Friday, 29 July 2011

Kemanisan Itu Pasti Akan Ada!

1 new message.. 

“Tolong sedekahkan al-fatihah dekat arwah ibu ana, semoga arwah dicucuri rahmat. Al-fatihah.” 

Hatiku lantas teringat firman Tuhan di dalam surat cinta-Nya kepada alam. 


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ 
“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”  
[QS al-Baqarah, 2:155] 

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 
“(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “inna lillahi wa inna ilaihi roji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali).” 
[QS al-Baqarah, 2:156] 

Aku tidak berada di tempatnya. Aku tidak mampu merasakan apa yang sedang menghimpitnya. 

Sebagai ikhwah, aku harus membalas.. 

“Harta yang terbaik yang seorang ibu tinggalkan adalah anak yang soleh, dan selalu mendoakan kesejahteraan dia di alam sana. Maka, tabah dan kuatkan hati antum untuk menjadi harta yang terbaik itu.” 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang salih" 

[HR Muslim] 

“Bila ana boleh temui kebahagiaan, akhi? Bila diuji berulang kali, kadang-kadang rasa tak mampu.”

Thursday, 28 July 2011

Cinta Allah Hanya Ilusi?

Tingkatan Cinta kepada Allah


Sejatinya, cinta kepada Allah 'Azza wa jalla memiliki sebuah "analogi misal". Saya merasa malu menceritakan analogi itu, tetapi kerana tidak ada analogi lain yang lebih mudah difahami -sungguh sangat disayangkan- saya terpaksa harus menceritakannya. Dengan ini saya berharap manusia boleh untuk mencintai Allah. Walillahil matsalul a'la (milik Allah-lah perumpamaan yang tinggi).

Analogi ini adalah, tentang seorang lelaki yang mencintai seorang wanita. Ia merasa tertarik pada wanita itu, kemudian merasa susah tidur, sering memikirkan dan merenungkannya. 

Ketika manusia membicarakannya, ia seakan semakin larut memikirkannya. Ia menjadi sibuk kerananya. Akalnya bersama si wanita tersebut, dan memikirkan dirinya. 

Ketika manusia bertanya, "Apa yang kau lakukan?", ia merasa tidak melakukan kesalahan. Ia hanya tertarik pada "si dia" saja dan pada taraf ini ia tidak melakukan perbuatan haram.

Setelah tahapan tertarik, ia semakin tenggelam dalam lautan cinta, hingga ia akan membandingkan semua hal dengan "si dia". Apakah ia lebih suka melakukan sesuatu yang ia sukai atau "si dia" sukai?

Setelah itu, ia akan memasuki tahapan 'jatuh hati' (al-'Isyq). Ertinya, jatuh hati seperti air yang jatuh dari atas ke bawah. Ia tidak lagi mampu menguasai hati. Barang siapa yang jatuh cinta pada wanita, ia tidak mampu menguasai hatinya, hingga ia siap menantinya di bawah jendela rumah 6 atau 7 jam, siap pergi ke mana sahaja, menunggu tidak masalah, yang penting ia dapat pergi bersama dia. Seperti Qais dan Laila. Untuk melewati desa tempat tinggal Laila sahaja, ia harus menenangkan hati sambil berkata,

Tuesday, 26 July 2011

Allah pun "Cemburu"


Allah juga cemburu? Betulkah?

+++
Di sisi lain, Allah "cemburu" pada hati manusia. Apa ertinya? Allah mencintai kalau hati seorang hamba terkait dengan-Nya sendirian ketika ia sedang dalam kondisi taat. Tetapi kadang hamba itu tersibukkan oleh urusan dunia, maka Allah mengambil dunianya tersebut, agar dia hanya tersibukkan oleh Allah sahaja, dan bertawakkal pada-Nya. 
Lihatlah Ibrahim AS saat tertarik kepada Ismail AS. Allah mengambil Ismail dari tangannya. Dia memerintahkan padanya untuk meyembelih Ismail. Ketika ia meletakkan pisau di leher Ismail, yang ada dihatinya hanyalah kecintaan kepada Allah 'azza wa jalla. 
Lihatlah ketika Ya'qub AS sangat tertarik kepada Yusuf AS, sehingga kecintaan terhadap Yusuf memenuhi semua hidup dan hatinya. Maka Allah mengambil Yusuf AS selama dua puluh tahun, sehingga hatinya kembali dipenuhi cinta pada Allah. Setelah itu, Dia pun mengembalikan Yusuf padanya. 
[Amru Khalid, Hati Sebening Mata Air (judul asal: Islahul Qulub), m/s 117 (Aqwam)]

+++

Allah akan bertindak kepada kita kerana Dia mencintai kita.

Saturday, 23 July 2011

Luahan: Nasihat untuk Diri #2

+++


+++

Masam dan manis dalam berukhuwah itu normal.. biasa..

Kelak di syurga kita sama-sama akan bergelak ketawa bila bercerita kembali kenangan masam dan manis ukhuwwah kita di dunia...

Ameen... 

+++

"Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan." Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan?” Beliau menjawab, "Barangsiapa yang taat kepadaku dia masuk syurga dan barang siapa yang melanggar perintahku dia telah enggan.”
 [HR. Bukhari]

+++

"Sesungguhnya Allah menghamparkan tangan-Nya di waktu malam untuk memberi taubat kepada orang yang berbuat dosa pada waktu siang, dan Dia juga menghamparkan tangan-Nya di waktu siang untuk memberi taubat orang yang berbuat dosa di waktu malam." 
[HR Muslim] 

+++

cuba untuk menghidupkan hati-hati yang mati, walaupun hati sendiri masih lagi penuh dengan karat-karat hitam...

Thursday, 21 July 2011

Allah Menanti Kepulangan Kamu..

“Dah solat asar?” 
“Aku dah lama tak solatlah. Malas. Dengar ayat qur’an pun panas, lagi nak solat.” 

Aku bingung. Apa cara yang paling hikmah aku nak berbicara dengan peribadi yang macam ini. Ya Allah, berikan aku kepetahan dalam berkata-kata. 

“Kamu target nak mati umur berapa?” 
“Suka hati lah. Kalau dah nak mati takkan nak tunggu-tunggu.”­ 
“Ye la.. Nak mati bila ni? Kalau boleh boleh pilih, nak bila? Esok? 100 tahun lagi?” 
“Kalau aku tahu aku dah bagi tahu kau lah bodoh. Jangan buat aku panas boleh tak!” 
“Haha. Panas asal lak? Tanye je beb.. Kau kan tak solat.. Mesti amal dah gila banyak punya. Sebab tu dah tak payah solat, baca qur’an semua tu. Tanda-tanda dah ready gila nak masuk syurga.” 
“Macam mana lu tahu. Lu tuhan ke? Wey, wa masuk syurga ke neraka ke lu tahu ke? Lagi pelacur boleh masuk syurga!” 

Diam… 
“Asal? Dah tak boleh nak jawab? Lu dah bagus sangat ea?? Haha. Wey, tak kan lah tak boleh nak jawab soalan budak-budak?” 
“Bro. Takkan senyap je. Cakap lah lagi. Lu teruskan apa yang lu nak cakap tadi. Come on. Islam tak benarkan umatnya berputus asa. Sebab putus asa tu perangai syaitan. Saya tahu abang orang yang baik. Saya just nak test abang ni camne. Tapi baru sikit dah panas hati. Mana boleh macam tu.” 

Adakah aku perlu membalas atau tidak? Hmm.. Satu lagi keputusan yang aku perlu buat. Perlahan aku menyusun kata..

“Aku bercakap bukan nak tunjuk siapa bodoh siapa pandai. Siapa bangang siapa bijak. Siapa ahli syurga, siapa ahli neraka. Aku hanya akan bercakap pada mereka yang bertanya, semata-mata untuk mencari kebenaran. Aku tidak akan bercakap dgn orang yang bertanya, semata-mata mencari dalil untuk membenarkan perbuatan yang salah. Ya. Terpulang. Kalau kamu rasa nak jadi macam pelacur itu, jadi lah. Aku tak nak, aku nak jadi macam Rasulullah walaupun mustahil. Aku nak jadi baik dari sekarang, walaupun bunyi bodoh. Tapi aku suka jadi orang bodoh. Sebab aku hanya hamba yang bodoh. Syurga itu hanya utk mereka yang nak.. Bukan untuk mereka yang hanya mengharap. Ok, budak tak nak solat, aku nak ready nak pergi solat macam orang bodoh yang meletakkan dahinya di lantai..” 

+++ 

Selang beberapa waktu..

Wednesday, 13 July 2011

Ikhwah Juga Manusia, Mereka Perlukan Teguran

Masam Manis Ukhuwah

Ukhuwah tidak sentiasa indah. Betul kah? Kalau nak tahu benar atau pun tidak, maka perkara pertama yang kita kena lakukan ialah. Berukhuwah. Jangan main cakap, tapi buat tak pernah. Main assume suka-suka hati. Jangan.

Tapi.. Benarkah ukhuwah tidak sentiasa indah?

Berbalik kepada tajuk, Ikhwah Juga Manusia. 

Ya memanglah. Ikhwah bukan malaikat. Ikhwah juga bukan binatang. Inikan pokok atau batu.

Maksudnya?

Ikhwah juga pasti akan melakukan kesilapan. Ikhwah juga pasti akan selalu terlupa. Ikhwah juga kadang-kadang terlalu mementingkan diri sendiri. Ikhwah juga kadang-kadang bermalas-malasan dan lain-lain lah. Sabda Rasulullah SAW,

“Setiap anak Adam pasti berbuat dosa, dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah orang yang mahu bertaubat." 
[HR Ahmad]

Perlu kita sedar, dan perlu kita sentiasa ingat bahawa ikhwah ini cuma seorang manusia. Tidak bermakna dia ikut tarbiyah, ikut halaqoh, jaga mutabaah, buat kerja dakwah dan lain-lain. Maka taraf dia sama dengan malaikat. Iman sentiasa konsisten. Tidak pernah melakukan kesilapan.

Salah!

Beza antara seorang ikhwah itu dengan manusia umum mungkin mereka ini adalah orang-orang yang cuba nak menjadi lebih baik dari segala kesilapan mereka yang dulu. Mereka adalah manusia yang mahu mendekatkan diri mereka dengan Allah, kerana sebelum ini mereka sangat jauh dari Allah. Mereka yang cuba untuk berbuat usaha-usaha kebaikan setelah hayatnya sebelum ini pernuh dengan noda dan dosa.


Maka pastinya, apabila seorang ikhwah itu ingin berbuat sesuatu, pasti akan ada kesalahan dan kesilapan. Yang mana, kadang-kadang dia sendiri tidak tahu bahawa itu adalah kesilapan ataupun kesalahan. Kerana itu dia memerlukan suasana tarbiyah dan ukhuwah untuk membantu dia menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kerana dia itu asalnya bodoh, penuh kekhilafan dan tak reti nak jadi baik.

Tapi masalahnya wujud apabila, ada ikhwah yang bersikap,


“Akh, cuba tengok ikhwah tu. Asyik suka mengarah-arah orang je kerja dia.”

“Itulah, ana pun rasa dia ni tak menjaga perasaan ikhwah lain.”

“Dah la tu, cakap kadang-kadang main lepas je.”

“Entah. Nama je orang ikut tarbiyah.”

Thursday, 7 July 2011

Adakah Kita Sedang Lalai?


“Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat).” 
[QS al-Anbiya’, 21:1]

Kiamat sudah dekat. Dunia akan hancur. Segala yang jahat akan melihat kesan dari kejahatan mereka. Setiap yang baik pula akan melihat apa ganjaran untuk mereka. Amal-amal yang mungkin dulu kita ditertawakan jika melakukannya, mula menunjukkan siapa yang berada di jalan yang benar. Amal-amal yang dahulunya dikejar dengan penuh komitmen, akan menguak menunjukkan wajah sebenar mereka di masa yang akan datang itu nanti.

Maka setiap dari kita akan diperhitungkan. Akan dinilai. Bukan lagi atas dasar kekeluargaan, paras rupa, kekayaan dan pangkat. Tetapi, berasaskan amal.


Mari kalau kita dapat ambil pengajaran dari ayat di atas.

“Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat).” 
[QS al-Anbiya’, 21:1]

Persoalannya. Siapakah mereka yang lalai itu?

Dakwah: Susahkah?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ “Hari Khamis free tak? Malam.”  “ Free . Kenapa?”  “Aku ada buat usrah malam tu, ...