Puisi: Getaran Ketenangan


Aku mendengar getaran angin

Menghembus wajah menyapa mesra

Menghela pergi segala resah

Membawa pergi segala masalah


Aku mendengar getaran air

Berkocak tenang seolah tiada

Mungkin sahaja bahaya yang sedang ditimpa

Tetapi masih kelihatan bersahaja


Aku mendengar getaran serangga

Bersahut-sahutan dalam keriangan

Walau mungkin dalam kesejukan

Tapi yang tertampak hanya kegembiraan


Aku mendengar getaran hati

Ternyata tiada tenang dalam keseronokan

Yang ada hanya kebinasaan

Kerana tenangnya orang beriman

Apabila dia kembali kepada Tuhan.


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah". Ketahuilah! Dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.
[QS Ar-Ra'd, 13:28]



KHIR AL-IMTIAZ
MABIT
23 FEBRUARI 2011
1130 MALAM
ATAS JALANAN TEPIAN TASIK V6
UTP
TRONOH

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?