menjadi pemenang dalam setiap carta seperti rempit, bohsia, mencuri, meragut, pembuangan bayi, sumbang mahram, bergaduh, terkebelakang dari segi pelajaran dan ekonomi? 

Secara kebetulan sahaja masyarakat kita sekarang di sibukkan dalam mengejar dunia. Mak ayah lebih bimbang jika anak mereka tidak mendapat pendidikan formal kerajaan berbanding pendidikan Islam yang sempurna. Remaja mengagungkan artis-artis hinggakan apa sahaja ysng dikatakan artis itu adalah benar, dan kata dari al-qur’an itu sebagai pilhan, bukan keperluan yang mesti dipenuhi, itu kebetulan. Majalah hiburan, cerita-cerita seram dan hantu menjadi kegilaan ramai itu satu kebetulan. Artis gay dan lesbian menjadi sanjungan itu satu kebetulan. 

Secara kebetulan kadar pasangan Islam yang bercerai pada setiap 15 minit.


Secara kebetulan seramai 17303 bayi tanpa nama bapa didaftarkan sepanjang tahun 2009. 

Secara kebetulan Palestin dijajah teruk oleh Israel, manakala Negara Arab yang lain sibuk mendirikan bangunan yang tinggi-tinggi dengan duit yang ada tanpa pernah menghiraukan setiap nyawa yang terbunuh di sana. 

Secara kebetulan kebanyakan para alim agama hanya memikirkan hal keduniaan. Kereta, rumah, gaji. Hinggakan tiada beza antara mereka dengan orang bukan Islam yang mengejar dunia? Ceramah dijadikan sebagai sumber pendapatan, bukan tempat untuk memberikan sumbangan. 

Secara kebetulan juga hanya 12% dari penduduk Malaysia yang Islam ini mengerjakan solat lima waktu full. Lebih dari 50% penduduk Islam di Malaysia ini yang buta huruf dalam membaca al-Qur’an. 


Jika ini semua berlaku hanya kerana kebetulan sahaja. Esok mungkin kita boleh dengar cerita lembu terbang ke bulan, atau ayam berkaki lapan membaham seekor harimau. Kerana kebetulan itu kan bermaksud tidak siapa yang mampu menduganya, tapi tidak mustahil untuk berlaku. 

+++

Cuba kita buka minda kita. Dan kemudiannya berfikir sejenak. Adakah ini semua hanya kebetulan, atau sesuatu yang terlindung di sebalik apa yang berlaku. 

Kenapa umat yang dikatakan sebaik-baik umat di dalam al-Qur’an ini menjadi begitu teruk pada zaman sekarang? 

Kenapa umat yang dahulunya menjadi rujukan sekalian alam, tetapi sekarang menjadi umat bawahan yang tidak ada langsung tempat bergantung? 

Kenapa? 

“Kita ini adalah orang-orang yang paling hina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Kalau saja kita mencari kemuliaan pada selain Islam maka Allah akan menghinakan kita lagi…”  
[Umar al-Khattab] 



Comments

  1. nice post khir..ummat islam skrg da jaoh terpesong dr ajaran quran skrg ni..

    ReplyDelete
  2. dunia akhir zaman,,,tidak ubah spt pd zman jahiliah dhulu...mdh mdhan mreka cpat kmbali ke pgkal jlan,,,amin~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?