Skip to main content

Hati Itu





بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Kita tahu? Bahawa sebenarnya kita tercipta dengan fitrah kebenaran. Ada Nur Illah yang telah Allah titipkan dalam hati kita sehinggakan pada saat kita hendak mengharungi bahtera kehidupan kita, hati kita akan memberikan pesanan-pesanan atau amaran setiap kali kita hendak melakukan apa yang tidak Allah reda. Ya, kerana hati kita itu akan sentiasa mengarahkan kita untuk sentiasa berada tepat di atas jalan-Nya…

Semua dosa, semua maksiat, semua perbuatan yang melanggar syariat Allah SWT pasti akan membuat hati kita tidak tenang. Pernahkah kita melihat orang yang hendak menconteng dinding (vandalisme) itu tenang? Pernahkah kita melihat orang yang hendak mencuri itu tenang? Pernahkah kita melihat orang yang tengah berbohong itu tenang? Pernahkah kita melihat orang yang sedang melebarkan sayap pandangannya ke arah yang diharamkan Allah itu tenang?

Pernahkah??

Kerana apa mereka tidak tenang? Kerana hati pasti katakan TIDAK pada saat kita hendak melakukan hal -hal yang salah. Bahkan, kadang-kadang betapa sayangnya Allah kepada kita Dia memberikan kepada kita satu hati yang pasti akan berkata JANGAN, pada saat kita baru sahaja berniat untuk berbuat salah itu terlintas. PASTI!!

Tetapi sayangnya, manusia seringkali tidak berdamai, memahami dan setia kepada dengan hatinya. Kita seringkali sengaja buat tidak peduli pada apa kata hati kita.

Namun, pernah tidak kita terfikir?

Bahawa sensor hati seseorang manusia itu boleh saja melemah kerana dosa. Jika kita perhatikan, setiap dosa itu pasti akan mengukir noda-noda hitam pada hati seorang manusia.

Sehinggakan bila tiba suatu saat, ketika kita berbuat dosa, kita merasakan seolah-olah itu adalah suatu perkara yang biasa. Kita melakukan maksiat, kita merasakan bahawa itu normal. Kita dan hati kita tidak lagi sensitif ketika mana melihat atau terlihat ada orang yang berbuat maksiat dan dosa di hadapan mata kita. Itulah saat ketika semua sisi yang ada di hati kita telah tertutup noda. 

Bagaimana cahaya Allah SWT itu boleh menembusi kepekatan kehitaman jiwa untuk kembalikan manusia ke jalan-Nya?



Suatu analogi

Saat pertama kita melewati tempat pelupusan sampah, kita pasti akan merasakan bahawa bau sampah itu begitu menusuk hidung kita. Kita rasa nak termuntah, tidak lalu makan, terkenang-kenang bau itu walaupun kita sudah jauh melewati kawasan itu. Tapi, cuba kita perhatikan, ada sahaja tukang-tukang sampah atau penduduk sekitar yang berumah sekitar dengan tempat pembuangan sampah itu. Mereka sama sekali tidak mencium bau itu lagi! Mereka bahkan ada siap bentang tikar, makan-makan dan ada yang siap boleh tidur di sana. Kenapa agak-agak? Bukankah hidung kita dan hidung mereka diciptakan oleh Pencipta yang sama? Tapi, kenapa kita tidak tahan, mereka malahan seperti tiada masalah?

Nah! Jelas kita tahu, itu adalah disebabkan kerana mereka sudah terbiasa dengan bau busuk sampah-sampah yag ada di sekitar mereka. Sehinggakan hidung mereka yang pada awalnya merasakan bau seperti yang kita rasakan, lambat laun melakukan penyesuaian. Sampailah, bau itu pun tidak lagi tercium, bau itu bukan lagi suatu permasalahan bagi mereka!

Ayuh, cuba kita gerakkan sedikit akal kita untuk berfikir. Tidakkah kita merasakan penting untuk memiliki hati yang bersih itu?

Hati yang sentiasa mengingatkan kita kepada kematian. Hati yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Hati yang sentias menggerakkan kita untuk sentiasa rasa seronok dan puas untuk melakukan pengabdian kepada Allah? Hati yang sentiasa mewujudkan rasa takut pada diri kita ketika mana kita terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, apatah lagi melakukannya.

Maka, mari kita bersihkan hati kita. Hapuskan noda-noda dan bintik-bintik hitam  itu dengan air mata taubat, ayat-ayat al-Quran dan perbuatan-perbuatan yang baik. Karena seringkali, kita berbuat dosa tetapi tidak sedar kalau-kalau kita sedang atau telah berbuat dosa. Bahkan, seringkali kita mengadakan pembenaran-pembenaran dalam mempertahankan akhlak-akhlak tercela kita, perbuatan-perbuatan zalim dan perilaku dosa kita. Susah mahu menerima nasihat dan macam-macam lagi.

Hati yang bersih itu ialah hati yang sentiasa terhubung dengan Allah. Itulah hati yang akan sentiasa bertegas dengan dirinya sendiri untuk melarang daripada berbuat dosa. Sentiasalah berdoa pada Allah agar kita sentiasa mempunyai hati yang bersih dan dapat membersihkan hati orang lain.

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."
[QS Al-Hadid, 57:16]


ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً ۚ وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْأَنْهَارُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاءُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal diantara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai dari padanya dan diantaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air dari padanya dan diantaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-sekali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]


أَفَمَنْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِنْ رَبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

"Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata."
[QS Az-Zumar, 39:22]


وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ

"Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur'an), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.

Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk.

[QS Az-Zukhruf, 43:36-37]

Yang terakhir,

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat."
[QS Hud, 11:114]


http://kangensyurga.blogspot.com/

Allahua’lam.

Comments

  1. Terima kasih untuk peringatan ini.. Teruskan menulis.

    ReplyDelete
  2. bila yang buta itu bukan mata. tapi apa yang ada di dalam dada! Allah! )'=

    ReplyDelete
  3. Allahurabbi..terkesan membaca entry nie.

    ReplyDelete
  4. kebanyakan kata2 kita,, tidak enak waktu di baca gitu,,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

“Salam. Saya rasa saya semakin jauh dengan Allah.” Rasa? Jauh? Jangan!!! Sebenarnya. Perasaan semakin jauh dengan Allah itu adalah satu perasaan yang perlu kita syukuri. Kerana kita masih lagi ada perasaan dengan Allah ‘azza wajalla . Kalau kita dapat lihat dalam realiti dunia sekarang, masyarakat kita ..secara umumnya.. sangat jauh daripada Allah SWT. Mereka jauh dari segi penghambaan diri kepada Allah SWT dan mereka jauh dari segi ketaatan kepada Allah SWT. Lebih malang lagi apabila perasaan semakin jauh dari Allah SWT itu tidak pernah terlahir dalam diri mereka hinggakan mereka merasa tenang dan terus menjauhkan diri mereka dari Allah SWT, dari Al-Quran. Jadilah mereka seperti orang-orang yang pernah menerima kitab sebelum kita, iaitu Yahudi dan Nasrani. Orang Yahudi dan Nasrani juga pernah menerima kitab. Taurat dan Injil. Tetapi, apabila mereka tidak menitik beratkan lagi nilai-nilai kekhusyukan penghambaan diri pada Allah dan tidak lagi mematuhi apa yang di...

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Umar RA berkata, “Aku mendengar Nabi Kalian besabda,  “Sesungguhnya Allah mengangkat dan menurunkan suatu kaum dengan Kitab ini.”  [HR Muslim] ayat-ayat cinta yang agung Kita telah mendapat bukti sejarah bahawa selama kita berpegang teguh kepada Al-Quran, selama itu pula kita akan meraih kemenangan; sebaliknya, selama kita meninggalkan Al-Quran, kita akan terhina.  Pada abad ke-8 H, pengamalan Al-Quran pernah diabaikan. Maka datanglah kelompok ar-Rafidhah membonceng kekuatan Tartar dari Mongol dipimpin Genghis Khan. Dalam tempoh lapan hari, lapan ratus ribu orang tewas terbunuh, masjid-masjid luluh lantah, mushaf-mushaf Al-Quran dibakar, dan tentera Tartar membasmi anak-anak dan wanita kita!  Kembalilah wahai generasi muda dan tetua umat kepada Al-Quran, kembalilah kaum lelaki dan wanita umat ini kepada Al-Quran! Hidupkan rumah kalian dengan Al-Quran, bangkitkan kalbu kalian dengan Al-Quran, dan ramaikanlah hati kita dengan Kitab Allah! Semoga ...

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?

Kehidupan adalah sesuatu yang abstrak dari kaca mata seseorang yang tidak tahu apa tujuan hidupnya. Kehidupan pula merupakan sesuatu yang sangat objektif bagi mereka yang tahu apa tujuan hidup mereka.  Apabila merasakan hidup ini seolah-olah tiada makna, itu beerti dia tidak tahu apa sebenarnya tujuan hidupnya. Seperti kita membaca buku kimia, tetapi tidak tahu apa tujuan kita membacanya. Tiada siapa pula yang menerangkan kepada kita apa tujuan kita membaca. Maka kita akan merasakan benda itu sia-sia dan tiada makna, dan pasti kita akan meninggalkan pekerjaan tersebut kerana perkara itu tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupannya berbanding main games, ber couple atau  stay up tengok movie yang for sure dapat memuaskan hawa nafsu dengan alasan release tension kononnya. Mengapa hidup perlu ada tujuan?  Segala yang berlaku itu pastilah ada tujuannya, tidak akan saja-saja ada. Sedangkan tahi di tepi jalan pun ada tujuan kenapa ia diciptakan di situ, ...