Semangat Yang Memudar

Semakin Malap


Api yang dahulunya pernah menyala. Memberi kehidupan di saat kegelapan. Menerangi jiwa-jiwa yang kelam menjadi ceria. Mengubah kesuraman menjadi kegembiraan. Mengubah dinginnya persengketaan menjadi persaudaraan yang hangat. Tetapi sekarang, ianya seolah-olah menjadi semakin malap, semakin malap, dan semakin malap. Cuba ditiupi semula dengan angin pembaharuan agar ianya kembali menyinar, tetapi  sayangnya ianya hanya bertahan untuk seketika dua, tetapi akhirnya kembali semakin malap, semakin malap, dan semakin malap.

Sedang hati ini mengisi rutin mingguannya untuk mendengar pengisian. Berharap agar sesuatu yang baru akan muncul. Agar keimanan dan semangatnya kembali bercambah. Seperti suatu masa dahulu. Ternyata, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik, dan diingini hmban-Nya. Digerakkan hati seseorang yang tidak dikenalinya, untuk menelefon si pengisi dan menanyakan satu hal. Hal yang sememangnya menjadi persoalan utama bagi diri yang sedang menulis ini sejak seminggu lalu. Hal yang dirisaukan akan menyebabkan dia mengulang kesilapannya yang dahulu.

***

"Akh, macam mana nak naikkan semangat untuk belajar?"
"Semangat untuk belajar?"
"Ya."
"Pernah tak kamu dengar perkataan "Iman itu menaik dan menurun"?"
"Pernah."
"Begitu jugalah semangat. Semangat ni konsepya sama macam iman. Ada masanya dia naik, ada masanya dia menurun. Apabila ianya menaik, kita akan emrasakan sangat seronok, tetapi apabila ianya menurun, kita akan merasa sangat teruk. Jadi macam mana nak naikkan semangat? Pertama, luruskan semula niat kita. Kadang-kadang semngat kita boleh hilang, kerana niat kita dalam berbuat sesuatu itu sudah mula terpesong. Dahulunya belajar untuk reda Allah, tetapi lama-kelamaan mula merasakan belajar ini satu beban dan sebagainya. Sebab itu lah semangat kita boleh memudar. iIkhlaskan semula niat kita, dan jagalah ia."
"Lagi?"
"Yang kedua, jaga hubungan kita dengan Allah. Jangan melakukan perkara-perkara dosa atau maksiat. Main game, buang masa, kacau perempuan. Kerana apa? Kerana pertolongan itu hanya akan datang dari Allah. Pertolongan dalam kemudahan kita belajar, menerima ilmu dan lain-lain. Maka, takkan lah kita mengharapkan Allah memberikan kita pertolongan, tetapi dalam masa yang sama kita bermaksiat kepada Allah. Huh. Mana mungkin. Cuba bacakan surah yang ke-29, ayat 69. Ada al-Qur'an terjemahan tak kat sana?"
"Ada. Kejap ya."
"..."
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kmai. Dan sesunggunya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."
"Ha. Allah beserta orang-orang yang buat baik. Jadi, tinggalkan perkara-perkara yang akan meracuni diri kita."
"Hmm.."
"Seterusnya, tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT.  Cuba baca pula surah yang ke 65, hujung ayat ke-2 dan ayat ke-3."
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar."
"Cuba lihat, Allah akan memberikan jalan keluar kepada kita. Jika kita meletakkan garisan takwa kita kepada Dia. Datangnya satu permasalahan. Pulangkan serta bertakwalah kepada Allah, nescaya Dia akan menyediakan kita jalan keluar untuk itu. Lagi.."
"Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya."
"Rezeki itu hak mutlak Allah. Dan dia akan berikan kepada hamba-hambanya. Dari arah mana sahaja yang kita tidakpernah sangka kita akan mendapatkan rezeki itu. Seandainya kita?"
"Bertakwa."
"Betul. Lagi.."
"Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
"Seterusnya, tawakkal."
"Inilah sedikit yang pakcik dapat sampaikan. Sama-sama kita bersihkan niat kita,  kerana semangat kita boleh hilang hanya kerana dengan berubahnya niat. Dan kenapa berubahnya niat kita adalah kerana hati kita menjadi semakin kotor kerana dosa-dosa dan kemaksiatan. Kita belajar ini untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Bukannya kepada dunia. Apabila kita belajar dan kemudian menginginkan dunia. Maka tercemarlah hati kita dengan kekotoran yang akan menyebabkan larinya niat kita untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.
Rasulullah SAW bersama para sahabat pernah melewati bangkai seekor kambing lalu berkata ;

Rasulullah SAW : Kamu lihat bangkai kambing ini tidak berharga pada pemiliknya.

Para Sahabat : Orang yang melihatnya tidak berharga pasti akan membuangnya.

Rasulullah SAW : Demi zat yang diri ku berada di dalam kekuasaan-NYA, bagi ALLAH dunia ini jauh lebih hina dari bangkai kambing di mata pemiliknya. Seandainya nilai dunia ini sama dengan sebelah sayap nyamuk bagi ALLAH, nescaya orang-orang kafir tidak beroleh kesempatan untuk meminum seteguk air pun."
"Oo.. Dapat."
"Apa yang kamu dapat?"
"Dalam nak menaikkan semula semangat kita, pertama luruskan semula niat, kedua, jaga hubungan dengan Allah, jangan bermaksiat, lepas tu bertakwa dan bertawakal kepada Allah. Poin besar dia, ikhlaskan niat."

***

Doakanlah insan yang menulis ini semakin bersemangat dalam urusannya dengan Allah, dan kembali antusias dalam menjaga hubungannya dengan manusia. 

Api yang menyala, jika tidak dikawal dengan betul, maka dia akan terbakar. Tidak ada manfaat apapun.

Tetapi, api yang mneyala itu jika dikawal dengan betul, ianya kan membara sepertinya bara api yang digunakan untuk masak BBQ. Banyak manfaatnya, dan bertahan lebih lama.

Kawali ia dengan keikhlasan, keimanan, ketakwaan, tawakkal dan usaha.




"nyalakan api dalam dirimu. untuk menerangi masa depan umatmu"
khir al-imtiaz
03:211pm
15-04-2011

Comments

  1. studi itu juga sebahagian dari dakwah iA..
    lillahi taala.
    score both ..

    ReplyDelete
  2. macam mana nak jadi penulis mcm akhi?? kata2 yang menarik dan bermanfaat

    ReplyDelete
  3. Nice, thankyou.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?