Posts

Showing posts from December, 2011

Menulislah Dari Hati

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Alhamdulillah. Segala kepujian bagi Allah kerana masih lagi membenarkan kita untuk sama-sama berbuat sedikit amal kebaikan walaupun terlalu sering kita melupakan dia dan lebih teruk lagi seringkali kita bermaksiat kepadanya, tetapi tidak sesaat pun Allah melupakan kita dalam terus menebarkan nikmatnya kepada diri kita, terutamanya nikmat iman dan islam; yang semakin luntur disyukuri oleh kebanyakan masyarakat dunia sekarang. Selawat dan salam dihulurkan kepada Nabi Muhammad SAW, para nabi dan Rasul, para sahabat dan sahabiahnya, ahli keluarga baginda, dan juga untuk mereka yang terus menerus beriltizam, istiqomah dan beristimrar dalam berbuat yang terbaik untuk agama Allah SWT. Seterusnya, satu peringatan yang jangan hanya sekadar dijadikan omongan kosong dan adat dalam bertazkirah iaitu, IKHLASKAN NIAT kita. Ikhlaskan niat kita dalam menulis. Ikhlaskan niat kita dalam membaca. Ikhlaskan niat kita juga dalam menyampaikan pada oran

Layakkah Aku Dicintai Rasulullah?

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Dalam sebuah riwayat hadith dikisahkan. Ketika itu baginda Rasulullah SAW tengah duduk berkumpul bersama sahabat-sahabatnya. Di situ ada saidina Ali, Uthman, Abu Bakar, Umar dan lainnya. Lalu kemudian baginda bertanya,  "Wahai sahabatku, tahukah kalian siapa hamba Allah yang mulia di sisi Allah?" Para sahabat terdiam. Lalu ada seorang sahabat berkata,  "Para malaikat, Rasulullah, merekalah yang mulia."  Rasulullah menjawab, "Ya, para malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah dan mereka sentiasa bertasbih dan beribadah kepada Allah, tentulah merekalah mulia tapi bukan itu yang aku maksudkan."  Lalu para sahabat kembali terdiam, tiba-tiba seorang sahabat kembali berkata, "Ya Rasulullah, tentu para nabi, merekalah yang mulia itu."  Nabi Muhammad tersenyum. Baginda berkata,  "Ya, para nabi itu mulia, mereka adalah utusan Allah di muka bumi, bagaimana mung

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?

Image
Kehidupan adalah sesuatu yang abstrak dari kaca mata seseorang yang tidak tahu apa tujuan hidupnya. Kehidupan pula merupakan sesuatu yang sangat objektif bagi mereka yang tahu apa tujuan hidup mereka.  Apabila merasakan hidup ini seolah-olah tiada makna, itu beerti dia tidak tahu apa sebenarnya tujuan hidupnya. Seperti kita membaca buku kimia, tetapi tidak tahu apa tujuan kita membacanya. Tiada siapa pula yang menerangkan kepada kita apa tujuan kita membaca. Maka kita akan merasakan benda itu sia-sia dan tiada makna, dan pasti kita akan meninggalkan pekerjaan tersebut kerana perkara itu tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupannya berbanding main games, ber couple atau  stay up tengok movie yang for sure dapat memuaskan hawa nafsu dengan alasan release tension kononnya. Mengapa hidup perlu ada tujuan?  Segala yang berlaku itu pastilah ada tujuannya, tidak akan saja-saja ada. Sedangkan tahi di tepi jalan pun ada tujuan kenapa ia diciptakan di situ, inikan pula ma

Indahnya Taubat, jika..

Image
Ka'ab bin Malik Seorang sahabat yang bernama Ka'ab bin Malik RA tertinggal dari perang Tabuk, hingga Nabi Muhammad SAW marah dan memerintahkan kaum muslimin agar memboikotnya selama lima puluh hari. Dan setelah lima puluh hari, Allah mengampuninya. Al-Quran datang dengan taubat Allah padanya. Ka'ab lantas memasuki masjid setelah ia diboikot lima puluh hari. Lihat apa kata Rasulullah SAW setelah ia (Ka'ab) diboikot lima puluh hari, "Wahai Ka'ab, bergembiralah menyambut hari yang paling indah setelah ibumu melahirkanmu,.. Allah tellah mengampunimu."   [HR Bukhari dan Muslim] Jika anda bertanya kepada seseorang, "Apa hari yang paling indah bagi kamu?" Apa yang dia akan katakan? Dia mungkin akan menjawab, "Hari ketika aku berjaya.. hari ketika aku menikah.. hari itu dan ini." Sesungguhnya ikhwah sekalian, memang itu semua benar hari yang indah. Tetapi, perlu kita sedar hakikat bahawa hari yang paling

Khusyuk yang Tiada Lagi

Image
Air Mata Mahal Api maksiat yang masuk ke dalam hati manusia mengubah hati mereka menjadi arang hitam. Api maksiat hanya boleh dipadamkan dengan air mata yang mengalir deras sebab takut kelak dihisab pada Hari kiamat dan perasaan semua perkataan dan perbuatan selalu diawasi Allah SWT. Tentang air mata mahal ini, Al-Hasan Al-Bashri berkata, "Jika mata seseorang menguncurkan air mata kerana takut Allah, maka Dia mengaharamkan neraka menyentuh tubuhnya. Jika air mata mengalir ke pipinya, maka wajahnya tidak hitam dan hina pada Hari Kiamat. Tidak ada amal perbuatan yang berbobot berat dan diberi pahala, kecuali air mata yang keluar kerana takut Allah. Air mata seperti itu memadamkan panasnya api neraka. Jika ada seseorang pada suatu umat menangis kerana takut Allah, aku berharap umat itu secara keseluruhan dirahmati Allah gara-gara tangis satu orang tersebut."   [Al-Hasan Al-Bashri, hal. 96] Api maksiat dan kelalaian telah merasuki hati kita, lalu membuat hat

Masa Untuk Berhijrah?

Image
Assalamu'alaikum, Apabila kita berfikir mengenai Hijrah (penghijrahan Nabi dari Makkah ke Madinah), jarang kita bayangkan kesukaran yang telah dihadapai oleh Nabi yang kita cintai (Salam sejahtera kepadanya) dan para sahabat dalam meninggalkan rumah-rumah mereka, perniagaan mereka, keluarga mereka, dan berhijrah ke bandar baru yang berbeza. Bolehkah kita membayangkan andainya diri kita yang melakukan perkara itu? Meninggalkan semua kemudahan yang kita telah bina sejak beberapa tahun yang lalu di kampung halaman kita dan kemudian memulakan hidup baru di bandar baru dengan tiada apa-apa bekalan sekalipun? Ia tidak mudah seperti yang disangka. Tetapi kita harus sedar bahawa kadang-kadang penghijrahan itu sangat diperlukan untuk memulakan satu kehidupan baru yang akan mendorong kita untuk menjadi seorang muslim yang produktif, sama seperti ia diperlukan pada masa Nabi (Salam sejahtera kepadanya) dalam usaha untuk menegakkan Islam dengan mencari rumah baru di Madinah dan kesann