Luahan: Nasihat untuk Diri #2

+++


+++

Masam dan manis dalam berukhuwah itu normal.. biasa..

Kelak di syurga kita sama-sama akan bergelak ketawa bila bercerita kembali kenangan masam dan manis ukhuwwah kita di dunia...

Ameen... 

+++

"Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan." Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan?” Beliau menjawab, "Barangsiapa yang taat kepadaku dia masuk syurga dan barang siapa yang melanggar perintahku dia telah enggan.”
 [HR. Bukhari]

+++

"Sesungguhnya Allah menghamparkan tangan-Nya di waktu malam untuk memberi taubat kepada orang yang berbuat dosa pada waktu siang, dan Dia juga menghamparkan tangan-Nya di waktu siang untuk memberi taubat orang yang berbuat dosa di waktu malam." 
[HR Muslim] 

+++

cuba untuk menghidupkan hati-hati yang mati, walaupun hati sendiri masih lagi penuh dengan karat-karat hitam...

+++

siapa sebenarnya yang ekstrim dalam beragama?

orang yang berusaha membuat kerja-kerja dakwah atau orang yang berusaha menghalang-halangi kerja dakwah? 

+++

pejamkan mata mu..

terbangkan dirimu ke langit bersama-sama bintang..

lihat kembali ke arah jasad yg sedang berbaring.. 

tanyakan pada relung hati yang paling dalam.. 

adakah ini kehidupan yang kau mahukan? jika ya, adakah ini kehidupan yang Allah mahukan? 

+++

apabila kemaksiatan menjadi kebiasaan.. maka mari kita lihat apa kesannya... 

+++

“Apakah kamu ingin kalau Muhammad menjadi penggantimu dan kamu selamat?”
Maka ia menjawab - sementara darah mengucur dari badannya, 
“Demi Allah! Saya tidak suka bersenang-senang dan berkumpul bersama isteri dan anak sedangkan Muhammad tertusuk duri” 

+++


+++

“Setiap anak Adam pasti berbuat dosa, dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah orang yang mahu bertaubat." 
[HR Ahmad] 

+++

membina keimanan itu tidaklah mudah walaupun keimanan yag cuba dibina itu senipis kulitan bawang.. 

+++

hanya sekadar perasaan.. tidak bertindak atas hujah yang nyata.. hanya sekadar dugaan.. tidak bertindak di atas keyakinan yang sebenar.. malu sungguh~ 

sedangkan Islam itu tertegak atas hujah yang nyata.. [lihat: QS 12:108].. 

bukan sangkaan, dugaan dan perasaan yang yang akhirnya tenggelam bersama emosi... 

+++

“Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.”
[HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi]

+++

jika cinta yang pertama itu untuk Allah, maka cinta yang seterusnya itu milik siapa? 


+++
kita sering mengeluh dengan kekecewaan.. 

dan kemudiannya menyalahkan takdir kerana menjadikan keadaan seperti yang kita tidak inginkan.. 

tetapi, sejauh mana pula kita berterima kasih pada takdir semasa kita mengecapi saat-saat kebahagiaan? ada tak? 

sedangkan pemain utama di sebalik takdir itu adalah Allah yang Maha Penyayang... 

+++

terkadang kita merasakan diri ini perlu berubah.. tetapi, sayangnya ianya hanya perasaan.. perasaan.. tidak membawa makna apapun selagimana kita tidak meletakkan usaha untuk melakukan perubahan itu sendiri, dan mula berubah..

+++


+++


"hayati, hadapi, nikmati"
khir al-imtiaz
0410pm
23-07-2011

Comments

  1. jika cinta yang pertama itu untuk Allah, maka cinta yang seterusnya itu milik siapa?

    ReplyDelete
  2. " Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari ALLAH, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak akan diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dgn usaha dan susah payah." ( Abul Islami )

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?