Skip to main content

Posts

Are We Nourishing Both Body and Soul?

Alhamdulillah! It almost one month we never miss sahur or iftar — making sure our stomach is filled so that we have enough energy to get through the day and night. We are mindful of what goes into our bodies, carefully planning meals to stay strong and healthy. But here’s the question: What about our hearts? Are we feeding our spiritual needs with the same care and consistency? Just as our bodies feel weak when deprived of food, our hearts become hardened and distant from Allah when deprived of iman, dhikr, and reflection. The Prophet ﷺ said: “Indeed, in the body, there is a piece of flesh which, if it is sound, the whole body is sound, and if it is corrupt, the whole body is corrupt. Verily, it is the heart.” (Sahih al-Bukhari, Hadith 52; Sahih Muslim, Hadith 1599) Just like our stomachs crave food, our hearts crave closeness to Allah. They need the nourishment of Qur’an, dua, reminders, and sincere acts of worship. Without this, the heart becomes spiritually starved, even if the body...
Recent posts

Teguran Ahli Jihad Kepada Ahli Ibadah

Teguran Abdullah ibn al-Mubarak kepada sahabatnya, Fudayl ibn ‘Iyad, yang ketika itu menetap di Tanah Haram dan sibuk dengan ibadah. يا عابد الحرمين لو أبصرتنا  لعلمت أنك في العبادة تلعب  من كان يخضب خده بدموعه  فنحورنا بدمائنا تتخضب  أو كان يتعب خيله في باطل  فخيولنا يوم الصبيحة تتعب  ريح العبير لكم ونحن عبيرنا  رهج السنابك والغبار الأطيب  ولقد أتانا من مقال نبينا  قول صحيح صادق لا يكذب  لا يستوي غبار خيل الله في  أنف امرئ ودخان نار تلهب  هذا كتاب الله ينطق بيننا  ليس الشهيد بميت لا يكذب  Wahai ahli ibadah di Tanah Haram, jika engkau melihat kami,  Nescaya engkau akan tahu bahawa ibadahmu itu hanyalah permainan.  Orang yang membasahi pipinya dengan air mata,  Leher kami pula dibasahi dengan darah kami.  Jika kuda-kuda mereka letih dalam perkara sia-sia,  Maka kuda-kuda kami letih di pagi hari di medan perang.  Wangian adalah milikmu, sedangkan wangian kami adalah  Debu dan asap dar...

Pengajian Agama atau Sains dan Teknologi?

Dunia kita hari ini ada dilema. Sekiranya cemerlang akademik, kita akan pergi ke bidang-bidang sains atau teknologi. Jika kita tercicir atau tiada rezeki untuk dapat keputusan cemerlang, bidang yang kita boleh ceburi terhad kepada bidang-bidang sastera. Salah satu daripada bidang tersebut ialah bidang pengajian Islam. Seberapa kerap kita jumpa pelajar cemerlang aliran sains 12 A1 kemudian mengambil bidang Usuluddin ataupun Syariah Islamiah? Ya ada, 0.001% mungkin? Banyak faktor yang mungkin menyumbang kepada keadaan tersebut, antara yang saya boleh senaraikan ialah tiada keterhadan peluang tajaan, ketidakjelasan jaminan pekerjaan atau karier, atau semudah alasan tidak minat. Lambakan maahad-maahad atau sekolah-sekolah agama yang menggabungkan antara sains dan agama bahkan tahfiz juga nampaknya belum sangat mampu menghasilkan mereka yang sangat cemerlang dalam ilmu sains dan agama, kemudiannya mereka memilih untuk memasuki ke bidang agama. Kebanyakan mereka akan jadi doktor, jurutera, a...

Jalan Dakwah dan Pengorbanan

[SENGGANG PERTAMA DAN TERAKHIR IALAH PENGORBANAN] Baru-baru ini, pada 26 September 2022, kita dikejutkan dengan pemergian seorang ulama', bahkan pendakwah yang sangat terkenal dengan produktiviti amal dakwah beliau, iaitu Al-Imam Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi -rahimahuLlah- pada usia beliau 96 tahun. Sebaik sahaja membaca berita tersebut, hal ini sangat mengimbau kembali kenangan saya ketika dapat mendengar khutbah beliau secara langsung di Masjid Al-Azhar pada tahun 2013 yang lalu. Juga saya teringat antara ayat Al-Quran yang beliau sering ulang dalam penulisan beliau, iaitu, { مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا } Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggudan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya), [Sur...

Merisaukan Rezeki Hari Ini

Ada suatu pagi, aku pernah keluar rumah dalam keadaan sugul memikirkan mengenai rezeki. Rasa lemah semacam. Kemudian aku terlihat salah satu kereta tolak yang jual to'miah atau falafel  di tepi jalan di Hayy Asyir, ada tulisan khat yang cantik tertulis. لن يحزن من يعرف من الذي يرزقه Sekali-kali tidak akan pernah bersedih siapa yang tahu siapa yang memberinya rezeki  Aku sangat tersentu! Ya. Maksudnya ialah tidak akan sedih atau takut orang yang kenal siapa sebenarnya yang memberikannya rezeki. Siapa? Dia-lah Allah. Yang Maha Memberi Rezeki. Ar-Razzak. Di sana ada sebuah hadis diriwayatkan Imam Ahmad dalam al-Musnad dan Muslim dalam shahihnya, dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, يَدْخُلُ الْجَنَّةَ أَقْوَامٌ أَفْئِدَتُهُمْ مِثْلُ أَفْئِدَةِ الطَّيْرِ "Akan ada sekelompok orang yang masuk syurga, hati mereka seperti hatinya burung."  (HR. Ahmad 8382 & Muslim 7341). Matahari terbit di Fayed, Ismailiah Apakah maksudn...

Kenapa Perlu Ada Ujian dalam Hidup?

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, انظروا إلى من هو أسفل منكم ولا تنظروا إلى من هو فوقكم ، فهو أجدر أن لا تزدروا نعمة الله عليكم “Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.”  (HR. Bukhari dan Muslim) Dunia ini sememangnya indah. Jika tidak sudah pasti tidak ramai manusia yang lalai bersamanya bahkan ada yang sanggup mati kerananya. Cuma kita mungkin perlu sentiasa ingat bahawa dunia ini sifatnya ialah ujian. Ada orang diuji dengan dunia yang lapang dan kaya. Dia mampu mendapatkan apa sahaja yang dia mahukan. Sehingga dia merasakan tidak memerlukan lagi kepada syurga abadi kerana baginya dia sudah memiliki syurga. Hanya perlu memetik jari bahkan terlintas dalam pemikirannya sahaja dia sudah mampu memiliku apa yang dia inginkan. Beribadah dan berbuat sesuatu di jalan ...

Musim Cuti Bagi Penuntut Ilmu

Hantaran ini hanya sekadar nasihat untuk sahabat-sahabat yang pulang bercuti ke rumah masing-masing atau jika pelajar luar negara yang bercuti pulang ke Malaysia. Dalam kelas matapelajaran Mantiq di Kuliah Dakwah Islamiah pada hari ini bersama Syeikh Dr Mustafa Murad, syeikh mengambil sedikit masa bercerita satu kisah di luar tajuk sebagai iklan antara topik yang dibahaskan. Iaitu, Al-Azhar pada zaman dahulu, pengajian mereka sepanjang tahun, bukan ada fasa satu dan fasa dua seperti sekarang. Mereka akan belajar sepanjang tahun sehingga bulan Syaaban, dan akan bercuti pada bulan Ramadhan sehingga hari kelima belas Syawal. Kenapa? Jawapan yang diberikan oleh pelajar adalah pelbagai.. Jawapan syeikh ialah,  "Supaya penuntut-penuntut di al-Azhar ada masa untuk pulang ke kampung masing-masing dan menyampaikan dakwah dan mengajar masyarakat." Tambahannya lagi.. "Bulan Ramadhan ialah bulan di mana orang ramai-ramai pergi ke masjid-masjid, itu ialah peluang untuk mereka mengaja...