بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Thursday, 24 March 2011

Nilai Sebuah Keikhlasan

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Alllah, Rabb semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku..”
[QS Al-An’am, 6:162-163]

***

Ikhlas. Sebuah perkataan yang sangat mudah diungkapkan dengan lidah. Namun terkadang terasa amat berat untuk mengimplementasikannya. Sebuah kata yang sangat ringkas. Tetapi mempunyai maksud yang sangat mendasar hingga kita jarang dapat mendalaminya.

 Saya yakin, ramai sahaja di antara kita yang masih keliru, bahkan tercari-cari akan makna keikhlasan yang sebenar. Keikhlasan yang dikatakan akan mendatangkan kebahagiaan. Manakala, ketiadaan keikhlasan dikatakan mampu menyebabkan segala amal kita tidak ada maknanya. Maka, kita dapat lihat betapa ramai manusia yang keluar dari jalan tarbiyah hanya kerana mengatakan di mereka tidak ikhlas dalam berbuat. Apa sebenarnya hakikat keikhlasan yang perlu kita tahu?


Definisi ikhlas


Ikhlas didefinisikan sebagai murni, bersih, suci atau kosong.

Ikhlas dapat dimaksudkan dengan menghalakan segala ucapan, perbuatan, diam, bergerak, yang dirahsiakan, yang ditampakkan, hidup atau mati, berorientasikan hanya untuk redha Allah semata-mata.

Ikhlas ialah mengkhususkan tujuan semua perbuatan hanya untuk Allah semata-mata.

Ikhlas adalah melupakan pandangan manusia, sehinggakan kita hanya melihat Sang Pencipta sahaja.

Ikhlas ialah tidak memaksudkan perbuatan agar disaksikan orang, namun berharapa agar mendapat saksi dari Allah semata-mata.

Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hamba-Nya. Ia tidak diketahui oleh malaikat, sehingga dia tidak mempunyai kuasa untuk menuliskannya. Tidak pula diketahui oleh syaitan, sehingga dia tidak mampu merosakkannya.

Itulah ikhlas. Kunci kepada amalan hati. Semua amal soleh tidak akan sempurna tanpa dilandasi keikhlasan.


Perlu kita ingat bahawa ikhlas bukan hanya terbatas kepada ibadah-ibadah khusus sahaja seperti solat mahupun zakat. Tetapi perlu juga dalam amal-amal kebiasaan kerana bagi insan yang mengerjakan solat, maka dia insya-Allah akan berikrar dalam solatnya,

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Alllah, Rabb semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku..” 
[QS Al-An’am, 6:162-163]

Ikhlas memang perlu ada dalam solat, tetapi, membatasi ikhlas hanya dalam solat adalah sebuah kesalahan.


Hebatnya ikhlas

Ketika Yusuf AS sedang berseorangan, maka datanglah sosok peribadi cantik, isteri Raja Muda Qifthir Aziz, dengan menutup segala pintu di ruangan. Kemudian menggoda Yusuf AS, agar mendatangi dia sambil berkata,

“Marilah mendekat kepadaku”


Astaghfirullah al-‘Azim. Cuba kalau kita meletakkan diri kita di tempat Yusuf As itu, apa yang akan berlaku pada saat itu? Ketika mana tiada insan yang akan mengetahui jika kita berzina dengan perempuan itu, ditambah pula pada zaman itu tiada lagi kewujudan CCTV yang akan merakam perbuatan kita. Apa kita kan buat? Tetapi, apa tindakan Yusuf AS? Yusuf AS berkata,

“Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik”

Subhanallah. Yusuf AS sebaliknya masih mampu menegaskan akan ketakwaan dia terhadap Allah, di saat seorang perempuan yang kaya dan cantik telah berdiri menawarkan dirinya untuk berzina dengannya secara suka rela.

Kemudian, perempuan itu telah pun berkehendak terhadap Yusuf AS dan menggoda Yusuf AS dengan godaan yang dasyat, sehingga jika tidak turun pertolongan Allah dengan menguatkan banguna imannya, maka pasti Yusuf  AS juga telah berkendak kepadanya! Tetapi, Allah telah menyelamatkan dia (Yusuf) dari keburukan dan kekejian. Kerana apa Yusuf AS boleh terselamat? Adakah kerana dia adalah seorang Rasul? Ya, kerana dia adalah seorang Rasul dan.. Mari kita tadabbur terjemahan ayat ke-23 dan ke-24 dari surah surah Yusuf.

“Dan  perempuan yang dia (Yusuf) tinggal di rumahnya menggoda dirinya. Dan dia menutup pintu-pintu, lalu berkata , “Marilah mendekat kepadaku”. Yusuf berkata, “Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan beruntung. 


Dan sungguh, perempuan itu telah berkehendak kepadanya (Yusuf); dan Yusuf pun  berkendak kepadanya, sekiranya dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, Kami palingkan darinya keburukan dan kekejian. Sungguh, dia (Yusuf) itu termasuk hamba-hamba kami yang terpilih 
[QS Yusuf, 12:23-34]

"Terpilih" itu jika kita melihat teks arabnya,, maka kita akan menemui perkataan “mukhlashin” yang membawa maksud, orang yang ikhlas! Maknanya, sekiranya tidak ada ikhlas, mungkin sahaja Yusuf AS tidak akan selamat.

Marilah kita lihat ke dalam diri kita sendiri. Mengapa kadang-kadang kita masih lagi mampu bermaksiat terhadap Allah. Bahkan ada sahaja maksiat yang kita lakukan itu, berulang-ulang walaupun kita sudah nberkali-kali bertaubat. Maka, perkara yang paling utama perlu kita muhasabah kembali ialah, sebesar apakah nilai keikhlasan yang kita persembahakan dalam berserah diri kepada agama Allah SWT?

Seandainya jika kita ikhlas dalam berislam kepada Allah, maka kita akan terpelihara dari kemaksiatan. Tetapi, kenapa kita masih lagi mampu melakukan maksiat? Formulanya mudah, kerana masih ada lagi sisa-sisa hitam dan orientasi hawa nafsu di hati kita yang membuatkan kita tidak mampu mengikhlaskan diri kita sepenuhnya kepada Allah SWT. Dan kita kena sedar bahawa, perkara ini mestilah di ubah!


Indahnya ikhlas

Suatu hari Al-Junaid berkata,

“Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hamba-Nya. Ia tidak diketahui oleh malaikat, sehingga dia tidak mempunyai kuasa untuk menuliskannya. Tidak pula diketahui oleh syaitan, sehingga dia tidak mampu merosakkannya.”

Ikhlas merupakan rahsia yang hanya diketahui pemiliknya dan Allah semata-mata. Maka, ketika mana kita merasa ingin menangis,dan hati kita berdetak kencang ingin melakukan ketaatan, itulah detik-detik munculnya keikhlasan!

Jika semalam kita merasakan memakai tudung begitu mengganggu dan memalukan, hingga kita merasa ingin sangat melepaskannya. Tetapi pada keesokan harinya kita merasa bangga dan bahagia dengan memakai tudung, maka inilah tanda-tanda keikhlasan!

Ikhlas memang susah dan berat. Ya, bukan setakat berat, tetapi sangat berat. Bayangkan kita harus memurnikan semua sisi hidup kita dari segala campuran. Ya semua! Dari yang kita rahsiakan mahupun yang kita nampakkan; sakit mahupun sihat; hidup mahupun mati; makan atau minum; ibadah, syahwat dan semua kehidupan. Kita ikhlas untuk Allah. Sebagaimana pesan Allah,

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Alllah, Rabb semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku.." 
[QS Al-An’am, 6:162-163]

Memang ikhlas itu sangat berat. Sahl bin Sa’d pernah ditanya,

“Apakah yang paling sulit bagi jiwa?” 
“Ikhlas” 
“Mengapa sulit?” 
“Kerana ketika ikhlas, jiwa tidak memiliki bagian sidikit pun”

Betapa beratnya ikhlas ini sehinggakan seorang Tabiin mengatakan,

“Ikhlas satu jam merupakan keselamatan seumur hidup.”

Mampukah kita ikhlas selama satu jam sahaja? Kerana dalam ikhlas satu jam itu terdapat keselamatan bagi kita selama kita hidup!


Dasar ikhlas

Tingkatan yang paling dasar dalam melahirkan keikhlasan ialah niat. Kita perlu sentiasa memerhatikan niat kita, jika kita mahukan keikhlasan.

Muhammad SAW  bersabda,

“Sesungguhnya semua amal itu dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap prang itu apa yang ia niatkan.” 
[HR Bukhari dan Muslim]

Hadits ini termasuk antara hadits yang terpenting. Imam as-Syafi’e berkata, “Ia adalah sepertiga ilmu”

Hadits ini adalah hadits khusus mengenai niat. Mengapa mengenai niat? Kerana niat merupakan pintu gerbang kepada keikhlasan. Kerananya, jika kita ingin ikhlas, maka langkah pertama yang perlu diambil ialah pembetulan niat.

Jaga niat kita baik ketika kita sedang beribadah, atau mungkin dalam adat kebiasaan, bahkan juga dalam hal-hal yang kita tidak mampu

Imam al-Ghazali pernah berkata,

“Semua manusia itu celaka kecuali orang yang berilmu. Dan semua orang yang berilmu itu celaka kecuali orang yang beramal. Dan semua orang yang beramal itu celaka kecuali orang yang ikhlas. Dan orang yang ikhlas selalu dibayangi bahaya yang besar”


Profil ikhlas

1-      MUHAMMAD SAW

Setiap malam Rasulullah selalu bangun, lalu mendirikan solat yang dimulai denagn berdoa. Doa yang melukiskan keikhlasan.

“Ya Allah, milik-Mu segala puji, Engkaulah pemilik langit, bumi dan segala isinya. Dan milik-Mu segala puji, Engkaulah cahaya di langit, di bumi, dan di antara keduanya. Dan milik-Mu segala puji, Engkau adalah benar, janji-Mu benar, pertemuan dengan-Mu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, para nabi itu benar, Muhammad it benar, dan kiamat itu benar. Ya Allah, kepada-Mu aku berserah diri, dengan-Mu aku bergantung, kepada-Mu aku beriman, kerana-Mu aku berdebat, dengan-Mu aku berhukum, ampunilah dosaku yang lalu dan yang akan dating, yang tampak atau yang rahsia, Engkaulah yang awal dan yang akhir, tida Tuhan selain Engkau.” 
[HR Muslim, at-Tirmidzi dan Ibnu Abbas]

Perhatikanlah cara seorang yang dosanya diampunkan telah diampuni baik yang sudah, sedang dan akan dilakukan, memohon kepada Tuhannya. Seorang peribadi yang syurga tidak akan dibuka melainkan dengan tangannya. Seorang peribadi yang menjadi penghulu kepada segala nabi dan rasul. Perhatikanlah penyerahan diri secara mutlak kepada Allah yang ditunjukkan oleh peribadi ini. Bagaimana pula dengan kita?



2-      KHALID BIN WALID

Seorang komandan perang, yang tidak pernah tewas di medan laga (dengan bantuan Allah). Tetapi akhirnya dia dipecat dan digantikan oleh Abu Ubaidah al-Jarrah semasa peperangan melawan bangsa Romawi hamper berakhir. Dia pun menjadi askar biasa. Siapakah yang mampu melakukan ini? Dia tetap berperang, bahkan lebih gigih dari saat dia menjadi komandan. Tatkala ada suara-suara yang bertanya,

“Mengapa kamu melakukan semua ini?”

Dia menjawab,

“Sungguh, aku ingin menakluki kota Syam kerana Allah, bukan kerana Umar.”

Inilah profil seorang manusia mukhlis.


Cubalah ikhlas

Tahukah kita apa itu ikhlas?

Ikhlas itu adalah perasaan di hati ketika kita ingin melakukan ketaatan kepada Allah. Hati kita penuh dengan cinta kepada-Nya.


Mari kita mencuba untuk berikhlas! Bagaimana memulainya? Mulakan dengan niat…


“jihad ilmu juga perlukan pengorbanan!!”
Khir al-imtiaz
0845pm
24-03-2011

3 comments:

  1. Allahuakbar,
    perkongsian yg sepertinya biasa tapi punya kepentingan luar biasa utk menentukan ke mana arah selepas pertimbangan amal

    jazakallah

    ReplyDelete
  2. boleh buat artikel macam mana cara + pengurusan belajar yang baik untuk seorang da'ie.kemungkinan cara lelaki dan wanita itu berbeza jadi mana yang baik dan flexible mungkin boleh dikongsi bersama.afwan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++