Cerpen: Cinta Yang Seterusnya

“Assalamualaikum, apa khabar iman pada hari ini?” 
“Alhamdulillah. Baik-baik saja. Awak?” 
“Hmm. Ok lah. Tidak ada masalah. Awak tahajjud tidak pagi tadi?” 
“Hehe.. Tahajjud tu tidak lah, terkejut adalah. Bangun-bangun sahaja dah azan.” 
“Awak jangan ulang lagi ya kesilapan tu. Untuk seorang yang bergelar dai’e, tahajjud itu boleh dikategorikan sebagai amalan yang wajib tahu? Sepertimana Rasulullah SAW dulu.” 
“Terima kasih, awak.” 
+++ 


Perkenalan aku dengan dia bermula selepas aku tamat Peperiksaan SPM 6 bulan yang lalu. Semasa di sekolah dahulu, aku merupakan seorang ahli BADAR di sekolah aku, dan dia merupakan seorang naqibah yang sangat berpengaruh di sekolah aku. Bukan setakat berpengaruh, dia juga mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan bijak. Membuatkan hati setiap kumbang yang mempunyai naluri remaja ingin menjadikan dia sebagai bunga yang menjadi tempat untuk mereka bermadu kasih. Dengan wajah dan bentuk fizikal aku yang mungkin boleh dikatakan sebagai kurang menarik ini, adalah amat mustahil bagiku untuk memperolah si bunga yang indah itu. Kerana masih terlalu ramai lagi kumbang yang lebih menarik berbanding diriku yang layak mendapatkan dia. 

Namun, mungkin ini satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Pencipta Cinta itu sendiri. Tiba-tiba.. 

“Assalamu’alaikum. Ni, Rizal ke?” 
“Waalaikumussalam.. Ya. Kenapa? Siapa ni?” 
“Ni saya, Nisa.” 
“Oh, Nisa. Ada apa?” 
“Saya ada satu soalan mahu ditanyakan.” 
“Silakan.” 

Kelu. Terpaku. Kaku. 

Gadis yang selama ini hanya dapat aku memandangi dia dari jauh, kemudiannya memulakan mesej dengan aku. Wah! Gembira tidak terkira.

Sejak hari itu, kami selalu berhubungan. Saling beri tazkirah dan sebagainya. Yang mana kami tidak melihat pun ianya sebagai satu kesalahan. Langsung. Aku mula mencuba menjadi insan yang lebih baik. Selalu turun ke surau, cuba menghafal surah-surah yang panjang, hadir ke majlis-majlis ilmu. Kerana aku mahu menjadi seorang suami yang nantinya mampu mentarbiyah keluargaku dengan kebaikan. Aku dengan Nisa. 

“Rizal. Aku dengar kau couple sekarang?” 
“Eh. Bila pulak aku couple?” 
“Aku tak tahu, sebab itu aku tanya. Dengar cerita, kau dengan Nisa. Naqibah sekolah kita. Betulkah?” 
“Oh. Tidak. Aku dengan dia kawan saja. Macam aku kawan degan kau. Tak ada apa-apa pun.” 
“Yakah? Tapi aku dengar kau dengan dia macam serius?” 
“Lah, aku bukan jenis bercouplelah cik abang. Relaxlah. Kami cuma contact biasa-biasa. Kau ini macam tak pernah contact dengan perempuan pula.” 

Nafi. Itulah yang aku sering lakukan apabila ada persoalan yang bersangkut paut tentang aku dan Nisa. Pada aku, aku dengan Nisa tidak membuat apa-apa yang salah pun. Kami hanya sekadar berbicara, itu pun cuma guna mesej. Dan topik perbualan kami lebih kepada saling bertazkirah dan menyelesaikan masalah masing-masing. Kenapa harus dilabel sebagai couple

“Rizal. Awak tak kisah saya asyik mesej awak dan cerita masalah saya kat awak?” 
“Eh, tidaklah. Apa salahnya. Saya cuma bantu awak. Bukan buat apa-apa pun. Dan tidak ada benda yang menyusahkan pun.” 
“Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena antara kita, tetapi, saya tidak tahu apa dia.” 

Lah. Kenapa dengan dia ni? Apa yang tidak kena? Tidak mungkin kau jenis perempuan yang suka melihat kepada penampilan macam budak-budak lain. Tidak mengapa, aku yakin bahawa Nisa adalah untukku. Dia baik, cantik, bijak. Aku juga baik, bijak, Cuma mungkin tidak sekacak yang sesuai untuk dipadankan dengan dia. Tetapi itu bukan masalah pun pada aku. 

Satu hari.. 

“Rizal. Saya minta maaf!” 
“Ha? Minta maaf? Kenapa pula? 

“Saya minta maaf kerana telah menjerat awak memasuki ke sangkar syaitan. Saya merasakan diri saya sangat hina. Awak jangan hubungi saya lagi lepas ini. Saya tidak mahu menjadi penyebab awak masuk ke neraka, dan saya sendiri tidak mahu menjadi sebahagian daripada fitnah dunia.” 
“Saya tak faham.” 
“Nanti kamu akan faham. Jika kamu menjadikan cinta kamu hanya untuk Allah.” 
“Ha?” 
“Sekian terima kasih atas segalanya. Assalamualaikum” 
“Kejap!” 

Mesej yang dihantar tidak lagi berbalas. Panggilan yang dibuat tidak lagi diangkat. 

Bingung. Keliru. Marah. Sedih. 


+++ 

Berlalu beberapa masa..

Sedang aku membaca al-Qur’an di bilik. Tiba-tiba.. 

“Assalamualaikum” 
“Waalaikumussalam” 
“Ya? Ada tunggu seseorang?” 
“Eh. Tidaklah.” 
“Hehe. Boleh masuk?” 
“Silakan.” 
“Ha. Buat apa tadi? Senyap je.” 
“Eh, saya baca Qur’anlah. Tak buat benda bukan-bukan pun.” 
“Lah, abang saja tanya. Relax, jangan takut. Hehe. Macam mana scholarship? Dah ready nak interview?” 
“Hehe. Tak tahu lah. Ok kot.” 
“Kot? Tak berkeyakinan langsung! Semangat lah sikit.” 
“Ok! Saya bersemangatlah ni. Saya sedia!” 
“Ha. Itulah baru mu’min yang sejati. Yakin!” 
“Tapi saya risaulah, abang. Saya takut kalau-kalau saya tidak dapat mana-mana scholarship. Family saya susah.” 
“Rizal. Macam ini. Rezeki itu milik siapa?” 
“…” 
“Allah.” 
“Oh..” 
“Apa yang ‘oh’? memang Allah punya pun. Hehe. Cuma kita minta atau tidak minta. Itu saja.” 
“Minta?” 
“Ya. Cuba lihat dalam surah yang ke-2, ayat ke-186. Mana Al-Qur’an terjemahan?” 
“Ada-ada, sat eh.” 

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah dia memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran.  
[QS al-Baqarah, 2:186] 

“Kita hanya perlu minta sahaja pada Allah. Insya-Allah. Kalau sesuai dengan kita, dan kita memang betul-betul memerlukannya. Dia akan bagi. Sebab Dia Maha Tahu apa yang kita perlu dan terbaik untuk kita. Cuba baca surah ke-2 ayat ke-216 pula.” 
“Hmm..” 

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 
[QS al-Baqarah, 2:216] 

"Allah itu Maha?”  
“Tahu.” 
“Betul. Contohnya, akh. Abang dulu jahil, games itu biasa. Cakap sahaja games apa yang abang tak reti main. Semua reti. Tetapi, bila abang nak masuk tingkatan 1, abang kena jual game abang sebab nak bayar yuran sekolah. Then, abang dapat handset. Huh. Handset tu boleh download macam-macam, lagu, movie, macam-macamlah. Free lagi. Sebab abang dengan kawan-kawan abang kaki hacking guna handset. Setakat website biru-biru itu biasa. Tapi, abang kena jual handset tu untuk naik form 4 sebab nak bayar yuran sekolah juga. Then, di situ abang kenal pulak dengan couple. Abang tak nafikan, dengan couplelah abang makin dekat dengan Islam. Semakin dekat. Dan semakin dekat. Sehinggalah abang terjerumus ke dalam tarbiyah. Dan akhirnya abang tahu, bahawa games, lagu, movie, dan macam-macam lagi yang tidak disebut di sini, bahkan couple itu semua adalah cinta. Cinta yang palsu.” 
“Hmm.” 

“Apa abang nak sampaikan kat sini ialah, betapa cantiknya perjalanan yang Allah susunkan untuk abang. Akhirnya abang ada di sini. Walaupun jalan cerita itu tidaklah cantik, kerana penuh dengan dosa, tetapi susunan agendanya sangat menarik. Kerana apa?” 
“Kerana..” 
“Kerana Allah Maha Tahu, apa yang kita perlukan untuk memeruskan kehidupan kita. Dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.” 
 

+++ 

Malam semakin larut. Tetapi untuk memutuskan perbualan itu tidak mungkin. 

“Abang tak menyesal tinggalkan couple abang?” 
“Menyesal itu menyesal jugalah. Tapi abang lebih menyesal kalau tak dapat cinta dari Allah.” 
“Saya pernah juga kenal dengan seorang perempuan ini. Dia baik, cantik tu tak payah cakaplah. Tapi, dia kata pada saya jangan hubungi dia lagi. Sebab dia kata dia tak mahu saya terjerumus dalam neraka dan dia menjadi sebahagian daripada fitnah akhir zaman.” 
“Wah! Itu sangat bagus! Perempuan itu sangat bagus! Baik.” 
“Bagus?” 
“Ya. Kerana bukan senang wahai Rizal nak cakap pada seseorang ni, kita nak tinggalkan dia. Huh! Berat beb.” 
“Jadi?” 
“Jadi. Step seterusnya untuk Rizal adalah melupakan dia.” 
“Ha?! Lupakan?” 
“Ya. Rizal kena hormati keputusan dia. Dan kalau Rizal betul-betul nak sangat kat dia sekali pun, Allah SWT belum tentu lagi akan bagi dia kat Rizal. Sebab dia sangat baik. Da, cuba Rizal baca surah ke -24 ayat ke -26.” 
“Ada ayat juga kah?” 

Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, laki-laki yang keji untuk  perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik; mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia. 
[QS an-Nuur, 24:26] 

So?” 
“Kalau Rizal mahukan seorang isteri yang baik. Maka Rizal kena jadi baik dahulu. Dengan siapa Allah temukan kita. Itu hak dia. Dia Maha Tahu. Kita hanya mampu berdoa agar kita dapat seseorang yang nantinya mampu menolong kita dalam menegakkan bangunan iman kita. Siapa dia?” 
“Err..” 
Wa Allahu ‘Alam. Tapi, Rizal kena ingat. Kejarlah cinta Allah dahulu, lepas itu baru kita sama-sama berfikir, macam mana nak kejar cinta manusia. Jangan duk sibuk nak mengejar cinta manusia, tetapi cinta pada Allah masih lagi terkontang-kanting. Silaplah tu.” 
+++ 

'Nanti kamu akan faham. Jika kamu menjadikan cinta kamu hanya untuk Allah.'

Benar. Allah mengenalkan aku dengan dia semata-mata agar mata aku terbuka untuk melihat cinta yang sebenar di sebalik wajah seorang perempuan. Cinta yang lebih agung, yang lebih bermakna dan cinta yang tidak pernah cuba untuk mengecewakan aku. Kata dan setiap janji-Nya itu pasti. Maka akan aku letakkan cintaku, hanya pada Allah. Cinta yang seterusnya? Wa ‘Allahu ‘Alam. 

Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu merasa cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir. 
[QS ar-Ruum, 30:21]



"ikhlaskan semuanya"
khir al-imtiaz
2235 hours
16-04-2011 

Comments

  1. kisah benar?naqibah?siapa lah tu.ops o.k lepas biar lepas.moga cinta Allah mengiringi.

    ReplyDelete
  2. hoho.. cam kenal crita ni :P

    3:14-17 <(")

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Nice entry. Teruskan berkarya kerana Allah. Moga sentiasa mencintai dan dicintai Allah.

    ReplyDelete
  4. Wah...akhi khir bercerpen...huhu~
    teruskan berkarya...
    doakan ana kembali menemui rentak..
    bukannya hilang, cuma tertindih dengan ketidakteraturan hidup...

    ReplyDelete
  5. analytical_blue => terima kasih


    umair => amin.

    ReplyDelete
  6. nice.. I like it..meskipun bahasa malaysia, saya masih bisa paham ^^

    ReplyDelete
  7. ada satu kisah kt i luv islam persis ceni . tp tk la persis sgt . tp msg nya sama . (:

    ReplyDelete
  8. kebetulan je kot.. saya bukan pembaca iluvislam.. =)

    ReplyDelete
  9. so nice this story..love it..smoga akh terus maju dlm penulisan..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..
    cerpen yang menrik..ana rsa memg kerap terjadi begini pd pemuda pemudi zaman skrg.
    syaitan sungguh bijak mecari ruang dlm hati2 manusia utk membuat perangkap maksiat..
    tp..beruntungnya seseorg hamba itu apabila dia melakukan maksiat..hati cepat tersentuh & nak kmbali kpdNya..inilah kasih syg ALLAh..
    akhir kalam..teruslah menulis n menyentuh hati insan2 yang ingin dkt kpdNya..
    wslm

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..
    menarik cerpen ini.Subhanallah...

    ReplyDelete
  12. terima kasih kepada penulis kerna cerpen ini serba sedikit membantu saya agar lebih kuat utk bermujahadah demi cintaNYA...

    ReplyDelete
  13. Salam akhi.
    Lama kutunggu, muncul jua.....Alhamdulillah.
    Teruskan berkarya untuk redha Allah SWT.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?